CHAPTER 20

Family Completed 25138

Masalah aku jadi bertambah berat. Pada ayah, telah ibu sampaikan tentang niat Hadif. Ayah diam membisu. Aku yang ketika itu sedang bermain dengan Yana Ilia di ruang tamu hadapan cuba berlagak biasa seolah-olah perkara yang ibu sampaikan tidak berkaitan denganku.

Aku kerling ayah sekilas. Cuba menebak apa yang ada di hati ayah berdasarkan raut wajahnya. Ayah yang ku kenal kini, tidak sama dengan ayah yang ku kenal dahulu. Sebagai seorang anak, dan juga mangsa keadaan, aku cuba meletakkan diriku di tempat ayah. Dan aku mengerti perasaan ayah.

Jika benar ayah menganggap aku yang bersalah dahulu, pasti hati ayah menangis. Lagi lah langkah kakinya terasa berat menuju ke penghujung usianya. Aku dan Diana dua-dua membesar di dalam jagaannya. Sedikit sebanyak, setiap kekhilafan kami pasti ayah terkesan dengan akibatnya.

Sudahlah aku dan Diana tidak berkahwin lagi, lantas bukankah ayah yang menanggung beban dosa yang kami berdua lakukan? Walau Diana bukan darah dagingnya, sayang yang mendiami hatinya ada juga tertinggal kesan. Sebulan berulang alik ke rumah ini, aku kerap memerhati ayah dalam diam. Walau ayah tidak pernah bercakap denganku, tetap aku kasihan pada ayah.

Kalaulah mampu, mahu saja aku memberitahu ayah kisah yang sebenar. Akan aku tunjukkan surat peninggalan Diana pada ayah supaya ayah tahu duduk perkara yang sebenar. Tapi aku tidak tergamak mahu menghancurkan imej Diana di mata ayah.

Malam itu buat pertama kalinya, ibu mempelawa aku tidur di rumah mereka. Rasa terkejutku tidak dapat aku sembunyikan ketika itu. Mataku bersilih ganti memandang ibu dan ayah. Mata ayah tetap melekat di televisyen, tapi aku tahu dia mendengar pelawaan ibu. Diam ayah, adakah bermakna setuju?

Hampir jam 11, aku meminta diri untuk pulang ke rumah. Rumah yang baru ku sewa itu letaknya dalam 15 minit perjalanan menaiki kereta dari rumah orang tuaku. Minggu hadapan juga aku akan memulakan kerja di tempat baru. Alhamdulillah...semuanya berjalan lancar dalam perubahan rancangan hidupku ini. Mungkin niat baikku mengambil Yana Ilia sebagai anak angkat memudahkan perjalananku. Jika berniat baik, InsyaAllah akan dimudahkan laluannya untukku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience