CHAPTER 11

Family Completed 25138

Yana,

Kalau surat ni sampai ke tangan Yana, bermakna, Diana dah tak ada. Diana akan pesan pada ibu untuk sampaikan surat ni pada Yana. Harap selamat sampai ke tangan Yana.

Diana minta maaf.

Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, Diana minta ampun dan maaf atas semua kesalahan Diana. Tolong maafkan Diana. Mungkin dengan kemaafan Yana, baru Diana dapat pergi dengan aman.

Sekarang Diana tengah sarat mengandung. Mungkin lagi sebulan baby ni akan keluar melihat dunia. Diana takut Diana tak sempat jumpa Yana kalau apa-apa terjadi pada Diana masa bersalin nanti.

Yana,

Terus terang Diana beritahu, Diana terpaksa buat semua tu. Diana dah terlanjur dengan boyfriend Diana. Dia tak mahu bertanggungjawab. Waktu tu, Diana jadi takut. Macam mana kalau ayah tahu? Macam mana kalau ayah halau Diana? Diana tak ada sesiapa dalam dunia ni. Kalau ayah dan ibu buang Diana, pada siapa lagi Diana nak mengadu?

Memang Diana mengaku, apa yang Diana buat tu semua salah. Diana pentingkan diri. Diana tak fikirkan langsung perasaan Yana. Kalau Yana sampai bila-bila tak maafkan Diana, Diana faham. Diana terima ini balasan untuk Diana.

Yana tahu tak?

Diana cemburukan Yana. Yana sepertinya punya segala. Keluarga yang sempurna, perjalanan hidup yang mudah tanpa masalah, pujian melangit dari orang sekeliling...Diana tak ada semua tu. Kalaupun Diana mahukan semua itu, Diana seperti perlu menagih. Menagih kasih, menagih perhatian, menagih kehidupan.

Diana bersyukur punya keluarga Yana untuk menumpang kasih. Tapi kenapa Yana? Kenapa Yana tak pernah terima Diana dalam hidup Yana? Hina sangat ke Diana di mata Yana? Yana tak pernah bagi perhatian pada Diana. Yana tak pernah cuba berkawan dengan Diana. Diana rasa Diana ni macam terlalu kerdil di mata Yana.

Diana cuba dapatkan segala apa yang Yana miliki. Perhatian ayah, perhatian ibu, pujian, bijak dalam pelajaran..tapi semuanya hampa. Diana tak pernah rasa Diana berjaya. Ibu tak pernah pandang Diana macam anak dia. Yana tak pernah pandang Diana seperti saudara Yana. Cuma ayah saja yang menerima Diana tanpa syarat. Ayah saja yang ikhlas sayangkan Diana.

Diana harap sangat yang suatu hari nanti, kita boleh berbaik seperti yang ayah dan ibu harapkan. Tapi impian tinggal impian. Apa yang Diana dah buat, mungkin takkan boleh Yana lupakan sebegitu saja.

Diana buntu! Diana tak tahu apa nak buat masa dapat tahu Diana dah terlanjur. Dan untuk dapatkan tiang untuk berpaut, Diana tolak Yana jatuh ke dalam jurang.

Besarnya dosa Diana. Diana fitnah Yana. Diana tipu ayah. Diana tipu ibu. Diana tipu orang sekeliling Diana hanya untuk memenuhi kemahuan Diana.

Selepas baca surat ni, Yana boleh beri pada ayah. Biar ayah tahu cerita yang sebenar. Bersihkan semula nama Yana yang dah Diana cemarkan. Maafkan Diana. Diana tak punya kekuatan untuk berterus terang pada ayah. Diana tak sangggup lihat wajah kecewa ayah andai ayah tahu perkara yang sebenar.

Yana,

Sampaikan peluk cium Diana untuk baby yang bakal lahir nanti. Kalaupun Diana tak pernah mengecap kasih Yana, sekurang-kurangnya anak Diana dapat apa yang tidak pernah Diana kecapi. Sayang Yana yang Diana kejar sehingga membutakan mata Diana, tolonglah Yana taburkan pada anak Diana.

Bila kenangkan nasib baby ni, Diana susah hati. Silap Diana membawa sehingga ke kehidupan baby ni yang tak bersalah. Pada siapa Diana boleh minta tolong? Kalau Diana tak selamat melahirkan, pasti ayah dan ibu yang akan terbeban dnegan masalah yang Diana tinggalkan. Baby ni langsung tiada pertalian dengan ayah dan ibu. Mungkinkah ayah akan hantar anak Diana ke rumah kebajikan jika ayah tahu perkara sebenar?

Satu saja permintaan Diana pada Yana. Kalau di akhirnya perkara yang Diana takutkan terjadi, Yana tolonglah jaga anak Diana. Tolong Yana! Memang Diana tahu Diana tak layak meminta pertolongan Yana setelah apa yang Diana buat. Tapi Diana dah tak ada sesiapa lagi dalam dunia ni.

Diana tahu jauh di sudut hati Yana, pasti ada rasa simpati pada anak Diana kalau ayah mahu buang anak Diana. Yana yang Diana kenal, hatinya luhur dan baik. Sedekahkanlah sedikit kebaikan itu untuk anak Diana. Diana merayu pada Yana. Tolong jangan biarkan anak Diana yang tak bersalah menjadi mangsa. Dia tak tahu apa-apa. Yang jahil dan bodoh menilai dosa itu Diana, bukannya dia.

Diana tahu permintaan Diana ini terlalu mustahil untuk Yana lakukan. Pasti Yana akan menganggap Diana ini tidak kenal erti malu. Menagih pada orang yang sudah difitnah.

Walau apa pun Yana katakan, Diana terima. Diana tanggung semuanya. Tapi tolong Yana, untuk kali pertama dan terakhir Diana minta pertolongan Yana. Pastikan anak Diana tidak merempat menagih kasih seperti Diana. Jangan biar anak Diana menagih kasih seumur hidupnya seperti Diana.

Yana,

Suria dah menjenguk. Diana hentikan tulisan Diana di sini. Bersama surat ini, Diana sertakan sekali butir-butir tentang ayah kepada anak Yana. Walau dia memang tidak punya hak ke atas anak Diana, tapi Diana perlu juga beri maklumat ini. Tidak adil pada anak Diana andai satu hari nanti dia mahu tahu tentang kebenaran kelahirannya.

Diana pergi dulu Yana. Cukup untuk Diana katakan di saat ini, jujurnya Diana sayang pada Yana. Walau perlakuan tidak membuktikan rasa hati Diana, tapi Diana harap, Yana dapat mencari maaf untuk Diana jauh di lubuk hati Yana.

Maaf untuk segala-galanya. Dan terima kasih kerana Yana pulang ke pangkuan keluarga Yana dan sudi membaca surat Diana.

Dari yang meminta,

Diana.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience