CHAPTER 29

Family Completed 25138

“Apa kamu cakap dengan Hadif? Semalam dia telefon beritahu kamu berdua dah putus! Apa ni Yana?!” jerkahan abah aku dengar sepi. Terasa seperti dunia sudah hilang warna warni dan kejutannya selepas kali terakhir aku berjumpa Hadif. Tiada apa lagi yang mampu membuat aku gembira, sedih mahupun takut.

Ibu yang berada di dapur bergegas ke ruang tamu. Digesanya Amir yang berada di dalam bilik untuk membawa Yana Ilia keluar bermain di luar. Mata abah mencerlung memandangku dari pintu masuk rumah. Abah baru pulang dari kerja. Kejadian aku dan Hadif di Daycare Yana Ilia sudah 2 hari berlalu. Aku sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.

“Hadif telefon abang?” soal ibu perlahan. Cuba melembutkan hati abah dengan suaranya.

“Hadif datang pejabat saya sebelum balik. Dia dah 2 hari di sini, tapi sekali pun dia tak menjenguk. Patutlah. Rupa-rupanya sebab si Yana ni masih dengan perangai keras kepala dia. Degil!” kemarahan abah seolah tidak dapat dibendung lagi bila dia kembali menaikkan suaranya kepadaku.

“Abah nak, Yana bincang semula dengan Hadif. Betulkan semula semua keadaan ni.” Aku terus bangkit dari dudukku di sofa.

“Yana.Tak. Mahu,” satu persatu aku keluarkan jawapanku. Dan balasan abah kali ini datang sepantas angin.

Pang!!!! Kepalaku terpaling ke kiri dek tamparan abah yang padu ke pipi kananku.

“Abang!” jeritan ibu kuat bergema. Hidungku terasa panas sebelum aku terasa sesuatu mengalir di atas bibirku. Aku kesat dengan jari. Darah. Sinis aku ketawa melihat darah yang mencemarkan jari jemariku.

“Dari dulu sampai sekarang. Betulkan keadaan, betulkan keadaan,” bicaraku keluar dari ketapan gigi. Menahan marah dan geram.

“Benda dah terjadi, apa lagi yang nak dibetulkan?” sinis aku bertanya.

“Inilah! Inilah yang abah tengok dari dulu sampai sekarang tak berubah. Yana rasa Yana betul. Yana rasa Yana besar. Tak pernah fikir perasaan orang lain. Diana sampai dah jadi arwah pun, Yana tetap tak mahu mengaku kesalahan Yana. Sekarang? Yana mainkan perasaan Hadif dan Yana tetap tak mengaku kesalahan sendiri? Bila Yana nak sedar! Dunia ni bukan milik kamu seorang!”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience