CHAPTER 12

Family Completed 25138

Aku tidak sedar jam berapa aku melelapkan mata malam itu. Malam yang menyaksikan rahsia Diana terungkai di dalam suratnya. Aku pegang kemas surat Diana di alam peganganku tika tidur. Kad kecil yang berisi butir-butir bapa kandung Yana Ilia aku tatap sekali imbas.

Tidak pun aku ingin mengetahui lebih dalam tentang lelaki yang menjahanamkan hidup Diana dan Yana Ilia.

Telefonku aku renung dari tubir mata. Hati terasa kuat mahu menghubungi Hadif meminta kata-kata semangat buat diriku. Tapi ada sesuatu menahan dari aku menceritakan apa yang baru kuketahui. Bukankah itu membuka pekung di dada sendiri? Rapat bagaimana pun aku dengan Hadif, tetap ada batasannya di situ.

Takkan semudah itu aku mahu menceritakan perihal Diana? Walau aku tahu peribadi Hadif, aku tetap teragak-agak mahu memberitahunya. Hadif bukan seorang yang mudah berprasangka. Jauh sekali mahu mengadili orang-orang di sekelilingnya. Positif. Itu aura yang dikeluarkan oleh Hadif pada sesiapa pun yang mengenalinya. Jangan berprasangka. Itu yang kerap Hadif ulang dan ulang padaku dari mula kami berkenalan hinggalah sekarang.

Tapi tegakah aku menceritakan keburukan orang yang sudah tiada? Lebih tepatnya, berkongsi sejarah hitam di dalam hidupku pada Hadif. Memang Hadif tahu tentang kisahku dibuang ayah. Juga aku ceritakan tentang prasangkaku yang Diana mungkin menjadi dalangnya. Tapi semua itu tidak pernah terbukti sehingga hari ini.

Aduh! Pening kepala memikirkan apa yang telah berlaku dan apa yang mungkin berlaku selepas ini. Akhirnya aku tidur dalam ralit memikirkan jalan keluar. Perkara terakhir yang berada di dalam fikiranku sebelum terlelap adalah, just go with the flow.

Lalui semuanya dengan doa supaya semuanya berjalan dengan lancar. Moga Allah s.w.t melancarkan segala apa yang bakal aku lakukan kelak. Moga Allah s.w.t kuatkan hatiku supaya teguh berpegang pada keputusanku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience