CHAPTER 28

Family Completed 25138

“Insyaallah cikgu...saya minta diri dulu ya?” aku bergegas memimpin tangan Yana Ilia menuju ke kereta. Bersembang dengan pemilik Daycare ini kadang kala merusuhkan hatiku. Kerana aku tahu duda anak satu itu ada menyimpan hajat lain bila bersembang denganku. Helmi, duda anak satu itu sudah kematian isterinya 3 tahun lepas. Selepas kematian isterinya, dia menyambung pelajaran di luar negara dan meninggalkan anaknya dalam jagaan ibunya. Pulang ke Malaysia, dia mengambil alih perniaagaan bapanya dan membuka Daycare. Katanya Daycare itu hanya sebagai satu mata pencarian tambahan yang boleh diuruskan oleh ibu dan juga kakaknya. Mudah juga untuk dia meninggalkan anaknya yang berumur 5 tahun di dalam jagaan ornag yang boleh dipercayai.

Dia sering menggesa aku untuk berhenti memanggilnya cikgu kerana dia tidak mempunyai sebarang kelulusan pun untuk digelar begitu. Aku dengan senang hatinya bertanya panggilan apa yang lebih senang bagi dirinya dan Helmi dengan selambanya menyuruh aku memanggilnya ‘abang’. Itu kali terakhir aku berseloroh dengannya. Selepas dari itu, aku sering mengelak jika ternampak kelibatnya atau memendekkan perbualan kami bila bertemu. Aku tidak mahu membangkitkan harapan-harapan palsu dalam dirinya.

Langkahku terhenti bila ternampak sebiji kereta yang cukup aku kenali berada betul-betul di sebelah keretaku. Aku cukup kenal dengan kereta merah api tersebut kerana dahulu aku sendiri pun sering menggunakan kereta tersebut bila tuan empunya bekerja di luar daerah.

“Hadif,” terkeluar namanya dari bibirku serentak dengan dirinya yang menoleh memandangku. Mengapa dia berada di sini? Yana Ilia sudah menarik tangannya dari genggaman tanganku bila melihat seorang lagi pak cik kegemarannya.

“Uncle!!” beria dia mendepangkan tangannya minta diangkat dan Hadif yang tidak pernah mengecewakan menyambut Yana Ilia masuk ke dalam pelukannya. Aku kembali menyambung langkah menuju ke arah mereka.

“Is that the reason why you can’t accept me?” aku tersentak. Tanganku yang baru bergerak mahu membuka pintu kereta terhenti. Aku berpusing menghadap Hadif yang berdiri di belakangku. Yana Ilia sudah berlari masuk ke tempat penumpang.

“What?” soalku tidak percaya. Adakah itu perasaan aku atau Hadif betul-betul sedang mempersoalkan diriku?

“Awak dah jumpa orang yang lebih layak jadi suami awak?”tanyanya sekali lagi. Aku tarik nafas besar sebelum kembali bertanya.

“Apa yang awak cakap ni?”

“I’m asking about that man,” tangan Hadif mengarah ke arah pintu pagar Daycare. Tempat yang aku dan Helmi bersembang sebentar tadi. “Have you found another man? Sebab tu sampai sekarang masih tak ada jawapan untuk perkahwinan kita?”tuduhan membuta tuli Hadif membuatkan pandanganku merah seketika. Marah!

“ You’re being jealous Hadif,” aku cuba merasionalkan fikirannya. Hanya kerana aku kelihatan bersembang dengan lelaki lain dengan mesra, fikirannya jauh melencong sehingga ke tahap itu?

“ I’m being jealous? Ada sebab ke untuk saya cemburu?” Hadif memutarbelitkan ayatku. Itu tandanya, dia benar-benar dibutakan emosi dan tiada apa yang aku katakan mampu meredakan perasaannya.

“No! Tak ada sebab untuk awak cemburu because nothing happen and because you have no right! Awak tak ada hak untuk persoal saya macam ni!” dalam sekali nafas aku melepaskan geramku yang juga mahu memuncak bila dituduh sebarangan.

“Saya tak ada hak Yana? Awak kata saya tak ada hak?” nada Hadif bercampur rasa tidak percaya dan sedikit kesal. Aku diam. Tahu yang aku mungkin terlanjur kata dan hati Hadif sudah terluka.

“Hadif, I’m sorr....,”

“Save it Yana!” bibirku kembali tertutup bila dipangkas Hadif. Tangan Hadif mengepal penumbuk berkali-kali. Seolah-olah sedang menahan perasaan yang sangat besar.

“I can’t take this anymore. Awak dera perasaan saya seolah-olah saya ni bukan manusia. Saya fikir hati awak akan terbuka kalau saya beri awak masa. Tapi lagi lama saya lepaskan awak, lagi jauh awak pergi. Saya saja yang gila bayang.”

Memang aku akui, soal perkahwinan kami sudah lama aku biarkan tergantung tanpa jawapan. Ibu pun sudah berkali-kali mengingatkan aku tentang perkara ini. Pada ibu dan ayah, aku mesti berkahwin dengan Hadif! Mereka cuma menunggu tarikh sahaja dari bibirku. Tapi pada aku, masih tiada jawapannya. Kerana aku sendiri masih tiada keputusannya.

“Cincin di jari manis awak tu, saya halalkan. Awak boleh buat apa yang awak suka dengan cincin tu,” aku termangu mendengar ayat Hadif. Sedetik berlalu....dua detik...tiga..

“Mama?”aku tersentak bila dipanggil Yana Ilia. Baru aku tersedar dari terkejutku. Kereta Hadif sudah hilang dari kotak parking sebelah keretaku.

“Uncle tak ikut kita balik?”

“Tak, Uncle sibuk,” aku tersenyum sambil mengusap kepala anakku. Saya minta maaf Hadif, rintih hatiku dalam sendu. Mungkin ini jawapan yang aku cari. Aku dan Hadif tiada jodoh berdua.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience