CHAPTER 18

Family Completed 25138

Ya, Hadif rindu pada aku. Bukan saja rindu, sudah membawa ke parah rindunya. Mengapa aku begitu yakin? Kerana jawapannya ada di hadapan aku.

Hadif sudah berdiri di balik pintu rumah orang tuaku bila aku baru sampai jam 10 pagi untuk mengambil Yana Ilia bersamaku ke Jabaran Pendaftaran Negara. Buat peneman aku.

Seketika aku terkesima bila Hadif menyambut kedatanganku di muka pintu.

"Hadif?"soalku tidak percaya. Senyumannya yang aku rindu terukir di wajahnya. Sedikit cengkung pipinya. Tubuhnya juga nampak susut. Aku kah penyebabnya?

"Yes. You are the reason. Saya tak lalu makan, saya tak boleh tidur and berat badan saya turun. Awak sebabnya,"seperti tahu-tahu yang aku sedang melihat perubahan tubuh badannya, dia terlebih dahulu memberi penjelasan.

"Yana? Kenapa tak masuk?"suara ibu kedengaran dari belakang Hadif. Aku menjenguk ke dalam rumah. Terus berlaga pandangan dengan ibu yang memandang aku dan Hadif bersilih ganti. Membuat penilaian sendiri.

Aku bergerak menanggalkan kasutku sebelum melangkah masuk. Hadif memerhati setiap pergerakanku sehingga aku jadi gugup berseorangan. Hampir sebulan tidak berjumpa dengannya, aku sudah terasa asing dengan dirinya.

“Duduk Hadif,” pelawaku pada Hadif sedang aku terus memecut ke dapur selepas meletakkan beg di sofa hadapan.

“Ibu ! Bila dia datang? Macam mana ibu boleh bagi dia masuk?” bertalu-talu soalanku keluar untuk ibu. Ibu memandang aku pelik.

“Kenapa? Dia orang jahat ke?” aku garu kepala yang tidak gatal. Serabut!

“Bukan macam tu...,”berat aku menjawab.

“Dah tu macam mana?” soalan ibu buat aku ketawa. Terasa seperti ibu sengaja mahu membuat lawak dengan mengikut ayatku.

“Cincin dekat jari Yana, itu ke pemberinya?” serkap ibu pantas. Sepantas itu juga aku menutup tanganku yang masih tersarung cincin pemberian Hadif. Cepat benar ibu membuat kesimpulan. Tepat pula tembakannya itu.

“Err....”gagap aku cuba menjawab.

“Ibu perasan sebab selalunya Yana tak suka pakai cincin. Dari dulu pun. Kalau Yana tiba-tiba boleh pakai melekat kat jari tu, mesti cincin tu special kan?”tetap, aku diam. Tidak tahu bagaimana mahu menjawab.

“Yana terima cincin dia, bermakna Yana dah berjanji nak kahwin dengan dia. Janji jangan dibuat main Yana,”lembut ibu mengingatkan aku. Ya, aku tahu janji bukan benda kecil yang boleh ditolak semudah itu ke sana ke sini. Tapi kalau keadaan memaksa? Kalau janji itu boleh memudaratkan, pasti aku boleh mungkir janji bukan?

“Yana tahu...,”lemah aku menjawab. Ibu membuat isyarat mata menyuruh aku mengangkat air yang sudah siap tunggu dihidang. Langkah ku berhenti seketika di muka pintu dapur. Aku renung susuk tubuh Hadif dari belakang. Degil benar Hadif. Tapi itu bukan perkara benar bagiku. Kalau bukan kerana kedegilannya itu, mustahil hatiku dapat dipikatnya 2 tahun lepas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience