CHAPTER 5

Family Completed 25138

Sampai ke destinasi pilihanku, aku bergegas keluar dari stesen kereta api dan mencari teksi. Pada pemandunya, aku berikan nama hotel yang sudah aku booking lebih awal untuk aku menetap sepanjang aku berada di sini.

Melalui bandar tempat aku membesar membangkitkan kenangan lama. Curi-curi keluar menonton wayang bersama Abang Alif, membawa Amir keluar bersama di hujung minggu. Indahnya zaman muda remaja. Zaman di mana semua masalah umpama lalat. Datang hinggap dan hanya dijentik ke tepi semudah itu sahaja.

Bagaimana agaknya dengan adik beradikku yang dua itu? Marahkah mereka padaku? Aku menghilangkan diri tanpa dikesan. Semasa aku dihalau abah, Abang Alif berada di luar negara menyambung pengajian. Amir pula masih kecil. Tidak mampu berbuat apa-apa.

Sampai saja di tempat penginapanku, jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi. Mataku sudah terasa seperti kertas pasir. Tidak sabar rasanya mahu membersihkan diri dan berbaring di atas katil. Semasa mengambil kunci di front desk, aku bertanyakan tentang khidmat kereta sewa. Memudahkan aku untuk bergerak ke mana-mana.

Aku berpuas hati dengan bilik yang diberikan. Katil single nya menarik-narik aku untuk berbaring. Aku kuatkan semangat untuk mandi dan menukar pakaian dahulu. Usai bersiap, aku terus melemparkan tubuh ke atas katil. Aduhh...nikmatnya tidak terkata.

Semalaman digegarkan dengan kereta api membuatkan tubuhku lenguh dek stress. Aku jenis yang tidak mudah tidur di atas benda yang bergerak. Menempuh perjalanan beratus batu begini selalu meragut stamina tubuhku. Jadi aku perlu tidur untuk mengumpul semula kekuatan.

Sayup-sayup aku terdengar bunyi telefonku menandakan mesej masuk sebelum benar-benar terlelap. Aku gagahkan diri untuk membaca balasan yang mungkin dihantar Hadif selepas mendapat pesananku memberitahu aku sudah selamat sampai.

OK. REPORT BACK TO ME EVERYDAY. TAKE CARE SWEETIE.

Dalam kantuk masih lagi aku mampu tersenyum membaca mesej Hadif. Sweetie? Panggilan yang keluarnya sekali sahaja dalam satu purnama. Gundah benar hati Hadif bila terpisah denganku.

Tidurku bertemankan memori-memori indah aku bersama Hadif. Mengecas semula tenaga untuk menghadapi hari-hari esok.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience