CHAPTER 15

Family Completed 25138

Dari seminggu, percutianku bersambung sehingga 2 minggu. Dalam tempoh itu, aku berulang alik ke JPN untuk menguruskan proses pengambilan Yana Ilia sebagai anak angkatku.

Aku berdoa setiap hari supaya segalanya dipermudahkan dan dilancarkan. Oleh kerana Yana Ilia sudah berada di dalam jagaan ibu dan ayah dan kebetulannya ibu kandungnya sudah tiada, proses yang berjalan tidaklah terlalu berbelok-belok.

Saban malam telefonku berdering menambah bilangan missed call dari Hadif. Masuk hari ini,sudah 3 hari aku tidak 'melapor diri' dengan Hadif.

Malam ini aku kuatkan hati untuk menyambut panggilan Hadif. Perkara ini,lebih lama disimpan, bimbang akan menjadi nanah di hati.

"Hello assalamualaikum,"laju aku memberi salam sejurus selepas menyambung talian.

"Yana!" teriakan suara Hadif terus menerjah lubang telingaku. Aku berdehem dehem sedikit. Seperti perasan dirinya diperli, baru Hadif menyambut salamku.

"Waalaikummussalam...kenapa tak angkat call saya? Did something happened?"

“Hadif,”

“Something wrong?”tanyanya pantas. Aku mengeluh keseorangan. Berat benar rasanya mahu menyampaikan keputusanku. Bagaimana sedihnya aku rasa, begitu juga yang akan Hadif alami. Aku cuma boleh berharap Hadif mampu membuka hatinya untuk menerima segalanya dengan tabah.

“ Saya rasa....,”

“ Stop it Yana. Saya rasa saya tahu apa awak nak cakap. Don’t. Don’t do it,” potong Hadif pantas sebelum sempat aku menghabiskan ayatku. Aku tarik nafas panjang. Dan dengan sekali lafaz, aku terus memutuskan hubungan kami.

“ We need to break. Maybe we’re not meant to be together,”

“Give me reasons,”pinta Hadif.

“Things happen,”itu sahaja yang mampu aku berikan pada Hadif. Apa lagi jawapan yang boleh diberi? Menceritakan segalanya bermakna aku perlu membuka cerita tentang Diana. Aku tidak mahu menjaja kisah arwah Diana.

“Things don’t happen on their own. Ini excuse. Saya tak nak excuse. Saya nak reason!” ayat Hadif sudah menyerupai ayat pihak atasanku bila aku melakukan kesilapan dalam kerja.

“Hadif, awak kenal saya. Awak rasa saya akan buat keputusan macam ni tanpa sebab kukuh ke? Semudah tu saja awak nak tuduh saya?” talian sunyi sebentar. Aku masih sabar menunggu kata darinya.

“I’m sorry. Saya tahu awak bukan macam tu. Saya yang bercakap tanpa berfikir,”akhirnya Hadif yang mengalah. Aku faham. Jika aku berada di situasi Hadif, mungkin aku akan lebih menggila. Sekurang-kurangnya Hadif terus boleh berfikir dengan waras selepas di marah kembali.

“ I have things that I can’t tell. I hope you understand,”

“ Saya tak faham. Circumstances apa yang sampai menyebabkan awak korbankan cinta saya semudah tu saja. Saya ada hak untuk tahu apa yang menyebabkan awak buat keputusan macam ni. Sebab saya pun terlibat dalam keputusan yang awak ambil. Is this because of that letter? That letter yang ibu awak bagi tu?” diamku memberi jawapan pada soalan Hadif.

“Kalau lah betul surat tu punca semua ni...menyesal saya pujuk awak baca surat tu tempoh hari!”

“Awak ingat tak awak pernah cakap dekat saya....hidup ni tak boleh terlalu memandang ‘KALAU’. Awak kata, benda yang dah terjadi tak boleh dikenang kembali. And you also told me, the only thing we can do if things already happened is.. strive forward. Repair the damaged. Change the outcome,” aku tarik nafas sebelum menyambung semula , “ Hadif, right now...I’m repairing the damaged I’ve done. I’m trying to change the outcome. Please try to understand my reason.”

“ My feeling? Macam mana dengan perasaan saya? Did you take my feeling into account when you made this decision? Did you?” nafasku mula terasa berat dengan luahan Hadif yang sudah berubah sayu nadanya.

“ Saya tahu tindakan saya memang tak adil untuk awak..,”

“Then? Awak tahu apa yang awak buat tu tak adil untuk saya. Tapi kenapa awak buat jugak? Why?”

“Because if we still go on together , it will be worse! Trust me! Kalau kita teruskan juga hubungan kita, itu lebih tak adil untuk awak. Percaya atau tidak, apa yang saya buat sekarang ni adalah untuk kebaikan kita berdua. Ini jalan yang terbaik.”

“ Jalan terbaik? Apa yang terbaiknya kalau awak hancurkan hati saya macam ni? Apa kebaikan yang ada di hujungnya bila awak tolak saya ke tepi macam ni?” bertalu-talu Hadif menembak aku. Kalaulah kata-kata Hadif itu peluru, pasti sudah lama aku mati dibenamkan kata-katanya.

“ Hati saya pun hancur! Impian saya hancur! Awak ingat senang? Senang untuk saya buat semua ni? Saya minta putus untuk kebaikan awak. Untuk masa depan awak,” di hujung ayat, suaraku sudah bergetar. Menitik juga air mata yang kutahan dari sejak dari hari aku membaca surat Diana. Hadif tidak membalas lagi kata-kataku. Dibiarkan aku melepaskan sebak yang aku kumpul di dada.

Sedih mengenangkan istana harapan aku dan Hadif akan runtuh. Sedih mengenangkan perjalanan hidupku yang kurasakan penuh liku. Bukan aku mahu merungut. Teruk bagaimana pun kehidupanku, aku tahu ada lagi yang lebih teruk di luar sana. Sekurang-kurangnya walau perasaanku akan sentiasa rasa kosong tanpa Hadif di sisi, kehidupanku akan masih terus berjalan dengan baik. Aku masih punya kerja, aku masih punya keluarga dan aku masih punya tempat untuk berteduh. Masih ramai di luar sana yang tidak punya apa yang aku miliki.

“Yana...jangan menangis...saya minta maaf. Mungkin saya tak faham dengan situasi awak. Saya akan cuba faham, tapi tak bermakna saya terima keputusan awak ni. Nanti bila awak balik sini, kita jumpa. I want to know why you want to break up with me. Sekarang awak tenangkan dulu fikiran awak dekat sana. Saya tunggu awak balik,”

Aku diam. Hingga ke akhir perbualan pun aku tidak sedikit pun mengiyakan ataupun menidakkan kata-kata Hadif. Minggu hadapan bila aku masih tidak pulang, mungkin baru Hadif akan tahu.

Baru Hadif akan tahu yang aku pulang ke rumah ayah bukan untuk seminggu. Bukan juga 2 minggu. Tapi untuk selama-lamanya.

Semalam aku sudah menghantar notis berhenti kerja 24 jam kepada pihak atasanku. Juga aku sudah bergerak mencari kerja baru di sini. Di tempat kelahiranku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience