CHAPTER 27

Family Completed 25138

Sebelum tidur, aku ke bilik Yana Ilia. Lama aku duduk di birai katil melihat wajah mulusnya di dalam tidur. Hai anak....betapalah Mama berperang dengan satu dunia bila engkau hadir. Aku ketawa kecil dalam malap lampu tidur biliknya. Aku berperang dengan satu dunia? Layakkah aku untuk berkata demikian jika aku yang sebenarnya mencipta perang ini?

Masuk ke bilikku selepas memastikan semua tingkap dan pintu berkunci, aku lihat ada 3 missed call yang ditinggalkan Hadif. Lambat-lambat aku mengambil keputusan untuk menelefonnya semula.

“Hello assalamualaikum,” pantas Hadif memberi salam selepas menyambung talian. Aku jawab perlahan. Cukup untuk pendengarannya sahaja.

“Dah tidur?”tanya aku bila melirik melihat jam di kepala katil. Pukul 11 malam. Aku tahu Hadif selalunya tidur sebelum pukul 12 malam.

“Awak macam tak tahu je waktu tidur saya. Lagi nak tanya?” dalam seloroh Hadif menjawab. Senyuman kecil terukir di bibirku. Lama diam, bibirku yang mengukir senyum mula bergetar. Tiba-tiba aku rasa sedih! Sedih memikirkan perjalanan hidupku sehingga ke hari ini. Bukan mahu menyalahkan takdir, cuma bila menyorot sejarah hidupku, aku rasa sayu. Aku mahu bersedih tapi terhalang bila memikirkan Diana yang terlebih dahulu menyahut seruan Ilahi. Kehidupan Diana lebih kelam berbanding diriku. Dia kehilangan keluarga di usia kecil. Lebih banyak nikmat hidup yang tidak dapat dia kecapi berbanding diriku. Lantas, layakkah aku bersedih dengan kehidupanku?

“Jangan menangis Yana,” di luar sedar, tangisan kecilku sudah sampai ke telinga Hadif di hujung talian. Bergegas aku menyapu air mata yang menitik ke pipi.

“Kalau saya ada kat sana, awak mesti dah ketawa sekarang,” ulah Hadif lagi. Bibirku mengukir senyum di luar sedar.

“Oh ya? Apa yang awak boleh buat supaya saya ketawa?” aku ikut menyambung arah perbualannya.

“Saya tak perlu buat apa pun Yana. Sebab saya tahu, kalau saya ada di sisi awak, awak takkan pernah menangis. Saya akan bahagiakan awak sehingga awak tak akan kenal erti sedih,” bersastera benar Hadif jika mahu mengayat. Tapi ulahnya menjadi bila aku ketawa mendengarnya.

“See? Awak dah ketawa! Hanya dengan suara saya pun, awak dah boleh ketawa. Cuba bayangkan kalau saya ada di sisi awak?” kali ini aku diam. Tahu ke mana arah perbualan Hadif. Mengapa setiap perbualan membawa kepada isu ini? Isu perkahwinan kami yang tergantung?

“Boleh tak untuk sekali ni, kita berbual tanpa bangkitkan isu tu?” pintaku.

“Okay,”balas Hadif mengikut kemahuanku. Hampir jam 1 malam baru kami memutuskan talian. Aku bercerita tentang kehidupan di tempat kerja baru juga kehidupan harianku yang sudah jauh berubah dengan kehadiran Yana Ilia. Hadif pula bercerita tentang projek di Terengganu yang sudah hampir siap juga jadual hariannya yang sudah banyak berubah bila tiada lagi aku untuk mengisi masa senggangnya.

Sebelum berpamitan, Hadif mengingatkan aku untuk menjaga diri dan perlu membuat laporan dengannya setiap hari. Sama seperti dahulu. Entah Hadif ingat ataupun tidak, hubungan kami tidak lagi sama seperti dahulu. Aku diam menerima saja arahannya sedang dalam hatiku, aku tahu yang aku tidak akan mengikut apa yang dipintanya.

Share this novel

g_jah g_jah
2020-04-26 20:50:43 

guf

g_jah g_jah
2020-04-26 20:50:40 

azjdjdj


NovelPlus Premium

The best ads free experience