CHAPTER 17

Family Completed 25138

“ Ibu memang tak setuju. Tapi kalau ini memang keputusan Yana, ibu tak boleh cakap apa. Ibu cuma boleh doakan yang terbaik untuk Yana,” aku dan ibu sedang duduk menikmati angin petang di padang permainan yang letaknya beberapa lorong selang dari rumah orang tuaku. Aku tahu ibu banyak mahu meluah kata, jadi aku diamkan diri. Membiarkan ibu habis berbicara.

“Semalam ibu cakap dengan ayah pasal ni. Tapi ayah kamu...macam biasa lah. Dia tetap rasa Yana kena bertanggungjawab. Ini Abang dengan adik Yana tak tahu lagi. Kalau budak berdua tu tahu...habis Yana kena basuh nanti,”aku ketawa kecil. Lambaian Yana Ilia dari atas papan gelongsor aku balas.

Bukannya aku tidak terkesan dengan apa yang ayah lakukan, tapi aku cuba abaikan seperti itu semua tidak memberi sebarang kesan kepadaku. Jika itu anggapan ayah, biarkan saja. Pada ibu pun tidak aku ceritakan tentang isi surat arwah Diana. Tapi aku tahu ibu bukannya budak kecil untuk aku gulakan. Mata dan naluri seorang ibu itu tajam. Aku pasti ibu boleh mengagak apa yang telah berlaku.

“ Ibu tak pernah sangka semua ni akan terjadi masa ibu dan ayah bawa balik Diana ke rumah kita dulu,”

“Ibu!” pantas aku memotong. Tidak mahu ibu kesal dengan apa yang berlaku. Bukankah itu menidakkan takdir?

Ibu senyum tipis memandangku sebelum kembali menyambung.

"Tapi...ibu terima dan redha dengan apa yang berlaku. Ibu tak pernah bezakan Diana dengan Yana. Ibu layan sama adil saja. Tapi hati manusia tu berlainan. Mungkin penerimaan Diana tak sama dengan penerimaan Yana,"

"Kenapa ayah tak nak faham?"soalku tiba-tiba. Entah bagaimana persoalan tentang ayah boleh timbul di benakku. Mata ibu terkebil-kebil. Tidak menyangka aku akan membuka perbincangan ini.

"Kenapa ayah lebihkan Diana dari Yana, anak kandung dia sendiri?"aku ulang lagi soalan tadi.

"Yana tak tahu hati ayah. Boleh ke Yana jatuh hukum macam tu? Yana yakin ayah lebihkan Diana dari Yana?"

Ibu sedang mengelak. Aku tahu ibu mengelak untuk menjawab soalanku. Sudah terang lagi bersuluh ayah lebih percayakan Diana dari aku. Untuk apa lagi disembunyikan hakikat. Pandai benar ibu memutar belit fakta.

"Says you....,"perlahan aku berbisik pada diriku sendiri. Kami akhirnya diam melayan perasaan sendiri. Aku tidak mahu mengorek lagi perkara yang bakal menyakitkan hatiku sendiri. Ibu pun pasti tidak mahu memberitahu perkara yang padanya boleh mendatangkan pergaduhan pada kami.

Ingatanku singgah pada Hadif. Rindunya tak dapat diungkap lagi. Rindukah Hadif padaku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience