CHAPTER 19

Family Completed 25138

“Minum Hadif,”pelawaku sambil menuang teh tarik yang dibancuh ibu masuk ke dalam cawan.

“Awak ada anak ke Yana?” menggeletar tangan aku mendengar soalan Hadif. Cepat-cepat aku letakkan cawan yang kupegang. Bimbang tertumpah air yang kutuang tadi. Kemudian, baru mataku melirik memandang Hadif. Baru aku perasan Yana Ilia sudah duduk di pangkuannya.

Mataku berlaga dengan mata Hadif. Seketika cuma, aku mengalihkan pandanganku.

“I adopt her,”jawabku jujur. Tidak mahu Hadif bersangka. Perlahan Hadif beristighfar. Tidak dapat aku telah apa yang sedang bermain di dalam mindanya.

“Is this the reason why you push me away?”aku diam. Tidak tahu bagaimana mahu memberi jawapan. Bukan itu alasan utama mengapa aku membuat keputusan memutuskan hubunganku dengan Hadif. Mataku beralih memandang Yana Ilia yang seronok di atas pangkuan Hadif. Si kecil ini mudah dijaga. Tingkahnya sopan, tidak terlalu lepas membawa diri. Sayang aku sudah banyak tumpah pada anak Diana ini.

“Why are you doing this? Awak datang sejauh ni cari saya untuk tanya ni saja? Keputusan saya tetap sama, takkan berubah walau apa pun yang awak buat,”kataku tegas. Hadif terdiam. Aku mendepangkan tangan memanggil Yana Ilia datang ke pangkuanku. Perlahan Hadif membantu dia turun dari pangkuan.

Aku cium kepala Yana lama. Seronok membenamkan muka ke ubun-ubun kepalanya. Rasa terbang masalah yang melanda bila melayan keletah manja anakku ini. Yana Ilia, anakku. Aku sudah mula belajar hakikat ini sejak mula aku memohon untuk mengambil Yana Ilia sebagai anak angkatku.

Hadif tiba-tiba bangun berdiri di hadapanku. Terkejut aku dibuatnya!

“Awak dah janji dengan saya Yana. Awak tak boleh buat keputusan tanpa berbincang dengan saya. Ini tak adil,” nada Hadif sudah berubah. Sepertinya marah dan terdesak. Aku keringkan hatiku memandangnya.

“Janji dibuat di antara dua orang. Kalau salah seorang mungkir, janji tu memang tak boleh diteruskan kan? Sekarang, saya dah mungkir janji. So, officially, perjanjian kita dah tak ada. TAK ADA,” aku ulang dua kali supaya senang masuk ke dalam fikiran Hadif. Hadif tidak mahu menerima hakikat. Aku tahu itu, kerana aku sendiri juga masih belajar menerima hakikat yang kami tidak mungkin bersama.

“Yana terima cincin dia, pada ibu, Yana dah bertunang. Dalam islam, dah diajar tentang ni Yana. Walau Yana menerima hanya dengan lisan, tetap sudah dikira bertunang. Yana dah terima,” ibu tiba-tiba datang mencelah dari dapur. Aku gigit bibir. Resah bila ibu mula campur tangan.

“Tunang tetap boleh putus kalau rasa tak serasi kan?” cepat aku mencipta alasan baru. Kali ini ibu dan Hadif saling berpandangan. Berilah seribu fakta pun, akan aku tangkis sedaya mungkin. Aku tidak mahu berkahwin dengan Hadif! Tidak semudah itu aku hendak menghancurkan hidup Hadif dengan bebanan yang aku bawa.

“Mak cik rasa, buat masa ni, Hadif balik dulu. Esok atau lusa Hadif datang balik. Masa tu ayah Yana cuti. Kalau Hadif betu-betul serius nak pada Diana Amira ni, Hadif datang jumpa ayah dia,”mata dan mulutku membulat.

“Ibu!” suaraku naik di luar sedar. Tapi mereka terus bercakap seolah-olah aku tiada di situ.

“Kalau macam tu saya minta diri dulu mak cik. Saya akan datang balik esok. Sebab saya pun tak boleh lama kat sini. Lusa dah kerja,”Hadif mengundur diri bersama dengan senyuman manisnya. Aduh..pasti cair meleleh hati ibu melihat manisnya wajah Hadif. Merah mukaku menahan geram dengan perbualan mereka yang mengenepikan aku.

Hilang saja kelibat Hadif di balik pintu, aku terus menghadap ibu. Aku dengan amarah, ibu dengan ketenangannya yang tidak pernah lekang. Belum sempat aku membuka mulut, ibu terlebih dahulu bersuara.

“Ibu takkan biar Yana terus ubah hidup Yana sekelip mata macam tu saja. Hanya kerana anak arwah, Yana nak berkorban macam tu saja? Ibu tak menentang keputusan Yana ambil anak angkat ni sebab ibu tahu ibu tak boleh ubah fikiran Yana. Tapi selagi ibu mampu, ibu akan cuba sedaya upaya ibu, supaya Yana boleh hidup bahagia. Kalau Hadif sanggup terima keadaan Yana sekarang, kenapa Yana nak menolak?”

“Ibu tak faham!” bentak aku geram. Mereka semua tidak faham niatku. Aku sayangkan Hadif. Kerana sayang itu juga, aku buat semua ini. Hanya kerana sayang, takkan tergamak aku berkongsi masalahku dengan Hadif? Aku mengambil anak angkat bukan masalah bagiku. Tapi itu akan menjadi masalah bagi Hadif. Yana Ilia itu anak tidak sah taraf. Sesuci mana pun Yana Ilia dimataku, tetap di mata masyarakat, dia akan dicemuh.

Aku boleh menerima semua itu. Aku sanggup! Tapi aku tidak sanggup melihat Hadif ikut sama terpalit denganku. Lebih baik dia mencari yang lebih baik dariku. Aku sudah tidak layak lagi untuknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience