CHAPTER 22

Family Completed 25138

Kereta aku pecut laju meninggalkan perkarangan rumah orang tuaku. Ya Allah....sebaknya dadaku tika itu. Bila tak dapat lagi aku tahan air mata, aku masuk ke kawasan parking McDonald yang aku lalui. Terus aku hamburkan air mata yang aku tahan dari tadi. Bukan saja yang itu, malah yang kutahan dari hari pertama aku kembali ke sini.

Dugaan apakah ini? Mengapa semua niat baikku berpatah balik menghentamku kembali? Aku tidak mahu mencemarkan nama baik arwah Diana, aku pula yang disalah anggap. Aku mahu mengambil Yana Ilia sebagai anakku, ayah menganggap aku mahu bertanggungjawab atas dosa yang tidak pun aku lakukan. Aku menolak Hadif, ayah menganggap aku tidak bertanggungjawab atas perlakuanku sendiri.

Lalu bagaimana lagi harus aku lakukan? Ayah berkeras mahu aku membetulkan jalan hidupku yang padanya sudah banyak kesilapan yang aku corak. Ibu pula menegakkan pendiriannya yang mahukan aku bahagia kerana aku sepatutnya tidak perlu pun menggalas semua masalah ini. Hadif, dengan kedegilannya mahukan diriku. Pada siapa mahu aku lepaskan rasa?

Aku ambil telefon bimbitku dan mendial nombor telefon Hadif. Waktu ini pasti dia sedang menunggu flight untuk pulang ke rumahnya.

"Hello Assalamualaikum,"suaranya ceria membalas panggilanku. Ceria? Berita apa yang menggembirakan dirinya? Dia sangka semua masalah selesai hanya kerana ayah bersetuju dengan hasratnya?

"Hadif,"aku membuka bicara. Suaraku kedengaran serak dek kerana menangis seperti orang gila tadi.

"Yana? Kenapa ni?" sedikit risau suara Hadif bertanyakan keadaanku. Pasti kerana suaraku yang berubah.

"Kenapa? Saya baru lepas menangis. Sebab apa saya menangis? Sebab stress. Kenapa saya stress? Sebab awak,"mendatar nadaku membuat mukadimah untuk perkara yang bakal aku katakan lagi selepas itu.

"You leave me no choice Yana. I have to,"jawapan Hadif langsung tidak dapat diterima akalku. Aku tidak memberi pilihan padanya kerana memang tiada cara lain lagi! Bukannya aku sengaja seronok menyakitkan hatinya. Aku ikut sama sakit!

"Don't you get the situation? I'm adopting a child born out of wedlock! Awak faham tak?!"bila Hadif diam,aku menyambung lagi.

"when she grows up, new problem will occur. People talk. Tolonglah fikir Hadif. Bukan mudah. If we marry, she's not your child. Awak akan ada limit dengan anak saya. Semua tu tak mudah!"

"Tapi saya terima semua tu. Saya terima awak seadanya Yana," sekali lagi Hadif membalas dengan jawapan tidak logiknya. Hadif buta dengan cintanya pada aku!

“Hadif, saya ada tanggungjawab yang perlu saya galas. Saya tahu awak terima saya seadanya. Tapi apa yang berlaku ni tak semudah yang awak sangka. Fikir baik-baik. Kalaupun awak menyanggup, saya tetap tak mahu. Saya tak sanggup!”

Hadif membisu seribu bahasa. Mungkin mengiyakan apa yang baru aku katakan. Perlahan tanganku yang memegang telefon melolot turun ke atas pangku. Rasa lemah seluruh tubuh membayangkan istana impian yang aku bina bersama Hadif bakal retak dan roboh.

Sakit! Hatiku sakit! Tapi keputusan yang aku lakukan ini untuk kesenangan semua pihak di masa hadapan. Mengapa mahu membebankan Hadif lagi? Jalan yang paling selamat adalah, aku menarik diri. Aku akan doakan Hadif bertemu yang lebih baik dan lebih sempurna dariku. Hadif itu padanannnya bukan aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience