CHAPTER 8

Family Completed 25138

“ Diana tunjuk mesej yang Yana hantar pada dia. Pada ayah Yana, bukti tu dah cukup untuk mengesahkan cerita Diana,” penjelasan ibu terasa seperti satu batu besar untuk kutelan. Hanya itu? Hanya itu bukti yang ditunjukkan Diana yang menyebabkan ayah tidak mempercayaiku?

“ Itu saja?” soalku tidak percaya. Ibu mengangguk.

“ Yana tahu kan, dari dulu ayah sentiasa nampak Yana dan Diana tak pernah sekepala. Apa yang jadi bukan perkara kecil Yana. Yana kena faham kenapa ayah buat keputusan tanpa teragak-agak,”

Aku renung gambar keluarga yang digantung dnegan corak sebatang pokok di dinding. Di setiap hujung dahan ada gambar setiap seorang ahli keluarga. Ayah dan ibu pastilah di atas sekali. Dahan yang ke bawah sedikit menggantung gambar Abang Arif. Di sebelah bawahnya pula gambar adikku Amir Al-Amin. Dahan yang sebelah kanannya sepatut mengunjuk ke gambarku, tapi sudah diganti dengan wajah Yana Ilia. Di bawahnya gambar arwah Diana.

Kelat senyumanku ketika perasan dengan perubahan itu. Betapa ayah tekad tidak mahu melihat wajahku selepas membuang aku dari keluarga ini.

“ Yana tak buat semua tu. Mungkin Yana tak pernah suka dengan Diana, tapi tak lah sampai Yana sanggup buat macam tu. Yana tahu agama. Yana tahu beza dosa dan pahala. Kenapa ayah tak nampak semua tu? Takkanlah Yana tergamak nak upah orang buat macam tu dekat Diana? Ibu rasa Yana mampu ke buat semua tu?” sedikit terdesak suara aku meminta kepercayaan ibu. Ibu memandangku dengan mata bergenang. Tidak dapat aku baca hatinya tika ini.

“Ibu mengandungkan Yana. Takkan ibu tak kenal anak ibu? Ibu tahu Yana tak salah. Tapi ayah dah terlampau tekad. Terlampau dibutakan amarah dia sendiri,”aku geleng kepala penuh kesal. Gamaknya ayah menuduh aku merancang supaya Diana dicemarkan maruahnya oleh lelaki tidak dikenali. Benar, memang aku ada menghantar mesej pada Diana untuk datang berjumpaku di bilik hotel yang menempatkan aku dan 3 rakan sekampusku.

Waktu itu, kami dihantar menjadi wakil kampus sempena Karnival Cakna Bahasa yang dianjurkan di satu kolej tempatan yang kebetulannya adalah kolej tempat Diana menuntut.

Diana sendiri yang mulanya menelefonku meminta untuk berjumpa. Aku yang tidak pernah menyangkakan apa-apa yang mencurigakan mengajaknya datang ke bilik hostel yang disediakan pihak kolej untuk kami. Sementelah Diana lebih arif dengan tempat belajarnya, dia menyanggup untuk datang mencariku di bilik yang aku duduki bersama rakan-rakanku.

Masih aku ingat, dia meminta aku menghantar mesej nombor bilikku berserta waktu untuk berjumpa.

“ Lah, kan Diana kata nak jumpa pukul 9 malam tadi ? Kenapa nak mesej lagi?” tanyaku bila Diana meminta aku menghantar mesej begitu.

“Takpelah, Yana mesej nombor bilik sekali dengan time nak jumpa. Takut Diana terlupa time,” aku yang merasakan sedikit pelik ketika itu tidak pula banyak menyoal. Ikutkan sahaja permintaan Diana.

BILIK NO. 4 TINGKAT 3, KEDIAMAN TUN. JUMPA PUKUL 9 MALAM. CONFIRM TAU!

Terasa mahu berputar otakku memikirkan perkara 5 tahun lepas. Hanya dengan mesej itu, ayah menyangka aku sengaja menjerat Diana untuk datang ke bilikku. Entah apa yang berlaku di bilik itu pun tidak aku ketahui. Kerana petang sebelum malam itu, aku sudah membatalkan perjumpaan kami kerana aku mempunyai meeting untuk aku hadiri. Sekelipan mata sahaja, Diana sudah pulang mengadu pada ayah sebulan selepasnya memberitahu perutnya sudah berisi. Buntingkan anak lelaki tak dikenali yang merogolnya di bilik Yana!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience