CHAPTER 4

Family Completed 25138

“ Tiket?”

“Ada. Ni,”aku tunjuk tiket kereta api yang berada di dalam genggaman tanganku pada Hadif.

“Telefon? Purse?” aku tunjuk satu persatu barang yang disebutnya. Hadif ambil telefonku dan diperiksa peratusan bateri yang masih tinggal. Purse aku diambil dan disumbat masuk ke dalam beg yang sedang aku galas.

“Telefon letak dalam poket. Dalam purse jangan letak semua duit. Half duit letak dalam poket. Your IC, phone...,”aku hentikan celoteh Hadif dengan menarik lengan knitted sweaternya kuat. Mulutnya rapat tertutup.

“ You’re worried,” aku nyatakan apa yang sedang aku lihat dari tingkahnya yang kalut memberi pesanan seolah-olah aku akan pergi tidak pulang lagi.

“Yes, I’m worried! I’m dead worried!” akui Hadif geram. Jari-jarinya menyauk anak rambutnya yang terjuntai di dahi. Malam ini dia sedikit santai berpakaian. Seluar kargo, knitted sweater dan sandal hariannya sahaja. Jam 9 tadi dia menjemputku di rumah bersama makanan yang dibekalkan Umi Jah untukku mengalas perut di dalam perjalanan.

Sempat Hadif mengajakku makan dahulu, namun aku menolak pelawaannya. Aku tidak mahu menaiki kereta api dengan perut yang penuh. Memudahkan aku untuk berasa loya dan pening.

“Why don’t saya beli tiket and ikut awak sampai sana. Then, saya beli tiket, balik sini semula,”mataku membulat dengan cadangan gila Hadif!

“Hadif!” di luar sedar suaraku naik. Hadif terus membuat muka sedihnya. Aku ikut terbawa dengan lakonannya.

“Sorry, saya tak boleh control rasa risau saya,” alasan yang keluar dari mulut Hadif menyejukkan hatiku. Aku faham perasaannya. Sejak kali pertama aku menerima huluran cintanya, tidak pernah kami berjauhan selama ini. Paling lama pun bila dia dihantar menguruskan projek pembinaan kondominium di Terengganu. Itupun 3 hari di sana, baliknya terus mencari aku sebelum kembali semula ke sana.

Kali ini aku mengambil cuti 1 minggu berserta seminggu lagi jika sebarang kesulitan timbul.

“Kalau macam tu saya tak payah pergi,” ugutku kembali.

“Jangan! Nanti kita tak boleh kahwin,”kali ini aku ketawa. Berdekah-dekah siap menekan perut lagi. Ada ketikanya Hadif seperti kanak-kanak lagaknya. Bila ditunjuk matangnya, aku jadi takut seperti anak kucing kehilangan emak, dan bila ditunjuk sikap kebudak-budakannya, aku jadi gila mengusik. Seronok melihat cemberut wajahnya.

“You think this is funny?” tanya Hadif geram melihat aku bermain-main. Aku geleng kepala sambil mengelap air mata yang keluar dek ketawaku tadi.

“No...it’s just...awak sweet sangat...tapi saya rasa nak tergelak pulak.” Ketawaku masih bersisa dalam percakapanku. Wajah Hadif berubah tenang melihatku. Memberi isyarat yang dia sudah boleh mengawal kerisauannya. Hadif menoleh melihat jam besar yang tersangkut di gerbang masuk stesen kereta api. Menandakan sudah sampai waktunya untuk aku bergerak.

“Saya doakan perjalanan awak selamat. Saya akan doakan yang terbaik untuk awak,” aku angguk tanda terima kasih.

“Terima kasih Hadif. For everything,”ucapku perlahan. Kami berdua berlagak seperti perpisahan ini tiada pertemuan kembali.

“Saya tahu awak takut Yana. I know it’s not easy for you to do this. Just know that, saya bangga dengan awak. Apa pun yang terjadi, ingat! Saya ada dekat sini menanti awak.”

Aku semat kata-kata Hadif jauh ke dalam lubuk hati. Di setiap langkah kakiku, Hadif ada menyokong di belakang. Terus, aku jadi berani!

Sedikitpun aku tidak menyangka apa yang bakal berlaku mampu merubah perjalanan hidupku bersama Hadif.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience