MUZIK rancak yang sedang dimainkan ingin mengajak semua umat manusia yang berada di dalam kelab malam itu untuk berhibur dan bersuka ria. Tempat hiburan yang terkenal di bandar metropolitan ini sering dikunjungi oleh ramai manusia tidak kira beragama Islam mahupun bukan. Tujuan mereka tetap sama iaitu untuk menghiburkan diri mereka sendiri. Melupakan segala masalah yang sedang menimpa kehidupan mereka.
Mereka tampak begitu gembira dengan menghabiskan waktu dengan aktiviti hiburan seperti itu. Minum alkohol, melakukan hubungan seks tanpa batasan dan menari dengan penuh lenggok cukup menghiburkan hati mereka. Ruangan itu dipenuhi dengan lelaki dan perempuan.Tiada langsung perbatasan antara mereka malah ruangan yang luas itu juga bukanlah dikunjungi oleh orang bukan Islam saja tetapi orang yang beragama Islam juga sanggup mengunjungi tempat kotor sebegitu.
Di suatu sudut dalam ruangan kelab malam itu kelihatan seorang lelaki tinggi dalam keadaan sedang mabuk duduk di atas sebuah kerusi panjang bersama dengan beberapa orang gadis yang berpakaian separa telanjang. Gadis-gadis tersebut cuba untuk menarik perhatiannya dengan memberikan tatapan dan sentuhan yang cukup menggoda namun malangnya lelaki tersebut langsung tidak tertarik terhadap semua gadis tersebut. Dia hanya meneruskan minum alkohol sehingga habis sebotol. Tidak cukup dengan itu dia memesan lagi dua botol arak untuk memuaskan keinginannya. Dia memang peminat tegar minuman beralkohol.
“Hey, handsome. Wanna join me?” Seorang gadis berambut ikal mayang dan berpakaian kain singkat datang mendekati lelaki tinggi itu. Tanpa rasa malu, dia melabuhkan punggung di atas riba lelaki itu dan memeluk lehernya. Senyuman menggoda terukir di bibir merah menyala itu.
Lelaki itu merenung tajam wajah gadis tersebut. Rahangnya diketap kuat. Gelas kaca yang berisi arak digenggam kuat. Berani-beraninya gadis ini duduk di atas ribanya tanpa meminta izin.
“Before I kill you, you better stand up now and leave me alone here.” Suara garau lelaki itu memberi amaran keras. Anak matanya masih merenung tajam ke arah gadis tersebut.
Malangnya gadis tersebut tiada rasa gentar sedikit pun melihat riak wajah lelaki itu yang begitu serius. Sebaliknya dia hanya ketawa kecil dan berlagak selamba. Ini namanya manusia yang suka mencari penyakit. Sudah diberi amaran namun masih tidak ingin mendengar malah buat-buat pekak dengan amaran tersebut.
“Don’t be so pretentious, darling. I will give you the best service if you want to sleep with me tonight,” ujarnya dengan lengokkan suara yang penuh menggoda. Semakin erat dia memeluk leher lelaki tersebut. Walau apapun caranya dia perlu memastikan lelaki ini akan tidur bersamanya malam ini. Biarpun lelaki ini menolaknya tetapi dia akan tewas juga jika godaannya berjaya kerana dia tahu lelaki ini tidak akan dapat berfikiran dengan waras.
“I repeated, standing up from my lap now and leave me alone. If not, I swear, I will kill you, slut. Don't challenge me,” ujarnya perlahan namun masih berbaur amaran. Tujuan dia datang ke sini adalah untuk minum arak sepuas-puasnya bukan untuk melayan perempuan-perempuan murahan di sini.
“Please, darling. Don't act like this. I just want to cheer you up. I know you must be stressed because of work so let me help you to get rid of all your burdens.” Gadis itu berbisik di telinganya. Sengaja dia menggigit bibir merahnya bagi membuatkan lelaki itu tergoda dengannya.
Bibir lelaki itu melakarkan senyuman sinis.
Gelas kaca di tangannya dihempas kuat di atas meja. Lalu, laju sahaja tangannya naik mencekik leher gadis tersebut sehingga timbul urat-urat hijau di pergelangan tangannya menunjukkan bahawa betapa kuatnya dia mencekik gadis tersebut.
“I told you before, don't challenge me. But you are stubborn. And now it's time to me to kill you, slut. You don't deserve to live!” ujar lelaki itu bersama senyuman sinis yang terukir di bibir. Semakin kuat dia mencekik leher gadis tersebut sehingga wajahnya berubah menjadi merah menahan kesakitan. Dia menjadi sukar untuk bernafas. Seperti nyawanya sekarang ini hampir tercabut.
Gadis-gadis lain yang melihat situasi tersebut mula berasa takut. Mereka terus saja membatalkan niat untuk mengganggu jejaka itu setelah melihat rakan mereka diperlakukan kasar seperti itu malah mereka juga tiada niat mahu membantu.
Orang lain juga tidak mahu mencampuri urusan mereka berdua walaupun mereka nampak apa yang berlaku kerana mereka tahu nyawa mereka juga pasti akan melayang jika berani masuk campur. Bukan mereka tidak kenal siapa jejaka bermata emerald itu. Jejaka yang berperangai seperti syaitan. Sangat kejam dan tidak berperikemanusiaan. Memang sepadan kalau nak digandingkan dengan mafia.
“Please...don't...” Gadis itu merayu untuk dilepaskan. Barulah dia faham mengapa tidak ramai gadis-gadis di sini ingin menggoda jejaka ini. Memang dia akan bawa berjumpa terus dengan Malaikat Izrail.
Lelaki itu ketawa sinis.
Baru sekarang nak sedar. Puas dia melihat wajah gadis tersebut bertukar merah. Lelaki itu langsung tidak menghiraukan rayuan gadis tersebut sebaliknya dia semakin mencengkam leher gadis tersebetu.
“You're better off dead,” bisiknya dengan penuh sinis.
“Gibran!” Tiba-tiba ada seorang lelaki memanggil namanya dari jauh namun dia langsung tidak menghiraukannya. Dia harus bunuh gadis di hadapannya ini. Baru dia tahu langit itu tinggi atau rendah. Inilah padahnya jika mengganggu ketenangan aku.
“Are you insane?” Lelaki itu segera menarik tubuh sasa sahabat baiknya. Dia tidak mahu gadis tersebut mati di tangan sahabatnya.
Setelah berjaya meleraikannya, tanpa membuang masa gadis tersebut cepat-cepat meninggalkan dua orang lelaki itu. Dia perlukan oksigen sekarang ini.
“Kau nak jadi pembunuh ke gila? Kalau perempuan tu mati tadi macam mana? Kau ni memang bercita-cita untuk jadi pembunuh ek?!” herdik lelaki itu. Dia menolak kasar bahu sahabat baiknya namun lelaki itu langsung tidak berganjak. Dia menggaru kasar rambutnya sehingga serabai.
“Nasib baik aku cepat tadi kalau tidak aku tak tahulah apa nasib perempuan tu,”
“Can you shut up? Sakit telinga aku dengar kau membebel. Biarlah kalau aku nak bunuh perempuan tu. Dia memang patut mati sebab dah ganggu ketenangan aku,” ujarnya selamba.
“Kau ni memang tak serik. Ini kalau daddy kau tahu memang nahas kau dikerjakan,” balas lelaki itu pula. Mahu naik darahnya kalau bercakap dengan lelaki di hadapannya ini. Nasib baik sahabat baik. Mestilah sayang juga.
“Luke, kalau kau datang sini sebab nak aku dengar bebelan kau lebih baik tak payahlah. Kau pergi berhambuslah. Tempat macam ni tak sesuai untuk orang Islam macam kau,” halaunya kasar. Lelaki itu kembali duduk di atas sofa lalu mencapai gelas kaca tersebut dan meneguk air kencing syaitan itu sehingga habis.
Luke menggeleng kepala beberapa kali melihat tingkah laku sahabat baiknya ini.
“Aku takkan balik kalau kau tak ikut aku balik sekali,” ujar Luke seraya menarik lengan sasa sahabat baiknya supaya berdiri.
“Ikut aku balik, Gibran. Sudah-sudahlah kau minum air kencing syaitan yang memabukkan ni. Walaupun kau boleh minum benda alah ni tapi aku tetap tak suka kalau kau ambil dalam kuantiti yang banyak,” kata Luke yang masih berusaha menarik tubuh sasa Gibran untuk keluar dari tempat kotor seperti ini namun lelaki itu pantas saja menepis.
“I don’t want to back home,” ujarnya seraya menolak tangan Luke daripada menyentuhnya. Lelaki itu selamba menuang arak ke dalam gelas kaca. Belum sempat dia ingin meneguknya, Luke sudah menyambar gelas kaca tersebut lalu dipecahkan ke atas lantai. Habis pecah gelas tersebut akibat tindakan Luke.
Gibran tersentak.
Malah, bukan hanya lelaki itu sahaja tersentak tetapi orang ramai yang sedang berhibur juga turut sama tersentak dan terkejut dengan tindakan Luke yang tiba-tiba.
Gibran merenung tajam wajah Luke bersama perasaan yang tidak puas hati.
“What’s wrong with you, dude? I just want to have fun,” bicaranya dengan nada yang jelas tidak puas hati. Dia bangun daripada duduknya lalu berdiri tegak menghadap Luke.
Kini, mereka saling berbalas pandangan.
Luke meraup wajahnya dengan kasar. Dia memegang kedua-dua belah bahu sahabat baiknya.
“Kalau kau tertekan tolong jangan minum arak untuk hilangkan segala tekanan kau, Gibran. Aku tahu kau sebenarnya tengah ada masalah tapi aku tahu kau tak tahu nak berkongsi masalah kau dengan siapa. Aku sentiasa ada bersama dengan kau, Gibran. Kalau kau ada masalah, kau cari aku. Kau beritahu aku apa masalah kau. Kalau kau selalu minum arak, aku risau kesihatan kau pula akan terjejas,” ujar Luke panjang lebar.
Dia sudah kenal sikap Gibran bagaimana. Setiap kali ada masalah pasti pergi ke kelab malam dan berhibur sehingga tak ingat dunia. Dia sebagai seorang sahabat sudah tentu bimbang dengan rutin hidup Gibran.
Melihatkan saja lelaki itu hanya mendiamkan diri, Luke kembali bersuara.
“Aku hantar kau balik rumah. Kau perlukan rehat yang secukupnya." Luke mengajak Gibran untuk meninggalkan tempat tersebut namun Gibran pantas menggeleng.
“Aku tak nak balik ke rumah. Malam ni aku nak tumpang tidur di rumah kau. Aku tak nak tengok muka daddy aku di rumah. Makin bertambah sakit kepala aku,” kata Gibran sambil memicit kepalanya yang mula terasa pening.
Luke terdiam seketika sebelum dia mengangguk kepala.
Dia sudah dapat meneka bahawa pasti ada sesuatu yang telah terjadi antara Gibran dan orang tuanya.
Bukan dia tidak tahu bahawa Gibran sering bertelingkah dengan orang tuanya akibat hidupnya sering dikongkong. Sikap Gibran memang ego dan keras kepala. Jika bergaduh pasti tidak mahu kalah. Memang mewarisi sikap Tuan Aldric Alexander.
Akhirnya, Gibran dan Luke melangkah keluar dari tempat tersebut.
♡ ♡ ♡ ♡
USAI menyucikan diri, Gibran terus sahaja meletakkan tubuhnya di atas tilam empuk itu. Tuala kecil dililit pada lehernya. Kepala yang masih terasa pening diurut perlahan bagi mengurangkan rasa kesakitan tersebut. Ini semestinya kesan minuman arak itu tadi sebab itulah dia pening begini.
Tiba-tiba pintu biliknya diketuk lalu kelihatan susuk tubuh Luke datang menghampirinya dengan membawa segelas air putih dan semangkuk bubur ayam yang diletakkan di atas dulang.
Gibran kembali bangun daripada pembaringan lalu melunjurkan kaki panjangnya. Kepalanya pula direhatkan di kepala katil.
“Makan,” arah Luke dengan mudah. Dia meletakkan dulang tersebut di atas meja kecil bersebelahan dengan katil. Mangkuk yang berisi bubur ayam dihulurkan kepada Gibran.
Lelaki itu hanya diam seraya mengambil mangkuk tersebut dari tangan Luke. Bubur ayam itu dimasukkan ke dalam mulutnya lalu dikunyah perlahan.
Luke tersenyum puas melihat sahabat baiknya mendengar arahannya. Kalau tidak sebelum ini pasti ada saja alasannya untuk membantah.
“So, is there anything you want to share with me?”tanya Luke sambil memandang tepat wajah Gibran yang jelas menunjukkan bahawa dirinya sedang mempunyai masalah.
Gibran mengeluh kecil.
“Kau tahu kan majlis makan malam sempena ulang tahun syarikat akan diadakan pada hari Sabtu ni.”
Luke mengangguk.
“Ya, aku tahu. Jadi, apa masalahnya? Kau tak nak datang ke majlis makan malam tu?”
“Bukan aku tak nak datang. Mestilah aku akan hadir dan tunjukkan muka aku yang kacak ni masa majlis makan malam tu nanti. Cuma aku kena pergi ke sana dengan Eleanora sekali. Itu yang aku tak puas hati,” rungut Gibran.
“Oh, okey. Jadi? Aku rasa tiada apa-apa masalah yang timbul kalau kau kena pergi ke sana dengan Eleanora. Bukannya bumi akan berubah bentuk sekali pun kalau kau pergi dengan Eleanora,” balas Luke dengan mudah.
Gibran mencengkam rambut coklatnya dengan kasar. Bukannya dia dapat kurangkan tekanan malah semakin bertambah tekanannya bila bercakap dengan seseorang yang tak faham perasaannya. Inilah sebab mengapa dia tidak suka berkongsi masalahnya dengan sesiapa termasuk dengan Luke Eskandar, sahabat baiknya sendiri.
Gibran mengeluh kecil.
“Kau tak faham, Luke. Kau sendiri tahu yang daddy aku nak sangat aku berkahwin dengan Eleanora. Bayangkan kalau aku pergi sekali dengan Eleanora, pasti orang ramai fikir yang bukan-bukan kononnya aku akan berkahwin dengan perempuan tu. Kau sendiri tahu aku ni jenis lelaki yang macam mana. Alergik dengan perempuan gedik macam perempuan tu,” jelas Gibran lagi. Terpampang jelas riak tidak puas hati pada wajahnya.
Luke terdiam seketika.
“Kadang-kadang aku rasa penat sangat dengan hidup aku. Selalu dikongkong oleh daddy. Dia tak pernah nak berikan aku sedikit kebebasan. Dari kecil sehingga aku dewasa, kehidupan aku sentiasa dalam kawalan dia. Aku tak pernah bahagia bila hidup dengan dia. Aku nak mommy aku hidup semula, Luke. Aku rindu dia sangat-sangat,” luah Gibran bersama perasaan yang bercampur-baur.
Luke memandang wajah sahabat baiknya yang kelihatan sangat tenang namun dia tahu di sebalik ketenangan itu pasti tersembunyi seribu duka yang dipendam selama ini. Dia tahu Gibran sedang menahan daripada mengeluarkan air mata.
“Jadi, apa rancangan kau? Kau nak membantah arahan daddy kau lagi? Kau tak takut kena hukuman ke, Gibran?” soal Luke.
Gibran menyuap bubur ayam itu masuk ke dalam mulutnya. Dia berdiam diri seketika sementara sedang menguyah.
Luke pula menanti dengan penuh sabar.
“Aku tahu daddy aku sebenarnya ada merancang sesuatu masa majlis makan malam nanti. Kalau tekaan aku tepat, tengoklah macam mana hancurnya majlis itu disebabkan aku. Aku takkan teragak-agak nak musnahkan rancangan daddy aku. Kalau dia masih nak jodohkan aku dengan Eleanora, tengoklah apa yang aku akan buat,” ujar Gibran dengan penuh sinis. Dia tersenyum jahat apabila memikirkan perkara itu akan berlaku.
Luke tergamam.
Dia menggeleng kepalanya beberapa kali melihat sahabatnya yang sepertinya sedang merencanakan sesuatu di dalam fikirannya.
Anak dengan bapa, dua-dua sama perangai. Ego dan panas baran.
Share this novel