02 | GIBRAN & MAHYRA

Drama Series 6958

“RAJA GIBRAN XAVIER,” Baru sahaja dia melangkah masuk ke dalam vila, namanya terus dipanggil. Automatik langkahnya turut terhenti.

“What?” tanyanya dingin tanpa menoleh langsung ke arah pemilik suara yang memanggil namanya. Dia sudah tahu siapa yang memanggilnya tadi.

“Where did you went last night? Why didn't you come home?” Tegas suara Tuan Aldric bertanya. Belakang tubuh anak sulungnya direnung tajam.

“Luke's house,” jawab Gibran singkat sebelum dia mengangkat kaki untuk menuju ke bilik tidurnya yang berada di tingkat tiga.

“Raja Gibran Xavier, I’m not done yet! Where are you going!” Bergema suara lantang Tuan Aldric di ruang tamu yang luas itu. Merah padam wajahnya menahan kemarahan apabila melihat anak sulungnya dengan selamba meninggalkannya sedangkan dia belum habis bercakap lagi.

Tanpa menghiraukan laungan Tuan Aldric, Gibran terus saja memasuki lif yang sedia ada di dalam vila tersebut. Dia malas hendak melayan sikap Tuan Aldric. Dia tiada masa untuk mendengar segala bebelan lelaki tua tersebut.

Tiba sahaja di tingkat tiga, Gibran terus keluar dari perut lif dan menuju ke bilik tidurnya. Tidak semena-mena dia terserempak pula dengan adik lelakinya. Makin bertambah rosak emosinya pagi ini. Bala memang ada di mana-mana.

“Hey, good morning, my beloved brother!” Ceria sahaja suaranya menyapa abang sulungnya itu. Bibirnya melorekkan senyuman lebar tatkala melihat wajah abangnya muncul pagi ini.

Gibran hanya buat tak peduli. Sapaan adik lelakinya tadi bagaikan angin lalu di telinganya. Gibran hanya menjeling tajam ke arah adiknya bersama riak wajah yang dingin.

“Takkanlah pagi-pagi pun nak murung juga,” tegur si adik lagi. Dia menghalang jalan abangnya untuk masuk ke bilik. Dia cuma mahu beramah mesra sahaja dengan abangnya itu.

Gibran memejam mata erat tatkala jalannya sudah dihalang. Dia cuba untuk bersabar melayan kerenah adik lelakinya yang bernama Asher.

“Sebelum muka kau pecah disebabkan penumbuk aku lebih baik kau berhambus sekarang. Aku tak nak tengok muka kau,” halau Gibran dengan kasar. Wajah Asher langsung tidak dipandang.

“Rileklah, Abang Gibran. Janganlah nak marah-marah macam ni. Asher cuma nak beramah mesra dengan abang je.” Asher masih lagi cuba untuk memujuknya.

“Eh, kau blah lah! Aku takde masa nak beramah mesra dengan kau. Kau ingat ini sesi orientasi ke apa nak beramah mesra bagai. Menyemak je lah aku tengok muka kau! Dan lagi satu sejak bila aku ni jadi abang kau? Aku bukan abang kau sebab kita bukan lahir dari rahim yang sama,” ujar Gibran sinis. Dia melanggar bahu Asher dengan sengaja dan melangkah pergi meninggalkannya bersendirian.

Kedengaran pintu bilik dihempas kuat menandakan bahawa Gibran sedang berada dalam keadaan marah. Terhinjut kedua-dua belah bahunya mendengar bunyi hempasan pintu yang sangat kuat itu.

Asher mengeluh perlahan.

Dia tidak tahu bagaimana caranya lagi untuk membuatkan Gibran menerimanya sebagai seorang adik. Bertahun-tahun mereka hidup bersama namun tetap tiada juga perubahan yang berlaku dalam keluarga mereka.

“Abang Ash,” Kedengaran suara lunak milik seseorang memanggil namanya. Lantas Asher menoleh ke arah punca suara. Kelihatan adik perempuannya sedang berdiri tegak dengan wajah yang muram.

Bulat matanya memandang ke arah adik perempuannya yang tiba-tiba sahaja muncul di tingkat tiga ini.

“Adik buat apa dekat atas ni? Kenapa tak turun bawah?” tanya Asher seraya mendekati adik perempuannya itu. Dia memandang pelik ke arah gadis comel di hadapannya ini. Dah kenapa tiba-tiba saja tayang muka sedih.

“Stella tak sangka sampai sekarang Abang Gibran masih tak boleh nak terima kewujudan kita dalam keluarga ni,” ujarnya tiba-tiba.

Asher terkejut mendengarnya.

Pasti adik perempuannya ini sudah mendengar perbualannya bersama dengan Gibran tadi.

“Kalau kita pun Abang Gibran masih tak boleh nak terima apatah lagi mama. He will never accept us, abang. Perasaan benci dia terhadap kita dah sebati dalam diri dia,” sambungnya lagi. Kedengaran sedih saja bunyinya di sistem pendengaran Asher.

“Sometimes, I always think why is it so hard for him to accept us? Is it because of daddy married with mama?” soalnya ingin tahu. Mata bundarnya masih merenung wajah abangnya untuk meminta kepastian.

Asher berasa serba-salah untuk menjawab. Dia tidak tahu hendak membalas apa. Melihat wajah polos adik perempuannya itu membuatkan dia terasa hendak menangis di sini.

“Why, abang? Answer me!” desaknya lagi.

Asher meraup wajahnya dengan kasar.

Pagi-pagi lagi dia sudah berasa tertekan.

“I’m sorry, adik. I don’t have any idea to answering your question.” Sudahnya hanya itu saja yang mampu dia balas kerana dia juga tidak pasti mengapa abang sulungnya itu masih tidak boleh menerima mereka sehingga sekarang.

♡ ♡ ♡ ♡

“TERIMA kasih, nanti datang lagi,” ucapnya bersama senyuman manis yang terukir di bibir. Dia menghulurkan sejambak bunga mawar merah yang sudah digubah kepada pelanggan wanita di hadapannya.

Wanita itu membalas senyumannya sebelum melangkah keluar dari kedai bunga tersebut.

Sebaik sahaja bayangan wanita tersebut hilang daripada pandangan matanya, satu hembusan nafas lega dilepaskan.

Hari ini merupakan hari yang sungguh memenatkan buat dirinya kerana ramai pelanggan yang datang berkunjung ke kedai bunganya pada hari ini. Tidak seperti hari-hari biasa. Kalau sebelum ini tidak ramai pelanggan yang datang berkunjung ke kedai bunganya. Tetapi hari ini pelanggan agak ramai dan dia terpaksa bekerja lebih masa untuk melayan pelanggan-pelanggannya.

Sejak awal pagi lagi dia sudah menerima enam orang pelanggan sedangkan kedainya baru sahaja dibuka tidak sampai satu jam. Mujur sahaja rakan kerjanya ada membantunya untuk melayan pesanan para pelanggan. Kalau tiada yang menolongnya tadi dia juga tidak pasti sama ada gubahan bunga itu boleh siap atau tidak.

Dia melabuhkan punggung di atas sebuah sofa bagi menghilangkan rasa lelah. Pinggangnya terasa begitu sakit kerana terpaksa berdiri berjam-jam malah bukan hanya pinggangnya saja yang sakit tetapi sendi-sendi ototnya juga terasa kebas. Tangannya juga seperti hendak putus kerana sibuk bekerja menggubah bunga dari pagi hingga tengah hari. Perut juga masih belum diisi. Sedari tadi asyik berkeroncong saja perutnya minta untuk diisikan makanan.

Dia meregangkan tubuh badannya bagi mengurangkan kesakitan dan ketegangan pada bahagian otot. Setelah itu, botol mineral yang berisi air putih dicapainya lalu diteguk perlahan. Dia betul-betul perlukan rehat sekejap.

“Sekarang dah masuk waktu makan tengah hari, jom kita keluar makan sama-sama!” Suara teruja milik seseorang yang muncul tiba-tiba mengejutkan gadis tersebut. Air putih yang diminumnya tersembur sedikit.

“Astagfirullah hal Adzim, Sophia! Kau ni memang tak reti nak beri salam ke apa?” Dadanya diurut perlahan. Dia menjeling tajam ke arah gadis yang baru saja masuk ke dalam kedai bunganya ini.

Sophia tersengih menampakkan sebaris giginya yang putih.

“Ya, ya, aku minta maaf. Aku lupa nak beri salam. Assalamu'alaikum WBT, wahai sahabatku dunia akhirat.”

“Hmm, wa’alaikumussalam. Nak apa datang sini? Aku tak suruh pun kau datang.” Kedengaran bunyinya seperti tidak mengalu-alukan sahaja kedatangan Sophia ke sini.

Sophia mencebik bibir.

“Amboi, kau. Sejak dah berjaya buka bisnes kedai bunga ni, kau semakin lupakan aku ek. Inilah namanya kawan yang lupa jasa kawan dia! Merajuklah aku kalau cam gini! Jangan cari aku lagi,” ujar Sophia sambil menyilangkan tangannya ke dada. Dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Gadis tersebut tertawa kecil melihat kerenah sahabat baiknya ini. Dia menggelengkan kepalanya beberapa kali. Perangai langsung tak berubah sejak Tingkatan 1 lagi. Kerja asyik nak merajuk saja.

“Aku bergurau je lah. Itupun nak ambil hati. Rosakkan awning tudung kau nanti baru padan muka!” ujarnya dengan nada gurauan.

“Eee kau ni! Aku datang sini dengan niat yang baik, tahu. Aku nak ajak kau makan tengah hari bukan nak ajak bergaduh. Kalau kau nak gaduh juga jom kita pergi gelanggang sumo,” balas Sophia.

Mereka berdua ketawa bersama. Perangai masing-masing memang jenis yang masuk air. Dua-dua perangai sama sebab itulah jadi sahabat.

“Mana pekerja kau yang seorang tu? Tak nampak pun batang hidung dia dari tadi,” tanya Sophia seraya memandang ke sekeliling mencari kelibat pekerja tersebut.

“Dia dah keluar makan tengah hari dengan kawan dia. Aku izinkan dia keluar awal tadi sebab dia banyak tolong aku gubah bunga hari ni. Lagipun, aku tengok penat sangat dah dia tu,” jawabnya seraya mencapai beg tangan yang diletakkan di atas meja bulat.

Sophia hanya mengangguk faham.

“Kau ajak aku keluar makan tengah hari ni sebab kau nak belanja aku ke?” soalnya berbaur gurauan.

Sophia menjulingkan mata ke atas.

“Eh, bukan kau ke yang nak belanja aku makan? Kau kan dah ada bisnes sendiri. Gaji pun mesti tinggi, kan. Kaulah yang belanja aku. Aku ni cuma kerja di syarikat je. Gaji pun bukanlah tinggi sangat macam gaji kau,” ujar Sophia pura-pura sedih. Tidak semena-mena lengannya ditampar lembut.

“Auch,” Sophia mengusap-usap lengannya yang menjadi mangsa tamparan berbisa sahabatnya.

“Jangan kerja asyik nak merungut aje. Ucapkanlah alhamdulillah tanda kita bersyukur atas kurniaan Allah SWT. Sekurang-kurangnya kau dapat kerja yang halal dan baik,” nasihat gadis tersebut. Sophia memuncungkan bibirnya tatkala ditegur begitu.

“Alhamdulillah, aku dapat buka bisnes sendiri pun sebab hasil usaha aku sendiri. Kau pula jangan nak merungut dan banding-bandingkan kerja kita berdua. Kau patut bersyukur kerja di syarikat yang kaya-raya tu. Bukan kaleng-kaleng mat syarikat dia. Lepas tu, dapat pakej CEO kacak pula tu.”

Sophia mencebik.

“Tak guna muka kacak tapi perangai cam hauk,” ucapnya tidak puas hati. Bila terfikirkan majikannya, perasaan marah menyelubungi hati.

“Kenapa cakap macam tu?” soalnya ingin tahu. Berkerut keningnya melihat wajah sahabatnya yang sepertinya sedang menahan marah.

Sophia mengeluh perlahan.

“Tiada apa-apalah. Aku cuma tertekan sikit. Jomlah, kita keluar makan.” Sophia mula membuka langkah terlebih dahulu dan meninggalkan sahabatnya di belakang.

Kepala digeleng perlahan melihat sikap Sophia.

Tanpa membuang masa, dia terus mengunci pintu kedainya supaya tiada sesiapa pun yang dapat mencerobohi kedai bunganya ini. Dia perlu memastikan kedai bunganya sentiasa berada dalam keadaan yang selamat.

♡ ♡ ♡ ♡

“KITA makan dekat restoran sini je lah. Kau okey, kan?” tanya Sophia sambil memandang wajah lembut gadis di sebelahnya.

“Okey je,” balasnya.

Sophia mengangguk sambil tersenyum.

Mereka berdua pun keluar dari perut kereta lalu kemudiannya berjalan beriringan menuju masuk ke dalam restoran tersebut.

Tiba-tiba telefon pintar Sophia berdering menandakan bahawa panggilan daripada seseorang. Sophia meminta izin untuk mengangkat panggilan sebentar.

Sahabatnya itu hanya mengangguk. Dia berjalan mendekati restoran tersebut lalu pintu itu ditolaknya perlahan namun pada masa yang sama pintu restoran itu juga ditarik oleh seseorang dari dalam restoran tersebut.

Terkejut dirinya tatkala pintu itu ditarik kasar oleh seseorang. Dirinya hampir terjatuh namun dia sempat seimbangkan tubuhnya.

Lelaki tinggi di hadapannya ini dipandang seketika. Segak dengan berpakaian kemeja. Lengan baju kemeja lelaki tersebut disingsing hingga ke siku menonjolkan tangan beruratnya. Dia tidak dapat melihat wajahnya dengan lebih jelas memandangkan lelaki itu memakai kaca mata hitam.

‘Lelaki ini ke yang bukakan pintu untuk aku tadi?’ soalnya di dalam hati.

“Kau pandang apa, huh?” Terkejut dirinya apabila lelaki itu menyoalnya.

“Huh? Erk...Sa...Saya...”

“Kau ni kan memang tak penyabar betullah. Aku nak buka pintu kau pun sibuk nak buka pintu. Cuba kau bagi peluang dekat aku nak buka pintu ni dulu. Aku ni dahlah tengah serabut lepas tu terserempak pula dengan minah selekeh macam kau ni,” katanya dengan kasar. Dia memandang gadis tersebut dari atas hingga ke bawah.

Apa barang pakai baju kurung macam ni? Ketinggalan zaman betul perempuan ni.

Gadis itu terkesima untuk beberapa saat.

Apa dia cakap? Minah selekeh?

“Kau ni kan, aku tengah bercakap kau boleh pula termenung. Eh, dahlah. Blah lah kau. Menyemak je tengok muka kau!” Bahu gadis tersebut ditolak kasar sebelum dia melangkah keluar dari restoran.

Gadis itu masih lagi terkebil-kebil.

“Masya-Allah, indahnya bahasa awak, wahai manusia yang aku tak tahu namanya apa. Tak guna betul! Dia cakap aku minah selekeh? Habis dia tu apa?! Kalau aku samakan dia dengan orang utan memang padan muka!” ujarnya sendiri. Panas hatinya bila mengingatkan kembali kata-kata lelaki itu sebentar tadi.

“Zahra, kau cakap dengan siapa?” Tiba-tiba Sophia yang muncul entah dari mana datang menegurnya.

Terhinjut kedua-dua belah bahunya akibat terkejut ditegur secara tiba-tiba. Dia beristighfar seketika.

“Kau rupanya, Sophia. Aku fikirkan orang utan mana tadi terlepas dari zoo.”

“Orang utan? Orang utan mana pula kau ni. Kita nak pergi makan bukannya nak pergi tengok orang utan dekat zoo. Kau ni mengigau ke apa.” Sophia menampar lembut pipi sahabat baiknya yang bernama Az-Zahra itu.

“Isy! Janganlah tampar. Dahlah, aku nak makan. Lapar ni!” Az-Zahra berjalan dahulu meninggalkan Sophia ketinggalan di belakang.

“Wei, tunggulah aku!” Sophia cuba untuk mengejar langkah gadis tersebut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience