AZ-ZAHRA menarik nafas panjang sebelum dihembus perlahan. Dia sedang cuba berusaha untuk menenangkan fikiran dan jiwanya yang sedang bergelora sekarang ini. Entah kenapa fikirannya bercelaru pada malam ini. Jantungnya juga semakin lama semakin berdegup kencang bagai hendak tercabut keluar. Menggigil seluruh tubuhnya.
Az-Zahra merenung wajahnya yang sudah dihias cantik melalui pantulan cermin. Luarannya tampak begitu indah dan tenang namun tidak pada hatinya. Dia tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan resah yang melanda jiwanya.
Dia sangat gementar. Tangannya juga sudah berubah suhu menjadi semakin sejuk. Umpama dirinya berada di Lautan Artik sekarang ini. Boleh jadi beku dia.
Dia tidak biasa menghadiri majlis-majlis sebegini apatah lagi majlis yang diadakan pada waktu malam. Dia memang sejenis yang jarang keluar rumah pada waktu malam kecuali jika terdapat hal penting yang perlu diuruskan.
Tetapi dia sudah pun berjanji dengan Sophia untuk menemaninya pada malam ini sempena majlis ulang tahun syarikatnya dan dia perlu mengotakan janjinya. Takkanlah dia nak mungkir janji pula. Tak pasal-pasal perang dingin dilancarkan nanti, memang tak bertegur sapa terus.
Mengikut atur cara majlis yang telah ditetapkan, program akan bermula tepat pada jam 10:00 malam dan kini berbaki sepuluh minit sahaja lagi sebelum majlis berlangsung.
Dia tidak tahu sudah berapa minit dia berada di dalam tandas ini. Setibanya di hotel tadi, dia terus pergi mencari tandas. Sophia pula ditinggalkan di belakang. Ikutkan hati mahu saja dia berkurung lama-lama di sini sehinggalah majlis itu selesai supaya dia dapat mengasingkan dirinya daripada orang ramai. Lagipun, tandas ini sangat bersih dan wangi serta menyenangkan. Bukan seperti kebanyakan tandas awam yang lain.
Az-Zahra mencuci tangannya terlebih dahulu sebelum dia membuat keputusan untuk keluar dari tandas. Rasa kasihan pula pada Sophia yang mungkin sedang menunggunya dari tadi. Mesti sahabatnya itu sedang tercari-cari kelibatnya.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari tandas, tiba-tiba pintu tandas tersebut dibuka secara mengejut lalu bahunya dirempuh dengan sangat kuat oleh seseorang secara tiba-tiba sehingga menyebabkan belakang tubuhnya tersandar pada dinding.
Az-Zahra mendesis kesakitan.
Rasa sakit yang teramat pada bahagian tulang belakangnya dan juga pada bahagian pinggangnya. Mana tak sakitnya kalau dia dirempuh kuat sehingga tersandar pada dinding.
“Hei, perempuan buta! You tak nampak ke I nak masuk tandas ni, hah?! Lain kali jalan gunalah mata bukannya mata letak dekat lutut! You ingat jalan ni bapak you punya ke nak langgar-langgar I sesuka hati?! Biadab betul!” tengkingnya kasar.
Az-Zahra mendengar suara lunak tetapi dalam nada yang tinggi itu menengkingnya. Lantas dia mengangkat wajah dan memandang ke arah seorang wanita cantik dan tinggi sedang berdiri di hadapannya bersama riak wajah yang sungguh garang.
Az-Zahra tercengang seketika.
Siapa yang langgar siapa sekarang ni? Dia rasa dia yang kena langgar tadi tapi tiba-tiba dia pula yang kena salahkan. Banyak cantik muka perempuan ni walaupun hakikatnya dia memang cantik.
“El, what happened? Why are you screaming in the toilet?” Tiba-tiba suara garau seseorang mencelah dari luar tandas. Tidak semena-mena jejaka itu berjalan menghampiri pintu tandas yang memang terbuka luas untuk melihat situasi yang sedang berlaku.
Saat itu Az-Zahra menoleh ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di muka pintu bersama mulut yang ternganga. Menggigil seluruh tubuhnya tatkala melihat jejaka itu dengan selambanya berdiri di situ dengan ekspresi wajah yang langsung tiada rasa bersalah.
Az-Zahra tergamam melihatnya.
Dia merenung jauh ke dalam dasar anak mata milik jejaka yang tinggi lampai itu. Dia sepertinya tenggelam begitu dalam dek renungan tajam jejaka itu. Anak matanya sungguh unik. Dia tidak pernah melihatnya sebelum ini.
“Perempuan ni punca I menjerit tadi! You tahu tak dia sesuka hati saja langgar I tadi lepas tu tak reti nak minta maaf! You memang jenis perempuan yang tak ada adab, kan?! Mak bapak you tak ajar ke untuk hormat orang? Dasar perempuan buta! Bukan setakat buta tapi pekak pula tu! Tak reti nak minta maaf! You ni mesti bisu juga, kan! Sebab tu susah sangat nak minta maaf dekat I!” herdiknya di hadapan Az-Zahra.
Terhinjut kedua-dua belah bahu Az-Zahra tatkala mendengar suara nyaring wanita itu menjerit tepat di hadapannya persis pesakit mental. Silap hari bulan rasanya boleh pecah gegendang telinganya nanti.
Tidak cukup dengan itu, dahi Az-Zahra juga ditunjalnya kasar.
“El, please stop it!” Tanpa berfikir panjang, jejaka itu melangkah masuk ke dalam tandas wanita dengan selamba. Dia tidak mahu situasi tersebut menjadi semakin teruk.
Sejujurnya hatinya agak terasa dengan kata-kata hinaan yang diungkapkan oleh wanita itu walaupun hakikatnya bukan salahnya.
Az-Zahra mengusap perlahan dahinya yang ditunjal tadi.
“Jangan nak buat kerja gila dekat sini, boleh tak?! You tak malu ke, hah? Kalau ada orang lain nampak you serang orang awam sesuka hati memang jatuh reputasi keluarga you dan kerjaya you sekali! Jangan nak malukan diri sendiri!” Amaran keras daripadanya. Rahangnya diketap kuat kerana menahan perasaan geram.
“Why are you defending her?! The problem now is that the stupid girl already hit me and now she doesn't even want to apologize!” bentak wanita itu lagi. Bergema suara wanita itu di dalam tandas ini sehingga boleh didengari dari luar.
Az-Zahra menelan air liur kesat.
Dia boleh nampak sikap wanita ini macam mana. Sudah terang lagi bersuluh bahawa dia tidak bersalah. Wanita itu yang melanggarnya secara mengejut tadi dan sekarang dia pula yang kena salahkan? Huh, dunia memang tak adil!
Az-Zahra mendengar keluhan berat yang dilepaskan dari bibir lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini. Mesti dia tertekan dengan sikap kebudak-budakan wanita ini. Masalah sekecil zarah pun nak heboh.
Tidak mahu masalah ini berlanjutan, Az-Zahra akhirnya mengaku kalah dan meminta maaf kepada wanita tersebut walaupun bukan salahnya. Kalau nak harapkan wanita itu yang minta maaf padanya dulu memang sampai bila-bila pun dia takkan minta maaf kalau selalu menangkan ego. Menunggu wanita itu minta maaf kepadanya umpama sedang menunggu karakter fiksi itu wujud di dunia. Memang mustahil.
“Saya minta maaf, cik. Ya, saya mengaku salah saya sebab saya dah langgar cik tadi. Saya tak sengaja. Saya minta maaf sekali lagi.” Az-Zahra akhirnya bersuara untuk meminta maaf. Dia menentang berani panahan anak mata yang sungguh tajam itu. Sedikit pun dia langsung tidak gentar.
“Yes, of course it’s your fault. But, apologizing is not enough! I want you to change my dress back! I want you to pay back my dress because you alreday made it dirty!” Wanita itu masih lagi tidak berpuas hati. Baru saja dia ingin menolak bahu Az-Zahra, lelaki itu pantas saja menghalangnya.
Terlopong luas mulut Az-Zahra yang mendengarnya. Dia dah minta maaf dan sekarang ini dia kena ganti balik dress wanita ini. Ingat dia kerja bank ke?
Az-Zahra menilik pemakaian wanita di hadapannya ini dari atas hingga bawah. Setakat pakaian yang terdedah macam ni, memang taklah dia nak ganti. Entah kenapa dia pula yang rasa malu melihat dress yang dipakai oleh wanita itu.
“Please stop it, El! She already apologize!” Bertambah merah wajah lelaki itu menahan kemarahan sehingga timbul urat-urat di lehernya. Nampaknya dia sudah tidak dapat menahan sabar lagi.
“I don’t care! She must pay back! This dress is very precious to me!” ujar wanita itu lagi dengan penuh emosional.
Az-Zahra mengeluh perlahan. Tak pasal-pasal dia yang kena hadap semua ini.
“If that so, I will buy you a new dress. Don’t involve her,” balas lelaki itu sebelum dia mengeluh kecil.
Az-Zahra terkejut mendengarnya.
Sanggupnya dia untuk membeli dress yang baharu untuk wanitanya.
Bertuahnya wanita itu memiliki lelaki baik seperti dia. Sanggup mengorbankan wang ringgit demi kekasih hati.
Kenapa dia pula yang terharu?
“Promise me?” Wanita itu mengajukan jari kelingkingnya di hadapan lelaki tersebut sebagai tanda dia tidak akan memungkiri janjinya.
“Yes, I promise you,” jawabnya lalu mencantumkan jari kelingking mereka.
Wanita itu tersenyum lebar sehingga menampakkan sebaris giginya yang putih. Gembira rasanya mendengar balasan daripada lelaki itu.
Namun, berbeza pula ekspresi wajah lelaki tinggi itu, langsung tiada secalit senyuman pun yang terukir pada wajah kacak itu membuatkan Az-Zahra tertanya-tanya.
Dia diam sambil menyaksikan adegan tersebut. Mereka berdua lupa yang dia turut ada sekali dalam tandas ini. Tak pasal-pasal dia kena tonton drama murah di hadapannya.
Memandangkan keadaan sudah kembali reda, Az-Zahra dapat menghela nafas lega tatkala melihat wanita itu sudah kembali senyap dan tidak lagi menengking seperti tadi. Wajah yang garang tadi kini berubah 360°. Dia melihat wanita itu sudah mula tersenyum. Mungkin pujukan lelaki itu berjaya menurunkan emosinya.
Perlahan-lahan Az-Zahra membuka langkah meninggalkan dua orang manusia itu. Kewujudannya di situ bagaikan dianggap halimunan oleh mereka. Dia tidak mahu mencampuri urusan mereka berdua lagi. Lantaklah kalau lelaki itu masih berada di dalam tandas. Pandai-pandailah dia keluar sendiri nanti.
♡ ♡ ♡ ♡
TERCUNGAP-CUNGAP Az-Zahra gara-gara kepenatan. Dia melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi yang dihias kemas bersebelahan dengan Sophia. Mujur saja dia dapat mengecam susuk tubuh sahabatnya. Hampir-hampir saja dia tersesat tadi.
“Kau pergi mana tadi?” tanya Sophia seraya memandang pelik ke arah Az-Zahra yang sedang kepenatan.
“Toilet,” jawab Az-Zahra ringkas. Dia meneguk sebotol air mineral yang memang disediakan di atas meja bagi menghilangkan dahaga.
Terangkat sebelah kening Sophia mendengar jawapannya. Mengecil matanya merenung wajah Az-Zahra dengan perasaan yang ragu-ragu. Dia kurang percaya dengan jawapan sahabatnya. Ini pergi tandas ke pergi tawaf satu bangunan hotel ni? Nampak penat betul.
“Kau kenapa pandang aku macam tu?” Sedikit tinggi ton suara Az-Zahra. Bengang pula dia rasa apabila melihat pandangan Sophia terhadapnya seperti tidak mempercayainya.
“Lama betul kau berkurung dalam tandas tu sampaikan aku pun kau tinggalkan seorang-seorang. Kenapa kau penat sangat ni? Baru habis larian merentas desa ke tadi?” Penuh sarkastik pertanyaan Sophia.
Az-Zahra mencebik bibir.
Dia hendak menceritakan tentang kejadian yang berlaku semasa berada di dalam tandas tadi kepada Sophia tetapi dia kelihatan ragu-ragu.
“Tadi ada masalah sikit dalam tandas.” Sudahnya, hanya itu saja yang mampu dia balas. Otaknya tidak dapat mengeluarkan idea-idea untuk memberikan jawapan yang dapat meyakinkan Sophia. Hanya itu saja yang terlintas di fikirannya.
Sophia masih lagi tidak berpuas hati dengan jawapan Az-Zahra. Sahabatnya seperti sedang menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya.
Baru sahaja Sophia sekali lagi ingin membuka mulut, suara pengacara majlis bergema kuat di dalam ruangan dewan yang luas itu. Terbatal terus niatnya untuk bertanya lagi kepada Az-Zahra. Sophia memusingkan tubuhnya menghadap ke hadapan dan memberikan sepenuh perhatian kepada pengacara majlis yang sedang berbicara melalui mikrofon.
Az-Zahra menghela nafas lega.
Dia patut berterima kasih kepada pengacara majlis itu kerana telah menyelamatkannya daripada disoal macam-macam.
Az-Zahra turut memandang ke hadapan kerana majlis telah pun bermula. Dia berasa sungguh selesa di tempat duduknya kerana dia dikelilingi dengan spesies manusia yang sama jantina dengannya. Tak adalah dia rasa kekok dan tidak selesa. Kalau nak melahap pun nanti tak payah nak acah-acah ayu sangat.
Baru beberapa minit saja pengacara majlis itu berucap di atas pentas, Az-Zahra sudah mula berasa mengantuk. Entah sudah berapa kali dia menguap. Semakin bertambah kebosanannya tatkala pengacara majlis itu menyampaikan ucapannya dengan menggunakan Bahasa Inggeris. Dia faham cuma bukan semuanya. Terlalu fasih sehingga berbelit lidah. Dia pun kurang jelas apa yang cuba ingin diperkatakan oleh pengacara majlis tersebut.
Satu sebab mengapa dia tidak menyukai majlis-majlis begini adalah kerana suasana yang agak membosankan. Dia kurang gemar jika mendengar orang berucap lama-lama. Dia rasa cepat mengantuk.
Kadang-kadang dia juga merajinkan diri untuk menghadiri majlis hanya ada satu sebab. Sebabnya ialah dia cuma mahu...
M.A.K.A.N
Makan.
Bagi Az-Zahra, acara yang paling dinanti-nantikan adalah jamuan makan. Sebab semua makanan yang dihidangkan ketika majlis besar dijalankan semuanya sedap-sedap belaka dan kebanyakan makanan yang dihidangkan dia tidak pernah merasainya sebelum ini terutamanya makanan yang berasal dari luar negara. Dia tidak mungkin akan melepaskan peluang yang ada di depan mata.
Az-Zahra memerhatikan semua manusia yang berada di dalam dewan besar ini. Semuanya memberikan sepenuh perhatian kepada pengacara majlis yang sedang berucap. Seolah-olah sedang mendengar ceramah forum perdana. Bukan macam dia yang dari tadi macam cacing kepanasan yang tak reti nak duduk diam. Memang dia tidak fokus pada sekelilingnya.
Tepukan gemuruh yang tiba-tiba saja kedengaran mengubah suasana di dalam dewan tersebut menjadi bising.
Az-Zahra tersentak lalu memandang tepat ke bahagian pentas. Kelihatan seorang lelaki tinggi sedang berjalan dengan penuh gaya menuju ke atas pentas. Wajahnya kekal dingin dan tiada langsung senyuman manis yang menghiasi wajahnya. Auranya membuatkan Az-Zahra semakin tertarik untuk memandangnya.
Tetapi apa yang mengejutkannya ialah lelaki itu merupakan lelaki yang sama dia terserempak di dalam tandas tadi. Terlopong luas mulutnya melihat figura lelaki tersebut yang sedang memberikan ucapan selaku CEO bagi sebuah syarikat perhotelan ini. Itu apa yang didengarinya tadi.
Tapi...
Kenapa dia harus berjumpa sekali lagi dengan lelaki itu?
Kalau dah di hadapannya ini lelaki yang dia terserempak secara tak sengaja semasa berada di dalam tandas tadi mesti wanita tadi juga turut ada sekali. Haih, malangnya nasibnya malam ini.
“He is indeed very handsome and no one can beat his handsomeness.” Secara tidak sengaja, Az-Zahra mendengar pujian tersebut yang datangnya dari seorang gadis yang sedang duduk di sebelahnya.
“Dia kacak tapi dia sombong! Berlagak nak mampus! Macamlah aku minat sangat dekat dia.” Datangnya dari seorang gadis yang lain pula. Kali ini, gadis itu tidak memujinya tetapi mengutuknya.
Az-Zahra berpaling sedikit ke arah mereka berdua yang sedang bersembang tentang lelaki itu. Seorang memuji dan seorang lagi mengutuk.
“Aku sekapal dengan kau, Daneen. Aku pun tak berapa minat sangat dekat dia. Aku pun pelik kenapa ramai sangat anak dara yang boleh jatuh cinta dekat dia. Tak faham aku. Dahlah ego dan panas baran. Nasib baik bos kalau tak dah lama aku karate dia.” Sophia pula mencelah. Wajahnya berkerut jelas menujukan bahawa dia memang tidak suka dengan lelaki itu.
“Betul, ada juga yang geng dengan aku rupanya! Aku pun tak faham kenapa kebanyakan wanita-wanita di luar sana tertarik dekat dia. Termasuk Si Jannah ni. Dah gila gamaknya. Mungkin wayar neuron di dalam otak korang dah putus agaknya!”
“Isy, korang ni! Tak baiklah kutuk bos
sendiri! Nanti tak berkat gaji yang korang dapat.” Gadis yang bernama Jannah itu pula menyampuk.
Az-Zahra diam sambil mendengar perbualan mereka. Dia tiada niat langsung ingin mencampuri urusan mereka.
Sekali lagi dia menoleh ke arah lelaki yang masih berucap di atas pentas dengan ekspresi wajah yang begitu serius. Memang dia tak reti nak senyum ke macam mana? Mahal sangat ke senyumannya itu sehingga tak nak tayang di hadapan orang ramai?
Setiap butir bicara yang diungkapkannya kedengaran cukup sempurna di telinga Az-Zahra. Automatik rasa mengantuknya tadi hilang serta-merta tatkala suara yang penuh maskulin itu menjengah sistem pendengarannya.
His British accent is very fluent!
Lama anak matanya memandang tepat ke arah wajah dingin itu. Bagaikan ada magnet yang menarik minatnya untuk terus memandang. Dia tertarik untuk melihat keunikan warna anak mata yang dimiliki oleh lelaki itu. Pada masa yang sama, jantungnya juga terus bertukar rentak.
Emerald.
Itulah warna anak matanya.
Sungguh cantik.
Tidak puas dia memandang.
Mungkin terasa dirinya seperti sedang diperhatikan dan tanpa diduga lelaki itu memalingkan wajahnya dan tepat memandang ke arah meja yang sedang diduduki oleh Az-Zahra. Lantas gadis itu mengalihkan pandangannya. Dia tidak menduga langsung perkara itu akan berlaku.
Tapi, betulkah lelaki itu pandang dia tadi?
Mungkin ada lalat lalu di hadapannya tadi atau mungkin dia tengah pandang orang lain.
Az-Zahra cuba bersangka baik.
Dia meneguk air putih bagi menghilangkan kegelisahan yang menyelubungi jiwanya.
“So, is he your boss?” Tiba-tiba sahaja Az-Zahra mengajukan soalan. Dah tentu soalan itu untuk Sophia.
“Yes, he is. Raja Gibran Xavier, his name,” jawab Sophia seraya membetulkan posisi duduknya. Sakit punggung dia duduk lama-lama atas kerusi walaupun kerusi ini lembut.
Raja Gibran Xavier.
Nama yang cantik dan maksud yang baik. Dia tahu maksud bagi nama tersebut sebab dia pernah membacanya di Google dulu.
“Warna anak mata dia memang semula jadi warna hijau ke atau dia pakai contact lens?” Soalan tak berapa nak cerdik dari Az-Zahra.
“Astagfirullah, soalan kau pun macam tak ada soalan lain kau nak tanya, kan. Ini kalau dia dengar memang nahas kau kena tenung sampai tembus,” ujar Sophia seraya menggelengkan kepala beberapa kali.
Az-Zahra mencebik. Dia tanya je pun.
“Memanglah itu warna anak mata dia yang semula jadi. Dia tak pernahlah pakai benda alah macam tu. Lagipun, dia lelaki kacukan jadi memang normallah kalau warna anak mata dia berbeza daripada kita yang memang Melayu,” jelas Sophia.
"And what’s most interesting about him is that he can also speak Malay very fluently," ujar Sophia. Siap tersenyum senget lagi.
Ya, Az-Zahra tahu tentang itu sebab dia ada dengar lelaki itu bercakap bahasa Melayu semasa di dalam tandas tadi. Sejujurnya, dia pun terkejut masa mula-mula mendengarnya sebab muka memang macam asal luar negara tapi boleh cakap Melayu.
“Is he already married?” soal Az-Zahra lagi. Sebenarnya dia pelik dengan sikapnya yang tiba-tiba sahaja ingin mengetahui status lelaki itu sedangkan dia tahu itu bukan urusannya. Tapi tak salah pun kalau dia nak tahu, kan.
Sophia menggeleng perlahan sebagai tanda jawapannya.
Berkerut kening Az-Zahra apabila mengetahui lelaki itu belum berkahwin. Jadi wanita yang dia terserempak di dalam tandas tadi bukan isterinya melainkan dia ialah kekasihnya.
“Dia belum berkahwin tapi dia dah ada kekasih hati. Cantik dan tinggi. Sesuai dengan dia. Orang cakap pasangan yang sama cantik dan sama padan. Perfect couple,” jawab Sophia.
Az-Zahra mengangguk faham. Benarlah wanita tadi adalah kekasihnya. Kenapa dia sedikit kecewa, ya?
“Aku setuju sangat kalau mereka bersama sebab dua-dua ego dan keras kepala. Memang jodoh itu cerminan diri,” kata Sophia berbaur sindiran. Kemudian, dia mencebikkan bibir.
Az-Zahra tersenyum lucu.
Dia kembali menumpukan perhatian kepada lelaki itu. Ternyata dia sudah selesai memberikan ucapan. Kali ini pengacara majlis itu menjemput pula ahli-ahli korporat yang lain serta tetamu istimewa atau dengan kata lainnya tetamu VVIP untuk naik ke atas pentas bagi sesi bergambar. Pentas yang besar itu kini dipenuhi oleh mereka yang berjawatan tinggi.
Ada satu perkara yang menarik perhatian Az-Zahra. Matanya cuma tertumpu pada satu pasangan yang sedang berdiri bersebelahan di atas pentas itu. Gaya mereka mungkin nampak seperti pasangan yang lain tetapi tidak bagi Az-Zahra. Luarannya tampak serasi tetapi ada satu perkara yang membuatkan Az-Zahra berasa hairan dengan sikap mereka berdua.
“Sakit mata aku tengok kegedikan perempuan tu,” ujar Sophia tiba-tiba. Dia memalingkan wajahnya dan memandang ke tempat lain. Jelas menunjukkan bahawa dia memang tidak suka gaya wanita itu.
Itulah yang Az-Zahra nampak dari gaya mereka berdua. Jika dilihat secara jelas lelaki itu seolah-olah terpaksa melayan kerenah wanita tersebut. Adakalanya dia nak peluk lengan lelaki itu dan memegang tangannya tetapi langsung tidak dilayan.
“Itu ke kekasih dia?” tanya Az-Zahra menginginkan kepastian walaupun dia sudah mengetahuinya.
Sophia angguk.
“Siapa nama dia?”
“Eleanora Estella.”
“Hah, nestle?”
“Estella lah, pekak! Nestle tu jenama yang kita kena boikot! Pekak kau ni memang tak boleh nak bawa bincang sampai nama orang pun kau salah dengar,” marah Sophia.
Az-Zahra memuncungkan bibirnya. Masalahnya itu yang dia dengar tadi.
Tatkala sesi bergambar sudah selesai maka acara yang paling dinanti-nantikan oleh Az-Zahra telah pun tiba. Acara makan malam. Az-Zahra sudah pun tersenyum lebar. Inilah yang dia tunggu dari tadi.
Lantas dia mengangkat punggung lalu mendekati bahagian meja panjang yang dikhaskan untuk menempatkan pelbagai jenis makanan. Bermacam-macam aneka pilihan masakan yang dihidangkan yang mampu membuatkan Az-Zahra kecur air liur. Semuanya nampak menyelerakan.
Az-Zahra baru saja ingin mencapai pinggan kaca yang disediakan di situ namun secara tiba-tiba pinggan itu seperti ditarik oleh seseorang. Dia terus menoleh ke arah susuk tinggi di sebelahnya. Ingin memarahinya sebab macam tiada pinggan lain yang dia boleh ambil. Tapi belum sempat dia membuka mulut, lidahnya terus terkelu.
Terbuntang luas mulutnya melihat lelaki itu berdiri betul-betul di sebelahnya tanpa sebarang ekspresi. Riak wajahnya hanya biasa. Terkejut? Langsung tidak.
“We meet again.” Hanya tiga patah perkataan saja mampu membuatkan Az-Zahra hendak pengsan.
Lelaki ini bercakap dengan dia ke? Dia seolah-olah tidak mempercayainya. Terkebil-kebil dia memandang ke arah lelaki tersebut.
“Don’t give me that expression. Don’t you remember me? We have met before.” Kedengaran serius saja di telinga Az-Zahra.
“Of course I remember you. We met in the toilet earlier, right?” balas Az-Zahra pula.
Tetapi lelaki itu tersenyum senget. Dia berjalan selangkah ke hadapan menjadikan jarak di antara mereka hanya sejengkal. Perlahan-lahan dia merendahkan tubuhnya.
“That’s not the first time we’ve met,” bisiknya perlahan.
Berkerut kening Az-Zahra.
Apa benda yang dia cuba nak sampaikan sebenarnya? Mereka pernah berjumpa ke sebelum ini?
“You are the ‘minah selekeh’ that I met recently in a restaurant. Remember?”
Az-Zahra bungkam. Tidak berkelip matanya memandang wajah lelaki itu.
Jadi dialah orangnya yang dia hampir terlanggar sewaktu di restoran baru-baru ini. Lelaki yang mengutuknya dengan panggilan ‘minah selekeh’. Sampai sekarang dia masih tak puas hati dengan panggilan tersebut. Macam mana dia boleh tak sedar semua ini?
“It’s looks like you already remember it. ‘Minah selekeh’ is very suitable nickname for you, right? So, should I call you with that ugly name?” Lelaki itu seolah-olah cuba untuk memprovokasi dirinya. Siap tersenyum sinis lagi.
Az-Zahra menggenggam pinggan kaca itu dengan penuh perasaan geram dan sakit hati. Memang sekejap lagi ada juga pinggan yang terbang ke dahi lelaki ini.
Tanpa mempedulikannya, Az-Zahra memusingkan tubuhnya dan ingin berlalu pergi meninggalkan lelaki tersebut namun belum sempat dia membuka langkah terasa tudungnya ditarik seseorang dari arah belakang. Sudah tentulah tangan yang gatal menarik tudungnya adalah tangan milik lelaki itu.
“Eh, apa masalah awak ni pegang-pegang tudung saya!” marah Az-Zahra tetapi suaranya tetap cuba dikawal supaya tidak mengganggu ketenteraman tetamu-tetamu yang lain.
“Kau nak pergi mana? Aku tak habis cakap lagi.” Suaranya sedikit tinggi malah riak wajahnya juga bertukar garang.
“Apa lagi yang awak tak habis cakap? Kita ni bukannya kenal pun! Saya langsung tak kenal awak dan awak pun langsung tak kenal saya. Apa yang berlaku antara kita tempoh hari hanyalah kebetulan saja. Lagipun, saya tak sengaja masa tu,” ujar Az-Zahra sebelum berlalu pergi. Sempat dia menjeling tajam ke arah lelaki tersebut.
Patut saja Sophia tidak menyukainya. Sebab mulut lelaki itu memang kurang ajar. Sedangkan dia pun tidak berapa kenal dengan lelaki itu sudah kena kutuk dengan nama panggilan yang menyakitkan hati apatah lagi dengan orang lain yang sudah lama mengenalinya.
Az-Zahra menghempas punggungnya di atas kerusi bersama wajah yang masam. Dia menyilangkan tangannya ke dada.
Sophia yang sedang enak menikmati puding jagung itu memandang hairan ke arahnya.
“Mana makanan kau? Kenapa tak ambil makanan lagi?” soalnya.
“Nantilah aku makan. Hilang selera aku nak makan terus,” balas Az-Zahra tanpa riak. Hilang keinginannya untuk merasai semua makanan yang dihidangkan di sini.
Semakin berkerut kening Sophia melihat perubahan sikap Az-Zahra. Tiada langsung senyuman yang menghiasi wajah cantik itu.
“Ergh! Sophia, ini kali pertama dan kali terakhir aku temankan kau pergi majlis macam ni! Lepas ni aku dah tak nak dah temankan kau. Aku dah insaf. Aku tak nak dah jumpa mamat tu lagi. Menyesal betul aku puji mata dia cantik tadi,” rungut Az-Zahra. Dahinya ditampar lembut beberapa kali.
Dia menyesal. Dia tak patut memuji lelaki itu tadi malah lelaki itu tak layak pun mendapat pujian daripadanya.
Sophia tayang muka bingung.
Kenapa tiba-tiba pula ni?
Sophia hanya diam melihat Az-Zahra yang sedang kusut itu. Dia tidak pasti apakah punca yang menyebabkan sikap Az-Zahra berubah aneh.
Az-Zahra memicit dahi pelipisnya.
Oh Allah, I wish I never see him again!
Share this novel