AZ-ZAHRA tiba di Scarlett Florist seawal jam 7:00 pagi seperti kebiasaannya. Berdiri saja di hadapan pintu kaca, Az-Zahra perasankan sesuatu. Terdapat satu sampul surat yang diselitkan pada pintu lut sinar itu.
Keningnya bertaut rapat. Sampul surat berwarna coklat itu dipandang hairan.
“Siapa pula yang bagi ni? Peminat aku ke?” Az-Zahra berkata sendirian. Sampul surat itu dibelek-beleknya.
Kunci pada pintu kaca dibuka. Az-Zahra melangkah masuk ke dalam kedai bunga lalu melabuhkan punggung di atas sebuah sofa. Sampul surat itu dibuka dengan penuh berhati-hati bersama debaran jantung yang berdegup laju. Entah mengapa dia berasa gelisah kerana dia tidak tahu siapakah gerangan yang mengirimkan surat ini kepadanya dan apakah tujuannya menghantar surat ini.
Sekeping kertas yang berlipat dikeluarkan dari sampul surat tersebut. Az-Zahra membuka lipatannya lalu membaca setiap baris ayat yang ditulis.
PERINGATAN UNTUK KAU YANG SEDANG BACA SURAT INI,
AKU CUMA NAK BAGI AMARAN PADA KAU TOLONG JAUHKAN DIRI KAU DARIPADA DIA. KALAU KAU TAK NAK DIAPA-APAKAN LEBIH BAIK KAU TINGGALKAN DIA SECEPAT MUNGKIN. KAU KENA SEDAR DIRI, KAU TAK LAYAK LANGSUNG UNTUK DIA DAN KORANG BERDUA MEMANG TAKKAN DAPAT BERSAMA. ORANG BAWAHAN MACAM KAU TAK SESUAI BERGANDINGAN DENGAN DIA. HANCUR SEGALA KETURUNAN! AKU BAGI PERINGATAN UNTUK KAU SUPAYA KAU FAHAM. KALAU KAU DEGIL DAN MASIH BERSAMA DENGAN DIA, KAU DAN SELURUH AHLI KELUARGA KAU AKAN MATI! AKU JUGA AKAN PASTIKAN KAU MENYESAL!
BY THE WAY, SELAMAT BERKENALAN, AZ-ZAHRA AL-MAHYRA. JANGAN TERKEJUT SEBAB AKU TAHU NAMA KAU. AKU DAH SELIDIK SEMUA BENDA PASAL KAU HEHE...
Menggigil tangan Az-Zahra yang sedang memegang kertas tersebut. Dia menutup mulutnya menunjukkan betapa terkejutnya dia tatkala membaca surat ini. Perasaan bimbang, cemas, gelisah dan takut kini bercampur menjadi satu. Namanya juga diketahui oleh si pengirim surat ini. Pasti semua biodata tentang dirinya sudah disiasat.
Siapa...
Siapa punya angkara?
Otaknya tidak dapat berfungsi dengan baik sekarang ini. Dia tidak boleh berfikir. Sel-sel penghubung tidak dapat bersambung. Dia keliru dan dia tak faham apa yang sedang berlaku.
Siapa ‘dia’ yang dimaksudkan dalam surat ini? Adakah ‘dia’ itu merujuk kepada Gibran? Tapi, kenapa? Kenapa dia harus jauhkan diri daripada Gibran? Kenapa dia harus tinggalkan lelaki itu?
Az-Zahra memicit dahi pelipisnya.
Pagi-pagi lagi dia sudah menerima kejutan yang kurang baik.
Dia mahukan jawapan untuk setiap persoalan yang muncul di fikiran. Dia tak nak masalah ini akan menjadi semakin rumit.
♡ ♡ ♡ ♡
DUA puluh lima minit sudah berlalu tetapi masih tiada tanda-tanda Az-Zahra akan keluar dari tandas. Wajahnya basah gara-gara dicuci air berkali-kali. Az-Zahra merenung wajahnya melalui pantulan cermin.
Sangat tertekan.
Fikirannya berserabut. Fokusnya terhadap kerja terganggu. Az-Zahra langsung tidak dapat memberikan sepenuh perhatian semasa bekerja tadi kerana terlalu memikirkan tentang surat misteri itu.
Siapa saja yang tidak risau kalau dah tiba-tiba dapat surat amaran dari seseorang yang tidak dikenali? Apa yang lebih menyeramkan adalah si pengirim surat itu mengetahui namanya. Takkanlah dirinya diintip oleh seseorang selama ini.
Fikirannya mengimbas semula kejadian sewaktu dirinya hampir dilanggar oleh sebuah kereta. Otaknya yang seakan-akan baru berhubung dengan baik cuba mengaitkan kejadian tersebut dengan surat yang diterimanya. Ada kemungkinan semua itu ada kaitan.
Az-Zahra mencengkam tudung bawal di atas kepalanya.
Sakit kepalanya memikirkan semua ini.
Merasakan dirinya agak terlalu lama berada di dalam tandas, Az-Zahra pun akhirnya melangkah keluar. Dah lama sangat dia berkurung dalam tandas. Sempat dia mengemaskan tudung bawal yang tersarung di atas kepalanya sebelum keluar tadi. Dia tidak mahu penampilannya kelihatan selekeh di hadapan pelanggan-pelanggan lain.
Keluar saja dari tandas, matanya menangkap susuk tubuh tinggi yang sedang berdiri berhampiran dengan tandas. Mata mereka bertembung sesaat sebelum Az-Zahra melarikan pandangan.
“Awak buat apa dekat sini? Kenapa tak pergi makan tengah hari?” tanya Az-Zahra sekadar berbasa-basi.
“Lama betul kau dalam tandas.” Lain pula yang dijawab oleh Gibran. Langkah kaki diatur mendekati Az-Zahra.
“Ouh, itu sebab saya sakit perut. Sekarang perut saya dah baik dan saya nak sambung buat kerja,” bohong Az-Zahra. Dia berura-ura untuk mengangkat kaki dan berlalu dari situ tetapi Gibran mendepakan tangannya bagi menghalang jalan Az-Zahra.
Terlepas keluhan kecil di bibir mungil gadis itu.
Dia terpaksa mendongak untuk memandang Gibran yang jauh lebih tinggi daripadanya.
“Kenapa?”
“Kau ada masalah ke?” soal Gibran prihatin.
“Mana ada,” balas Az-Zahra ringkas.
“Habis tu, kenapa muka kau macam tengah ada masalah? Aku perhatikan kau macam tak bersemangat je hari ni. Makan tengah hari pun belum,” ujar Gibran terselit perasaan risau. Sepanjang hari dia hanya memerhatikan Az-Zahra dari jauh. Gadis itu tidak banyak bicara seperti hari-hari sebelumnya.
“Saya...okey. Saya cuma penat sikit.” Az-Zahra memberikan alasan. Dia cuba untuk mengawal riak wajahnya tatkala menyedari renungan tajam Gibran pada wajahnya.
Az-Zahra berdehem perlahan.
“Kenapa awak tak pergi lunch? Sekarang dah masuk waktu makan tengah hari, kan? Qaireen mana?” Az-Zahra cepat-cepat menukar topik perbualan. Tidak mahu Gibran mengesyaki sesuatu. Lelaki itu boleh tahan bijaknya.
“Dia dah keluar makan tadi. Aku sebenarnya tengah tunggu kau sebab nak ajak makan tengah hari sama-sama,” balas Gibran sambil menyilangkan tangannya ke dada.
Az-Zahra mengerling sekilas jam di pergelangan tangannya. Perutnya dari tadi berbunyi tapi dia tiada selera nak makan. Kalau dia bagi alasan tak mahu makan pasti Gibran akan tanya dia macam-macam.
“Urm, okeylah. Awak tunggu sini sekejap, saya pergi ambil beg tangan saya dulu,” ujar Az-Zahra. Dia tidak punya pilihan lain selain bersetuju. Lagipun, memang dia tengah lapar sangat sekarang ini.
Gibran mengangguk sekali. Belakang tubuh Az-Zahra yang semakin menjauh itu dipandang bersama senyuman pendek yang terukir di bibir.
♡ ♡ ♡ ♡
AZ-ZAHRA hanya merenung makanan di hadapannya tanpa ada niat mahu merasainya. Mi goreng udang itu tampak menyelerakan namun Az-Zahra langsung tiada selera untuk memakannya. Perutnya lapar tetapi dia tidak boleh makan dengan penuh selera kerana fikirannya dipenuhi dengan banyak masalah.
Macam mana dia nak makan dengan tenang jikalau dia asyik memikirkan tentang surat misteri tersebut?
Dia nak lupakan sekejap pun tak boleh. Perasaannya gusar. Hidupnya sudah tidak selamat. Dia dapat rasakan dirinya seperti diperhatikan dari jauh oleh mata-mata jahat.
Az-Zahra buntu.
Apa patut dia buat? Laporkan pada pihak polis?
“Kenapa dengan kau sebenarnya? Aku tengok dari tadi kau asyik tenung makanan tu? Memang tak ada niat nak makan ke macam mana?” Suara garau Gibran menyentakkan Az-Zahra. Dia mengangkat kepala untuk memandang Gibran yang sedang duduk berhadapan dengannya. Lelaki itu sedang memandangnya tajam.
“Saya...okey.” Lemah suara Az-Zahra menuturkan ayat tersebut.
“Tak, kau tak okey! Mahyra, kau boleh tipu semua orang tapi kau kena ingat yang kau tak boleh nak tipu aku. Aku boleh nampak kau sedang sorokkan sesuatu daripada aku.” Suara Gibran bertukar tinggi. Timbul urat-urat di bahagian kepalanya menandakan lelaki itu sedang menahan perasaan.
Az-Zahra kemam bibir. Apa dia nak balas?
“Kau memang tak nak beritahu aku ke?” tanya Gibran apabila melihat Az-Zahra diam. Dia masih lagi tidak berputus asa untuk membuat Az-Zahra membuka mulut dan menceritakan masalahnya. Melalui riak wajah Az-Zahra, dia sudah tahu gadis itu sedang berhadapan dengan pelbagai masalah.
“Saya okey ajelah. Saya cuma ada masalah dengan keluarga saya. Awak jangan risaulah. Cuma pergaduhan kecil aje. Bukannya masalah besar pun,” tipu Az-Zahra. Dia memang takkan beritahu Gibran tentang surat misteri tersebut. Dia tak nak membebankan Gibran.
Az-Zahra mengukir senyuman manis untuk meyakinkan Gibran dengan jawapannya.
Lama anak mata berwarna emerald itu merenung seraut wajah cantik Az-Zahra. Cuba untuk memastikan bahawa gadis itu tidak membohonginya.
“Kalau kau ada masalah dengan keluarga kau, cubalah bawa berbincang baik-baik. Aku tak nak hubungan kau dengan keluarga kau jadi renggang,” tutur Gibran lembut. Kerana dia sudah pernah mengalaminya. Hidup dalam keluarga yang berpecah-belah.
Az-Zahra hanya senyum manis. Dia mengangguk kepala perlahan.
“Awak makanlah. Nanti makanan tu sejuk jadi tak sedap pula,” kata Az-Zahra untuk menukar topik perbualan.
“Aku dah nak habis makan dah pun. Tinggal kau aje yang dari tadi tak sentuh langsung makanan tu,” balas Gibran sambil menjelingnya tajam.
Az-Zahra tersenyum kelat. Dia memaksa diri untuk membuka mulut lalu memasukkan mi goreng udang itu ke dalam mulutnya. Perlahan-lahan dia menguyah makanan tersebut. Sedap memang sedap tapi susah untuk dia menelannya.
“Boleh aku tanya kau sesuatu?” tanya Gibran sesudah menghabiskan suapan terakhirnya. Kini, dia hanya perlu menunggu Az-Zahra menghabiskan makanannya.
“Apa dia?”
“Kau memang dah kenal lama ke budak hingusan tu?” Ayat tak berapa nak sopan meniti keluar dari bibir jejaka itu. Serius saja mukanya dengan tangan disilangkan ke dada.
“Huh?” Kening Az-Zahra bertaut rapat. Siapa pula ‘budak hingusan’ yang dimaksudkan oleh Gibran?
“Maksud aku, Khair Faqih. Kau memang dah kenal lama dengan dia? Lagi lama berbanding aku?” Gibran memperbetulkan ayatnya. Kedengaran terselit nada cemburu di sebalik ayat yang dituturkan.
“Ouh, ha’ah. Saya dah kenal lama dengan dia semenjak zaman sekolah rendah lagi dan saya lebih lama kenal dia berbanding dengan awak dan juga Sophia. Kami belajar di sekolah rendah dan sekolah menengah yang sama,” cerita Az-Zahra.
“Rapat ke?” Gibran cuba menahan perasaan cemburu dan sakit hati yang semakin membuak-buak di dada.
“Rapat jugalah tapi sejak dia berpindah ke luar negara, kami jarang berhubung. Waktu kali pertama kami berjumpa memang saya terkejut sangat sebab dia tiba-tiba muncul depan saya. Rupa-rupanya dia saja balik Malaysia sebab dia dah lama tak balik sini. Tapi itupun sekejap sebelum dia balik semula ke England,” jelas Az-Zahra.
“Kenapa awak tiba-tiba tanya pasal dia?” soal Az-Zahra.
Hairan juga dia sebab Gibran tiba-tiba saja menyebut nama Faqih.
“Nothing. I just want to know,” jawab Gibran bersahaja. Ekspresi wajahnya tidak menunjukkan sebarang reaksi.
Sebenarnya, dia sudah lama mahu bertanya soalan itu kepada Az-Zahra berkenaan dengan Faqih dan baru sekarang dia berpeluang untuk bertanya. Sejujurnya dia agak cemburu dengan persahabatan Az-Zahra dan juga Faqih. Mereka dah lama berkenalan sejak di bangku sekolah lagi sedangkan dia baru beberapa bulan berkenalan dengan Az-Zahra. Memang dia sangat-sangat cemburu dengan Faqih.
“Az-Zahra Al-Mahyra...” panggil Gibran lembut.
Jantung Az-Zahra automatik berdegup kencang tatkala mendengar suara maskulin itu menyebut nama panjangnya. Jarang sekali Gibran memanggil namanya dengan nama penuh. Dan setiap kali namanya meniti di bibir lelaki itu, jantungnya pasti berdegup kencang.
Az-Zahra mengangkat sebelah keningnya ke atas sebagai isyarat bertanya.
“Janji dengan aku satu perkara,” ujar Gibran serius.
“Erk, janji apa tu?”
Gibran merapatkan wajahnya dengan wajah Az-Zahra. Meskipun masih berjarak kerana ada meja yang memisahkan mereka namun Az-Zahra tetap berasa gementar dengan tindakan Gibran yang bersahaja ini. Dia dapat menghidu minyak wangi mahal yang dipakai oleh jejaka ini, menunjukkan betapa rapatnya kedudukan mereka saat ini. Garpu dan sudu di tangannya digenggam erat bagi menahan debaran di jiwa.
“Promise me that you won’t leave me one day.”
Az-Zahra tersentak mendengar kata-kata Gibran yang berjaya menusuk ke jantungnya. Permintaan Gibran itu seolah-olah sangat berat untuk ditunaikan.
Kenapa Gibran tiba-tiba saja membuat permintaan seperti itu?
“Kenapa awak tiba-tiba cakap macam ni?” Perasaan ingin tahu menebal dalam diri Az-Zahra.
Gibran tersenyum pahit.
“I’m just scared. I’m not ready to lose you in my life. What if you leave me one day because you’ve found someone better than me?” Gibran meluahkan apa yang dirasakannya selama ini.
Dia takut.
Macam mana kalau dia kehilangan Az-Zahra dari dalam hidupnya?
Terkunci mulut Az-Zahra mendengar bicara lelaki itu. Sampai ke situ Gibran berfikir? Apa kena dengan lelaki ini?
“Aku dah kehilangan seorang ibu yang sangat aku cintai dan sekarang aku tak sanggup nak kehilangan kau. Aku harap kita akan terus berkawan macam ni sebab aku tahu mustahil untuk kita bersama sebab agama kita berbeza,” ujar Gibran. Kedengaran agak sedih suaranya namun riak wajah lelaki itu langsung tidak terbias kesedihan. Gibran sangat pandai menyorok kesedihannya.
“Tapi, macam mana kalau...” Az-Zahra sengaja menggantung ayatnya.
“...awak yang pergi tinggalkan saya, Gibran?” sambungnya. Az-Zahra sengaja bertanya sedemikian kerana dia mahu tahu jawapan Gibran. Dia mahu menguji Gibran.
Hujung bibir Gibran terangkat sedikit membentuk senyuman sinis.
“Then, you should hate me. Hate me as much as you want because I broke my promise to you. But, you need to remember something. Once you hate me, I will not give up hoping for forgiveness from you. And I will never give up to make you fall in love with me again. I will make sure that I still hold your heart.” Tenang suaranya berbicara. Kata-kata itu umpama janji yang akan ditunaikan.
Az-Zahra semakin tidak keruan.
Gibran tidak pernah sesekali bergurau dengan kata-katanya. Dan itu membuatkan Az-Zahra berasa gementar.
Kenapa dia perlu takut?
Lama mereka bertentang mata. Kedua-duanya tidak mahu kalah.
“Tapi, awak cakap tadi yang kita mustahil untuk bersama. Jadi awak jangan nak perasan yang saya ada hati dengan awak. Macam mana kalau saya berkahwin dengan orang lain?”
Terlakar senyuman sinis di bibir Gibran.
“Are you sure you don't have any feelings towards me? Jangan nak tipu diri sendiri,” bicaranya.
Az-Zahra telan air liur.
“Be...betullah. Buat apa saya nak tipu,” tegas Az-Zahra. Dia melarikan pandangan apabila Gibran merenung ke dalam dasar anak matanya.
Gibran mengangguk kepala beberapa kali.
“If that so, I will only wish your happiness. Seeing your happiness with another guy is enough for me even though it will break my heart. I will not force you to accept me,” ujar Gibran tulus dari hatinya. Bibirnya melakarkan segaris senyuman manis yang sangat ikhlas. Hanya Az-Zahra saja yang mampu melihat senyuman manis itu menghiasi wajah kacak Gibran.
Kata-kata Gibran membuatkan Az-Zahra terdiam.
Gibran...
Lelaki ini benar-benar tulus mempunyai perasaan terhadapnya. Walaupun perasaan itu tidak sepatutnya hadir dalam diri Gibran tetapi Az-Zahra tetap menghargainya kerana dia juga memiliki perasaan yang serupa terhadap lelaki itu.
Tetapi dia sedar, hidup mereka umpama langit dan bumi.
Dia juga sedar bahawa dia tidak sepatutnya memiliki perasaan istimewa terhadap Gibran. Ikutkan akal fikiran mahu saja dia jujur tentang perasaannya dan meluahkan rasa cinta di hadapan Gibran tetapi dia tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa depan mereka jika dia berbuat demikian.
Kerana itulah, dia terpaksa menafikan perasaannya terhadap Gibran walaupun jauh di sudut hati, Az-Zahra tahu Gibran seperti dapat meneka tentang perasaannya.
♡ ♡ ♡ ♡
ELEANORA memerhatikan satu demi satu gambar-gambar di atas meja itu sambil mengetap bibir menahan perasaan marah yang kini semakin membuak-buak.
“Siapa perempuan ni, uncle? Kenapa tiba-tiba dia muncul dalam hidup Gibran?” soal Eleanora, kedengaran jelas dia sangat tidak berpuas hati. Dari tadi dia menahan perasaan sakit hati yang teramat tatkala melihat gambar-gambar yang ditangkap oleh orang suruhan Tuan Aldric.
Gambar Gibran bersama seorang gadis bertudung. Gambar itu ditangkap secara sembunyi namun masih jelas kelihatan wajah mereka.
“Uncle pun tak tahu macam mana Gibran boleh kenal dengan perempuan ni. Tapi uncle yakin perempuan ni adalah punca Gibran tak nak kembali pada keluarga ni,” tuduh Tuan Aldric sedangkan lelaki tua itu adalah punca Gibran keluar dari rumah dan tidak mahu kembali lagi.
“I sakit hati sangat! Kenapa Gibran dalam gambar ni senyum pada perempuan tu? Tapi, bila dengan El asyik tayang muka dingin dia? Are they in a relationship?”
Tuan Aldric mengangkat kedua-dua belah bahu menandakan dia juga tidak pasti.
“Oh My God! I tak sangka pula Gibran akan sukakan perempuan bertudung. She’s indeed beautiful but I think I am more beautiful than her. Right, uncle?” Eleanora tayang muka bangga. Bibirnya yang dicalit lipstik merah garang itu mengukir senyuman sinis.
“Of course! Perempuan ni tak sekaya dan tak secantik kamu. Kamu berdua bagaikan langit dan bumi. Tapi, uncle tak tahulah macam mana Gibran boleh terpaut hati pada dia!”
“Then, you should kill her! She has ruined everything! She ruined my dream of marrying Gibran!” herdik Eleanora persis seseorang yang sakit mental. Dia cintakan Gibran dan tiada sesiapa yang boleh merampas jejaka itu daripadanya.
“Don’t worry about it, my dear. Hanya kamu sahaja yang boleh jadi menantu uncle. Mereka takkan dapat bersama. Lagipun, uncle dah rancang sesuatu,” kata Tuan Aldric bagi menenangkan hati Eleanora.
“Apa yang uncle dah rancang?” tanya Eleanora sambil memeluk tubuh.
Tuan Aldric tersenyum jahat. Wajahnya yang sememangnya tampak garang menyerlahkan lagi aura kejahatannya. Sekali pandang orang dah boleh agak dia ini seorang lelaki tua yang kejam.
Sangat kejam.
Dia tidak boleh melihat kebahagiaan orang lain.
“Kita guna cara kekerasan.”
“Boleh berjaya ke rancangan uncle ni?” soal Eleanora tidak yakin.
“Uncle yakin rancangan uncle akan berjaya. Kamu hanya lihat dan tunggu.”
Eleanora diam.
Dia meneliti kembali kesemua gambar-gambar tersebut. Keningnya bertaut rapat.
“Bila El tengok balik muka perempuan ni El baru teringat sesuatu,” kata Eleanora sambil memetik jarinya.
“Teringat apa?”
“El pernah jumpa perempuan ni masa dekat Royal Palace Hotel sewaktu majlis makan malam. El terserempak dengan dia dekat dalam tandas. Patutlah muka dia macam familiar semacam je rupa-rupanya memang perempuan ni yang pernah I jumpa dulu,” ujar Eleanora setelah mengingati semula wajah Az-Zahra.
“Macam mana dia boleh ada sekali dalam majlis tu?” soal Tuan Aldric agak hairan.
Eleanora mengangkat kedua-dua belah bahunya.
“Entah, El malas nak ambil tahu. Tapi El masih tak puas hati dengan dia sampai sekarang,” ujarnya seperti sedang menahan dendam terhadap Az-Zahra.
“El nak Gibran semula, uncle. Dia dah lama tak jumpa El. Perempuan ni sepatutnya dah lama mati! Dia punca Gibran berubah!”
Tuan Aldric mencapai segelas jus di atas meja sebelum meneguknya perlahan.
“Uncle akan tunaikan permintaan kamu. Jangan risau. Gibran akan kembali kepada keluarga ni dan kahwin dengan kamu. Perempuan tu pula akan mati,” ujar Tuan Aldric nekad.
Saya sambung update bulan November nanti :) Nak rehat luks...
Share this novel