Bab 70

Drama Completed 10189

" KAU TAK BOLEH HIDUP ! "

" KAU KENA MATI ! "

" HAHAHAAHAHAHAHAH "

Jerit Qhaireena dengan lantang dan tertawa sekuat hatinya sambil kedua-dua tangannya mengkusutkan rambutnya.

" Qash ... nanti Felisha dah takde.. "

" Nanti ... tinggal kita berdua je kan ? "

" ihihihik Qash sabar eh "

" kejap je lagiii "

Kata Qhaireena dengan riang sambil tersengih sendiri.

Akibat perasaan cinta yang dipendam kepada Qashaf terlalu lama , Qhaireena tidak mampu untuk menerima kenyataan bahawa Qashaf sudah memilih Felisha sebagai permaisuri hidupnya.

Hari yang dinantikan oleh Qhaireena akhirnya tiba. Hari pertemuan sahabat-sahabat para pelajar 5 Elite.

Bertempat dihotel Arwana , kesemua ahli kelas 5 Elite menuju ke hotel tersebut dan saling bertanya khabar.

Qashaf yang datang bersama Felisha jelas kelihatan.

" ini masanya ! HAHAHAHAH "

Jerit hati Qhaireena dengan lantang tertawa.

" Husband.. Wife nak pergi toilet sekejap. "

Kata Felisha yang memberitahu suaminya bahawa dirinya ingin ke tandas oleh kerana alahan yang masih teruk.

" okay jom. "

Jawab Qashaf yang bersedia untuk menemani Felisha ke tandas.

" eh , sokay sokay. Husband sembang je dengan Luq , Am , semua.. Wife pergi kejap je okay ? "

Balas Felisha yang mahu memberi ruang kepada Qashaf untuk berbual dengan rakan-rakan sekelasnya dulu.

" eh no no no. Husband teman laaa "

Kata Qashaf yang berkeras mahu menemani Felisha.

" Husband.. It's okayy. "

" 10 minutes okay ? "

" kalau wife lambat baru husband boleh cari hahah "

Pujuk Felisha berserta gurauan itu berjaya membuatkan Qashaf akur.

" yelaahh jangan lambat. "

" hati-hati jalan tuu "

Pesan Qashaf kepada Felisha dengan lembut.

Usai itu Felisha pun berjalan menuju ke tandas dengan berhati-hati.

Sedang Felisha sibuk membasuh tangannya , wajah Qhaireena jelas terpapar.

" Hai , Sha. "

Bernada mendatar , Qhaireena menyapa Felisha.

" ouh .. haii. "

Balas Felisha berserta segaris senyuman nipis.

" bahagia dah sekarang dengan Qash eh ? "

Kata Qhaireena sambil tersenyum sinis memandang Felisha disampingnya itu.

" bahagia.. alhamdulillah. "

Jawab Felisha sambil tersenyum nipis.

" Bahagia macam mana tuuu ? "

Soal Qhaireena sambil melangkah mendekati Felisha. Mata Qhaireena yang terbeliak jelas kelihatan. Nafas Qhaireena , didengari dicuping telinga Felisha.

Namun Felisha tetap mencuba sedaya upaya untuk bertenang dan tidak menunjukkan kepada Qhaireena bahawa dirinya berasa takut.

" Bahagia.. tak tau la nak cakap macam mana. "

Jawab Felisha sambil tersenyum nipis. Setelah selesai membasuh tangan , Felisha segera menarik sehelai tisu dan bergegas mengatur langkahnya untuk keluar dari ruangan itu.

Namun tidak berjaya. Dengan pantas Qhaireena menarik kasar tangan Felisha hingga Felisha bersandar pada dinding.

Selangkah demi selangkah Qhaireena mendekati Felisha. Tangan kanannya yang disorokkan dibelakang itu perlahan-lahan dikeluarkan. Sebilah pisau jelas kelihatan.

" kau ingat kau dah kahwin dengan Qash .., "

" aku nak duduk diam ke ? "

Bisik Qhaireena dicuping telinga Felisha.

" Reen , jangan buat aku macam ni.. "

" tolong.. jangan kacau kitorang lagi.. "

" kau cantik Reen .., ramai lagi lelaki dekat luar sana.. "

Ujar Felisha yang cuba untuk membuka mata Qhaireena.

" tapi aku nak Qashaf. "

" aku sayang diaaa "

Balas Qhaireena bernada manja sambil tersenyum lebar.

" tolong Reen. Kesiankan aku.. Kesiankan anak kitorang.. "

Rayu Felisha kepada Qhaireena dengan nada sebak.

" ouh mengandung ? eee kau tak layak laaa ! "
" kau tak layak untuk mengandungkan zuriat Qash ! "

" aku je yang layak ! HAHAHAHAH "

Kata Qhaireena sambil tertawa besar.

Selesai ketawa , Qhaireena menangis merenung dirinya pada pantulan cermin itu.

" Aku sayang dia Sha. "

" Tapi dia sayang sangat dekat kau.. "

" Dia selalu ingat dekat kau.. "

" Dia selalu doakan kau.."

" Dia tak pandang pun aku  "

Luah Qhaireena sambil menangis.

" SEBAB TU AKU KENA BUNUH KAU ! ANAK KAU TAK LAYAK HIDUP ! "

" HAHAHAHAHA "

Kata Qhaireena dengan lantang sambil tertawa besar dan kembali berpaling menghadap Felisha.

Dengan kasar tudung Felisha ditarik dan dengan kuat , Qhaireena menghantukkan kepala Felisha dengan kuat pada dinding.

" Kau ingat aku takut dengan kau ?! "

" Kau ingat aku takut ke ?! "

Jerit Qhaireena dengan mata yang terbeliak.

Lalu Qhaireena pun menghayunkan kepala Felisha kepada dinding itu sekali lagi.

Kepala Felisha berdarah. Felisha tidak lagi mampu berdiri dengan stabil. Kepalanya terasa begitu sakit.

" eh pergi mati laaa ! "

Jerit Qhaireena sambil menolak kepala Felisha dengan kuat sehingga Felisha jatuh terseret diatas lantai.

Akibat terjatuh , bahagian faraj Felisha mula berdarah. Kesakitan yang dirasakan oleh Felisha semakin berganda.

" Ya Allah , tolong aku.. "

Bisik hati Felisha yang meminta pertolong kepada Allah yang Maha Esa sambil menangis.

Sedang itu , Qashaf yang duduk berbual dengan rakan-rakannya mula berasa tidak sedap hati.

Tanpa membuang masa , Qashaf bergegas menuju ke tandas perempuan untuk mencari isterinya.

" Kau bukan lawan aku la ! "

" Kau tu lembik ! "

" HAHAHAHA "

Jeritan Qhaireena jelas kedengaran hingga ke luar tandas perempuan itu.

Qashaf yang mendengarkan itu , semakin kuat jantungnya berdegup. Kaki Qashaf semakin pantas memasuk ruang tandas perempuan itu.

" SAYANG ?! "

Jerit Qashaf dengan mata yang terbeliak melihat Felisha yang sedang terduduk diatas lantai berlumuran darah itu.

Tanpa menghiraukan Qhaireena , Qashaf segera mendukung Felisha dan membawa Felisha keluar.

" Q-Qashaf... "

Qhaireena terkedu.

Qashaf yang segera keluar sambil mendukung Felisha itu dikejar oleh Qhaireena.

" Sayang.. everything gonna be okay.. "

" stop crying.. "

" it's okay.. I'm here for you.. "

Pujuk Qashaf yang mencuba sedaya upayanya untuk menenangkan Felisha meski matanya sendiri sudah mula bergenang.

" KAU NAK BAWAK DIA PERGI MANA ?! "

" AKU KENA BUNUH DIA QASH ! "

Jerit Qhaireena sambil berlari memegang sebilah pisau ditangan kirinya.

Tiba-tiba , Qashaf terdiam. Wajah Qashaf bertukar merah. Air mata Qashaf mengalir lembut membasahi pipinya.

Perlahan-lahan Qashaf melutut sedang tubuh Felisha dipeluk erat kedalam dakapnya.

Qhaireena yang terkejut melihat pisau yang tertusuk dibahagian pinggang Qashaf itu lantas berlari ke dewan makan bersama tangan berlumuran darah.

" Qash.. "

Tangis Felisha menyebut nama Qashaf. Kesakitan yang dirasakan oleh dua jasad ini semakin berganda.

Para tetamu yang melihat Qhaireena tidak tentu arah melarikan diri itu mula berasa aneh. Luq dan Am mula mengambil keputusan untuk mengikut titisan darah Qashaf ditangan Qhaireena tadi.

" Ya Allah Qash ! "

" Weyh Qash ! "

Jerit Luq dan Am yang terkejut apa yang dilihat oleh kedua-dua mata mereka.

Tanpa membuang masa , Luq segera mendekati Qashaf yang sudah bersandar itu. Manakala Am menelefon pihak hospital.

Dengan tenaga yang bersisa , Qashaf menarik baju Luq hingga telinga Luq berada diparas bibirnya.

Bersama nafas yang tersekat sekat , Qashaf berusaha berbicara memberitahu Luq untuk menyelamatkan Felisha terlebih dahulu.

" Selamatkan.. "

" Sha.. "

" dengan anak aku... "

Dengan payah , Qashaf mengatakan itu sedang air matanya jatuh membasahi pipinya yang sudah memucat menahan sakit.

Lalu Qashaf dan Felisha tidak menyedarkan diri. Selang 10 minit , ambulans pun tiba menyelamatkan Felisha dan Qashaf.

" Anak kita bang... "

Tangisan Puan Siti Zubaidah jelas kedengaran dicuping telinga Felisha.

" Ya , awak doakan dia banyak-banyak. Inshaa Allah. Sha sedar tak lama lagi. "

Pujuk Encik Samad dengan lembut kepada isterinya.

Felisha yang baru menyedarkan diri setelah seharian terlantar diatas katil itu perlahan-lahan membuka matanya.

Wajah Puan Siti Zubaidah dan Encik Samad jelas kelihatan disampingnya.

" Ma.. Pa.. Qash mana.. "

Soal Felisha bernada lesu.

" Sha.. Sha dah bangun ? "

Soalan Felisha berbalas soalan. Dengan lembut Puan Siti Zubaidah mengusap rambut Felisha.

" Ma.. Qash mana... "

Mata Felisha mulai bergenang. Nada suara Felisha bertukar sebak. Dengan tenaga yang tersisa Felisha gagahkan dirinya untuk duduk.

" Sha.. Sha tak boleh bangun lagi.. "

Ujar Puan Siti Zubaidah kepada anak gadisnya itu.

" Mana Qash ?! Sha nak Qash maaa.. Please.. Qash mana maa ? "

Genangan air mata Felisha mulai pecah. Berjuaraian air mata Felisha jatuh membasahi wajahnya.

" Qash ada dekat wad sebelah. Qash still tak sedar.. "

" Sha jangan macam ni sayang. "

Jawab Puan Siti Zubaidah yang turut menangis melihat keadaan Felisha sebegitu.

" Sha nak jumpa Qash ma. Bawak Sha jumpa Qash maa.. "

Rayu Felisha sambil menggenggam tangan Puan Siti Zubaidah.

" tak boleh Sha.. Sha kena rehat.. Sha tak boleh banyak bergerak sayang. "

Kata Puan Siti Zubaidah dengan lembut yang masih terasa berat hati untuk berterus terang dengan Felisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience