** Dua hari sebelum kejadian **
Tepat jam 8.30 malam , sejurus selesai menunaikan membaca Al-Quran telefon pintar Felisha yang berada diatas katil mula berdering.
Dengan pantas telefon pintar itu dicapai dan dibuka. Nama Qashaf jelas terpapar pada skrin. Setelah sekian lama Felisha dan Qashaf tidak berhubung , kini Qashaf akhirnya menghantar pesanan ringkas kepada Felisha.
" Assalamualaikum , Felisha Aireena. "
" Sha , sha ingat lagi kan.. Kalau Qash mesej ni maksudnya apa ? "
Pesanan Qashaf dibaca dengan teliti oleh Felisha. Sejurus pesanan kedua itu dibaca oleh Felisha , pipi Felisha lantas diherotkan sehinga terukir segaris senyuman manis.
" Sha , bila tiba masanya nanti.. Qash sendiri akan mesej Sha. "
" Dan masa tu , Qash betul-betul dah bersedia untuk jadikan Sha suri dihati Qash. "
" Remember that okay ? "
Ujar Qashaf kepada Felisha sedang matanya memandang tepat ke arah wajah Felisha yang pucat itu bersama senyuman lebar sebagai penghias wajah.
Meski kata-kata itu kelihatan biasa , namun buat Felisha kata-kata yang terbit dari bibir Qashaf itu benar-benar bermakna kerana adanya keikhlasan dalam kata-katanya.
" Okay , Sha .. akan tunggu... "
" Setia menanti tibanya masa yang tepat untuk kita. "
Balas Felisha kepada Qashaf dengan suara serak dan wajah tersenyum manis.
" Good girl. "
Kata Qashaf dengan nada ceria sambil tersenyum nakal kepada Felisha.
" Sha.. "
Qashaf memanggil Felisha dengan nada lembut.
" Qash sayang Sha tau. "
Kata Qashaf dengan perlahan dan lembut kepada Felisha.
Felisha yang mendengarkan kata-kata itu semakin melebar senyumnya diwajah yang pucat itu.
" Sha , sayang Qash juga. "
Balas Felisha kepada Qashaf dengan suara yang serak dan perlahan.
Tanpa sedar , pintu memori Felisha diketuk. Lalu terimbaslah kenangannya bersama Qashaf sebelum Qashaf pergi melanjutkan pelajarannya ke Mesir.
Dan setelah 5 tahun berlalu , kini Qashaf sudah menepati janjinya untuk mencari Felisha apabila dia sudah bersedia.
Setelah sedar dari lamunan memori , dengan wajah yang tersenyum manis jari jemari Felisha ligat menari diatas paparan skrin telefon pintar itu.
" Waalaikumsalam , Qashaf Alfian. "
" Ya , Sha ingat Qash. "
Balas Felisha dengan ringkas.
" Sha sihat ? "
Soal Qashaf yang bertanyakan khabar Felisha setelah 5 tahun tidak menghubunginya secara terus.
Meskipun selama 5 tahun berlalu , Qashaf menerima setiap info mengenai Felisha dari Qhadif , Anizira dan Raidhatul namun perasaannya tidak sama apabila pertanyaan itu dijawab sendiri Felisha.
" Sihat alhamdulillah. Qash ? "
Persoalan Qashaf kembali dibalas dengan persoalan.
" Sihat juga , alhamdulillah."
Jawab Qashaf dengan ringkas.
" ni , Qash nak bagitau yang esok Qash balik Malaysia "
" Maybe dalam pukul 12 tengah hari Qash sampai airport. "
" Sha , I'm ready for us. "
Pesanan demi pesanan dari Qashaf , Felisha baca dengan penuh berhati-hati.
Sejurus pesanan-pesanan ringkas Qashaf itu dibaca , senyuman diwajah Felisha kian melebar.
" Alright. I'll wait for you. "
Jawab Felisha dengan ringkas. Meski dihatinya kini sudah berbunga-bunnga namun batas diantara mereka tetap perlu dijaga.
" Okay , that's all. See you soon , Felisha Aireena. "
" Assalamualaikum. "
Balas Qashaf dengan ringkas dan padat segera menamatkan perbualan mesej antara mereka kerana bimbang nanti mereka kian leka dengan mainan perasaan.
" See ya. Waalaikumsalam. "
Sejurus pesanan ringkas Felisha itu dihantar , perbualan antara mereka berdua pun tamat dengan mudah.
Meski hanya sebentar dan ringkas perbualan antara dua jasad yang saling mencinta ini , namun senyumannya kekal begitu lama.
** Hari kejadian **
Tiba sahaja dilapangan kapal terbang , kereta Felisha diletakkan diparkir dengan berhati-hati. Setelah selesai , tali pinggang keledar dibuka.
Beg tangan ditempat duduk sebelah itu diambil dan dan dibuka. Lalu diambilnya telefon pintar berjenama Iphone berwarna hitam.
Paparan skrin dibuka. Paparan mesej bersama Qashaf lantas dibuka. Dengan pantas jari jemari Felisha menaip pesanan buat Qashaf.
" Give me a call if you've arrived "
Pesanan ringkas yang ditaip oleh Felisha itu dihantar. Setelah itu telefon pintarnya kembali diletakkan didalam beg tangan.
Jam ditangan kirinya ditenung lama. Jam sudah pun menunjukkan pukul 12.30 tengah hari.
Tanpa terburu-buru , Felisha hanya duduk didalam keretanya dengan tenang dan menunggu mesej balasan dari Qashaf.
Setelah hampir empat puluh minit menunggu , telefon pintar Felisha mula berdering. Telefon didalam beg tangan itu lantas diambil.
Nama Qashaf jelas terpapar pada skrin telefon Felisha. Dengan segera , panggilan itu lantas diangkat.
" Assalamualaikum. Hello ? "
Suara Qashaf yang perlahan dan lembut itu jelas kedengaran dihujung corong panggilan.
Felisha yang mendengarkan suara Qashaf buat kali pertama setelah 5 tahun itu terdiam seketika. Hanya senyuman dapat diukirkan sedang matanya berkaca. Suara inilah yang begitu dirindu oleh Felisha.
" Hello ? Sha ..? "
Panggil Qashaf sekali apabila Felisha hanya berdiam diri.
" Em.. Yaaa.. waalaikumsalam. "
Jawab Felisha dengan suara yang agak sengau.
" Sha.. Are you okay ? "
Tanya Qashaf sejurus mendengar suara Felisha yang seakan-akan menangis itu.
" Yeah , I'm okay. Qash dah sampai ke tu ? "
Jawab Felisha dengan ringkas. Sekali gus , Felisha bertanya kepada Qashaf sama ada Qashaf sudah tiba di Malaysia atau belum.
" Alhamdulillah dah.. dah sampai dah. Tengah tunggu beg ni. "
Jawab Qashaf dengan lembut dan perlahan.
" Alright. Nanti , bila dah ready beg semua call Sha balik okay ? "
Arah Felisha kepada Qashaf dengan lembut.
" Em. Okay.. Bye. "
Jawab Qashaf yang hanya menurut.
" Bye. "
Balas Felisha dengan ringkas. Lalu panggilan antara mereka berdua pun tamat.
" Kenapa dia suruh aku call ? "
" Ya Allah. Ada apa ni ? "
Bisik hati Qashaf yang mula tertanya-tanya akan apa yang sedang dirancang oleh Felisha.
" Hmmmmm haih. "
Keluh Qashaf dengan panjang.
Luq dan Am yang mendengar keluhan Qashaf itu lantas memandang wajah Qashaf yang berkerut.
" Oi , baru sampai Malaysia dah mengeluh ke bang. "
" Hahahaha "
Tegur Luq yang sengaja mengusik sahabat baiknya itu.
" Tulah , belum apa-apa lagi dah mengeluh. "
" ish ish ishhhh "
Tambah Am yang turut sengaja mengusik Qashaf.
" Hm. Takdelah. Sha ni ha. Dia mula-mula suruh aku call bila dah sampai. "
Ujar Qashaf yang mula berkongsi punca keluhan panjangnya tadi kepada Luq dan Am.
" ha , call je la. Settle. "
Jawab Am yang mencelah dan menyuarakan pendapatnya.
" Sabar. "
" Aku dah call la tadi. Lepastu dia suruh aku call dia bila beg semua dah settle. "
" Haih. Aku pelik laaa "
Kata Qashaf sambil mengeluh panjang sekali lagi. Qashaf benar-benar tidak mempunya sebarang idea tentang apa yang sedang dirancang oleh Felisha.
" tak payah nak mengeluh sangat. Ada la tu dia buat something untuk kauuu "
" kau relax je. "
Nasihat Luq kepada Qashaf yang menyuruh Qashaf agar kekal bertenang.
" Hmm. Yelah. "
Jawab Qashaf dengan pendek.
Tiga puluh minit pun berlalu , apabila beg sudah diambil dengan pantas panggilan telefon dibuat oleh Qashaf.
" Assalamualaikum. Hello ? "
" Sha ..? "
" Ni , beg dah settle. "
Kata Qashaf kepada Felisha.
Felisha yang mendengarkan itu lantas menjawab.
" Waalaikumsalam. Okay Qash tunggu dekat pintu utama. Nanti ada orang datang bagj sesuatu dekat Qash. "
Qashaf yang seakan tidak percaya kembali bertanya kepada Felisha.
" Ha ? Siapa ? Sha ? Hello ? "
Namun panggilan dimatikan oleh Felisha dengan pantas.
" Haihh macam-macam la. "
Keluhan Qashaf sekali lagi kedengaran. Qashaf benar-benar terpinga-pinga dengan apa yang berlaku. Tetapi Qashaf tetap saja menurut arahan Felisha.
Dihadapan pintu utama berdirinya Qashaf , Luq , Am dan Qhaireena. Wajah Qashaf yang berkerut memikirkan apa yang telah dikatakan oleh Felisha tadi.
Qhaireena yang melihat Qashaf sebegitu lantas menjeling.
" ish perempuan ni tak give up lagi ke. Urgh. "
Desis hati Qhaireena setelah mendengar Qashaf memanggil nama Felisha ketika berada diatas panggilan sebentar tadi.
Share this novel