Sedang Felisha menerima nasihat daripada dua orang rakan baiknya , terduduknya Qashaf diatas bentangan sejadah panjang dihadapannnya itu menadahkan doa meluahkan segala rasa yang terbuku dihati.
" Ya Allah.. Tolong... "
" Tunjukkan aku jalan yang benar... Aku buntu Ya Allah. Aku tak tahu pada siapa aku hendak mengadu.. "
" Jika benar dia jodoh ku. Kau temukanlah kami berdua diwaktu yang tepat Ya Allah. "
" Hindarilah kami dari manisnya cinta yang terlarang ini. Cukuplah sekali saja kami terleka Ya Allah.. "
Dengan suara yang serak dan sengau , Qashaf menyatakan itu kepada Sang Pencipta.
" Ya Allah. Aku sayangkan dia.. Namun jika bukan akulah yang terbaik untuknya , kau pertemukanlah dia dengan jodoh yang lebih baik dari aku. "
" Jagakanlah dia untukku Ya Allah. Padamlah perasaan cinta dihati kami berdua.. Jika benar kami bukanlah pasangan yang ditakdirkan bersama. "
" Sesungguhnya , hanya pada-Mu aku berserah Ya Allah.. Berikanlah yang terbaik buat kami berdua. Kuatkanlah hati kami dalam menempuhi ujian-Mu ini Ya Allah.. "
" Amin.. Amin.. Ya Rabbal Alamin.. "
Tambah Qashaf secara panjang lebar. Lalu kedua-dua tangannya meraup kasar wajahnya yang sudah hampir semua dibasahi dengan air mata sebagai tanda mengaminkan doa-doanya tadi.
Tangan kanan Qashaf lantas membetulkan songkoknya lalu diraupkan lagi wajahnya
hingga menutupi bahagian matanya. Qahaf memejamkan wajahnya sejurus tangan kanannya itu menekupkan matanya.
Sebak yang dirasakan oleh Qashaf tidak mampu ditahan lagi. Wajah Qashaf kini bertukar merah padam. Tangisannya kian menguat. Air matanya , kian deras mengalir membasahi pipinya.
" Allahhuakhbar.. "
Lafaz Qashaf dengan tersedu sedan akibat gangguan pernafasan kerana tangisannya yang semakin teruk.
Hati Qashaf benar-benar menyayangi Felisha. Namun dia tahu , sekarang bukanlah masa yang tepat untuk mereka berdua.
Qashaf bimbang. Andai dia dan Felisha terus berhubung , kisah cinta terlarang mungkin akan berulang kembali. Dan kesakitan yang dirasa kelak , pasti berganda-ganda sakitnya.
Setelah hampir 5 minit tangan kanan Qashaf ditekapkan dibahagian matanya , tangan kanannya lantas menyeka air mata yang berjuraian dipipinya.
" Ya Allah.. "
Lafaz Qashaf dengan teresak-esak. Jujur , kerinduan yang mencengkam jiwa kecilnya itu benar-benar tidak mampu dibendung lagi.
Tambahan pula , status Felisha yang memyatakan perasaan kecewa terhadap dirinya itu , membuatkan air mata Qashaf semakin deras mengalir.
Kenyataan bahawa dirinya telah melukai hati gadis yang amat disayanginya itu , tetap saja tidak mampu dibiarkan. Qashaf , kini kecewa dengan dirinya sendiri.
Sedang bibir Qashaf berzikir , matanya dipejamkan serapat-rapatnya. Air mata yang masih saja mengalir laju dibiarkan terus menitik membasahi jubah kelabunya itu.
Seminggu pun berlalu. Habis sudah cuti penggal satu. Hubungan antara Qashaf dan Felisha tetap saja sama.
Buat Qashaf , keputusannya untuk tidak menganggu Felisha lagi adalah sebuah pilihan yang tepat. Kerana Qashaf kini bimbang , andai kehadirannya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan antara dia dan Felisha.
Namun begitu , apa yang diterima oleh Felisha ialah Qashaf sekadar menjadi ego dimana segalanya perlu dimulakan olehnya untuk membawa hubungan antara mereka berdua ini kearah jalan penyelesaian.
Walaubagaimanapun , kedua-dua hati remaja ini tetap saja menyimpan sebuah perasaan yang dinamakan cinta yang utuh buat satu sama lain dari kejauhan.
Hari terus berlalu dan berganti menjadi minggu. Sedang minggu berganti bulan. Dan bulan berganti rindu. Nama penuh Qashaf tetap saja disebut disetiap sujud Felisha dan doa Felisha untuk Qashaf , tidak pernah putus.
Begitu jugalah Qashaf. Disetiap sujud terakhirnya sentiasa akan disebut nama penuh Felisha. Juga disetiap doa Qashaf pasti akan terselitnya doa untuk Felisha tanpa sehari ditinggalkan.
Rindu ? Usah ditanya , hari demi hari yang berlalu perasaan rindu dihati mereka
berdua tetap saja memekat. Semakin laju hari berganti , semakin pekat rasa rindu yang hadir.
Namun mereka berdua tetap saja memilih untuk merindu dari kejauhan. Merindu , tanpa perlu membiarkan dia tahu. Cukup , diluahkan diatas bentangan sejadah panjang. Cukup , hanya mereka dan Sang Pencipta saja yang tahu.
Waktu kian berlalu dengan laju. Ujian Percubaan SPM kini tiba. Buat sementara waktu , Felisha dan Qashaf menolak ketepi segala rasa rindu dan cinta yang mengetuk pintu hati mereka.
Diari harian tetap saja ditulis dari hari ke hari. Kerana itu jugalah salah satu cara bagaimana mereka berdua melepaskan perasaan rindu buat satu sama lain tanpa perlu berhubung atau berjumpa.
" Felisha ..! Shaaa ...! Felisha Aireena ...! "
Jerit Firash Aryan dari bahagian belakang sambil berlari menuju ke arah Felisha yang sedang duduk disebuah meja dikantin bersama Anizira dan Raidhatul.
Felisha yang sedang makan bersama dua sahabat baiknya itu lantas terhenti dari terus menyuapkan makanan ke dalam mulutnya akibat terkejut.
Tiba sahaja dihadapan Felisha , dengan tegak Firash berdiri merenung ke dalam mata Felisha. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan oleh Firash bagi menenangkan dirinya.
Setelah berasa sedikit tenang , Firash merenung Felisha bersama wajah yang terukir senyum hingga menampakkan barisan giginya yang cantik.
Dengan wajah yang berkerut Felisha memandang Firash dan bertanya.
" haaa apehal ..? "
Mata Firash tetap tertumpu pada wajah Felisha yang masih berkerut seribu itu.
( PapPapPap )
" Oi ! aku tanya ... kau kenapaaa ?
Tambah Felisha yang masih menantikan jawapan dari Firash itu sambil menepuk meja makannya dengan perlahan sebanyak beberapa kali.
" haa ? aa.. Em.. ah , niii "
Balas Firash yang baru sahaja tersedar dari lamunannya sambil menghulurkan kertas peperiksaan percubaan SPM miliknya.
Kertas percubaan subjek Matematik itu lantas dicapai dan dilihat oleh Felisha. Sejurus melihat kertas itu , Felisha dengan pantas mengukir segaris senyuman indah kepada Firash.
" Oh my god ! Firashhhhhhhh ! Aaaaa you did it ! Congrates Firashhh ! "
Selepas mendengarkan kata-kata Felisha itu , Anizira dan Raidhatul yang tadinya tidak mempedulikan Firash dan Felisha lantas mengambil kertas percubaan itu.
Setelah dilihat kertas tersebut , reaksi Anizira dan Raidhatul juga sama seperti Felisha.
Dengan nada yang ceria , Felisha berkata kepada Firash.
" kan aku dah cakap ! Kau boleh ! bukan tak boleh ! Aaaaa aku bangga dengan kauuuu ! "
Dengan senyuman yang semakin melebar , Firash berkata kepada Felisha dengan nada lembut.
" Terima Kasih. "
" Kau banyak ajar aku. Kalau bukan sebab kau.. mungkin aku tak dapat A+ untuk percubaan kalini. "
Felisha yang mendengarkan itu walaubagaimanapun terharu akan keihklasan Firash dalam mengucapkan terima kasih kepadanya.
" Aaaa jangan cakap macam tu tho. Aku tolong mana yang aku mampu je.. selebihnya tu , usaha kau sendiri ! "
Jawab Felisha kepada Firash.
" So , kau kena belanja Felisha la sebagai tanda terima kasih ! hahahaha "
Kata Anizira yang tiba-tiba saja mencelah dalam perbualan antara Felisha dan Firash itu.
Dengan wajah yang masih berhias senyuman Firash kini memandang Anizira dihadapannya dan berkata.
" eh , boleh je... "
Pandangan Firash kembali tertumpu kepada Felisha yang juga sedang memandangnya.
" tu pun , kalau Felisha sudi.. "
Felisha yang masih memandang wajah Firash itu langsung mengalihkan pandangannya ke arah Raidhatul dan Anizira.
Share this novel