Bab 54

Drama Completed 10189

" Assalamualaikum. Encik , em.. em.. n-ni hadiah untuk Encik. Ada orang suruh saya hantarkan kepada Encik. "

Sedang Qashaf merenung mencari-cari susuk tubuh Felisha , seorang gadis berpurdah dan memegang sejambang bunga sedang menunduk dihadapannya.

Qashaf yang tadinya merenung jauh kini menumpukan pandangannya ke arah gadis berpurdah dihadapannya itu.

" Hm.. macam kenal suara ni. "

Bisik hati Qashaf sambil mengerutkan dahinya memandang gadis yang sedang menunduk itu.

" Ya , bunga ni untuk siapa ? "

Tanya Qashaf dengan sopan.

" Untuk ... Un-untuk... "

Gadis itu tiba-tiba sahaja tergagap.

Lalu wajah gadis itu diangkat mendongak menghadap wajah Qashaf. Perlahan-lahan purdah itu dibuka. Sekuntum senyuman dijadikan penghias wajahnya.

Qashaf yang melihat wajah gadis itu terkedu seketika. Muka Qashaf mula memerah. Qashaf terdiam. Hanya senyuman terukir diwajahnya.

" Hai Qash ..! "

Sapa Felisha sambil tersengih panjang melihat Qashaf.

" Sha ! Ya Allah. Qash mimpi ke ni ? "

Kata Qashaf sambil menggosok lembut kriinya.

" Qash tak sudi ke ambik bunga ni ? Berat ni "

Tanya Felisha yang secara tiba-tiba menundukkan wajahnya semula.

Dengan perlahan huluran jambangan bunga ditangan Felisha itu dicapai dan diambil oleh Qashaf.

" Kalau Sha yang bagi , mestilah Qash terima."

Ujar Qashaf dengan nada suara yang lembut dan perlahan.

Felisha yang tadinya menunduk lantas mengangkat wajahnya mendongak memandang wajah Qashaf sambil tersengih.

" Em Qash kitorang gerak dulu la macam ni. "

Kata Luq yang meminta untuk mengundurkan diri kerana tidak mahu mengganggu Qashaf dan Felisha.

" itu lah. Kitorang gerak dulu la Qash. "

Sokong Am yang turut tidak mahu mengganggu mereka berdua.

" eh , jom la kita pergi lunch sekali ? Sha drive. "

Pelawa Felisha kepada Luq dan Am. Takkanlah mereka mahu keluar berdua pula. Tak manis dipandang orang. Tambaham pula , Qashaf dan Felisha mahu mengekalkan jarak yang telah dijaga oleh mereka berdua itu.

Entah mengapa , perasaan malu diantara mereka berdua itu terasa sama seperti bagaimana mereka berdua mula berkenalan dulu. Mungkin , kerana kurangnya komunikasi dan juga bersua muka.

" Eh takpayah la susah-susah Sha. Tak pe.. "

" Kitorang boleh balik naik taxi. "

Kata Luq dan Am yang menolak pelawaan Felisha dengan sopan itu.

" Ala jomlah. Takkan korang nak biarkan aku dengan Sha keluar berdua ? Kan tak manis tu. "

Ujar Qashaf yang memujuk dua sahabat baiknya itu untuk bersetuju keluar bersama.

" kalau dah keadaan memaksa , kita kena ikutlah macam ni Am. "

Kata Luq sambil tersenyum nakal memandang Am disampingnya itu.

" tulah. Tak boleh ni biarkan korang keluar berdua. Kita kena ikut. "

Tambah Am yang juga tersenyum nakal melihat Luq.

" Ah kalau begitu , mari kita. "

Sambung Qashaf secara spontan.

" Ahahaha "

Lalu meletuslah ketawa antara Luq , Am , Qashaf dan juga Felisha. Namun Qhaireena ywng berada disebelah kiri Qashaf itu hanya tersenyum pahit sedang matanya merenung tajam kearah Felisha.

" Tak sedar diri punya perempuan. Sibuk je nak keluar dengan Qash. "

Bisik hati Qhaireena yang tidak selesa akan kewujudan Felisha yang begitu disenangi Luq dan Am itu.

" Em , Reen nak ikut jugak boleh ? "

Celah Qhaireena dengan nada manja sedang wajahnya mengukirkan senyuman lebar.

" Sibuklah Reen. "

Ujar Luq yang tidak mahu Qhaireena untuk turut ada bersama mereka.

" Tulah. Aku dah muak tho tengok muka kau je. 5 tahun dah kot AHAHAHA "

Tambah Am yang menyokong apa yang dikatakan oleh Luq sebentar tadi sambil tertawa besar.

Luq dan Qash yang mendengarkan itu juga turut tertawa besar.

Qhaireena yang mendengarkan kata-kata dari Luq dan Am itu lantas meluntur senyumannya. Hati Qhaireena disaat ini bagaikan rumah terbakar yang disirami minyak. Api kemarahannya semakin marak.

Namun Qhaireena tetap sabar kerana ingin menunjukkan dihadapan Qashaf bahawa dia adalah seorang wanita yang penyabar.

" Takpelah kalau macam tu. "

Kata Qhaireena dengan nada kecewa sambil menunduk.

" Eh dah , jomlah gerak sekarang. "

Dengan sengaja Felisha mengajak Luq , Am dan Qashaf untuk memulakan perjalanan sekarang. Oleh kerana mesej-mesej yang diterima selama 5 tahun dari Qhaireena itu , telah menjadikan Felisha tidak peduli dengan kewujudan Qhaireena.

Bukan apa , Felisha sudah malas hendak melayan drama pukul 7 si Qhaireena. Felisha tahu , Qhaireena dari tadi menjeling dan merenung tajam ke arahnya. Namun Felisha tetap kekal tenang.

" Jommm ! "

Sahut Luq dan Am dengan begitu semangat.

" Em. You okay duduk sorang-sorang ? Nak I call kan taxi for you ? "

Tanya Felisha kepada Qhaireena sambil tersenyum manis menghadap wajahnya. Felisha yang tahu Qhaireena sudah begitu marah terhadapnya sengaja ingin menguji tahap hipokrit Qhaireena.

" No , thanks. It's okay "

Jawab Qhaireena dengan wajah yang tersenyum pahit memandang Felisha.

" Tak guna punya perempuan. Kau memang saja kan. "

Desis hati Qhaireena yang semakin meledak api kemarahannya.

" Okay then , take care. "

Balas Felisha sambil tersenyum manis memandang Qhaireena.

" Sha , kereta Sha dekat mana ? "

Tanya Qashaf secara tiba-tiba yang bertanya dimana Felisha meletakkan keretanya.

"  Ouh , okay-okay jom jom. "

Kata Felisha sambil tertawa kecil.

" Bye Reen ..! "

" Take care ..! HAHAHAHA "

Usik Luq dan Am yang sengaja memanaskan lagi hati Qhaireena. Luq , Am dan Qashaf  sememangnya tidak begitu selesa akan kehadiran Qhaireena sejak mereka berempat menuntut di Mesir bersama-sama.

Hal ini kerana Qhaireena mula berubah personaliti menjadi seorang wanita yang manja tidak bertempat dan sering menagih perhatian dari mereka bertiga.

Selain itu , Luq dan Am sudah tersedia maklum akan perasaan Qhaireena kepada Qashaf. Namun Qashaf tetap sahaja menidakkannya kerana tidak mahu berasa janggal apabila melihat Qhaireena.

Tanpa membuang masa , mereka berempat pun mula mengatur langkah mereka menuju ke kereta Felisha.

Tiba saja dikereta Felisha dengan pantas tempat duduk dibahagiaan hadapan diambil oleh Qashaf.

Dengan penuh berhati-hati Felisha memulakan pemanduannya menuju ke Lepaking Cafe. Dalam perjalanan , begitu banyak persoalan yang diajukan oleh Luq dan Am kepada Felisha.

" Sha , kau belajar course apa ? "

Soal Luq yang berasa ingin tahu akan apakah jurusan pelajaran yang telah diambil oleh Felisha.

" Ah ? Ouh , aku ambik course penulisan kreatif. "

Jawab Felisha dengan ringkas.

" Ouhh. "

Kata Luq sambil mengangguk perlahan.

" Maksudnya .., kau tulis buku lah kan ? "

Tanya Am kepada Felisha.

" Yes. "

Jawab Felisha dengan ringkas sambil tersenyum nipis.

" Wah ! Kau tulis apa Sha ? "

Celah Luq yang mula tertarik akan topik yang dibincangkan.

" Sha tulis novel , kan ? "

Suara Qashaf yang perlahan dan lembut jelas kedengaran.

" Yes. Mana tau nii ? Qash stalk Sha ehhhh ! Ha ..! kantoi ! Hahahaha "

Balas Felisha sambil tertawa kecil.

" Stalk la jugak kadang-kadang. Kot-kot orang tu ada orang baru senang kita nak move on nanti. "

" Tak gitu ? Ahahahaha "

Ujar Qashaf sambil tertawa.

" Eleh cakap orang entah-entah dia yang ada orang baru kot ? "

Kata Felisha dengan sengaja membalas kata-kata Qashaf sebentar tadi.

" Eh , Qash setia okay. Sha jangan macam-macam. "

Balas Qashaf dengan spontan.

" Sha pun setia. Qash jangan main tuduh-tuduh. Nanti ..! "

Kata-kata Felisha terhenti seketika. Senyuman dibibir Felisha terlihat manis menghiasi wajah.

" Ha , nanti apa tuuu ? "

Tanya Qashaf yang ingin tahu apakah sambungan ayat Felisha itu.

" Nanti Sha merajuk , tau laaaa "

" Ahahahaha "

Jawab Felisha sambil tertawa kecil. Qashaf yang mendengarkan kata-kata Felisha itu turut tertawa.

" Em , saja nak cakap. Kitorang ada dalam kereta jugak tau. "

Celah Am dengan spontan.

" Alamak Qash , Sha lupa la ada dorang. Ahahahaha "

Gurau Felisha kepada Am dan Luq.

" Ish korang ni , kasi chance laaa hahaha "

Tambah Qashaf kepada Luq dan Am sambil tertawa.

" Kitorang tak nak ikut , suruh ikut tadi. "

" Haih "

Rungutan dan keluhan yang terbit dari bibir Luq dan Am itu jelas kedengaran oleh Felisha dan Qashaf.

" Ayok Qashhh ! Sha tak tauuu hahahah "

Kata Felisha kepada Qashaf sambil tertawa melihat gelagat dua sahabat baik Qashaf itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience