Bab 13

Drama Completed 10189

Sedang Qashaf ralit merenung ke arah buku berwarna hitam itu , pintu memorinya diketuk angin rindu. Lalu terimbaslah pita rakaman bernama memori.

Perlahan-lahan Qashaf mencapai buku tersebut dan menyelak helaian demi helaian buku tersebut.

Lalu dicapainya pula sebatang pen berwarna hitam dan menarilah pen tersebut ligat dilayangkan oleh jari jemari Qashaf meluahkan satu persatu isi hatinya diatas helaian buku tersebut.

Setelah hampir 30 minit Qashaf menulis , dua helaian kertas sudah pun dipenuhi coretan isi hatinya terhadap Felisha.

Seperti kebiasaanya , rutin Felisha dan keluarga setelah hampir seminggu berada di kampung halaman. Seawal jam 8 pagi , Felisha dan seluruh ahli keluarganya sekali lagi berarak ke hospital untuk melawat Encik Zharif yang masih koma.

Hari berganti hari dengan pantas. Jumaat , datang lagi. Seperti di minggu sebelumnya , Felisha menanti pesanan ringkas dari Qashaf.

Namun , Qashaf tidak juga menghantar sebarang pesanan teks. Senyuman Felisha tidak lagi selebar pagi tadi. Felisha kian ragu-ragu.

" Patut ke aku mesej dia dulu ? "

" what if dia busy ? "

" Dia okay ke aku chat dia ? "

" Dia tak rasa annoyed ke nanti ? "

Bertubi-tubi buah fikiran memasuki perkarangan minda Felisha. Perasaanya dan mindanya bergerak tidak senada. Felisha ragu-ragu akan keputusan yang harus diambilnya.

Setelah hampir setengah hari memikirkan keputusan yang harus diambil , Felisha akhirnya buntu dan meminta pertolongan dari kedua-dua sahabat baiknya iaitu Raidhatul dan Anizira.

Dengan pantas group chat " Tri-B's " yang menempatkan mereka bertiga dibuka oleh Felisha.

Jarinya dengan pantas menaip pesanan teks lalu dikirimkan kepada mereka.

" Guys ! Tolong akuuu ! Apa aku nak buat ni ! aaaaa "

" Qash tak chat aku lagi. "

" Should I chat him first ? "

" But.. what if he's busy ? "

" aaaaa "

Bertubi-tubi mesej dihantar oleh Felisha kepada dua sahabat baiknya itu.

" Korangggg "

Sekali Felisha menghantarkan pesanan ringkas pada Raidhatul dan Anizira. Buat pertama kalinya , Felisha benar-benar buntu tidak tahu apa hendak dilakukan.

" Chat je "

" Mesej je dulu "

Balas Anizira yang yang menyuarakan cadangannya.

" Last week kan dia dah mesej dulu. So , it's your turn lah. "

Balas Raidhatul yang juga merasakan yang sama seperti Anizira.

Melihat saja mesej dari dua sahabat baiknya itu , Felisha lantas menaip pesanan pada dua sahabat baiknya itu kerana sudi membantu

" ookay thankies ! "

Lalu paparan mesej Felisha dan Qashaf dibuka. Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan. Felisha mencuba untuk bertenang.

" Bismillaahir-rohmaanir-rohiim "

Lafaz dari bibir Felisha sebelum memulakan apa-apa.

Perlahan-lahan jari jemari Felisha menaip mesej lalu dihantarkan kepada Qashaf.

" Helooooo "

Qashaf yang menerima mesej tersebut lantas tersenyum nipis. Lalu Qashaf pun membalas.

" Hyeeeeee "

Dengan pantas Felisha menghantarkan lagi pesanan ringkas kepada Qashaf.

" ehhh ade orang laaaaa "

Qashaf yang tersenyum lebar membacakan itu lantas membalas

" hahaha ade jeee "

" Baru sampai rumah "

Sejurus membacakan itu , Felisha bertanya kepada Qashaf

" I see. Penat ke ? "

" Kalau penat , tak apelah... Qash rest okayy"

Tambah Felisha yang cuba untuk memahami Qashaf yang baru pulang ke rumah.

Dengan pantas Qashaf menjawab

" boleh tahan la , tapi okay jee "

Felisha yang membaca pesanan itu lantas tersenyum lebar.

" Damn it. aaaa dia sanggup cari masa untuk akuu "

Desis hati Felisha mentafsir sikap Qashaf sendiri.

Lalu , berpanjanganlah mesej antara dua hati yang saling merindu ini. Senyuman dibibir kedua-dua jasad ini tidak lekang malah semakin melebar.

Meski pesanan yang diterima hanyalah soalan-soalan ringkas , namun ia begitu bermakna buat mereka yang saling tak jumpa dan merindu itu.

Hujung minggu Felisha dan Qashaf juga berjalan dengan baik dan hanya senyuman yang menjadi hiasan diwajah mereka berdua hinggalah tibanya hari Isnin.

Sedang Qashaf dan dua orang sahabatnya iaitu Luq dan Am duduk di salah sebuah meja di kantin sekolah mereka sambil membuat kerja sekolah tiba-tiba..

" Qashaf Alfian ! "

Jerit seorang gadis dengan lantang memanggil Qashaf.

Qashaf yang tadinya tersenyum lebar bersama sahabatnya lantas hilang senyumnya sejurus mendengar namanya dipanggil.

Dilihat sekelilingnya dan seorang gadis berbaju uniform sekolah sedang memandang tepat ke arahnya.

Perlahan-lahan langkah mendekati Qashaf diambil oleh gadis itu. Tibanya dihadapan Qashaf gadis yang tertunduk itu mengangkat wajahnya memandang Qashaf bersama pipinya yang kemerahan.

Qashaf yang masih kebingungan hanya memandang wajah gadis itu dengan pandangan kosong. Tanpa sebarang reaksi Qashaf lantas bertanya dengan suara bernada tegas.

" Ya. Nak apa ? "

Keningnya yang terbentuk cantik lantas dikerutkan seiringan pertanyaan itu dilontarkan.

Gadis yang beruniform sekolah itu terus tersengih sendiri sambil merenung ke dalam mata Qashaf

Lalu diangkatnya sebuah kotak hadiah berwarna biru bercorak aesthetic. Ya , warna kegemaran Qashaf.

Kerutan diwajah Qashaf dengan pantas hilang. Wajahnya kembali dihiasi senyuman. Dengan tenang dia berkata pada gadis itu.

" Untuk saya ? "

Gadis itu mengangguk perlahan dan tersenyum tersipu malu. Pipi gadis itu yang tembam bertambah merah.

Diwaktu itu seluruh pelajar yang berada dikantin hanya berdiam dan menanti reaksi dan kata-kata yang bakal terbit dari bibir Qashaf. Tumpuan para pelajar kini berfokus pada remaja lelaki itu.

Siapa tahu mungkin Qashaf akan menerima ? Walaupun jawapannya sudah pasti Qashaf akan menolak.

" Letakkan kotak tu disini. "

Kata Qashaf dengan penuh sopan.

Perlahan-lahan kotak itu diletakkan di atas meja dihadapan Qashaf

Lalu Qashaf bersuara lagi.

" Apa maksud hadiah yang awak berikan ni ? Birthday saya lambat lagi. Boleh awak jelaskan pada saya ? "

Soalan itu dilontarkan tanpa perasaan.

" Hadiah tu .., saya beri ikhlas untuk awak.. Saya memang beli untuk dihadiahkan pada awak. Seb... Seb.. Sebag.. "

Jawapan gadis itu yang kelihatan lancar pada awalnya akhirnya tersekat. Gadis itu kini tergagap-gagap apabila ingin menjelaskan maksud hadiahnya.

" Se... ? "

Tanya Qashaf yang semakin membuak-membuak rasa ingin tahu.

" Sebagai tanda cinta saya pada awak ! "

Jerit gadis itu dengan kuat dan jelas.

Qashaf yang sudah biasa akan situasi itu tersenyum nipis dan merenung kotak hadiah itu.

Lalu pandangan matanya kembali tetumpu ke wajah gadis itu bersama senyuman yang masih tidak lekang.

" Terima kasih. Tapi , hadiah ini saya akan berikan pada yang lebih memerlukan ya ? "

Mendengarkan kata-kata Qashaf sudah ternyatalah gadis ini juga ditolak oleh Qashaf dengan mudah.

Akibat malu ditolak cintanya , gadis itu lantas berlari dari kantin itu dengan wajah yang merah padam dan mata yang berkaca.

Qashaf yang melihatkan tindakan gadis itu hanya tersenyum pahit.

Lalu sahabatnya , Luq mula bersuara kerana berasa simpati terhadap gadis itu.

" Bro. Kesian dia tho. "

" I got no choice. This is the best. "

Balas Qashaf dengan ringkas.

Am yang berada disamping Qashaf juga turut mengangguk dan tersenyum memandang Qashaf. Lalu Am pun berkata.

" Well it's hurt. But I think she'll learn something from this. Good job bro. Kau still berpegang teguh pada prinsip kau. "

" SALUTE , BRO "

Kata Am yang kagum akan sikap sahabatnya yang masih tidak goyah walau sedikit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience