Setelah beberapa saat berlalu , mata Qashaf kembali dibuka. Air matanya yang tersisa diseka lembut oleh tangan kirinya.
Dengan suara yang sengau dan serak , Qashaf kembali bersuara.
" Felisha .., Felisha Aireena..."
Suara Qashaf yang lembut dan verbada perlahan itu jelas kedengaran dicuping telinga Felisha. Namun Felisha tetap saja berdiam dan memilih untuk tidak menyahut panggilan Qashaf itu.
" Qash tahu , banyak sangat salah yang Qash dah buat dekat Sha. Qash minta maaf. Qash tersilap buat keputusan. "
" sekarang , Qash nak betulkan hubungan kita. Bukan lagi dengan cara yang dilarang Allah... "
" Tapi dengan cara yang dituntut dalam Islam. "
" Qash , nak jelaskan segalanya dekat Sha. "
" Qash.. "
Kata-kata Qashaf terhenti seketika. Nafas Qashaf kian tersekat-sekat oleh kerana sebak yang semakin kuat didada.
" Qash sayang sangat dekat Sha. "
" Qash tak pernah anggap Sha mainan atau apa-apa jenis barang Sha. "
" tolong , jangan fikir bukan-bukan. "
" Qash , ikhlas sayangkan Sha. "
" Sha.. Qash , betul-betul menyesal dengan apa yang Qash dah buat dulu. "
" Tolong , bagi Qash peluang untuk betulkan semuanya..."
Ujar Qashaf dengan suara yang bergetar , serak dan juga sengau.
Namun begitu , Felisha tetap kekal mendiamkan diri. Hanya esakan yang kedengaran dicorong panggilan itu.
" Sha.. okay , kalau Sha tak nak Qashaf atur jadual Sha. It's okay. I'll follow your plans. But we need to meet up. Qash tak banyak masa Sha... "
" next week Qash dah kena pergi Mesir Sha.. Tolong.. Qash nak jumpa Sha.. Atleast , before I go. "
Ucap Qashaf yang cuba sedaya upayanya untuk memujuk hati Felisha agar bersetuju untuk berjumpa dengannya dan memberi dirinya peluang untuk perbetulkan segalanya.
Setelah lama berdiam , Felisha akhirnya kembali bersuara.
" Okay , I'll give you the second chance. But please... "
" don't take it for granted... "
Ujar Felisha dengan nada yang sayu dan suara yang sengau akibat menangis agak lama.
" Alhamdulillah. I promise you , I'll never ever hurt your heart again. Thank you Sha... "
Balas Qashaf yang menunjukkan rasa syukurnya sejurus Felisha telah bersetuju untuk memberikan peluang kedua kepada dirinya.
Segaris senyuman jelas kelihatan diwajah Qashaf. Kegembiraan itu , benar-benar dirasakan oleh Qashaf.
" Jangan berjanji Qashaf. "
Kata Felisha kepada Qashaf dengan nada mendatar dan suara sengau.
Senyuman Qashaf luntur sedikit setelah mendengarkan kata-kata Felisha itu. Namun tak mengapa , Qashaf tetap gembira kerana telah diberikan peluang kedua.
" so , when will we meet up ? "
Soal Qashaf yang ingin memastikan tarikh untuk berjumpa Felisha dan duduk berbincang.
" We'll stick with your plan. "
Jawab Felisha dengan ringkas , sekali lagi dengan nada mendatar.
" alright. Sekarang , Sha pergi cuci muka , and go to sleep okay ? Esok Qash datang ambil Sha. "
" Goodnight , Assalamualaikum. "
Dengan panjang lebar Qashaf mengatakan itu kepada Felisha bersama nada suara yang perlahan dan lembut.
" Waalaikumsalam. "
Namun begitu , Felisha hanya menjawab salam dengan nada mendatar dan terus mematikan panggilan telefon antara mereka berdua.
Qashaf yang melihat paparan telefon yang berada digenggama tangan kanannya itu hanya mampu menunduk memandang lantai dengan wajah yang tersenyum pahit.
" It's okay Qashaf. You got this. It's okay.. "
Kata Qashaf kepada dirinya dengan nada yang agak rendah. Qashaf cuba untuk memujuk dirinya agar tidak terasa akan tindakan Felisha itu.
Meski matanya kembali menakung air mata , Qashaf tetap mengukir segaris senyuman nipis diwajahnya.
" Kau okay Qashaf. Kau okay. Kau okay , Qashaf Alfian. "
Kata-kata itu bagaimanapun terbit dari bibir Qashaf sendiri. Qashaf cuba sedaya upayanya untuk terus positif meski hatinya sedikit retak disaat ini.
Nafasnya ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus sekuat hati sedang matanya ditutup rapat hingga memecahkan genangan air mata.
Lalu kedua-dua pasangan mata Qashaf dibuka semula. Air mata yang bersisa diseka lembut oleh tangan kanannya.
Jam didinding biliknya ditenung lama. Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 11 malam.
Qashaf yand dari tasi terduduk diatas sofa hitam dibiliknya itu lantas berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke bilik mandi untuk mencuci muka dan mengambil wudhu'.
Usai itu , diatas bentangan sejadah Qashaf berdiri dan menunaikan solat sunat dua rakaat. Setelah selesai mendirikan solat , beberapa helaian Al-Quran dialunkan oleh Qashaf dengan suara yang serak dan sengau itu.
Tepat jam 12 malam , Qashaf melipatkan bentangan sejadahnya itu dan merebahkan dirinya diatas katil bersaiz King itu dan bersedia untuk tidur.
Sementara itu , Felisha yang sedang terduduk diatas kerusi di meja belajarnya itu ralit melihat semula buku diarinya yang bagaikan surat rahsia buat Qashaf.
Helaian demi helaian diselak dengan penih berhati-hati. Catatan demi catatan dibaca oleh Felisha sehinggalah tiba disatu helaian buku itu , Felisha tersenyum sendiri.
Catatan tersebut bertanggalkan 28 November , 2019.
" Assalamualaikum ! Haiiii saayang ! ehehe. Emm harini Sha happyy sangat ! Sha tak sangka Qash betul-betul call Sha semata-mata untuk mengaji sama-sama. Sha , tak pernah jumpa lelaki yang selalu ingatkan Sha pasal solat , pasal baca Quran sebelum ni. Qashaf Alfian , please know that you had a special place in my heart. I'm in with you because it's you. And I love you , cause you have brought me closer to Allah. Alright that's all for today ! Love , and miss you always , Qashaf Alfian bin Murad.
Sincerely , Felisha Aireena "
Usai membacakan itu , sebuah kotak berbentuk hati diatas meja solek ditenung oleh Felisha. Perlahan-lahan Felisha berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke arah meja solek tersebut dan mencapai kotak itu.
Diatas katil bersaiz Queen itu Felisha terduduk. Mata Felisha masih saja merenung ke arah kotak berbentuk hati digenggamannya.
Mata Felisha kian berkaca. Dengan penuh berhati-hati Felisha membuka kotak itu. Sebentuk cincin silver berpermata jelas kelihatan.
Tanpa membuang masa , cincin itu lantas diambil oleh tangan kiri Felisha lalu disarungkan ke jari manis tangan kanannya.
" Qash , how can I get rid of you ? "
Ujar Felisha sedang matanya menatap cincin silver berpermata yang berada dijari manis kanannya itu. Ya , cincin itu adalah cincin yang diberikan oleh Qashaf sebagai tanda Felisha sudah berpunya.
" Huh.. "
Lalu Felisha pun mengeluh dengan kuat. Diatas katil itu Felisha menghamparkan tubuhnya. Siling yang memutih direnung lama oleh Felisha.
" Macam mana aku nak hadap dia esok ? "
" boleh ke.. aku hadap dia ? "
Desis hati Felisha yang bertanyakan persoalan itu kepada dirinya sedang air matanya mengalir lembut membasahi wajah.
Sejujurnya Felisha bimbang , jika dirinya masih belum bersedia untuk berhadapan dengan Qashaf.
Tempoh hari , bersama keluarga pun dia sudah seakan tidak keruan. Bagaimana nanti apabila cuma dia dan Qashaf.
Persoalan demi persoalan kian berlanjutan. Lalu Felisha pun memejamkam kedua-dua matanya seketika.
" No , Sha. Kau kena hadap benda ni. Kau boleh. Kau boleh hadap semua ni. "
Bisik hati Felisha yang cuba untuk memujuk dirinya agar kekal positif.
Setelah itu , Felisha pun memperbetulkan posisinya dan bersedia untuk tidur. Air mata yang tersisa diusap lembut tangannya. Doa dibaca , lalu matanya kembali dipejamkan rapat. Setelah beberapa minit , Felisha berjaya tidur.
Share this novel