Bab 36

Drama Completed 10189

" Cepat laaaa yang manaa ? "

Desak Raidhatul yang menyuruh Harith untuk membuat keputusan dengan cepat.

" kalau I ... I prefer yang tengah. "

Sambung Harith kepada ayatnya yang tergantung tadi sambil tersenyum nakal kepada Raidhatul.

Manakala Raidhatul yang blur itu bertanya kepada Harith semula.

" Ha ? Ade dua je ni youuu "

" You merepek apeee "

Harith yang melihat gelagat Raidhatul itu lantas tertawa kecil.

" Ish you ni I cakap I prefer you laaaaa "

Rungut Harith kepada Raidhatul kerana tidak dapat tangkap " pickupline " yang diberikannya tadi.

" Ouhhh HAHAHAHA "

Walaubagaimanapun , Raidhatul yang sudah faham akan apa yang cuba disampaikan oleh Harith tadi lantas tertawa besar.

Sedang Raidhatul tertawa , tiba-tiba telefon pintarnya berdering. Lalu dibawa keluarnya telefon pintar itu dari beg tangan berwarna coklat cair.

Nama Felisha jelas terpapar diatas skrin telefon miliknya itu menandakan panggilan masuk.

" Hello ? "

Ujar Raidhatul sejurus mengangkat panggilan Felisha itu.

" Ha , Kau kat ne ? Zira dengan Dif dah ade kat sini niii "

Tanya Felisha sekali gus memberitahu Raidhatul bahawa Anizira dan Qhadif sudah berada bersamanya.

" Haaa okay-okay japppp "

Jawab Raidhatul dengan pantas.

Lalu panggilan antara mereka berdua pun tamat.

" Youuu cepat la yang maneee ? "

Soal Raidhatul kepada Harith yang sekali lagi mendesak Harith untuk memilih teddy bear yang mana satukah yang cantik.

" Eee I mane tauuu. You pilih la mane yang you suka. "

Rungut Harith kepada Raidhatul yang benar-benar tidak tahu hendak pilih yang mana satu.

" Ah mampus ah. "

Ujar Raidhatul yang benar-benar ingin cepat kerana Anizira , Qhadif dan Felisha sudah menanti kehadiran mereka berdua itu.

Lalu Raidhatul pun mengambil teddy bear panda itu dan bergegas ke kaunter pembayaran untuk membayar.

Setelah selesai , mereka berdua pun bergegas menuju ke kedai buku yang dimasuki oleh Felisha tadi.

Setelah beberapa minit , mereka berlima pun berkumpul semula.

" Ha , sampai pun "

Perli Felisha kepada Raidhatul dan Harith yang baru sampai itu.

" Ala sorry la ehehehe "

Kata Raidhatul sambil tersengih.

Lalu , mata Raidhatul memandang tepat ke arah Firash yang sedang bersembang dengan Qhadif itu.

" Eh ? Mamat tu buat ape dekat sini ? "

Tanya Raidhatul kepada Felisha dan Anizira yang berasa aneh akan kehadiran Firash itu.

" Ah , taktau dia. Time aku nak pilih-pilih buku tu dia tiba-tiba je wujud "

Jawab Felisha yang menerangkan bagaimana dia dan Firash bertemu.

" ouh.. Mane dia tau kita dekat sini ? "

Soal Raidhatul sekali lagi.

" Dia kate dia tengok insta story Zira ni. Ade location. Dia pun terus drive datang sini nak teman aku. "

Jawab Felisha kepada persoalan Raidhatul itu.

" Ouhh  iyeeee aku pegi letak location tadi. Haihh "

Keluh Anizira sambil menepuk lembu dahinya.

" Aduh Baengong. hahaha "

Ujar Raidhatul kepada Anizira sambil tertawa kecil.

" Sorry Shaaaaa "

Kata Anizira yang memohon maaf kepada Felisha atas kecuaiannya itu.

" Nah , sokay. Benda dah jadi pun. "

Balas Felisha dengan nada perlahan sambil tangan kirinya mengurut lembut dahinya.

" Dah , sekarang nak pergi mana ? "

Tanya Anizira kepada Felisha dan Raidhatul yang ingin tahu jika mereka hendak ke mana-mana lagi.

" Entah. Aku dah puas pusing-pusing mall ni."

Terang Anizira yang meluahkan rasa puasnya berlegar-legar di dalam pasaraya yang besar itu.

" Aku pun same tho. Kau Sha ? "

Jawab Raidhatul yang juga merasakan perkara yang sama. Sekali gus , Raidhatul bertanya kepada Felisha sekiranya dia hendak ke mana-mana lagi.

Raidhatul dan Anizira yang memandang ke arah Felisha dengan mata yang membulat menunggu jawapan itu lantas berkerut apabil melihat Felisha yang tiba-tiba seakan ingin rebah itu.

" Sha , kau okay tak ni ? "

Soal Raidhatul dengan mata yang semakin membulat kerana panik.

" ah ? haa , aku.. okay je. "

Jawab Felisha dengan dahi yang berkerut. Lalu tangan kirinya diturunkan. Segaris senyuman nipis diukirkan diwajah Felisha kepada Raidhatul dan Anizira yang sudah berkerut seribu itu.

" Ha , kalau macam tu jom la balik. Kau nampak macam tak sihat je nii "

Cadang Raidhatul kepada Anizira untuk pulang setelah melihat keadaan Felisha yang seakan tidak berapa sihat itu.

" Haah tu lah. Kita balik eh Sha ? "

Sokong Anizira kepada cadangan Raidhatul. Lalu Anizira pun memujuk Felisha untuk pulang.

" A-aku okay je.. Kalau korang nak pergi mane-mane pergila duluu. Ni kan korang punya date.. Aku okay jee. "

Balas Felisha yang menyuruh kedua-dua sahabatnya untuk menghabiskan masa mereka bersama buah hati mereka.

Felisha tahu , peluang untuk berjanji temu bersama itu adalah sukar untuk diperoleh. Kerana itu Felisha tetap saja berdegil untuk menyuruh mereka menghabiskan masa mereka bersama pasangan.

Meski pun kepalanya sudah terasa begitu berat.

" Takde-takde , kita balik. Kau tak sihat ni "

Tegas Raidhatul kepada Felisha yang tetap mengajaknya pulang.

" Tulah. Jom la balikk "

Tambah Anizira yang menyokong Raidhatul.

" Korang pergila mane-mane dulu. Aku nak pergi toilet jap... "

Kata Felisha sekali lagi berdegil dan memberi alasan hendak ke tandas.

" Ha jom kitorang teman. "

Balas Anizira kepada Felisha yang tidak mahu meninggalkan sahabatnya yang kelihatan tidak begitu sihat itu. Lalu Anizira dan Raidhatul lantas memeluk erat lengan Felisha.

" Eh , takpe.. Aku boleh pergi sendiri la.. "

Ujar Felisha yang menolak pelawaan mereka berdua sambil menolak tangan Raidhatul dan Anizira yang memeluk lengannya dengan lembut itu.

" Aku okay. Aku pergi kejap eh ? "

Lafaz Felisha sambil tersenyum nipis memandang Raidhatul dan Anizira itu.

Dengan pantas Felisha mengorak langkahnya menuju ke tandas dan meninggalkan dua sahabatnya itu.

Setelah hampir 10 minit menunggu disitu , Raidhatul dan Anizira mula berasa risau kerana Felisha masih sahaja belum kembali dari tandas.

Lalu mereka berdua pun membuat keputusan untuk terus ke tandas di pasaraya tersebut dan mencari Felisha.

Namun , tidak juga dijumpai. Anizira segera memberitahu Qhadif , Harith dan Firash mengenai kehilangan Felisha itu.

" Youu Sha takde.. "

Ujar Anizira dengan nada yang risau dan sedih.

" Sha pergi mane ? "

Soal Firash dengan nada biasa.

" Tadi dia cakap nak pergi toilet. Lepastu dia nampak tak sihat. Kitorang nak teman dia. Dia tak bagi. "

Terang Raidhatul yang memberitahu perkara yang terjadi itu.

" What ? Korang biar je dia pergi sendiri ?! "

Tengking Firash secara tiba-tiba.

" Dah tu kau nak kitorang buat ape ?! "

Marah Raidhatul kepada Firash yang seolah-olah ingin menyalahkan dirinya dan Anizira itu.

" You dah try call dia ke ? "

Tanya Qhadif yang cuba untuk menenangkan hati Anizira yang sudah begitu panik itu.

" Dah. Banyak kali dah kitorang call dia. Tapi fon dia matii.. "

Jawab Raidhatul kepada persoalan Qhadif dengan nada sedih.

" Macam mane ni.. "

Tanya Anizira yang sudah begitu bimbang akan keadaan Felisha yang hilang tiba-tiba itu.

" Okay takpe , macam ni. Kita semua berpecah cari Felisha. Siapa yang jumpa dia call okay ? "

Cadang Qhadif kepada mereka berlima itu dalam mencari Felisha di pasaraya yang besar itu.

Dengan pantas mereka berlima berpecah dan mencari Felisha di merata tempat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience