Perlahan-lahan Qashaf menghela nafasnya dan berusaha untuk bertenang. Wajahnya perlahan-lahan diangkat memandang dua sahabatnya yang terkejut.
Am dan Luq kedua-duanya tercengang dan berasa bersalah terhadap Qashaf. Mereka sedar , itu sememangnya salah mereka kerana menghasut Qashaf untuk membiarkan Felisha menunjukkan usahanya terhadap Qashaf.
Mereka juga sedar bahawa apa yang dirasakan oleh mereka mengenai Felisha itu adalah sangkaan yang salah. Mereka fikir , Felisha akan tetap setia berusaha untuk meraih cinta Qashaf seperti gadis-gadis lain yang begitu meminati Qashaf.
" Kalau aku.. tak permainkan soal hari lahir dia haritu.. "
" Kalau aku .. tak termakan hasutan korang yang cakap kononnya Felisha akan terus stay dekat situ.. "
" Mesti kitorang happy je sekarang. "
Satu persatu perasaan yang terbuku dihati Qashaf itu diluahkan dengan kata-kata.
" Qa-qashaf... a-aku mintak maaf.. "
Ujar Am dengan tergagap-gagap.
" And yeah. Tolong. Stoplah desak aku terima Qhaireena. "
" Tolong. Hormat perasaan aku. "
Tegas Qashaf kepada Luq dan Am supaya tidak mendesak dirinya untuk menerima Qhareena lagi hanya kerana Qhareena mempunyai perasaan terhadapnya.
Meski mereka bertiga telah bersahabat sejak ditingkatan satu , ini adalah kali pertama mereka melihat Qashaf marah dan kecewa yang teramat sangat.
Dengan kuat buku-buku Qashaf ditutup. Lalu buku-bukunya itu disusun rapi dan Qashaf pun berlalu pergi meninggalkan dua sahabatnya itu.
( TokTok )
Dengan kuat Umayr Hisyam iaitu adik kembar kepada Umayr Harith mengetuk pintu bilik Umayr Harith sebelum memasuki ruang bilik itu.
Namun , ketukan pintu oleh Hisyam tidak mendapat sebarang respon dari abang kembarnya itu.
" Rith , aku nak masuk ni boleh tak ? "
Kata Hisyam dengan nada separuh menjeritk meminta izin Harith untuk memasuki bilik abang kembarnya.
( TokTok )
" Kau dengar tak ni ? "
Sekali lagi Hisyam mengetuk pintu bilik itu dengan kuat sambil bertanya jika Harith mendengar pertanyaan yang diajukan olehnya sebantar tadi.
" Woi kau palau aku ke Rith ? "
Jerit Hisyam yang sudah hampir hilang sabar. Dengan pantas tombol pintu bilik Harith itu dipulas dan Hisyam pun membuka pintu tersebut.
Sejurus membuka pintu bilik Harith itu , Hisyam lantas bercekak pinggang dan berkata.
" Halah halah halah. Aku ketuk pintu macam nak roboh dia boleh tersengih tengok tingkap ? "
Dengan pantas Hisyam mengatur langkahnya mendekati Harith yang sedang duduk di meja belajar sambil tersengih menghadap tingkap itu.
Tanpa mengatakan apa-apa Hisyam dengan sengaja mengetuk meja belajar Harith itu dengan kuat.
( POM ! )
Ketukan meja itu bagaimanapun telah berjaya membuatkan Harith terkejut hingga melatah dan tersedar dari menungannya.
" Opocot mak kau "
Seiringan dengan bibirnya yang melatah , Harith yang tadinya duduk bersandar pad kerusi itu lantas duduk tegak sedang tangannya tercampak pensel mekanikal yang digenggam tadi.
Hisyam yang melihat telatah abang kembarnya yang melatah itu lantas tertawa besar hingga merah padam wajahnya.
" HAHAHAHAHAHA "
Harith yang begitu terkejut lantas menarik nafasnya sedalam dalamnya sambil memegang dadanya. Degupan jantung yang laju jelas dirasakan.
Perlahan-lahan Harith menghembuskan nafasnya dan cuba untuk bertenang. Setelah beberapa detik Harith pun bertenang.
Adik kembarnya , Hisyam yang masih tertawa hingga bersandar pada dinding dihadapanya direnung tajam oleh mata Harith yang sudah sepet itu.
" Bongok ! Terkejut la gila ! "
Marah Harith kepada Hisyam.
Hisyam yang telah lama tertawa itu akhirnya berhenti. Nafas ditarik dan dihembus berulang kali oleh Hisyam.
" hahaha sorry la Rith. Aku ketuk pintu kau macam nak roboh kot tadi. "
" Tak cukup dengan tu aku jerit kau tau tak ?"
Ujar Hisyam yang menerangkan kejadian sebentar tadi.
" Sekali aku bukak pintu kau boleh tersengih tengok tingkap "
" Panas je hati aku ni tau "
Tambah Hisyam dengan riak wajah yang menyampah.
Harith yang mendengarkan itu lantas tersengih melihat Hisyam.
" Kau tengok ape dekat tingkap tu ha ? "
Tanya Hisyam sambil menjenguk keluar tingkap itu.
" Ish kau ni. Sibuk la hahaha "
Jawab Harith kepada Hisyam sambil tersenyum.
" Teringat girlfriend la tu "
Kata Hisyam yang secara tiba-tiba.
" Erghh "
Keluh Harith sambil menggeliat. Lalu Harith pun berdiri dan mengatur langkahnya mendekati katil bersaiz Queen itu.
Dengan kuat Harith menghamparkan tubuhnya diatas katil itu.
" Aku tanya ni jawab ah. "
Rungut Hisyam sambil melabuhkan dirinya diatas kerusi dimeja belajar itu.
Lalu Harith pun duduk memandang Hisyam yang sudah tidak sabar untuk mendengar jawapan itu.
" Kau ingat budak perempuan yang aku citer tu.. Ala yang confess kat aku yang dia crush kat aku. Ha tadi en.. "
Belum sempat Harith menghabiskan kata-katanya itu , pipinya diherotkan hingga mengukirkan senyuman.
" Hoi aku tanya ni tersengih pulak. "
Marah Hisyam sambil menepuk lutut Hisyam dengan kasar.
" Ha tadi aku nak beli gula-gula. Lepastu aku nampak dia dengan member-member dia tengah rancak bersembang dekat tepi tu time rehat. Aku pun pandang jela dorang en. Sekali member dia yang sorang tu sebut nama aku kuat-kuat "
" Aku senyum la. Tiba-tiba dorang bertiga toleh kiri. Dorang pun nampak aku tengah senyum tengok dorang. Terus lintang pukang dorang lari berpecah habis ! HAHAHAHA "
" Habis merah muka dia weyh. "
" Hahahaha "
Kata Harith yang menerangkan kejadian diwaktu rehat sebentar tadi sambil tertawa.
" ... comel je ehem "
Dengan perlahan dan tanpa disedari , kata-kata itu terzahir dari bibir Harith sambil tersenyum tersipu malu.
" Ha ? Ape dia bang ? Aku tak dengar. "
Sindir Hisyam yang sengaja ingin mengusik abang kembarnya itu.
" Ah , takde ape lah. Dah-dah aku nak pergi mandi. "
" Kejap lagi nak solat Asar. Nak main bola lagi. Kau join tak bola petang ni ? "
Soal Harith kepada Hisyam.
" Ha , mestila aku join. "
Jawab Hisyam dengan ringkas. Lalu kedua-dua adik beradik kembar itu pun dengan pantas membawa diri masing-masing bersiap sedia solat Asar secara jemaah dan pergi bermain bola dipadang berhampiran.
Selepas berlakunya konflik antara dan dua sahabatnya itu , Qashaf mula bersikap begitu dingin terhadap Luq dan Am. Du hari sudah Qashaf tidal bertegur sapa dengan Luq dan Am.
Hari Jumaat tiba , Luq dan Am yang sedar akan kesilapan mereka itu segera meminta maaf kepada Qashaf.
" Qashaf... Maafkan kitorang. Kita dah kawan lama Qash. Kitorang sayang kau Qash. "
Kata Luq yang memulakan bicaranya memohon maaf kepada Qashaf yang sedang duduk mengulangkaji disisinya.
" Kitorang tau. Kitorang tak patut buat macam tu.. "
" ... and yeah. Kitorang tak patut desak kau terima Qhareena sebab dia kawan lama kita. Dan kitorang tak patut hasut kau sakitkan hati Felisha sebab kitorang tak kenal dia. "
Tambah Am yang memohon maaf kepada Qashaf sekaligus menyatakan kesilapan yang mereka berdua sendiri tahu perkara itu tidak sewajarnya dilakukan.
Share this novel