" Yow , issa family day ! "
Ucap Anizira dengan nada yang riang sambil merakam buah hatinya , Qhadif dan Raidhatul bersama Felisha yang sedang tersenyum itu sementara mereka menunggu pesanan makanan siap.
Lalu rakaman itu dimuat naik ke " insta story " milik Anizira berserta lokasi dimana mereka berada.
Sedang Anizira dan Qhadif rancak berbual , Raidhatul pula juga berbual dengan " crush nya " iaitu Umayr Harith yang turut serta " hang out " bersama mereka berempat.
Felisha pula , dimana jua dia berada tetap sahaja sibuk dalam dunianya sendiri. Iaitu , menulis novel dan puisi kerana karya Felisha disaat ini telah menadapat sambutan yang hangat dari alam maya.
Selesai makan , mereka berlima pergi menonton wayang bersama-sama. Setelah habis menonton wayang , kedai buku pula dituju oleh Felisha.
Felisha yang gemar membaca novel juga buku-buku puisi itu lantas meninggalkan mereka berempat.
" emm korang ... aku nak pergi kedai buku jap. Aku nak cari novel baru kejap.. "
Kata Felisha kepada tiga sahabatnya itu yang memberitahu bahawa dia ingin pergi ke kedai buku untuk mencari buku novel yang baru.
" Ah ? okay. Nak kitorang teman tak ? "
Tanya Anizira sejurus mendengar kata-kata Felisha tadi.
" Haah. Takkan kau nak pergi sorang kot. "
Tambah Raidhatul yang menyokong pertanyaan Anizira sebentar tadi.
" Nah , sokay aku boleh pergi sendiri. Lagipun korang pun kan kalau Felisha Aireena ni membeli buku laaaaaama ! hahahaha "
Jawab Felisha kepada pertanyaan Anizira sekali gus menolak pelawaan sahabatnya itu sambil tertawa kecil.
" Dahh , korang pergi la teruskan dating tu. Aku dah besar la takde apenya okay ? "
Ujar Felisha yang terus menyuruh tiga orang sahabatnya itu agar tidak khuatir akan dirinya yang akan bersendirian itu.
" ha yelah kalau macam tu. "
Balas Raidhatul yang akur dengan keputusan Felisha yang tetap ingin bersendirian itu.
" Haih yela Felisha Aireena "
Jawab Anizira yang sudah masak dengan perangai Felisha yang degil dan akan tetap dengan keputusannya. Bak kata orang , kalau A katanya , A jugalah jawapannya. Hahaha.
" Ha nanti pape call la kitorang. Aku dengan Zira nak pergi tengok-tengok baju kejap. "
Pesan Qhadif sekali gus memberitahu rancangannya dan Anizira yang hendak mencuci mata dengan melihat lihat baju dikedai sekitar.
" Ish korang ni aku nak pergi kedai buku je Ya Allah. Hahahaha "
Kata Felisha sambil tertawa kecil melihat sahabat-sahabatnya yang begitu prihatin terhadap dirinya itu.
" Kitorang macam ni sebab kitorang sayang la gila. Kalau tak , takde maknanya kitorang macam ni tau "
Balas Raidhatul dengan nada serius.
" Iyelahh dah dah pergi dating sana. Aku nak pergi kedai buku ni "
Jawab Felisha yang tak mahu berlengah lagi.
" Ha yela pape hal call. Ingat ! "
Kata Anizira yang mengingatkan Felisha agar menelefon salah seorang dari mereka apabila sudah selesai membeli buku nanti.
Lalu , mereka berlima pun berpecah dan mengikut rancangan masing-masing.
" Saya tak jamin tangan ini mampu membawa awak ke pintu bahagia selamanya , tapi saya jamin bahawa saya suami kepada Cik Kartini yang cantik manis ni akan cuba sedaya upaya saya untuk pimpin tangan ni sampai ke pintu syurga. eheheh "
" - Kata Rizqy kepada Kartini sambil tersenyum nakal dan mengenyitkan mata kepada isterinya itu. "
Dengan nada suara yang seolah-olah berbisik itu Felisha membaca sinopsis senaskah buku novel yang berada ditangannya.
Walaubagaimanapun sinopsis novel tersebut telah berjaya mengukir segaris senyuman manis diwajah Felisha.
" Aaaa so sweet ! "
Ujar Felisha dengan nada manja sambil memandang ke arah buku novel yang bertajuk " Pimpin Tangan Ku " itu.
Tiba-tiba , dengan perlahan bahu Felisha terasa seakan disentuh seseorang. Felisha yang tadinya tersenyum , lantas melihat disekelilingnya. Namun , tiada sesiapa yang terlihat berada didekatnya.
" Haih "
Keluh Felisha dengan perlahan. Lalu mata Felisha kembali tertumpu ke arah buku novel ditangannya itu.
Selepas beberapa saat berlalu , sekali lagi bahu Felisha terasa seakan dicuit oleh seseorang. Felisha yang sudah cuak dengan pantas melihat sekelilingnya. Namun , tetap saja tiada siapa yang kelihatan berada didekatnya.
" Ish sape pulak yang main-main ni "
Marah Felisha yang berasa semakin sakit hati diusik sebegitu. Dengan riak wajah yang masam Felisha kembali melihat ke arah buku novel ditangannya itu.
Tiba-tiba...
" BAAAA ! "
Jerit Firash dengan kuat yang kini meletakkan kepalanya diatas buku novel itu.
" MAKKKK ! "
Jerit Felisha dengan kuat akibat terkejut akibat jerkahan Firash hingga terjatuh buku novel yang dipegang erat oleh kedua-dua tangannya sebentar tadi.
" AHAHAHAHAHA "
Gelak Firash dengan kuat setelah rancangan untuk mengusik Felisha itu berjaya.
" FIRASH ! "
Jerit Felisha dengan nada yang marah.
Firash yang melihat wajah Felisha yang sudah merah padam akibat marah itu hanya mengendahkan Felisha dan terus tertawa sepuasnya.
Lalu jelingan yang tajam diberikan kepada Firash oleh Felisha. Buku novel yang terjatuh pula diambil dan disapu dengan lembut habuk yang terlekat pada buku novel yang masih berbalut plastik itu.
" Ha , gelak la puas-puas. "
Sindir Felisha sambil meletakkan semula buku novel itu ke atas rak.
Setelah beberapa minit Firash tertawa dengan sekuatnya , akhirnya Firash berhenti setelah renungan Felisha semakin tajam memandangnya.
" haaaah penatnya gelakkkk ! Sakit tho pipi aku "
Ujar Firash sambil memicit-micit pipinya yang cengkung itu.
Felisha yang masih saja merenung tajam kearah Firash itu kekal dengan riak wajahnya yang masam itu. Bak kata orang , " pandang macam nak makan orang "
" kau marah aku ke ? Alaaaa sorry Sha aku gurau jee "
Soal Firash kepada Felisha sekali gus memohon maaf kepada Felisha atas kelakuannya sebentar tadi.
" Hmmm "
Felisha mengeluh dengan kuat sambil berpaling dari Firash dan menghadap ke arah rak buku yang dipenuhi dengan novel itu semula.
Dengan wajah yang ketat Felisha memilih buku novel yang banyak itu. Satu persatu sinopsis dilihatnya dengan teliti dan dibaca.
" Sha , sorry laaa aduhhh "
Kata Firash yang masih memohon kemaafan kepada Felisha.
" Em yeee "
Jawab Felisha sambil dengan nada yang mendatar tanpa menoleh kearah Firash.
" Alaaaaa Sha ! Okay-okay macam nii ! Aku belanja kau buku novel. Nak ?? "
Firash cuba untuk memujuk Felisha dengan membelanja buku novel.
" Kau biar betul ni hahaha "
Kata Felisha sambil tertawa kecil kerana Felisha menganggap Firash sekadar bergurau. Felisha juga bukanlah seorang gadis yang mengharapkan hadiah dari sesiapa.
" Aku seriuslah. Kalau tak nak takpeee "
Jawab Firash sambil berpaling menghadap rak buku yang bertentangan dengan rak buku yang berada dihadapan Felisha itu.
" Tak nak belanja takpe , tak kesah ponnn ! hahahah "
Balas Felisha sambil tertawa kecil.
" Orang nak belanja tak nakk "
Kata Firash sambil mencebik dan berpeluk tubuh.
" Lah , merajuk keee HAHAHAHA "
Perli Felisha setelah melihat Firash yang berkelakuan seperti keanak-anakkan itu.
Share this novel