Bab 49

Drama Completed 10189

Qashaf yang melihat wajah Felisha dan mentafsir setiap bait kata-kata yang terzahir dari bibir Felisha itu , tanpa sedsr telah menitiskan air mata kegembiraan.

" Terima kasih.. "

Ujar Qashaf dengan nada suara yang perlahan dan suara ysng serak sambil tersenyum nipis melihat Felisha.

" Terima kasih , sebab ikhlas sayangkan Qash. "

" Terima kasih.. sebab sudi , untuk tunggu Qash. "

Tambah Qashaf dengan wajah yang masih tersenyum nipis. Air mata yang mengalir lembut membasahi pipinya itu dibiar bersahaja.

" Sama-sama. "

Jawab Felisha dengan suara yang serak dan perlahan sambil tersenyum nipis memandang Qashaf. Dengan lembut , air mata dipipi itu Felisha seka.

Usai itu , mereka berdua pun berpandangan mata beberapa detik sambil tersenyum nipis. Air mata yang tersisia diseka hingga kering.

Setelah mereka berdua diam hingga beberapa minit , Qashaf kembali bersuara dengan nada ceria.

" Sha.. tengok ni ..! "

Kata Qashaf yang cuba untuk menukarkan topik perbualan mereka berdua. Lalu tangan kananya diangkat hingga ke paras mukanya dan ditunjukkan kepada Felisha.

Selepas Qashaf mengatakan itu , Felisha dengan pantas merenung ke arah jari jemari ditangan kanan Qashaf.

Selang beberapa detik , segaris senyuman manis diwajah Felisha jelas terukir.

" ha.. ingat tak siapa yang pilihkan cincin nk untuk Qash dulu ? "

Soal Qashaf kepada Felisha sambil tersenyum lebar.

" Siapa yang pilihkan eh ? Sha tak ingatlah.. "

Kata Felisha dengan nada manja yang sengaja berpura-pura lupa akan gerangan siapakah yang telah memilih cincin yang berada dijari manis Qashaf itu.

" La.. tak ingat ke ? Rugi tau. Sebab... "

" Dia satu-satunya gadis yang berjaya buat Qash rasa manisnya cinta dalam diam. "

" Cinta , dari kejauhan.. yang ada cuma doa yang dijadikan jambatan pendekat raga. "

Ujar Qashaf sambil tersenyum panjang melihat Felisha.

" Amboii manisnya ayat dia sekarang ! "

Tegur Felisha kepada Qashaf sambil tersenyum lebar.

Qashaf yang mendengarkan itu lantas menjawab dengan nada ceria.

" Orang yang pilihkan cincin ni la yang ajar. "

Lalu Qashaf pun tertawa nakal sedang matanya menatap wajah Felisha yang lesu itu.

" Ha , kan bagus macam ni. "

" Korang muda lagi. Jangan emo sangat. "

" ahahahaha "

Suara Ziyad yang sengaja mengusik itu jelas kedengaran oleh Felisha dan Qashaf.

Felisha yang mendengarkan itu lantas tertunduk malu. Manakala Qashaf memalingkan wajahnya menghadap Ziyad yang sedang bersandar pada pintu itu. Segaris senyuman dikuntumkan oleh Qashaf kepada Ziyad.

Usai itu Ziyad lantas menyusun langkahnya mendekati Felisha. Disamping Felisha , Ziyad melabuhkan dirinya diatas katil bersaiz Queen itu.

Bersama wajah yang tersenyum Ziyad memandang Qashaf yang sedang duduk diatas sebuah kerusi dihadapannya.

" Qashaf. Aku harap kau tak ulang lagi kesilapan lama kau. "

" Aku suka tengok kau dengan adik aku. Tapi sekali lukakan hati dia .., aku takkan duduk diam tau. "

Ujar Ziyad kepada Qashaf dengan nada perlahan dan tegas. Ziyad benar-benar tidak mahu adik perempuannya itu disakiti sekali lagi.

Qashaf yang sedang memandang wajah Ziyad itu lantas mengangguk perlahan bersama segaris senyuman nipis.

" Aku takkan sia-sia kan peluang ni Yad.. "

" Sekarang , aku cuma tunggu waktu yang sesuai.. "

" Untuk aku dan dia perbetulkan apa yang salah dulu. "

Balas Qashaf dengan nada perlahan dan tenang. Walaubagaimanapun , setiap aksara kata yang terbit dari bibir Qashaf itu jelas terasa keikhlasannya dihati Ziyad.

" Amboi , belajar dulu. Kerja elok-elok. Baru boleh daftar masuk barisan. "

" Nanti dah daftar bolehlah aku fikir nak approve ke tak "

Kata Ziyad sambil tersenyum nakal yang sengaja menukar corak perbulaan antara mereka berdua agar tidak begitu serius.

" ahahaha kalau aku daftar awal-awal , habis lah yang lain semua nanti patah hati Yad. "

Jawab Qashaf sambil tertawa kecil yang hanya mengikut corak perbualan yang telah ditukar oleh Ziyad itu.

" Amboiii bukan main eh korang berdua "

Celah Felisha sambil tersenyum lebar. Melihat Ziyad dan Qashaf yang seakan sudah kenal lama itu telah berjaya membuatkan Felisha tersenyum sendiri.

Begitulah hari itu berlalu pergi. Felisha sudah pun membuat keputusan untuk setia menanti Qashaf. Manakala Qashaf telah membuat keputusan untuk memperisterikan Felisha apabila tiba pada waktu yang tepat.

Hari demi hari pun berganti dengan pantas. Sedar tidak sedar , dua tahun sudah Felisha berpegang teguh pada keputsannya dalam menanti kepulangan Felisha.

Meski hubungan Felisha dan Qashaf sudah baik , namun mereka berdua tetap sahaja mengekalkan " jarak " atau batas pergaulan antara mereka berdua.

Qashaf dan Felisha benar-benar nekad untuk menyimpan segala kemanisan cinta untuk dimasa akan datang. Iaitu , setelah lafaz akad.

Namun begitu , tidak mudah untuk kekal positif apabila jasad sudah terpisah jauh oleh ruang dan waktu. Tambahan pula jurang batas pergaulan yang dijaga rapi oleh mereka berdua.

Segalanya kelihatan baik-baik sahaja sepanjang dua tahun berlalu. Sehinggalah pada suatu hari , Felisha menerima sebuah pesanan ringkas dari sebuah akaun Instagram yang tidak dikenalinya.

" Hai , Felisha Aireena. "

Pesanan ringkas yang diterima oleh Felisha itu telah berjaya menimbulkan sebuah tanda tanya disegenap ruang fikirnya.

Tanpa membuang waktu , Felisha segera membalas pesanan tersebut oleh kerana rasa ingin tahu yang kian menguasai dirinya itu.

" Siapa ni ? "

Dengan pantas pesanan Felisha dibalas sebuah teks yang mengatakan.

" Kau tak perlu tahu siapa aku. "

" Yang penting sekarang kau kena tinggalkan Qashaf. "

" Jangan ganggu hidup dia lagi. "

" Kau tak layak untuk dia ! "

" HAHAHAHAHAHA "

Pesanan demi pesanan mulai masuk secara bertubi-tubi. Nafas ditarik oleh Felisha sedalam-dalamnya lalu dihela perlahan.

Dengan pantas pesanan tersebut dibuka dan dibaca oleh Felisha. Tanpa berfikir panjang Felisha mengambil keputusan untuk menyekat akaun Instagram tersebut dari menghantar pesanan ringkas atau menghubunginya.

Meski jantun Felisha sudah berdegup kencang , Felisha tetap cuba untuk bertenang dan bertindak secara matang.

Felisha tahu , sekiranya dia membalas pesanan tersebut , semakin lama hatinya yang akan semakin retak kerana hentaman kata pemilik nombor tersebut.

Usai menyekat nombor telefon tersebut ditelefon pintarnya , dengan segera Felisha meletakkan telefon pintarnya diatas meja. Kedua-dua tangannya yang menggigil digenggam.

Felisha cuba untuk kekal bertenang dan membiarkan setiap persoalan dikotak difikirnya itu seketika.

Bersama dulang yang berisi segelas air nescaffe ais dan segelas jus oren Raidhatul mengatur langkahnya mendekati meja yang diduduki oleh Felisha itu.

" Nah , nescaffe ais untuk kau "

Suara Raidhatul yang riang itu jelas kedengaran oleh Felisha.

Felisha yang sedang menunduk dan menggenggam tangannya yang menggigil itu telah berjaya menarik tumpuan Raidhatul.

" Sha.. kau kenapa ni ? Okay tak ? "

Soal Raidhatul dengan nada suara yang lembut sambil melabuhkan dirinya disamping Felisha.

Namun Felisha tetap hanyut dalam renungannya.

" Sha.. "

Sekali lagi Raidhatul memanggil Felisha dengan nada perlahan sedang tangan kanannya mengusap lembut bahu kiri Felisha.

Sejurus bahu Felisha diusap oleh Raidhatul , pandangan yang tajam dan dahi yang berkerut lantas diberikan kepada Raidhatul.

" Hah ? "

Ujar Felisha dengan perlahan akibat terkejut.

" Kau okay tak ni Sha ? "

Tanya Raidhatul dengan nada perlahan. Raidhatul yang melihat Felisha bersikap agak berbeza itu seakan tahu bahawa sesuatu telah berlaku kepada sahabat baiknya itu.

" A-aku okay. "

Dengan tergagap-gagap Felisha mengatakan itu kepada Raidhatul.

" Sure ? "

Tanya Raidhatul yang ingin memastikan bahawa sahabt baiknya benar-benar dalam keadaan baiknya sahaja meskipun dia tahu , sesuatu pasti telah berlaku.

Dengan pantas Felisha mengangguk perlahan sambil memandang tepat ke dalam mata Raidhatul sebagai jawapan bahawa dirinya baik-baik sahaja.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience