" haih. Baru first day sekolah. Apehal aku dah penat sangat ni "
Keluh Felisha yang meluahkan rasa penatnya sambil merenung siling putih dikamarnya itu.
Buat Felisha meski tahun baru sahaja bermula , dia sudah berasa begitu penat.
Sedang matanya merenung siling yang putih dan kosong itu , jari jemari ditangan kiri Felisha ralit bermain dengan loket rantainya.
" Hm. Sekarang baru 2 Januari... "
" Tapi kenapa aku penat sangat ni.. "
" Haih ... "
Sekali lagi Felisha mengeluh memikirkan soal kehidupannya. Kepenatan yang dirasakan oleh Felisha benar-benar membuatnya bingung memikirkan punca kepenatan itu.
" Ish. Menganggu betul. Aku dah la banyak homework ni. "
Bisik hati Felisha sambil mengerutkan wajahnya.
Jari jemari Felisha berhenti bermain loket rantainya itu. Lantas Felisha duduk dan menampar perlahan pipinya yang tembam itu.
" No. Kau okay. Something will be fine. It's normal to feel tired. "
" Its okay Felisha. Its okay ! "
Ujar Felisha yang cuba untuk memberikan semangat pada dirinya semula. Lalu diherotkan pipinya hingga mengukirkan segaris senyuman nipis diwajahnya.
Setelah itu Felisha dengan pantas berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke meja belajar disudut biliknya itu.
Diatas kerusi Felisha duduk dan mula menyiapkan kerja rumah yang telah diberikan oleh gurunya sebentar tadi.
Jam sudah menunjukkan 4 petang. Disudut bilik itu , Felisha masih lagi gigih menyiapkan kerja rumahnya yang menimbun tinggi itu.
(Tok Tok)
"Â Felisha ...! "
Suara ibu Felisha yang lembut itu jelas kedengaran.
" Felisha Aireena ...! "
Sekali lagi ibu Felisha , Puan Siti Zubaidah memanggil anaknya sedang tangannya mengetuk perlahan pintu bilik Felisha.
Felisha yang mendengar suara ibunya itu lantas berdiri meninggalkan kerja rumahnya dan bergegas membuka pintu biliknya.
Sejurus membuka pintu biliknya , wajah Puan Siti Zubaidah jelas kelihatan.
" Felisha dah makan ? "
Tanya ibu Felisha kepada Felisha bernada perlahan.
" Mama dah makan ? "
Persoalan Puan Siti Zubaidah dibalas dengan persoalan dari Felisha. Felisha tahu bahawa ibunya juga tidak sempat makan tengah hari akibat pelanggan yang ramai mengunjungi butik miliknya.
Puan Siti Zubaidah yang mendengarkan persoalan dari Felisha lantas berkata
" Ish budak bertuah ni. Mama tanya dia , dia tanya Mama balik eh ? "
Wajah Puan Siti Zubaidah yang berkerut itu berjaya membuatkan Felisha tertawa kecil.
" Mama pun belum makan lagi kannn ? "
Kata Felisha pada ibunya yang cuba meneka sama ada ibunya sudah makan tengah hari atau belum.
Degan perlahan Puan Siti Zubaidah menggelengkan kepalanya.
Dengan pantas Felisha menutup suis lampu dan penghawa dingin dibiliknya dan menutup pintu biliknya. Tangan Puan Siti Zubaidah ditarik lembut oleh Felisha.
Berpimpinan tangan , Felisha dan ibunya menuruni tanggan berjalan menuju ke meja makan. Puan Siti Zubaidah yang sudah biasa dengan kerenah anak gadisnya yang manja itu hanya berdiam dan mengikutkan saja rentak anaknya itu.
Tibanya dimeja makan kerusi kayu itu ditarik dengan behati-hati oleh Felisha. Lalu disuruhnya Felisha untuk Puan Siti Zubaidah duduk.
Diambilnya dua pinggan kaca dan dua gelas kaca oleh Felisha dan diletakkan diatas meja makan itu.
Tudung saji diatas meja dibuka oleh Puan Siti Zubaidah. Nasi disendukkan dan dihidangkan diatas pinggan oleh Felisha. Air mineral juga dituangkan oleh Puan Siti Zubaidah.
Lalu dibacakan doa makan bersama dan mereka berdua pun makan dengan tenang.
Selesai makan bersama , Puan Siti Zubaidah lantas bergegas untuk pulang ke butik miliknya. Tangan disalam lalu dicium pipi ibunya itu penuh sayang.
Dengan pantas pintu dikunci oleh Felisha. Setelah ibunya pergi meninggalkan kediaman mereka , Felisha kembali ke biliknya dan menyiapkan kerja rumah yang tertunda tadi.
Jam sudah menunjukkan 5 petang. Felisha yang dari tadi terduduk disudut meja belajarnya itu lantas berdiri dan menghamparkan dirinya diatas katil.
" Uh. Penatnya ! "
Rungut Felisha sambil memandang kosong sililng biliknya itu.
Sedang Felisha leka memandang siling biliknya itu , telefon pintarnya berdering menandakan notifikasi masuk.
Dengan pantas telefon pintarnya dicapai dan dilihat paparan skrin tersebut. Namun sejurus melihat paparan skrin tersebut , wajah Felisha tersenyum pahit.
Felisha berasa agak kecewa apabila notifikasi yang masuk itu bukanlah notifikasi yang diharapkannya. Iaitu sebuah pesanan ringkas dari Qashaf Alfian.
Lantas itu telefon pintar yang digenggamnya diletakkan semula disisinya dengan perlahan. Siling yang putih dan kosong itu kembali ditenung oleh Felisha bersama wajah yang kecewa.
" Its okay. Dia sekolah jugak. Dia penat jugak. Its okay Felisha. "
" Nanti weekend kau boleh chat dia. Its okay !"
Ujar Felisha yang cuba memotivasikan dirinya agar tidak terus melayan perasaan kecewa itu dan cuba untuk bersangka baik.
Lantas nafas ditarik sedalam-dalamnya dan dihembus perlahan. Seukir senyuman diwajahnya jelas kelihatan.
" EH , SEKEJAP ! "
Jerit Felisha secara tiba-tiba.
Telefon pintarnya kembali dicapai dan dilihat paparan skrin tersebut. Jam sudah menunjukkan 5.15 petang.
" DAMN IT ! ADUI FELISHA ! "
Ujar Felisha bernada separuh jeritan sambil menepuk dahinya dengan kasar.
" Haih Felisha , Felisha "
Dengan pantas Felisha berdiri dan mengatur langkahnya menuju ke arah tandas dibiliknya untuk mengambil wudhu'.
Rupa-rupanya , Felisha masih belum menunaikan solat Asar.
Usai mengambil wudhuk , solat Asar didirikan oleh Felisha.
" Assalamualaikum warahmatullah "
" Assalamualaikum warahmatullah "
Salam dilafazkan dikedua-dua arah bahu Felisha. Selesai solat fardhu Asar , dengan pantas tangan kanannya meraup kasar wajahnya itu.
Dengan tenang Felisha melafazkan istighfar beberapa kali , lalu kedua tangannya diangkat bagi menadahkan doa.
Lalu dibacanya Al-Fatihah dan Ayatul Qursi. Selesai membacakan kedua-dua doa itu dengan pantas diaminkan lalu ditadahkan sekali lagi memohon doa dari Sang Pencipta.
Satu persatu doa dipanjatkan oleh Felisha. Tibalah masanya Felisha memohon pada Allah untuk dirinya sendiri. Iaitu masa hadapannya bersama Qashaf.
" Ya Allah , Ya Rahman , Ya Rahim. Seandainya , Qashaf Alfian bin Murad adalah yang terbaik untukku. Dekatkan kami. Peliharalah jodoh antara kami berdua. "
Dengan perlahan nafas Felisha dihembus lembut.
" Ya Allah , jagakanlah dia untukku. Dan jagakanlah hatinya untukku. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku menyerahkan urusan hidupku. Maka berikanlah yang terbaik buat kami Ya Allah. Amin. "
Tambah Felisha dengan panjang meluahkan isi hatinya pada Sang Pencipta. Dengan lembut kedua-dua tangannya diraup lembut ke wajahnya bagi mengaminkan doa-doanya tadi.
Dengan pantas Felisha berdiri dan membuka telekungnya itu. Lalu dilipat telekung dan sejadah dihadapannya dengan rapi lalu diletakkan diatas kabinet dengan kemas.
Jam sudah menunjukkan 5.45 petang. Felisha kembali menghamparkan dirinya diatas katil bersaiz Queen dibiliknya itu.
Tanpa sengaja , Felisha termenung melihat siling yang putih dan kosong itu. Akal fikirnya ligat mempersoalkan keadaan Qashaf. Felisha , benar-benar ingin tahu keadaan Qashaf.
" Agak-agak , Qashaf buat apa eh sekarang ?"
" Dia dah makan ke ? Dah solat ke ? "
" Dia sihat ke ? "
" Dia ... "
" Dia rindu aku tak ? "
Satu persatu persoalan mengenai Qashaf timbul diruang minda Felisha. Dengan perlahan Felisha mengeluh memikirkan semua persoalan tanpa jawapan itu.
Share this novel