Felisha yang sedang menyedut air minumannya itu lantas tersedak setelah mendengarkan kata-kata yang terzahir dari bibir Raidhatul itu.
" Oih , kau pehal Sha ? "
Tanya Raidhatul kepada Felisha dengan wajah yang cuak setelah melihat sahabtnya itu tersedak secara tiba-tiba.
" Kau la ! Kau sihat tak ni Rai ?! Hahaha "
Jawab Felisha sambil tertawa melihat wajah Raidhatul itu.
" Tulah , aku pun terkejut jugak sebenarnya ni. Dah makan ubat belum Rai ? Hahaha "
Kata Anizira yang turut meluahkan rasa terkejutnya.
" Kau dah pergi klinik ke Rai ? Okay tak ni ? Doktor cakap ape ? Hahahaha "
Kata Qhadif dengan sengaja mengusik Raidhatul dan turut serta menambah perasa.
" Ish korang ni. Support la akuuuu "
Rungut Raidhatul yang sudah biasa diusik dengan tiga orang sahabatnya itu.
" Hahaha yelaaa kitorang support kau. "
Ujar Felisha sambil tersenyum melihat Raidhatul.
Qhadif dan Anizira yang mendengarkan itu hanya mampu tertawa kecil melihat gelagat Raidhatul yang manja apabila bersama mereka bertiga itu.
Jika dibincangkan soal perkahwinan , ianya adalah oerkara biasa apabila dipercakapkan oleh Qadhif dan Anizira. Kerana mereka berdua sudah biasa memperkatakan perkara itu. Apa yang peliknya ialah , Raidhatul yang sedang memperkatakan soal perkahwinan.
Dimana soal perkahwinan bukanlah perkara yang gemas dibincangkan oleh Raidhatul. Oleh itu , Felisha , Anizira dan Qhadif berasa begitu terkejut apabila mendengarkan kata-kata Raidhatul itu.
Sedar tak sedar , sudah hampir tiga bulqn berlalu. Keputusan SPM pun keluar.
" Felisha Aireena Binti Samad "
Nama Felisha disebut untuk mengambil sijil peperiksaan SPM diatas pentas oleh kerana pencapaiannya yang cemerlang iaitu memperoleh semua A dalam 9 subjek.
" Qhadif Arryan bin Ziyad Fedli "
" Raidhatul Rashifah binti Mohamad "
" Anizira Hafsah binti Ghazali "
Setelah nama Felisha disebut , ketiga-tiga sahabatnya juga dipanggil untuk naik ke atas pentas dan mengambil keputusan sijil SPM yang cemerlang itu.
Seperti mana kejayaan yang dicapai oleh Felisha , begitu jugalah kejayaan yang diterima oleh tiga orang lagi sahabatnya itu
Keempat-empat mereka telah berjaya mendapat A bagi seluruh mata pelajaran yang diambil.
" Aaaaaaa aku bangga dengan korang ! "
Kata Felisha dengan nada riang sambil memeluk erat dua orang sahabatnya itu.
" Aku pun bangga dengan korang semuaaa ! "
Kata Anizira yang juga meluahkan rasa bangganya kepada dua sahabatnya itu.
" Aku punnn congrates semuaaa "
Tambah Raidhatul yang mengucapkan tahniah dengan nada yang riang. Pelukan antara mereka bertiga semakin erat.
Qhadif yang melihat mereka bertiga berpelukan itu tiba-tiba bersuara.
" Aku pun bangga dengan korang ! "
" Jangan la pinggirkan akuuu "
" Aaaaaaa "
Lafaz Qhadif dengan nada yang agak sedih meluahkan perasaannya yang terasa agak terpinggir kerana tidak dapat untuk berpelukan seperti mereka bertiga.
Setelah mendengarkan itu Anizira , Raidhatul dan Felisha pun dengan pantas meleraika pelukan erat antara mereka bertiga sebentar tadi.
Dengan wajah yang tersenyum mereka bertiga memandang ke arah Qhadif yang mencebik.
" Alamak bapak kau dah merajuk la bangang hahahah "
Kata Felisha kepada Raidhatul dengan nada riang. Felisha dengan sengaja mengusik Qhadif yang mencebik itu
" Hahah mak , pergi pujuk bapak cepat ! "
Arah Raidhatul kepada Anizira dengan nada tegas. Lalu , Anizira pun mendekati Qhadif yang berdiri dihadapannya itu.
Perlahan-lahan Anizira menarik hujung baju dibahagian lengan Qhadif dan berkata dengan nada manja
" Youu , jangan la merajuk.. "
Qhadif yang mendengarkan itu bersungguh-sungguh menahan dirinya dari tersenyum.
" taknak nak merajuk jugak "
Kata Qhadif sambil memuncungkan bibirnya.
" Sayanggg ~ "
Panggil Raidhatul dengan nada lemah lembut.
Sejurus mendengarkan itu , Qhadif tidak lagi mampu untuk menahan senyumannya. Pipi Qhadif mula berwarn kemerah merahan.
" Youuu eee hahahah haih okaylah tak jadi nak merajuk "
Kata Qhadif sambil tertawa kecil.
Felisha dan Raidhatul yang melihat gelagat dua sahabatnya yang hangat bercinta itu hanya mampu tertawa.
" amboi bapak , baengong panggil sayang terus cair eh "
" Hahahahaha "
Usik Raidhatul kepada Qhadif.
" takleh tho. Bapak cairrrr hahahah "
Jawab Qhadif sambil tertawa.
" dah , sekrang jom kita pergi celebrate kita punya achievement duluuu "
Ujar Felishayang menukar topik perbualan antara mereka berempat.
" Jom aku bawak kereta ni. "
Sambut Qhadif yang memberitahu bahawa dia membawa kereta sendiri untuk ke sekolah tadi.
" La.. aku pun bawak kereta. "
Balas Felisha kepada Qhadif.
" Ha , takpelah Rai naik dengan kau. Zira naik dengan aku. Habis cerita. "
Jawab Qhadif yang memberikan jalan penyelesaian tentang bagaimana mereka berempat hendak pergi ke kedai makan kegemaran mereka itu.
Dengan pantas , mereka menuju ke kedai makan kegemaran mereka itu dan menyambut kejayaan yang telah dicapai oleh mereka bertiga.
Sementara itu , Qashaf dan dua orang sahabatnya iaitu Luq dan Am juga telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM. Ketiga-tiga mereka berjaya mendapat 11A+
Seperti Felisha dan tiga orang sahabatnya yang meraikan kejayaan yang telah dicapai itu , Qashaf dan dua orang sahabatnya juga melakukan perkara yang sama.
" eh jom kita pergi kedai D'Cafe tu. Aku belanja "
Kata Qashaf yang mengajak dua orang rakannya untuk meraikan kejayaan mereka di sebuah restoran yang bernama " D'Cafe "
" Jommm "
Sambut Luq dan Am secara serentak dengan nada yang ceria.
Dengan pantas mereka menuju kearah kereta Honda Civic berwarna putih itu. Lalu mereka pun memasuki perut kereta itu. Setelah hampir 20 minit Qashaf memandu , mereka bertiga akhirnya tiba di kedai tersebut.
" Okay jommm "
Jerit Am dan Luq yang berlari anak menuju masuk kedalam kedai itu. Sementara Qashaf yang melihat gelagat dua sahabatnya itu hanya tersenyum nipis.
Perlahan-lahan Qashaf menolak pintu kedai itu dan memasuki restoran tersebut. Dihadapan Luq dan Am Qashaf duduk sambil meletakkan telefon pintarnya dan kunci kereta diatas meja makan itu.
" kau nak makan ape Qash ? "
Soal Luq kepada Qashaf sambil menghulurkan buku menu restoran tersebut.
" Aku rasa macam nak makan nasi putih dengan tomyam seafood tho. "
" Tapi macam nak makan spaghetti Aglio Olio...."
" Korang rasa aku patut makan yang mane satu ? "
Tanya Am kepada Luq dan Qashaf kerana sudah bingung hendak memilih mahu makan yang mana satu.
Lalu dengan spontan Luq menjawab.
" Makan jela semua Am "
" Hahahah "
Qashaf yang mendengarkan kata-kata Luq itu lantas tertawa kecil. Manakala Am , mencebik dan berkata.
" hm yela aku makan tomyam seafood "
Jawab Am sambil mencebik.
Luq dan Qashaf yang melihat perangai keanak-anakkan Am itu lantas mengukirkan segaris senyuman nipis.
Makanan dipesan , lalu mereka bertiga pun berbual seperti biasa. Tiba-tiba , Qashaf terdengar suatu suara yang begitu dikenalinya. Qashaf yang tadinya sedang tertawa lantas terdiam setelah mendengar suara itu.
" kau pehal Qash ? "
Tanya Am yang sedar akan kelakuan Qashaf yang tiba-tiba sahaja berdiam diri itu.
" Shhh "
Qashaf meletakkan jari telunjuk kanan dibibirnya dan membuat bunyi "shh " sebagai tanda menyuruh mereka berdua diam seketika.
Share this novel