Keikhlasan dalam setiap kata-kata Qashaf itu telah berjaya menyentuh hati Encik Samad dan Puan Siti Zubaidah.
" Baiklah kalau begitu. Pak cik dan mak cik terima kamu sebagai menantu ... "
Ucap Encik Samad dengan tenang yang menyatakan bahawa mereka berdua menerima Qashaf sebagai menantu mereka.
" tapi .. Sha juga perlu terima kamu sebagai suami. "
Tambah Encik Samad.
" B-betul ni ? "
Akibat terkejut , Qashaf mula tergagap. Tidak dapat digambarkan bagaimana perasaannya , namun cuma satu kata yang mampu mengungkapkannya.
" Alhamdulillah.. "
Lafaz Qashaf dengan penuh rasa syukur.
" Betul.. "
Jawab Puan Siti Zubaidah sambil tersenyum manis.
Perlahan-lahan kotak cincin diatas meja itu dicapai oleh Puan Siti Zubaidah.
" Bang , tengok ni. Cantik cincinnya ..! "
" pandai Qash pilih .. "
" Ni memang style Sha ni.. "
Ujar Puan Siti Zubaidah bersama senyuman lebar sebagai penghias wajah.
Qashaf yang masih terlalu gembira itu hanya menguntumkan senyuman lebarnya kepada Puan Siti Zubaidah dan Encik Samad yang sedang sibuk melihat cincin pilihannya itu.
Setelah kata sepakat dan persetujuan kedua-dua orang tua Felisha dicapai untuk mendiamkan hal ini daripada Felisha terlebih dahulu , Qashaf pun pulang membawa berita gembira.
Tanpa membuang masa , Qashaf dan keluarganya pun mula mempersiapkan barang-barang hantaran untuk meminang Felisha pada hujung minggu ini.
Waktu berlalu dengan pantas , hari Jumaat pun tiba. Seawal jam 8 pagi , Puan Siti Zubaidah menelefon anak gadisnya itu.
" Assalamualaikum , Sha. "
Salam diberi oleh Puan Siti Zubaidah dengan lemah lembut.
" Waalaikumsalam , Ma.. Ada apa call Sha pagi-pagi ni .. ? "
Salam lantas dijawab lalu soalan dilontarkan kepada ibunya.
" Tak ada apa.. Ni , mama nak bagitau Sha. "
" Malam ni , Sha balik ya ? "
Kata Puan Siti Zubaidah yang cuba untuk memujuk Felisha untuk pulang ke rumah kerana pada keesokan harinya rombongan meminang Qashaf akan datang bertandang dirumah mereka.
" Eh , mestilah. Esok kan birthday Sha ..! Sha nak mama masak sedap-sedap tau. Sha rindu la air tangan mamaaa "
Kata Felisha dengan manja kepada ibunya.
" Sha nak makan apa ? Nanti mama suruh papa belikan barang siap-siap. "
Tanya Puan Siti Zubaidah dengan gembira.
" Emm Sha nak makan ... mee kari ! "
Jawab Felisha ysng menyatakan apa yang ingin dimakan nanti.
" Okay , noted. Nanti mama masakkan yee "
Balas Puan Siti Zubaidah dengan mesra sambil tersenyum.
Lalu panggilan itu tamat. Pagi menghilang , malam pun tiba. Tepat jam 6.30 petang , Felisha selamat sampai dirumahnya.
Dengan senyuman sebagai penghias wajah , perlahan-lahan Felisha keluar dari perut keretanya bersama beg tangan. Kertea milik abangnya juga jelas kelihatan.
" eh ? abang balik jugak ? Jarang-jarang .. "
Bisik hati Felisha sedang matanya tertumpu kepada kereta Audi berwarna kelabu milik abangnya itu.
Bukan apa , Ziyad adalah seorang yang gilakan kerja. Apatah lagi sejak dinaikkan pangkat kepada General Manager. Kesibukannya menjadi berganda-ganda.
Dan kebiasanya , Ziyad akan menghubungi Felisha untuk memberitahu bahawa dia dan isteri akan pulang ke rumah orang tua mereka. Tapi kali ini , tiada angin tiada ribut tiba-tiba sahaja kereta didepan mata.
" Hmm... ada apa-apa yang aku tak tahu ke eh ? "
Desis hati Felisha sambil mencebik memikirkan perkara tersebut. Namun begitu , dengan sedaya upaya Felisha cuba untuk terus bersikap positif dan tidak memikirkan perkara tersebut terlalu jauh.
" hm , takde apa lah tu. Meriah sikit abang ada. "
Kata Felisha bernada rendah sambil tersenyum. Tanpa membuang masa , Felisha mula mengorak langkhanya memasuki perkarangan rumah itu.
( TOKTOK )
" Assalamualaikum ..! "
Jerit Felisha dengan riang sambil mengetuk pintu utama rumahnya.
" Waalaikumsalam .., Sha ! "
Berukir segaris senyuman diwajah Hanis , kakak ipar Felisha membuka pintu tersebut dan menjawab salam Felisha.
Felisha yang melihat keadaan kakak iparnya yang sudah berbadan dua lantas membulat matanya.
" Akak ..! "
Jerit Felisha sedang matanya membulat memandang perut Hanis seketika.
" eee tak bagi tau punnn "
Rungut Felisha sambil memandang wajah Hanis yang sedang tersenyum lebar melihat reaksi adik iparnya itu.
" Kalau bagitau tak surprise laaaa "
Celah Ziyad yang kini sudah nerada disamping isterinya itu.
" hmmm yelaaaa "
Balas Felisha yang akur akan jawapan abangnya.
" Dah , jom la masuk. "
Ajak Ziyad kepada Felisha dengan ringkas.
Lalu kali Felisha pun dilangkahkan memasuki ruang tamu rumah mereka. Beg tangan lantas diletakkan diatas sofa dan dapur , dituju oleh Felisha.
Tiba sahaja didapur , susuk tubuh Puan Siti Zubaidah yang sedang sibuk memasak itu jelas kelihatan. Perlahan-lahan Felisha merangkul tubuh ibunya dari belakang. Kepala Felisha dilentokkan ke bahu ibunya.
" Mamaaa .."
Bisik Felisha dicuping telinga Puan Siti Zubaidah dengan lembut dan perlahan.
Dengan segera Puan Siti Zubaidah meletakkan sudip yang dipegangnya dan mula berpaling menghadap Felisha.
Berukir senyuman Puan Siti Zubaidah mengusap lembut kedua-dua pipi gebu Felisha.
" Anak mama dah balikk ! "
" rindunyaaa mama dekat diaa "
Ujar Puan Siti Zubaidah dengan ceria. Felisha yang mendengarkan itu hanya mampi tersengih panjang.
Usai itu , pipi kanan Felisha dikucup sayang oleh Puan Siti Zubaidah. Sebagai balasan , pipi kiri Puan Siti Zubaidah pula dikucup sayang oleh Felisha.
" Sha baru balik kerja kan ? Pergilah mandi-mandi , rehat dulu. Dinner ni pun dah nak siap dah. "
Arah Puan Siti Zubaidah kepada Felisha dengan lembut.
" alaa ingat balik awal nak tolong mana masakkkk "
Rungut Felisha kepada Puan Siti Zubaidah.
" Pergi mandi ..! Busuk dah anak mama nii "
Ujar Puan Siti Zubaidah yang masih berkeras mengarahkan anak gadisnya itu untuk membersihkan dirinya. Puan Siti Zubaidah juga faham , bahawa anaknya pasti penat kerana baru pulang dari pejabat.
" hmm yelah.. Sha pergi mandi kejap .. "
Balas Felisha yang akur akan arahan ibunya itu.
Akhirnya , hari yang dinantikan pun tiba. Langkah pertama kini didepan mata. Diatas bentangan sejadah Qashaf menadahkan tangan berdoa kepada Yang Maha Esa.
" Ya Allah. Permudahkan urusan kami. Berikan yang terbaik buat kami , Ya Allah. "
" sesungguhnya hanya pada-Mu aku serahkan segalanya. Amin .. amin Ya Rabb. "
Doa Qashaf dengan penuh rasa kehambaan meminta kepada Allah agar segala urusannya dan Felisha pada hari tersebut dipermudahkan.
Kedua-dua tangan Qashaf yang menadahkan doa pun diraup lembut kewajahnya sebagai tanda mengaminkan.
Seawal jam 8 pagi , Puan Siti Zubaidah mengetuk perlahan pintu bilik Felisha.
" Sha ..! Felisha ..! Felisha Aireena ..!
Panggil Puan SitiĀ Zubaidah dengan lembut memanggil anak gadisnya itu.
Felisha yang mendengar suara ibunya itu lantas berdiri dan menghampiri pintu biliknya dan dibuka pintu tersebut.
Sejurus pintu dibuka , wajah manis Puan Siti Zubaidah jelas kelihatan sedang memandang tepat kearah wajah Felisha.
" Sha buat apa ? Jom sarapan sekali. "
Kata Puan Siti Zubaidah kepada Felisha sambil menarik tangan kanan Felisha kegenggamannya.
Dengan pantas suis lampu dan kipas bilik Felisha ditutup oleh Puan Siti Zubaidah. Tangan Felisha yang digenggam erat oleh Puan Siti Zubaidah semakin dikemaskan.
Berpimpinan tangan , Felisha dan ibunya memasuki ruangan dapur untuk bersarapan bersama ahli keluarga yang lain.
Tepat jam 8.30 pagi , keluarga Felisha selesai bersarapan dan berkongsi cerita bersama. Kini tibanya Felisha mengemas ruangan tersebut.
Sedang Felisha membasuh pinggan , Puan Siti Zubaidah mengatur langkahnya menghampiri Felisha.
" Sha buat apa ni ? "
Soal Puan Siti Zubaidah dengan wajah yang berkerut kepada Felisha.
" Basuh pinggan laaa "
Jawab Felisha dengan ringkas dan mesra.
" Tak payah laaa nanti mama buat. Sha pergi siap-siap. Pakai baju yang mama gantung dekat almari tu. Pakai make up sikit okay"
Arahan Puan Siti Zubaidah diberikan kepada Felisha secara bertubi-tubi.
" Ha ? Dah nak siap dah pun. Takpe , Sha buat. "
Dengan sopan Felisha membantah.
" Ada orang nak datang ke ma ? Ke kita ada nak pergi mana-mana ni ? "
Soal Felisha yang berasa bingung dengan apa yang dikatakan oleh ibunya itu.
" Pak Long , Pak su , Mak LangĀ semua nak sampai dah.. "
Jawab Puan Siti Zubaidah kepada Felisha.
" hmmm ? Ada apa ni ? "
Tanya Felisha yang sudah berkerut dahinya itu.
" Dah dah. Basuh pinggan cepat. Lepastu pergi bersiap. Mama pun nak siap-siap ni. "
Tegas Puan Siti Zubaidah yang tetap berpegang janjinya kepada Qashaf untuk tidak memberitahu Felisha akan apa yang sedang berlaku.
" T-tapiii "
Belun sempat Felisha menghabiskan kata-katanya , jari telunjuk Puan Siti Zubaidah sudah mendarat dibibirnya sambil menggeleng.
Perlahan-lahan jari Puan Siti Zubaidah dialihkan. Dengan lembut Felisha pun menjawab.
" hmm baik puan ~ "
Share this novel