Bab 5

Drama Completed 10189

Hari demi hari dengan pantasnya telah pun berlalu pergi bersama kenangan yang tak terganti manisnya rasa. Kemanisan dalam kepahitan cerita antara Felisha dan Qashaf , tidak sekadar berhenti disitu.

2019 mulai melabuhkan tirainya. Sebuah video kenangan dicipta oleh Felisha lalu dimuat naik ke akaun instagram miliknya.

Segala memori Felisha yang berjaya dirakam dan bukti kenangan itu diletakkan didalam video itu. Tidak terlupa juga , gambar Felisha bersama Qashaf diselitkan.

Felisha yang mengulang tayang video tersebut masih lagi tersenyum manis. Melihat semula memori-memori indah yang tercipta di tahun 2019 benar-benar berharga buatnya.

Sebelum 2020 menghadirkan diri , tepat jam 11.30 malam bertarikhkan 31 Disember terduduknya Felisha dan Qashaf diatas bentangan sejadah bersama senaskah Al-Quran.

Usai solat sunat taubat , Felisha lantas menggapai Al-Quran miliknya itu dan mengalunkan ayat-ayat Al-Quran. Seperti yang dirancangkan oleh mereka berdua pada awalnya. Begitu jugalah mereka berdua melaksanakannya.

Mengakhiri tahun 2019 bersama Al-Quran dan memulakan 2020 bersama Al-Quran. Meski sedikit berbeza , Felisha dan Qashaf tetap saja bersama-sama melaksanakan rancangan mereka.

2019 pun telah berakhir. Hadirlah Januari 2020 menjelmakan diri. Hari pertamanya berjalan dengan baik. Coretan diari harian Felisha mula ditulis diatas sebuah buku berwarna biru.

Buku yang berwarna biru itu sengaja dipilih oleh Felisha untuk meluahkan isi hatinya. Warna biru itu sendiri , bagaimanapun telah menjadi sebuah simbol pada mereka berdua. Dimana warna biru , adalah warna kegemaran mereka berdua.

Segala kata rindu , diluahkan diatas sehelai kertas kosong itu. Dengan panjang lebar Felisha meluahkan isi hatinya yang terbuku dan segala perasaannya terhadap Qashaf dilepaskan disitu.

" Satu hari satu surat cinta " merupakan sebuah cara untuk Felisha melepaskan rindunya , juga keinginannya untuk menghubungi Qashaf secara terus.

Hanya dengan ini , Felisha mampu menahan dirinya dari menghubungi Qashaf.

" Pesan mu telah ku terima sore lalu.. ~"
" Telah ku baca apa yang jadi pinta mu ~"

Lagu kegemaran Felisha jelas kedengaran. Lagu itu telah ditetapkan sebagai lagu untuk penggera Felisha ditelefonnya. Felisha yang masih diulit mimpi perlahan-lahan menggosok matanya.

Lalu datanglah ibunya , Siti Zubaidah. Ibunya dengan bernada lembut mengejut Felisha yang masih ralit menggosok matanya itu.

" Felisha , bangun. Dah pukul 5 ni. "

Perlahan-lahan telefonnya diambil dan ditutup penggera itu. Notifikasi telefon ditenung. Tiada sebarang pesanan diterima oleh Felisha.

" no more spam mesej or call yang kejutkan subuh "

Desis hati Felisha sambil menguntumkan senyuman nipis diwajahnya bersama mata yang masih separuh terbuka. Lalu Felisha berdiri dan menuju ke tandas.

Jam didinding menunjukkan sudah 5.30 pagi. Felisha yang sudah siap sedia memakai telekung berdiri diatas hamparan sejadah. Didirakan solat taubat lalu dibacanya Al-Quran dengan tenang.

Jam didindang sudah pun menunjukkan jam 6 pagi. Felisha yang masih bertelekung lantas mendirikan solat subuh setelah azan berkumandang. Selesai solat subuh , Felisha bergegas membersihkan diri dan bersiap memakai uniform sekolah.

Tudung dibentukkan mengikut bentuk wajahnya dihadapan cermin Felisha mengukirkan senyuman nipis.

Usai membetulkan tudungnya , Felisha lantas melihat paparan telefonnya. Tiada sebarang pesanan diterima.

" I miss your morning wishes. "

Lalu diletakkan telefon itu diatas meja bersebelahannya. Dihadapan cermin sekali lagi Felisha tersenyum. Tangan kanannya diletakkan didadanya. Dibacakan surah Al-Fatihah lalu diujarnya kata-kata berbentuk ucapan dan doa.

" Ya Allah , aku rindu dia. Tapi aku tahu rindu ini terlarang. Bantulah aku Ya Allah. Jangan kau biarkan rindu ini melampaui batas.

" Ya Allah. Aku rindukan dia... "
" Jagakan dia untuk aku.. "

Tertunduk Felisha melafazkan itu. Mata Felisha mulai bergenang. Dengan tenang nafasnya ditarik panjang lalu dihela perlahan-lahan.

Diangkatnya wajahnya kembali melihat dirinya dihadapan cermin. Pipinya diherotkan hingga mengukir senyuman nipis.

" Awak , good morning ! Take care ! Saya sayang awak ! "

Bisik hati Felisha yang cuba melepaskan rindunya terhadap Qashaf.

Selesai dengan itu , Felisha keluar menuju ke meja makan dan menikmati sarapannya sebelum melanjutkan perjalanannya ke sekolah.

Tiba disekolah , dibarisan kelasnya Felisha duduk. Siapa sangka begitu pantas waktu berlalu , Felisha kini sudah bergelar seorang senior disekolahnya. Dimana pada tahun ini , Felisha perlu mengambil peperiksaan SPM.

Keterujaan , semangat baru , dan ketidak sabarannya untuk menyambung pengajian di kolej kian terasa. Hari pertamanya bergelar seorang senior tidaklah teruk , tidak juga begitu baik. Segalanya berjalan seperti biasa.

Dalam kebisingan bilik darjah , terduduknya Felisha sambil merenung ke arah luar jendela. Pokok dan dedaunan yang menghijau itu benar-benar menenangkan.

Menungan Felisha perlahan-lahan menghiaskan senyuman diawajahnya. Sedang hatinya tertanya-tanya apakah khabar Qashaf yang disana. NMemori bersama Qashaf terimbas sendiri.

" Sha , nanti bila Qash masuk asrama.. Qash balik sebulan sekali je.. "

" Nanti mesti Sha dah ada orang lain kan ? "

Rungutan demi rungutan Qashaf didengarkan oleh Felisha menerusi telefonnya dijam 2 pagi.

Kegelisahan yang dirasakan Qashaf apabila mengenangkan dirinya yang tidak dapat menghubungi Felisha dengan kerap itu jelas kelihatan.

Dengan tenang , Felisha memujuk Qashaf dengan berkata

" No need to worry sayang. Sha , akan tunggu Qash. No matter what. "

" Don't worry okay ? "

Bernada lembut suara Felisha itu didengarkan oleh Qashaf. Qashaf yang masih lagi dilanda kerisauan lantas berkata

" But.. "

Belum sempat Qashaf mengutarakan isi hatinya , Felisha dengan pantas memotong percakapan Qashaf. Bernada lembut Felisha berkata

" Biarlah jasad kita terpisah oleh waktu. Tak kisah berapa jauh sekali pun. "

" Biarlah suara awak tak selalu saya dengarkan. Biarlah memori bersama awak cuma secebis. "

" Awak tetap saja yang saya tunggu. Doa untuk kita berdua , akan saya panjatkan. "

" Hentikan rungutan. Biar jasad yang terpisah. Asal hati sentiasa dekat. "

" Saya sayang awak tau ? "

Mendengarkan kata-kata Felisha yang panjang lebar itu berjaya membuatkan Qashaf terdiam membisu. Hanya segaris senyuman mampu dijadikan balasan kata-kata Felisha itu.

Walaubagaimanapun , hati Qashaf terasa sedikit lega mendengarkan apa yang telah diujarkan oleh Felisha.

" Hello ? Hello yang disana ? "

Tiba-tiba Felisha kembali bersuara setelah menanti suara dari Qashaf yang tak berkunjung tiba selama lebih 5 minit.

" Hello , ya saya. "

Jawab Qashaf ringkas.

" Terima kasih , sayang. "

Dengan penuh tiba-tiba Qashaf mengucapkan terima kasih pada Felisha. Senyumannya yang masih berhias diawajah kian melebar.

" Terima kasih untuk ? "

Balas Felisha yang sedang kebingungan mendengarkan kata-kata Qashaf itu.

" Thank you for loving me. I love you , to the moon and back. Felisha  Aireena binti Samad."

Felisha yang mendengarkan itu secara automatik menguntumkan senyuman hingga menampakkan barisan giginya yang tersusun cantik itu.

" Your welcome. I love you more , Qashaf Alfian bin Murad ! "

Balas Felisha bernada ceria. Lalu terhiaslah senyuman bahagia diwajah mereka berdua dijam 2 pagi itu.

Sedang Felisha tersengih merenung ke luar jendela , tiba-tiba mejanya ditepuk dengan kuat.

( PAP ! )

Menungan Felisha pun terhenti. Senyuman diwajahnya pudar. Dilihatnya Felisha gerangan yang menepuk meja itu dengan wajah yang ketat.

Dengan selamba , pelajar baru itu tersengih melihat Felisha sambil menghulurkan tangan kanannya dan berkata

" Salam kenal. Aku Firash Aryan "

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience