Bab 42

Drama Completed 10189

" hm yeah. "

Jawab Felisha dengan begitu ringkas.

" Qashaf pulak nanti nak sambung jurusan apa ? "

Soal Encik Samad kepada Qashaf.

" Qashaf ingat nak sambung guaman. "

Balas Qashaf dengan ringkas dan padat.

" Ouh kau nak jadi peguam la ni ? "

Kata Ziyad yang nencelah tara perbualan Encik Samad dan Qashaf itu.

Perlahan-lahan pandangan mata Qashaf ditumpukan kepada Ziyad. Lalu dengan suara yang bernada rendah Qashaf berkata.

" Yeah. But.. "

Kemudian Qashaf membiarkan kata-katanya tergantung dengan sengaja. Kedua-dua bebola mata Qashaf kini beralih kepada Felisha yang sedang menunduk dihadapannya itu.

" Qash nak jadi peguam syariah. "

Sambung Qashaf kepada perbualan yang tergantung sebentar tadi.

Felisha yang mendengarkan itu teruskan menunduk seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Sedang perbualan antara mereka berempat begitu rancak , tiba-tiba suara ketiga-tiga sahabat Felisha helas kedengaran memberi salam.

" Assalamualaikum..! "

Ujar Qhadif , Anizira dan Raidhatul yang sudah berdiri tegak dihadapan pintu pagar rumah Felisha.

Felisha yang mendengarkan itu lantas menuju ke arah pintu pagarnya dengan wajah yang tersenyum lebar.

Lalu pagar yang berkunci pun dibuka dengan berhati-hati oleh Felisha. Sejurus pagar itu dibuka , Felisha pun menjerit dengan nada manja.

" Korangggg ! "

Dan Felisha pun memeluk Anizira dan Raidhatul penuh mesra.

" Aku minta maaf sangat pasal semalam ..! "

Kata Felisha dengan agak perlahan dicuping telinga Anizira dan Raidhatul yang berada dalam pelukannya itu.

" Hahaha yaa yaa , kitorang maafkan kau "

Jawab Raidhatul dan Anizra sambil tertawa kecil melihat gelagat sahabat mereka yang seorang itu sambil mengusap lembut bahu Felisha.

" Emm guys , panas ni. Kot ya pun peluk la kat dalam. Sejuk sikit. "

Ujar Qhadif yang sengaja hendak mengusik Anizira , Raidhatul dan Felisha itu.

Walaubagaimanapun , kata-kata Qhadif sebentar tadi telah berjaya meletuskan ketawa antara Felisha , Raidhatul dan Anizira.

Setelah mendengarkan kata-kata Qhadif itu dengan pantas Felisha meleraikan pelukan antara mereka bertiga.

Langkah pertama diambil oleh Felisha dengan mempelawa tiga orang sahabatnya itu memasuki ruang rumahnya.

" Maa kawan-kawan Sha dah sampai ni .."

Kata Felisha dengan riang sambil meneruskan langkahnya meuju ke dapur.

Qhadif , Anizira dan Raidhatul juga mengikuti langkah Felisha hingga ke dapur.

Tiba sahaja didapur , dengan pantas tangan ibu Felisha disalam oleh Raidhatul dan Anizira. Manakala Qhadif pula menyalam tangan bapa Felisha dan abang Felisha itu.

Usai itu , Raidhatul , Anizira dan Qhadif juga rancak berbual bersama ahli keluarga Felisha berkaitan isu hala tuju mereka selepas ini.

Jam sudah pun menunjukkan tepat pukul 11 pagi. Qashaf pun meminta diri untuk pulang dengan penuh sopan.

" Terima kasih pakcik , makcik sebab dah tumpangkan Qash malam tadi. "

Ujar Qashaf dengan penih sopan dan wajah yang tersenyum manis.

" Iya , lain kali kalau ada masa , datang la singgah lagi ya. "

Jawab Puan Siti Zubaidah dengan riang kepada Qashaf sambil tersenyum lebar.

" Betul tu. Nanti ada masa jemput-jemputlah singgah ya. Nombor pakcik ada kan ? "

Balas Encik Samad sekali gus bertanya kepada Qashaf mengenai nombor telefonnya.

" Ada ada. "

Jawab Qashaf dengan ringkas sambil mengangguk.

" Ha nanti sebelum datang WhatsApp pakcik."

Kata Encik Samad sambil tersenyum kepada Qashaf.

" ookay pakcik. Terima kasih sekali lagi  "

Balas Qashaf sambil tersenyum menunduk. Lalu kedua-dua tangan Qashaf lantas dihulurkan kepada Encik Samad. Sambutan tangan Qashaf disambut mesra dan mereka berdua pun bersalaman.

Setelah itu Qashaf pun beralih pandangan kepada Ziyad yang berada disamping Encik Samad itu. Sekali lagi tangan Qashaf dihulurkan untuk bersalaman dengan Ziyad.

" Terima kasih jugak Yad sebab dah pinjamkan baju  "

Kata Qashaf mengucapkan terima kasih kepada Ziyad kerana telah meminjamkan baju kepadanya.

" Eh sama-sama. Takde hal lah bro. Ha hati-hati drive tu. "

Jawab Firash sambil menepuk lembut bahu Qashaf yang agak berotot itu dengan wajah tersenyum.

Entah mengapa , Encik Samad , Puan Siti Zubaidah dan juga Ziyad kelihatan begitu mesra dengan Qashaf yang baru sahaja dikenali itu.

Felisha yang melihat ahli keluarganya begitu mesra dengan Qashaf hanya berdiam.

Setelah itu Qhadif pula giliran Qhadif pula bersalaman dengan Qashaf.

Tangan disalam. Tiba-tiba Qhadif menarik Qashaf kedalam pelukannya dan berbisik dicuping telinga Qashaf.

" Jumpa dekat D' Cafe kejap lagi. Ada benda kitorang nak cakap. "

Qashaf yang mendengarkan itu lantas mengerutkan dahinya akibat kebingungan.

Namun begiu , Qashaf hanya tersenyum dan megangguk memandang Qhadi setelah meleraikan pelukan antara mereka berdua.

" okaylah , Qash gerak dulu. Assalamualaikum "

Kata Qashaf sambil tersenyum kepada setiap orang itu. Mata Qashaf melilau melihat setiap seorang dari mereka. Sehingga pandangan matanya terhenti pada Felisha.

Wajah Felisha yang ketat itu ditenung lama oleh Qashaf. Felisha yang juga sedang menumpukan pandangannya ke arah Qashaf lantas berpaling dan mengatur langkahnya ke ruang tamu.

Qashaf melihatkan itu juga berpaling dan menuju ke arah kerrtanya. Dengan lafaz bismillah pintu kereta Honda Civic berwarna putih itu dibuka dan Qashaf pun memasuki perut kereta itu.

Diatas sofa Felisha melabuhkan dirinya. Tidak lama selepas itu , Anizira dan Raidhatul pun duduk disamping Felisha.

" kau okay tak ni "

Tanya Raidhatul setelah melihat wajah Felisha yang begitu ketat.

" Em ? okay je."

Jawab Felisha dengan nada mendatar.

" Haih kau ni. Kau badmood sebab dia ke ? "

Tanya Anizira yang meneka tentang keadaan emosi Felisha.

" ha ? taklah. "

Jawab Felisha sekali lagi dengan nada mendatar.

" Em , kalau macam tu tak apa lah. "

Ujar Raidhatul dengan nada perlahan.

" Kitorang nak balik jugak ni. Masing-masing ada hal dekat rumah. Nanti malam kita call okay ? "

Kata Anizira yang memberitahu Felisha bahawa mereka bertiga harus pulang diwaktu itu juga kerana ada hal dirumah.

" alaa nak balik dah ? "

Rungut Felisha sambil mencebik melihat Anizira dan Raidhatul disampingnya itu.

" iyaa kitorang kena balik dah ni "

Kata Raidhatul kepada Felisha dengan nada lemah lembut.

" Hmm okaylah kalau macam tu. "

Ujar Felisha dengan nada yang agak kecewa.

" Dah , tak payah nak sedih sangat. Nanti malam kita call okay ? "

Kata Raidhatul dengan tegas sambil menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan Felisha.

Lalu Felisha pun ditarik ke pelukan Raidhatul.

" Aku sayang kau. "

Ujar Raidhatul dicuping telinga Felisha

Setelah itu pelukan pun dileraikan.

Kini tiba giliran Anizira pula. Huluran tangan Anizira dismabut mesra dan Felisha ditarik kedalam pelukan Anizira.

" Aku sayang kau "

Ujar Anizira dicuping telinga Felisha dengan begitu jelas.

Setelah pelukan dileraikan mereka bertiga pun bangun dari sofa itu.

Tangan ibu Felisha disalam oleh Raidhatul dan Anizira. Lalu mereka pun keluar dari ruuangan rumah Felisha.

Felisha lantas menghantar ketiga-tiga sahabatnya itu sehingga ke hadapan pitnu pagar rumahnya.

" Byeee sayang kau mwah ! "

Jerit Raidhatul dan Anizira dengan ceria sebelum melangkah masuk ke dalam kereta milik Qhadif.

" Byee sayang korang juga mwah ! "

Balas Felisha dengan segaris senyuman nipis.

Lalu Qadhif pun berkata

" Bye Sha. Thanks untuk breakfast tadii "

Dan mereka bertiga pun memasuki perut kereta itu dan melambai-lambai tangan kepada Felisha.

Setelah itu mereka bertiga pun memulakan perjalanan menuju ke D' Cafe untuk berjumpa dengan Qashaf tanpa pengetahuan Felisha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience