Bab 9

Drama Completed 10189

( RingRing )

Loceng berbunyi menandakan telah tamatnya sesi persekolahan pada hari itu.

" Baiklah , pelajar esok saya nak tengok kerja hari ini ya. Siapa tak siap , akan ada hadiahnya. "

Kata Puan Marina kepada para pelajar di kelas 5 Angkasa.

" Bangun , Terima Kasih Cikgu "

Usai saja Puan Marina berbicara , Haqiem atau dikenali sebagai Haq menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang ketua kelas.

Keluar saja Puan Marina dari kelas tersebut , para pelajar 5 Angkasa lantas mengemas meja masing-masing dan bergegas pulang.

Seperti kebiasaannya , oleh kerana van yang akan mengambil Felisha akan datang lambat , Felisha sengaja berlengah-lengah dalam mengemas mejanya itu.

Sedang Felisha mengemas mejanya itu , Firash yang juga masih berada didalam kelas itu tersenyum melihat gelagat Felisha.

Felisha yang merasakan seolah-olah ada mata yang sedang memperhatikannya lantas menoleh memandang sekelilingnya.

Lalu , Felisha melihat pada Firash. Dengan pantas , Firash mengalihkan pandangannya memandang papan putih.

" Fuh , nasib baik. Aduh kalau kantoi tadi.. !"

Desis hati Firash yang menggelabah apabila Felisha melihat kearahnya.

Felisha yang melihat gelagat Firash itu hanya berdiam dan meneruskan mengemas buku-bukunya.

" Dah kenapa mamat tu. Haih. Ah , lantak dia ah. "

Bisik hati Felisha yang masih bingung terhadap kelakuan Firash sebentar tadi. Namun begitu , seperti kebiasannya Felisha akan melantakkan sahaja kerana baginya perkara tersebut adalah tidak penting.

Jam ditangan direnung lama oleh Felisha. Jam sudah menunjukkan pukul 2.15 petang.

" Damn it ! Lagi 5 minit ! "

Jerit Felisha yang terkejut melihat jam ditangannya itu.

Dengan pantas barang-barang disumbatkan kedalam beg sekolah itu dan Felisha bergegas keluar dari kelas itu meninggalkan Firash seorang diri.

Firash yang melihat Felisha bergegas keluar lantas mengatur langkahnya keluar dari kelas 5 Angkasa itu.

Tibanya Firash dipagar sekolah  , Felisha yang berada di bus stop bersama wajah yang berkerut itu ditenung lama.

" Uish laju betul dia jalan "

Bisik hati Firash sambil merenung ke arah Felisha.

" Fuh , nasib baik tak sampai lagi "

Desis hati Felisha yang berasa sedikit lega kerana van yang dinaikinya masih belum sampai.

Lalu berteduhlah Felisha berdiri dibawah sepohon pokok bersebelahan hentian bas itu. Sedang Felisha menunggu van datang , Felisha sempat bermonolog sendiri.

" Haih. 3rd January already. Qash macam mana ha ? Dia okay ke ? Dia buat ape sekarang. Hm.. "

Bisik hati Felisha sambil merenung ke atas jalan tar yang dipijaknya.

" Qash. Felisha rindu ! "

Sekali lagi hati Felisha berbisik kata rindu pada Qashaf.

" Ya Allah. Jagakan dia untukku. Jagakan hatinya untukku. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku serahkan segala urusan hidup ku. Makbulkanlah doa-doa ku ini Ya Allah "

Lalu kedua-dua tangan Qashaf yang ditadahkan tadi diraup lembut ke wajahnya sebagai tanda mengaminkan doa-doanya setelah selesai menunaikan solat Fardhu Zohor sebentar tadi.

Entah bagaimana , Qashaf dan Felisha tanpa sengaja sedang berhubung tanpa mereka menyedarinya.

Usai solat zohor , Qashaf lantas melipat bentangan sejadah yang telah digunakannya tadi dengan rapi lalu diletakkan diatas rak.

Jam ditangan yang menunjukkan pukul 2.15 minit petang itu ditenung lama oleh Qashaf.

" Felisha buat ape la agaknya sekarang ni ? "

Desis hati Qashaf yang juga tertanya-tanya akan apa yang dilakukan oleh Felisha diwaktu sebegini.

" ish. Jangan fikir sangat Qashaf. Tak elok. "

Ujar Qashaf secara perlahan yang lantas menasihati dirinya agar tidak berlebih-lebihan dalam mengingati Felisha disetiap hari-harinya.

" Huhhhhh ! "

Keluh Felisha dengan kuat sambil menghamparkan dirinya diatas katil bersaiz Queen itu.

Felisha yang masih bertekung kerana baru selesai menunaikan solat Zohor merenung jauh ke siling yang kosong itu.

" Sha harap Qash okay. Nah , you must be okay. And you will be fine. "

Kata Felisha secara perlahan.

" Take care okay ? I miss you ! "

Sekali lagi Felisha bersuara dengan perlahan meluahkan rasa rindunya pada Qashaf

Selepas mengatakan itu , Felisha mula memuncungkan bibirnya tanpa disedari.

" Qash tak rindu Sha ke "

Desis hati Felisha.

Bersama persoalan-persoalan yang tak mungkin berjawapan itu , Felisha terlena.

" Pesan mu telah ku terima soreh lalu "
" Telah ku baca apa yang jadi pinta mu ~"
" Kau sentuh hati ku , dengan tulisan mu ~"

Deringan telefon Felisha jelas kedengaran.

Felisha yang sedar akan deringan telefonnya itu lantas membuka kelopak matanya dan menggosok kedua-dua bebola matanya secara perlahan.

" Allah. Aku tertidur ? Haih. "

Desis hati Felisha sedang tangannya mencapai telefon pintarnya diatas kabinet bersebelahan katilnya itu.

Dengan pantas deringan jam yang berbunyi itu ditutup lalu paparan skrin telefonnya dilihat. Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang.

Telekung dikepalanya lantas dibuka dan dilipat rapi oleh Felisha. Sejadah yang masih terbentang diatas lantai juga dilipat dan diletakkan diatas katil.

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat , Felisha masih tidak mempedulikan kerja rumahnya dan kembali baring diatas katil bersaiz Queen itu sambil bermain telefon.

Oleh kerana sudah lama tidak menulis puisi , Felisha membuka aplikasi notes ditelefon pintarnya dan jarinya mulai ligat menaip setiap satu curahan kata membentuk sebuah puisi.

" Dua jasad yang dibawa takdir
Akhirnya bertemu seindah rancangan Tuhan
Kau dan aku yang kini tercipta
Adanya cinta mencelah ditengah

Siapa sangka begini jadinya
Kau yang dulunya bukan siapa-siapa
Kini menjadi seseorang yg bermakna

Dibawah langit yang sama
Adanya kau dan aku
Meski terpisah oleh jarak
Namun doa mendekatkan

Bersama kita berdua
Melewati hari-hari berlalu
Dengan kerinduan yang semakin tebal
Dan cinta yang semakin utuh

Cukup kau dan aku
Cukup hanya kita berdua
Melakar kenangan indah bersama
Tanpa pengganggu

Tiada lain yg aku mahukan
Cukup satu yg aku pinta
Semoga , kita kekal selamanya "

Lalu terciptalah sebuah puisi berjudul  "Kita" dari Felisha. Puisi tersebut merupakan curahan rasa Felisha menceritakan kisah cinta mereka berdua.

Buat Felisha , menulis sebuah puisi itu sudah menjadi kebiasaan. Untuk mencipta puisi itu baginya tidaklah rumit. Kerna yang ditulis itu , adalah luahan hati semata.

Felisha terlalu minat akan menulis juga mendengarkan puisi dideklamasikan. Entah dari mana datanganya darah penulis , keluarganya juga tidak tahu.

Namun begitu , Felisha tetap semangat untuk mencipta nama dalam bidang penulisan.

Sedang Felisha membaca semula puisi yang dituliskan sebentar tadi , tiba-tiba panggilan telefon masuk.

" Mama "

Terpapar pada skrin telefon pintarnya itu. Dengan pantas Felisha menjawab panggilan tersebut. Sejurus Felisha mengangkat panggilan dari ibunya itu , suara ibunya yang seakan-akan menangis mulai kedengarana dicorong talian.

" Hello. Ma ? Ada apa ? Mama ? Ma nangis ke ? "

Ujar Felisha yang mulai cemas setelah mendengar esakan ibunya itu.

" Sha , kemas barang-barang ya ? Kejap lagi Mama dengan Papa sampai rumah. Kita balik kampung malam ni ya. "

Kata ibu Felisha , Puan Siti Zubaidah secara terperinci kepada Felisha.

Felisha yang tidak tahu apa yang telah berlaku hanya akur akan arahan ibunya itu.

Walaubagaimanapun , Felisha tetap mempunyai perasaan ingin tahu yang kuat mengapa ibu bapanya membuat keputusan untuk pulang ke kampung secara tiba-tiba.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience