Bab 61

Drama Completed 10189

Waktu terus berlalu. Tepat jam 11.30 pagi , Puan Siti Zubaidah akhirnya memanggil Felisha untuk turun bertemu keluarga pihak lelaki.

" Sha , jom turun. Jumpa family pihak lelaki. "

Ajak Puan Siti Zubaidah dengan lembut sambil menggenggam erat tangan Felisha.

Felisha yang sudah rehda akan apa jua keputusannya , hanya akur dan menurut arahan ibunya itu.

Tiba sahaja di ruang tamu , satu persatu wajah keluarga lelaki dilihat oleh Felisha. Namun , tiada siapa yang dikenalinya.

Diatas karpet bersebalahan Puan Siti Zubaidah , Felisha duduk bersimpuh. Berukir segaris senyuman Felisha melihat wajah Puan Zaireena yang kini didepannya.

" lah , ni rupanya Felisha. Cantiknyaaa "

" Patutlah anak kita suka .."

Kata-kata itu terbit dari bibir Puan Zaireena bersama senyuman manis.

Dengan sopan Felisha membalas senyuman Puan Zaireena dan menghulurkan kedua-dua tangannya untuk bersalaman.

Puan Zaireena yang melihat huluran tangan itu lantas menyambut. Lalu , mereka berdua bersalaman.

" Felisha , Felisha rombongan ni wakil siapa ?"

Soal Puan Zaireena dengan lembut. Kerana Puan Zaireena tahu bahawa Qashaf sengaja merahsiakan hal tersebut dari Felisha sebagai hadiah kejutan dihari lahirnya.

Tanpa sebarang kata , Felisha hanya menggeleng perlahan sebagai jawapan.

" Sha terima .. pinangan kami ? Walaupun Sha tak tahu untuk siapa ? "

Tanya Puan Zaireena dengan lembut. Felisha yang mendengarkan persoalan tersebut lantas mengherotkan pipinya hingga mengukir segaris senyuman nipis.

" Sha .. terima .., "

" .. Sha percaya , ini adalah yang terbaik untuk Sha.. "

" Sha percaya , pada takdir yang dah tertulis.."

Jawab Felisha dengan tenang. Meski dihatinya masih menyimpan sayang pada Qashaf , namun sedaya upaya Felisha cuba untuk mendengar nasihat Hanis.

Felisha sedar , mungkin Qashaf bukanlah jodoh terbaiknya , kerana itu Allah menghadirkan seorang lagi lelaki yang lain dalam hidupnya.

" Alhamdulillah. "

Ucap Encik Murad sebagai tanda syukur.

" Kalau macam tu , marilah kita teruskan ke bertunang. "

Kata Pak Long kepada rombongan lelaki sambil tersenyum lebar.

Dengan penuh rasa redha dan tawakkal kepada perancangan Allah , Felisha akhirnya bergelar tunang kepada insan yang tidak dikenalinya.

Sebentuk cincin berbatu permata disarungkan oleh Puan Zaireena di jari manis Felisha. Sejurus cincin disarungkan , sekali lagi Felisha dan Puan Zaireena bersalaman dan berpelukan.

Pipi Felisha dikucup sayang oleh Puan Zaireena. Kegemberiaan yang dirasa jelas terpapar diwajahnya.

" Alhamdulillah dah selesai. Jomlah kita ke pelamin untuk sesi bergambar. "

Kata Puan Siti Zubaidah kepada ahli keluarga dan rombongan pihak lelaki.

Felisha yang mendengarkan itu lantas membulat matanya memandang Puan Siti Zubaidah.

" P-pelamin ? "

Soal Felisha yang terkejut akan apa yang didengarinya.

" masa bila pula ada pelamin ? "

" dekat mana ? "

" Biar betul ? "

Bertubi-tubi persoalan muncul diruang fikir Felisha. Namun Puan Siti Zubaidah hanya tersenyum dan menarik tangan Felisha untuk berdiri.

Selangkah demi selangkah , berpimpinan tangan Puan Siti Zubaidah memnawa Felisha menuju ke bilik tetamu. Tombol pintu dipusingkan dan dibuka.

Pelamin yang indah bertemakan warna putih jelas kelihatan. Dengan lembut Puan Siti Zubaidah menarik tangan Felisha untuk duduk diatas pelamin tersebut.

Lalu sesi bergambar antara keluarga pun bermula. Tepat jam 12 tengah hari , kini tiba masanya Felisha mengetahui siapakah tunangnya.

" Sha , nak jumpa tunang Sha tak ? "

Tanya Puan Zaireena dengan mesra sambil tersenyum.

" jumpa ? sekarang ? Ya Allah.. Berikanlah aku ketenangan... "

Desis hati Felisha yang kini berasa takut dan  gelisah.

Nafas ditarik sedalam-dalamnya oleh Felisha dan dihembus perlahan. Dengan tenang , Felisha memandang wajah Puan Zaireena dan mengangguk.

" tu , dah sampai. "

Kata Puan Zaireena sambil menunjukkan kearah pintu bilik tersebut. Seorang jejaka tinggi lampai berbaju melayu lengkap berwarna kuning cair berserta songkok jelas kelihatan.

Namun begitu , wajah lelaki tersebut ditutup oleh kipas tangan yang dipegang oleh lelaki disampingnya.

Jantung Felisha semakin laju berdegup. Perlahan-lahan kipas tangan tersebut diturunkan. Wajah Qashaf , jelas kelihatan.

" Q-q-qash ? "

Dengan mata yang terbeliak dan bibir yang kelu Felisha menyebut nama Qashaf.

Qashaf yang melihat reaksi wajah Felisha yang begitu terkejut lantas memberikan senyuman nakal kepada Felisha.

" bro , nah kek "

Kata Adam kepada Qashaf sambil menghulurkan dulang berisi kek berbentuk petak itu.

Dengan penuh berhati-hati Qashaf menyambut huluran Adam dan berjalan menuju ke arah Felisha dengan berhati-hati.

Sejurus Qashaf berjalan , seisi rumah mula menyanyikan lagu ulang tahu kepada Felisha.

Tiba dihadapan Felisha , Qashaf berdiri tegak. Disaat nyanyian lagu hari lahir berhenti , Qashaf kini bersuara.

" Happy Birthday , Felisha Aireena binti Samad. "

" Tunang , saya ! "

" heheheh "

Ucap Qashaf kepada Felisha bernada nakal.

Felisha yang masih terkejut hanya memandang wajah Qashaf.

" Aku mimpi ke ni ? "

" Ya Allah .. betul ke.., Qash.. tunang aku ? "

Bisik hati Felisha yang masih tidak percaya. Baginya , ini bagaikan mimpi indahnya saja.

" Dah dah , cepat bergambar. Lepastu kita makan hahaha "

Kata Pak Su sambil tertawa.

Lalu dulang yang berisi kek pun beralih ke tangan Ziyad. Keluarga Qashaf dan Felisha bersedia diruang pelamin. Beberapa keping foto diambil sebagai kenangan.

Selesai sesi bergambar , seisi rumah mula menjamu selera. Felisha yang masih terasa seperti diawang awangan hanya duduk berdiam diatas pelaminnya.

Dengan tangan yang menggeletar Felisha mengangkat tangannya. Cincin dijari manis ditenung lama.

" Aku ... Qash .. bertunang ? "

Desis hati Felisha.

" Hai , cik tunang. Buat apa tu ? "

Tegur Qashaf yang berdiri dihadapan pintu bilik tersebut setelah melihat Felisha yang asyik merenung ke arah cincin pertunangan mereka.

" Ha ? "

Jawab Felisha secara automatik sambil mengangkat wajahnya menumpukan ke arah wajah Qashaf.

Dihadapan Felisha , Qashaf berdiri. Kedua-dua mata Qashaf dan Felisha saling berpandangan.

" Encik tunang bertanya , cik tunang buat apa tuuu "

Kata Qashaf yang mengulang kembali persoalannya tadi.

" Ouh.. Em. Nothing... "

Jawab Felisha dengan ringkas.

Lalu Qashaf pun duduk dikerusi pelamin tersebut. Kedudukan Felisha dan Qashaf , berjarak lebih kurang 20cm.

Diatas kerusi itu Qashaf berlabuh. Kedua-dua tangan Qashaf lantas berpeluk tubuh.

" Hmm kenapa tunang saya monyok je ni ? "

" tak suka eh ? ke surprise tak jadi ni ..? "

" hmm ? "

Soal Qashaf kepada Felisha.

" Bukan macam tu.. Sha cuma.. "

Jawab Felisha yang cuba untuk meluahkan apa yang dirasakannya disaat itu. Perlahan-lahan Felisha mengalihkan posisi badannya menghadap Qashaf disampingnya.

Qashaf pun mula berpaling menghadap Felisha. Mereka berdua , kini saling berpandangan. Mata Qashaf dan Felisha , tertumpu kedalam mata masing-masing.

" Tak percaya ? Rasa macam mimpi ? "

Belum sempat Felisha berkata apa-apa , Qashaf telah memotong percakapan Felisha. Felisha yang mendengarkan itu lantas mengangguk perlahan.

" Qash pun sama , Sha. Qash tak sangka.. "

" Finally , kita bertunang. Next month , kita nak kahwin dah. "

Ujar Qashaf bernada romantik dan perlahan meluahkan bahawa dirinya juga seakan tidak percaya akan apa yang sedang berlaku.

Felisha yang mendengarkan itu lantas mengherotkan pipinya hingga terukir senyuman manis.

" Tapi ... sanggup kan Sha tak tunggu Qash "

" Macam mana kalau yang masuk meminang tu bukan Qash ? "

" Nasib baik tauu "

Kata Qashaf secara tiba-tiba menukarkan topik perbualan mereka sambil mencebik.

Reaksi wajah Felisha lantas bertukar sejurus kata-kata itu terbit dibibir Qashaf.

" B-bukan macam tu.. "

" Sha memang tak tau apa-apa.. "

" Sampailah kak Hanis sendiri cakap memang betul ada orang masuk meminang Sha. "

" at first .., yes. Sha takut. Sha tak nak terima. Tapi kak Hanis nasihat Sha. Kak Hanis cakap , ini adalah jawapan kepada istikharah , dan juga doa Sha selama ni. "

" Sebab tu , Sha tawakkal , Sha redha. Sha terima. "

Dengan panjang lebar Felisha sedaya upaya menerangkan mengapa dirinya menerima pinangan Qashaf meski tidak tahu siapakah orangnya.

" Tapi salah Qash la ! Kenapa tak bincang dengan Sha dulu ! Eeeee geram betul ! "

Kata Felisha sambil mencebik.

" Ha buat mukaaa ! Eee pipi tuuu "

" Sha tunggu laaa nanti dah kahwin lebam pipi Sha , Qash cuuubit puas-puas ! Hahahahaha "

Sakat Qashaf kepada Felisha sambil tertawa.

Felisha yang mendengarkan itu lantas memegang kedua-dua belah pipinya yang tembam itu.

" Lambat lagiiii "

" Wekkkk "

Balas Felisha yang sengaja membalas sakatan Qashaf sambil tertawa nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience