Perlahan-lahan Qashaf melipat sejadah yang terbentang dihadapannya itu dengan rapi. Setelah itu , dia menghamparkan tubuhnya diatas katil bersaiz Queen itu.
Telefon pintarnya yang berada diatas kabinet lantas dicapai lalu dibuka. Gambar Felisha dan dirinya yang pertama itu ditenung lama.
Ibu jari ditangan kanan Qashaf mengusap lembut wajah Felisha yang terpapar di skrin telefon pintar itu. Takungan air mata Qashaf semakin berat.
" Qash , sayang Felisha. Sampai bila-bila. "
Ujar Qashaf dengan suara yang serak dan perlahan. Lalu telefon pintarnya itu didekatkan ke bibirnya dan dicium lembut sedang kedua-dua matanya dipejamkan hingga menitiskan air mata.
Tanpa sedar , Qashaf telah pun terlena. Tepat jam 5.30 pagi , penggera telefon Qashaf mula berbunyi.
" Pesan mu telah ku terima soreh lalu ~ "
" Telah ku baca apa yang jadi pinta mu ~"
" Kau sentuh hati ku ~"
" Dengan tulisan mu ~ "
Lagu kegemaran Qashaf dan Felisha mula kedengaran. Qashaf yang masih terlena diulit mimpi itu mula mengerutkan keningnya.
Setelah beberapa saat , Qashaf pun mencapai telefon pintarnya yang berada diatas bantal bersebelahan bantal yang mengalas kepalanya itu.
Lalu ditutupnya penggera tersebut. Dengan lembut , tangan Qashaf menggosok kedua-dua bebola matanya. Perlahan-lahan Qashaf membuka mata dan mengatur langkahnya ke tandas dibiliknya untuk membersihkan diri dan bersiap sedia untuk solat Subuh.
( TokTok )
Tepat jam 5.45 pagi , pintu bilik Qashaf diketuk lembut oleh Ziyad.
" Qashaf ? Kau dah bangun belum ? Ni , aku bawak baju baru ni "
Ujar Ziyad dengan lantang.
" Qashaf ? "
Panggil Ziyad sekali lagi sambil mengetuk pintu bilik itu apabila panggilannya tadi tidak mendapat sebarang respon dari Qashaf.
" Eh , budak ni tak bangun lagi ke ? "
Bisik hati Ziyad yang tertanya-tanya jika Qashaf sudah bangun atau belum.
Tanpa membuang masa , Ziyad memulas tombol pintu bilik tersebut dan memanggil Qashaf.
" Qashaf ? "
Katil yang kosong itu ditenung oleh Ziyad.
" Ouh , mandi rupanya. "
Desis hati Ziyad.
" Qashaf , ni baju baru aku letak atas katil. Nanti dah siap naik atas eh. Kita solat subuh jemaah "
Kata Ziyad dengan lantang yang menyuruh Qashaf untuk naik ke bilik atas bagi menunaikan solat Subuh seara berjemaah dengan keluarga mereka.
Qashaf yang mendengarkan kata-kata Ziyad tadi lantas menjawab.
" Ha , okayy "
Selepas mendengarkan jawapan Qashaf tadi , Ziyad pun keluar dari bilik tersebut dan menunggu Qashaf diruang tamu untuk naik ke tingkat atas bersamanya.
" Qashaf cepat sikit nak azan dah ni "
Jerit Ziyad sambil merenung jam yang sudah menunjukkan jam 6.05 minit pagi itu.
Dengan segera Qashaf keluar dari biliknya dan mengatur langkahnya menuju ke tingkat atas bersama Ziyad.
Tiba saja dibilik solat , wajah Encik Samad dan Puan Siti Zubaidah yang tersenyum melihat Qashaf jelas kelihatan.
Namun begitu , Felisha yang berada disebelah ibunya itu tercengang seketika apabila melihat Qashaf berada dirumahnya.
" Ma.. Qa-qashaf buat apa de-dekat sini ? "
Soal Felisha kepada ibunya dengan dahi yang berkerut dan tergagap-gagap akibat terkejut.
Pandangan Puan Siti Zubaidah yang tadinya tertumpu kepada Qashaf kini beralih kepada Felisha. Dengan wajah yang tersenyum manis , ibunya menjawab.
" Dia tidur sini semalam. Dia kan dah tolong hantarkan Sha balik.. Mama dengan Papa ajaklah dia tumpang bermalam dekat rumah kita. "
Jelas Puan Siti Zubaidah kepada Felisha dengan nada lembut.
Qashaf yang melihat Encik Samad tersenyum kearahnya itu lantas menghulurkan tangannya kepada Encik Samad untuk bersalam.
Encik Samad pun segera menyambut huluran tangan Qashaf dengan senyuman lebar.
Tangan disalam , lalu Encik Samad pun meminta Qashaf untuk menjadi imam solat Subuh.
" Qashaf.. boleh jadi Imam ? "
Tanpa berfikir panjang , Qashaf pun bersetuju untuk menjadi imam.
" Boleh Pak Cik "
Jawab Qashaf dengan ringkas sambil tersenyum nipis.
Lalu Qashaf pun melaungkan Azan Subuh. Manakala Ziyad membacakan Iqamat. Setelah itu mereka pun mula solat Subuh secara berjemaah.
Setelah selesai mendirikan solat Subuh secara berjemaah , tangan ditadahkan lalu Qashaf pun berdoa.
" Ya Allah , kau ampunilah segala dosa-dosa ku , dosa-dosa kedua ibu bapa ku , adik beradik ku , guru-guru ku , sahabat-sahabt ku dan seluruh ahli keluarga mereka Ya Allah. "
" Permudahkanlah urusan kami mahupun didunia atau diakhirat kelak. Sempatkanlah kami untuk bertaubat , matikanlah kami dalam iman , dan jadikanlah kami antara penghuni syurga-Mu Ya Allah. "
" Kuatkanlah iman kami , sabarkanlah hati kami , tenangkanlah jiwa kami dan kuatkan rasa cinta dihati kami terhadap-Mu dan Agama-Mu Ya Allah. "
" Lindungilah kami dari perkara-perkara yang tidak baik dan jauhilah kami dari orang yang ingin menyakiti kami.. "
" Amin.. "
Usai itu , doa diaminkan. Qashaf pun berpaling memghadap ke nelakang dan bersalaman dengan Encik Samad dan Ziyad Fedli.
Felisha yang melihat Qashaf yang berada dihadapannya itu masih lagi terasa seakan mimpi.
" Qashaf.. Is that you ? Qashaf Alfian yang aku kenal ? Apa dia buat dekat sini ? "
Bisik hati Felisha sedang dahinya berkerut memikirkan bahawa adakah itu benar-benar Qashaf atau sekadar mimpi indahnya.
" Come on Felisha. Bangun sekarang. Ini cuma MIMPI ! "
Jerit hati Felisha sambil tangannya mencubit pipinya yang gebu itu hingga merah.
" Ya Allah Felisha. Kenapa liat sangat kau nak sedar dari mimpi niii ? "
Keluh Felisha bersama riak wajah yang kecewa sedang matanya masih merenung ke arah corak bentanga sejadah itu.
Ziyad dan Qashaf yang melihat gelagat Felisha itu lantas tertawa kecil. Lalu , Ziyad pun bersuara.
" Dik , kau mamai lagi ke tu ? Hahaha "
Usik Ziyad kepada Felisha apabila melihat wajah Felisha yang begitu kecewa hingga memejamkan matanya dengan begitu rapat.
" Ish.. diamlah "
Balas Felisha sambil mencebik.
" Sha.. Sha dah okay ? "
Suara Qashaf yang lembut dan perlahan itu jelas kedengaran dicuping telinga Felisha.
Mata Felisha yang tadinya hanya tertumpu ke arah bentangan sejadah lantas membulat matanya dan mengalihkan pandangan matanya ke arah Ziyad. Lalu wajah Qashaf yang tersenyum nipis disamping Ziyad jelas kelihatan.
Pipi Felisha semakin terasa panas dan memerah. Felisha terdiam seketika sedang matanya menatap wajah Qashaf.
" Sha , jawablah Qashaf tanya tu. "
Tegur Puan Siti Zubaidah kepada anak perempuannya itu dengan nada lemah lembut.
Felisha yang mendengarkan itu lantas memandang ke arah Puan Siti Zubaidah yang berada disampingnya itu.
" Sh-sha t-tak mimpi ke M-ma ? "
Dengan tergagap-gagap Felisha meminta kepastian dari ibunya.
Puan Siti Zubaidah yang melihat gelagat anak gadisnya itu lantas tertawa kecil dan berkata.
" Ya Allah , budak bertuah ni. Apa mimpi pulak. Betul la tu Qashaf dekat depan tu. "
Akibat terkejut , tangan kanan Felisha yang berlapik kain telekung itu segera ditekupkan ke bibirnya yang ternganga.
Dengan mata yang masih membulat Felisha kembali memandang Qashaf. Qashaf yang sedang tertawa hingga menunduk itu jelas kelihatan.
Share this novel