Pada keesokan harinya , Qashaf yang baru sahaja bangun dari tidur untuk menunaikan solat Subuh di jam 5.30 pagi itu dengan pantas membuka telefonnya.
Appikasi WhatsApp dibuka. Lalu status Felisha dilihat.
" I'm mad. But more to disappointed "
Qashaf yang tadinya sedang ralit menggosok matanya itu lantas segar setelah melihat status milik Felisha itu.
" Wait. What ? Disappointed ? With whom ? Is it me ? "
Secara tiba-tiba segala persoalan itu muncul dibenak fikir Qashaf.
" but.. why ? Ape aku buat ? "
" Pehal nak kecewa pulak ? "
Soalan demi persoalan dengan mudah menerpa masuk ke ruang minda Qashaf.
Entah mengapa Qashaf secara tiba-tiba merasakan seolah-olah status Felisha itu adalah ditujukan kepadanya.
Dengan fikiran yang sudah dipenuhi persoalan Qashaf lantas duduk bersandar pada dinding di katilnya itu.
Rambut yang sudah serabai diusap dengan perlahan oleh kedua-dua tangannya. Lalu wajahnya yang pucat diraup kasar kedua tangannya.
" Ya Allah. Tolong jangan cakap dia kecewa dengan aku... "
Bisik hati Qashaf yang mengaharapkan bahawa bukan dia yang telah mengecewakan hati Felisha itu.
Kedua-dua tapak tangan Qashad yang sudah berpeluh dan dingin itu lantas ditekapkan ke bahagian sekitar bibirnya. Lalu tangan kirinya mengusap rambutnya serabai sekali lagi.
Qashaf semakin panik. Qashaf buntu. Segala persoalan terus memasuki ruang mindanya tanpa henti. Namun begitu , jawapan tetap saja gagal ditemui.
" Allahhuakhbar. "
Bisik hari Qashaf sekali lagi setelah menarik nafas yang panjang.
Dengan fikiran yang berserabut , Qashaf dengan pantas berdiri dan mengambil tuala. Lalu Qashaf pun pergi membersihkan diri dan bersedia untuk solat Subuh secara berjemaah memandangkan dia masih diasrama.
2 hari pun berlalu. Meski hati Felisha telah diguris dengan agak dalam , kerana dalamnya juga perasaan sayangnya terhadap Qashaf , Felisha tetap saja memaafkan Qashaf.
" It's okay , Felisha. Maybe it's just the situation.. "
" Be positive. Maybe , he didn't mean to.. Maybe.. Yes.. maybe.. "
Bisik hati Felisha sedang matanya merenung ke arah siling yang kosong dan putih itu.
Memandang hari itu adalah hari Ahad , Felisha membuat keputusan untuk menghantar sebuah pesanan mesej kepada Qashaf untuk menjelaskan segalanya antara mereka berdua.
Felisha , adalah seorang gadis yang terkenal akan sikapnya yang gemar akan sesuatu yang sudah pasti. Oleh itu tindakan untuk menghantar pesanan pada Qashaf dibuat.
Kerana Felisha sendiri tahu , jika bukan dia yang memulakan segalanya , Qashaf tetap saja akan duduk berdiam.
Tepat jam 12 tengah hari , dengan pantas jari Gelisha menaip sebuah pesanan mesej kepada Qashaf.
" Assalamualaikum Qashaf "
" We need to talk. About us. But I'll wait for you to come home. "
" Cause , you're just not being you.. bila you dekat asrama. "
" Ouh , ya. I've been wanted to talk about it since awal tahun lagi. But yeah , things happened. "
" I hope , benda ni cepat settle. "
" That's all. Okay , bye. "
Secara bertubi-tubi mesej itu dihantar kepada Qashaf.
Qashaf yang masih lagi tertanya-tanya akan apa yang telah dilakukannya terhadap Felisha sehingga menyebabkan Felisha begitu kecewa.
Kerana , walaubagaimanapun Qashaf yakin bahawa status yang dimuat naik oleh Felisha itu adalah sebuah mesej untuknya.
Kerana Qashaf juga tahu. Felisha bukanlah seorang gadis yang gemar memberitahu semua orang tentang perasaanya. Apatah lagi untuk memuat naik status sebegitu.
Sejurus menerima pesanan ringkas dari Felisha , teks itu lantas dibuka dan dibaca.
" Ya Allah. Ape aku nak buat ni ? "
Desis hati Qashaf yang seakan-akan buntu akan apa yang harus dia lakukan.
Setelah beberapa minit , nafas yang panjang ditarik oleh Qashaf. Tangannya yang menggeletar digagahkan juga untuk menaip pesanan ringkas kepada Felisha.
" Waalaikumsalam. Okay then. "
Balas Qashaf dengan ringkas dan seakan tidak peduli. Meski hatinya sudah tidak keruan akan apa yang hendak diperkatakan oleh Felisha nanti , namun egonya tetap saja menguasai diri.
Hati siapa saja yang tidak sakit apabila menerima respon sebegitu rupa setelah segala ego telah dibuang semata-mata ingin menyelesaikan segala salah faham yang telah timbul antara mereka berdua itu ?
Walaubagaimanapun , Felisha tetap kekal tenang setelah menerima mesej dari Qashaf itu. Kerana , Felisha sudah bersedia akan situasi itu.
Begitulah apa yang terjadi kepada Qashaf dan Felisha sebelum cuti penggal selama seminggu itu tiba.
Walaupun sudah seminggu berlalu , hati Felisha tetap saja terasa sakitnya. Cuma setelah berulang kali dilukai , Felisha sudah tahu bagaimana untuk menolak ketepi mengenai dia dan Qashaf buat sementara waktu.
Raidhatul dan Anizira yang sudah tahu akan rancangan Felisha hanya mampu menasihati Felisha.
" Okay , so.. Kau kena prepare mental and fizikal kau. Relax okay ? "
Ujar Anizira dengan tenang menasihati sahabat baiknya yang seorang itu.
" Sha , aku tau kau sakit. But please relax. Kau kena settle kan benda ni cepat. "
" Sebab nanti makin lama , kami serabut. "
" Aku just nak cakap yang.. kau jangan cari dia. Biar dia pulak cari kau okay ? "
Kata Raidhatul secara panjang lebar menasihati Felisha.
" Yeah , aku setuju. Kau dah banyak sangat tunjuk effort kau untuk fix relationship korang. "
" If dia ingat.. and dia nak tahu ape yang kah nak cakap.. "
" HE WILL FIND YOU. "
" Okay ? "
Kata Anizira yang menyuarakan persetujuannya akan apa yang dikatakan oleh Raidhatul sebentar tadi.
Felisha yang mendengarkan satu-persatu nasihat dari kedua sahabat baiknya itu hanya mampu terdiam dan menyeka lembut air mata yang sudah jatuh berjuraian dipipinya itu.
" Sha , kau kuat. Aku tahu kau penat. "
" So .., if dia cari kau. Settle kan elok-elok. Bagi tau dia yang kau marah. Kau pun ade ego. Kau sakit. Kau kecewa dengan dia. Bagitau dia.. "
" So that he'll know ape yang dia buat selama ni salah. "
Sekali lagi Raidhatul bersuara menasihati Felisha dengan nada suara yang tegas.
" But if dia tak cari kau.. "
" Stop wasting your time Sha. "
" You deserve better. "
" Or maybe it's just not the right time for both of you. "
" Ape pun , if dia tak cari kau.. Kau jangan cari dia. Sebab if dia betul sayangka relationship korang , he will find you Felisha. HE WILL. "
Celah Anizira yang juga menasihati Felisha dengan nada yang agak tegas.
" Ape pun jadi , kau ade kitorang. Okay Sha ?"
" Dah , jangan nangis. Relax okay ? "
" Cepat atau lambat , kau kena hadap jugak benda ni. "
" Allah pertemukan kita dengan someone , bukan saja-saja. Akan ada sebabnya kenapa kau dipertemukan dengan dia. Think positive okay ? "
" Believe that.. Allah knows what's the best for you. So please. Trust Allah. Always ! Okay ? "
Tambah Raidhatul lagi yang cuba menyumbangkan semangat kepada Felisha agar tidak mudah mempersoalkan takdir yang telah diatur oleh Sang Pencipta.
" Ape-ape , just keep us update. And we'll be there for you. Alright ? "
Ujar Anizira yang memberitahu Felisha bahawa mereka berdua akan sentiasa ada untuk Felisha walau apa sahaja yang berlaku.
Share this novel