" Sudah .., merajuk pulak dah hahaha "
Sekali lagi dengan sengaja Qashaf mengusik dua orang sahabat baiknya itu.
" Okay , kita dah sampai ..! "
Kata Felisha dengan riang memberitahu bahawa mereka sudah tiba di Lepaking Cafe.
Dengan pantas tali pinggang keledar dibuka. Felisha , Qashaf , Luq dan Am pun keluar dari perut kereta tersebut. Lalu mereka mengnstur langkah mereka memasuki perkarangan kafe tersebut.
Dihadapan Qashaf , Felisha duduk. Segaris senyuman nipis jelas terpapar diwajah mereka berdua.
" Ehem ehem. "
Dengan sengaja Luq dan Am berdehem selepas melihat Felisha dan Qashaf yang saling berbalas senyuman itu.
Felisha dan Qashaf yang mendengarkan itu lantas menunduk malu.
" Hai , selamat datang. "
Sapa soerang gadis pelayan di kafe tersebut sambil menghulurkan buku-buku menu dimeja yang diduduki oleh mereka berempat.
" Haii "
Balas Felisha kepada gadis itu dengan lembut berserta sekuntum senyuman diwajahnya.
Tanpa membuang masa , buku-buku menu itu diagihkan seorang satu. Helaian demi helaian diselak oleh mereka mencari hidangan yang menarik perhatian.
" Em , saya nak Spaghetti Aglio Olio satu... and. emm Ice Lemon Tea satu."
Kata Felisha kepada gadis itu yang membuat pesanan makanan.
" Saya nak Nasi Goreng Kampung satu , dragan Teh O' ais satu. "
Ujar Luq yang turut membuat pesanan.
" Bagi saya Nasi Goreng USA satu , air.. bagi saya sirap limau ais. "
Kata Am yang juga menempatkan pesanannya.
" Okay , Encik ? "
Soal gadia itu sambil memandang Qashaf yang masih merenung ke arah buku menu dihadapannya.
" Bagi saya fish and chip satu. Ice Lemon tea satu. "
Kata Qashaf dengan sopan.
" Okay , saya bacakan balik. "
" Spaghetti Aglio Olio satu , Ice Lemon Tea dua , Nasi Goreng Kampung satu , Teh O' Ais satu , Nasi Goreng USA satu , Sirap Limau Ais satu. "
Ujar gadis itu yang menyemak semula catatan pesanan mereka berempat.
" itu je ? "
Tanya gadis itu kepada mereka berempat sekiranya masih ada yang mahu menambah pesanan.
" tak ada. "
Jawab Qashaf dengan lembut.
" Alright. Sila tunggu sekejap ya. "
Balas gadis itu sambil tersenyum mesra sedang tangannya mengumpul semula buku-buku menu yang diberi tadi.
Lalu gadis tersebut mengatur langkahnya berlalu pergi dari meja yang diduduki oleh mereka berempat.
( Ring )
Deringan telefon pintar Felisha jelas kedengaran menandakan masuknya pesanan ringkas.
Tanpa berlengah telefon pintar berjemana Iphone berwarna hitam itu lantas diambil dan dikeluarkan dari beg tangan Felisha.
Paparan skrin dibuka dan dilihat. Nama akaun milik Qhaireena jelas terpapar. Dengan perasaan penuh ingin tahu , Felisha lantas membuka peti pesanan itu.
" Jangan ingat kau dah menang. "
" Permainan masih panjang. "
" Qashaf milik aku. "
" Kau tak layak untuk dia. "
Dengan teliti satu persatu pesanan itu fibaca oleh Felisha. Dahi Felisha mula berkerut sedang kedua-dua bebola matanya merenung skrin telefon itu.
" Tak habis-habis lagi ke ? "
" haih "
Bisik hati Felisha yang merungut dan mengeluh setelah melihat pesanan ringkas yang dikirimkan oleh Qhaireena itu.
" Sha ..? Okay tak ? "
" Sha ..? "
" Felisha .. "
Setelah melihat wajah Felisha berkerut agak lama , Qashaf mula memanggil Felisha dengan lembut. Namun Felisha tetap hanyut dalam lamunannya.
" Felisha Aireena ..? "
Panggil Qashaf sekali lagi dengan nada lembut sambil tangan kanannya melambai-lambai dihadapan wajah Felisha.
" Em ? Ya ? Kenapa ? "
Secara automatik , persoalan itu terbit dari bibir Felisha sejurus dirinya tersedar dari lamunan. Pandangan mata Felisha yang tadinya tertumpu pada skrin telefon kini beralih kepada wajah Qashaf dihadapannya itu.
" Okay tak ? "
Persoalan Felisha dibalas dengan persoalan. Qashaf yang seakan-akan dapat merasakan sesuatu sedang berlaku lantas bertanya sekiranya Felisha dalam keadaan baik-baik sahaja atau tidak.
" Ah , I'm okay .. "
Jawab Felisha dengan ringkas sambil tersenyum nipis melihat Qashaf.
" You sure ? "
Tanya Qashaf sekali lagi yang ingin memastikan bahawa Felisha benar-benar dalam keadaan baik-baik sahaja.
" Yes I am. Don't worry. "
Jawab Felisha yang masih tidak mahu memberitahu Qashaf berkenaan hal itu. Segaris senyuman nipis sekali lagi dilontarkan kepada Qashaf.
" Okay then.. "
" But Sha .. "
Kata-kata Qashaf tergantung seketika.
" What ? "
Tanya Felisha yang ingin tahu apakah yang ingin Qashaf katakan.
" ..if there's something happen. Please tell me. Okay ? "
Sambung Qashaf dengan nada perlahan dan lembut.
Entah mengapa meski sudah berkali-kali Felisha berkeras tidak mahu berterus terang terhadapanya , semakin hatinya mengatakan ada sesuatu yang disembunyikan oleh Felisha.
" Ya Allah.. Iya , Qash. Don't worry ..! "
Kata Felisha sambil tersenyum melihat gelagat Qashaf yang begitu prihatin terhadap dirinya.
" Good girl. "
Kata Qashaf sambil menguntumkan senyuman manis dibibirnya.
Setelah hampir sepuluh minit menunggu , akhirnya makanan yang dipesan tiba. Dengan penuh sopan dan beradab mereka berempat menikmati hidangan mereka sambil berbual.
Sedang mereka berempat rancak berbual mengenai kerjaya diri masing-masing , dua orang gadis dalam lingkungan usia 20-an mula menegur Felisha dengan mesra.
" Assalamualaikum.. ni.. Felisha Aireena ke ?"
Tanya seorang gadis yang sudah berdiri benar-benar disamping Felisha itu.
Felisha yang seda g rancak berbual lantas menoleh ke kiri bahunya dan mendongak melihat wajah gadis tersebut yang sedang tersenyum.
" Waalaikumsalam , ya.. saya "
Jawab Felisha dengan sopan dan ringkas.
" Ya Allah kak ! Saya minat sangat dengan novel baru akak ! Saya baru je tengok " Selamat Pagi Malaysia " tadi. Tak sangkanya boleh jumpa akak ! "
Keterujaan dua orang gadis itu jelas terpapar diwajah mereka berdua.
" Alhamdulillah. Terima kasih sudi baca novel akak.. "
Balas Felisha dengan sambil tersenyum mesra melihat mereka.
" Akak , nak minta sign boleh ? "
Tanya seorang lagi gadis kepada Felisha sambil menghulurkan senaskah novel " Takdir " karya Felisha itu sambil tersenyum.
" Boleh.. "
Jawab Felisha sambil tersenyum. Lalu huluran buku tersebut disambut oleh Felisha. Dengan penuh berhati-hati , Felisha mula menandatangan buku tersebut.
" Akak , saya nak jugakkk ! "
Pinta seorang lagi gadis dengan teruja sambil menghulurkan buku novel " Takdir " miliknya kepada Felisha.
" Boleh. "
Jawab Felisha sekali lagi sambil tersenyum menyambut huluran buku tersebut.
Selesai menandatangani buku novel dua orang gadis itu , Felisha diajak bergambar pula.
" Akak , nak bergambar boleh ? "
Soal salah seorang gadis dengan sopan.
" Boleh boleh. "
Jawab Felisha bersama seukir senyuman.
Lalu Felisha pun berdiri disamping mereka berdua.
" Abang , tolong ambilkan gambar kitorang boleh ? "
Soalan itu tiba-tiba sahaja dilontarkan oleh salah seorang gadis itu kepada Qashaf yang dari tadi memerhati Felisha."
" ouh.. boleh boleh. "
Jawab Qashaf dengan pantas yang hanya menurut.
Setelah gambar selesai diambil , mereka berdua pun berlalu pergi selepas mengucaplan terima kasih atas kesudian Felisha untuk menandatangani buku-buku mereka serta bergambar bersama mereka.
" Famous betul kau Sha. "
Tegur Luq setelah melihat dua orang gadis yang datang menyapa Felisha sebentar tadi.
" Itulah. Sampai minta ambil gambar tuu "
Tambah Am yang turut merasakan perkara yang sama.
Felisha yang baru melabuhkan dirinya itu lantas memandang Luq dan Am. Bersama segaris senyuman Felisha berkata.
" Eh , buku aku yang famous. Diorang suka karya aku. Bukan aku. Hahahah "
Jawab Felisha dengan jujur sambil tertawa kecil. Buat Felisha , bukan dirinya yang diminati. Namun karya tulisannya yang telah berjaya mencuri hati para pembaca.
" Alah , sama jee "
" Bila minat buku , mesti akan cari siapa penulisnya. "
Ujar Am yang menyuarakan pendapatnya berkaitan hal tersebut.
" Betul tak Qash ? "
Tiba-tiba sahaja , nama Qashaf dipetik oleh Am. Qashaf yang tadinya memandang Felisha lantas mengalihkan pandangannya memandang Am dan Luq disampingnya.
" Yang tu aku setuju. "
Kata Qashaf yang turut merasakan perkara yang sama.
" Okayla. Aku famous. Tapi buku aku lagi famous. Okay full stop. "
Ujar Felisha yang masih tidak mahu mengalah.
" hahahahah tak nak kalahhhh "
Kata Luq sambil tertawa melihat sikap Felisha yang tetap tidak mahu beralah.
" Perempuan "
" Kena lah selalu betul. ahahah "
Tambah Am sambil tetawa.
Lalu , meletuslah ketawa antara mereka berempat. Meski Am dan Luq baru berjumpa Felisha , namun mereka seakan sudah mengenali Felisha dalam suatu tempoh yang lama.
Share this novel