Bab 68

Drama Completed 10189

Setelah hampir 10 minit menunggu , akhirnya ketibaan yang dinanti pun tiba.

" Fuh "

Keluh Qashaf yang cuba untuk menenangkan dirinya yang semakin berasa gementar.

" jom ! "

Ujar Luq , Am dan Adam yang kini berdiri disampingnya. Sedang Qashaf membetulkan songkoknya dihadapan tingkat kereta itu , Luq dan Am menepuk lembut bahu Qashaf.

Namun Qashaf hanya mengukir segaris senyuman manis kepada kepada mereka bertiga.

" Bismillah. "

Bismillah dibaca dengan nada perlahan sedang hati mengharapkan agar Allah memudahkan urusan pernikahan mereka berdua.

Berbaju melayu putih , bersampin emas , Qashaf kini melangkahkan kakinya memasuki ruangan masjid itu.

Wajah Felisha yang cantik manis itu dicari. Lalu direnung dan dilemparkan senyuman nakal kepadanya.

Dihadapan Encik Samad , Qashaf duduk bersedia. Tepat jam 1 petang , majlis akad nikah pun bermula.

Dengan tangan yang berpeluh akibat gementar , Qashaf menyambut salaman Encik Samad.

" Aku kahwinkan dikau dengan anak perempuanku Felisha Aireena binti Samad dengan emas kahwinnya RM 10  000 tunai ! "

Nafas ditarik sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan oleh Qashaf.

" Aku terima nikahnya Felisha Aireena binti Samad dengan emas kahwinnya RM 10 000 tunai. "

Lafas Qashaf dengan nada suara penuh kelelakian dan tenang.

" Sah ? "

" Sah ! "

" Alhamdulillah ! "

Dengan sekali lafaz , Qashaf dan Felisha kini bergelar suami dan isteri yang sah.

Tangan ditadahkan , doa dipanjatkan  buat pasangan pengantin baru itu.

Usai itu , kini tibalah masanya untuk sesi menyarungkan cincin perkahwinan.

Selangkah demi selangkah , Qashaf berjalan menuju ke arah Felisha bersama senyuman nakal.

Felisha yang sedang mengusap air mata bahagianya itu turut membalas senyuman nakal Qashaf dengan senyuman manisnya.

Dihadapan Felisha Qashaf duduk melutut. Wajah Puan Siti Zubaidah dan Puan Zaireena disamping Felisha jelas terpapar rasa bahagia.

Cincin perkahwinan segera dihulurkan ke tangan Qashaf.

" W-wife ..? "

Panggil Qashaf dengan lembut dan tergagap kepada Felisha bersama segaris senyuman lebar.

" t-tangan please ... "

Tambah Qashaf yang malu-malu untuk memegang tangan Felisha meskipun mereka berdua kini sudah  bergelar suami isteri yang sah.

Dengan tangan yang menggigil Felisha menghulurkan tangan kanannya kepada Qashaf.

Qashaf yang juga menggigil cuba untuk menyambut tangan Felisha. Namun ketika tangan merema berdua hampir bersentuhan , mereka berdua segera menarik semula tangan mereka berdua dan tersenyum malu.

Setelah cubaan ketiga , akhirnya Felisha dan Qashaf berjaya menyarungkan cincin perkahwinan mereka.

Lalu tangan Qashaf disalam penuh kasih oleh Felisha. Disaat ini , Felisha dan Qashaf kedua-duanya menitiskan air mata bahagianya.

Setelah hampir tiga minit , salaman antara Qashaf dan Felisha pun dileraikan. Air mata yang jatuh lembut dimata kanan Felisha jelas kelihatan.

" Don't cry .., sayang. "

Pujuk Qashaf dengan nada lembut dan perlahan sedang tangan kanannya mengusap perlahan air mata Felisha itu.

Akhirnya , setelah hampir 6 tahun mereka berdua saling mencinta dalam diam dan berdoa yang terbaik buat satu sama lain , mereka berdua kini bersatu dengan restu keluarga dan redha Allah.

Selesai saja majlis akad nikah , mereka pun pulang ke rumah. Qashaf memandu kereta BMW 4 series Coupe berwarna hitam menuju ke rumah keluarga Felisha.

" Silakan masuk , my wife. "

Kata Qashaf sambil tersenyum nakal dihadapan pintu kereta yang terbuka itu.

Felisha yang melihat perubahan kelakuan Qashaf yang menjadi " Mr. Romantic " secara mendadak itu hanya mampu tersenyum manis.

Dalam perjalanan , Felisha memandang Qashaf yang sedang memandu itu dengan wajah berukir senyuman.

" Wife , jangan la pandang husband macam tu. "

" malu laaa "

Ujar Qashaf sambil tertawa kecil.

" Biarlah wife nak tengok muka husband lama-lama. "

" handsome ! "

Balas Felisha sambil tersenyum nakal memandang Qashaf.

Tanpa sebarang kata , Qashaf segera menghulurkan tangan kirinya kepada Felisha.

Dan Felisha pun menyambut huluran tangan Qashaf. Lalu mereka berdua pun berpegangan tangan dengan erat.

" I love you , wife. "

Lafaz Qashaf dengan lembut dan perlahan sambil tangannya menggenggam erat tangan Felisha dan mencium lembut tangan Felisha.

Lalu genggaman tangan mereka kembali diturunkan. Kini giliran Felisha pula membalas.

" and I love you more , husband. "

Ucap Felisha dengan nada suara perlahan dan lembut sambil mencium tangan Qashaf.

Tiba saja dirumah , bilik Felisha yang telah berubah menjadi bilik pengantin dituju.

Pintu kereta Felisha dibuka oleh Qashaf. Berpimpinan tangan , Qashaf dan Felisha melangkah memasuki perkarangan rumah.

Segala peralatan hiasan Felisha buka , diatas katil Felisha duduk. Disamping Felisha , Qashaf melabuhkan dirinya.

Perlahan-lahan , tubuh Felisha ditarik oleh Qashaf sehingga menghadap dirinya.

Tangan Felisha dipandang oleh Qashaf dan digenggam erat oleh Qashaf. Bersama segaris senyuman nipis , Qashaf berkata.

" Sha .., we're married. "

" finally. "

Ujar Qashaf dengan perlahan dan lembut.

Setelah selesai mengatakan itu , perlahan-lahan wajah Qashaf diangkat memandang wajah Felisha. Genangan air mata Qashaf jelas kelihatan.

Dengan lembut Qashaf mengangkat tangan Felisha dan menciumnya sedang kedua-dua kelopak mata Qashaf dipejamkan hingga menitis air matanya.

" I love you , wife. "

Ucap Qashaf bernada perlahan sambil membuka matanya memandang Felisha.

" I love you too , husband. "

Balas Felisha sambil tersenyum nipis sedang matanya menitiskan air mata.

Perasaan ini. Setelah sekian lama mereka berdua menanti tanpa sebarang jawapan pasti.

6 tahun , tempoh penantian untuk bersatu. 6 tahun , merek berdua menahan rindu dan cinta tanpa sebarang khabar berita. 6 tahun , dua jasad ini menanti dengan sabar.

Dan kini , penantian mereka membuahkan hasil. Rasa cinta yang begitu kuat buat satu sama lain , dan rasa manisnya penantian selama ini.

Usai itu Qashaf melepaskan genggaman erat tangan mereka berdua. Lalu tangan Qashaf memengang kepala Felisha dengan lembut dan menarik perlahan dahi Felisha ke bibirnya.

Dengan penuh kasih , Qashaf mencium dahi Felisha bersama mata yang ditutup rapat. Air mata jernih jelas kelihatan menuruni pipi kusamnya.Felisha , juga menitiskan air matanya.

Setelah beberapa minit mereka berdua kekal diposisi itu , akhirnya Qashaf melepaskan bibirnya yang mendarat didahi Felisha tadi.

Dengan kasar Qashaf meraup wajahnya dan menyeka air mata yang berisa dipipi kusamnya.

" Dah , wife pergi mandi. Cuci make up , semua okay. "

" husband nak turun kejap. Nak jumpa papa."

" kejap lagi , husband naik mandi. Then... "

" husband imamkan sayang sorang je okay ?"

" heheheh "

Kata Qashaf sambil tersemyum nakal memandang Felisha.

Felisha yang mendengarkan itu , lantas menangguk sebagai jawapan sedang bibirnya menguntumkan senyuman lebar buat suaminya.

" Good girl. "

Ucap Qashaf sambil tersenyum sedang tangan kanannya melayang ke atas kepala Felisha dan dengan lembut , Qashaf mengusap kepala Felisha yang masih berlapik tudung.

" okay , husband turun kejap tauu "

Kata Qashaf yang memberitahu Felisha bahawa dirinya ingin turun ke bawah sebentar.

" Iyee husband. Jangan lama tauuu "

" Nanti wife rinduuu hahaha "

Jawab Felisha dengan nada manja sambil tertawa kecil.

" ish. Husband tak jadi turun la macam ni."

Balas Qashaf sambil tersengih.

" eh okay okay. Husband turun ye. Jumpa papa. Nanti husband naik , siap-siap. Then kita solat sekali yee. "

Kata Felisha dengan lembut dan wajah tersenyum kepada Qashaf.

" Okay okay. Husband turunnn "

Balas Qashaf sambil tersenyum.

Lalu Qashaf pun mengatur langkahnya menuruni anak-anak tangga itu dan berjumpa dengan Encik Samad yang sedang duduk diatas sofa diruang tamu rumah mereka itu.

Manakala Felisha , segera membersihkan wajahnya dari solekan dan mandi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience