" Felisha ... "
Qashaf memanggil Felisha dengan nada mesra. Namun Felisha tetap kaku berdiam diri.
" Aku mintak maaf lah.. "
Kata Qashaf bernada sedikit rasa bersalah.
Felisha tetap merenung kearah Qashaf. Perlahan-lahan , takungan air mata Felisha akhirnya pecah. Lalu tumpahlah genangan air matanya menbasahi pipi kusamnya.
Qashaf yang terkedu akan apa yang dilihatnya lantas berkata
" Weyh , Sha ! Kau nangis ke ? Weyh janganlah macam ni ! "
" Aku mintak maaf... Sha.. Jangan lah nangis... "
Ujar Qashaf yang semakin cuak apabila air mata Felisha semakin deras mengalir. Namun begitu , kata-kata maaf yang terbit dari bibir Qashaf tetap tidak diendahkan oleh Felisha.
" Ayokk ! Kau buat ape dekat Felisha , Qashaf ?! "
" Sudahh...! Dah bergaduh menangis pulak.. "
" ayok Qash ! "
Kata ahli kumpulan mereka berdua yang sengaja menambahkan lagi rasa bersalah disudut hati Qashaf setelah melihat Felisha yang masih diam membatu sedang air matanya terus mengalir.
Mata Felisha yang masih menghasilkan air mata ditenung oleh Qashaf. Tangan Qashaf menggeletar.
" Sha.. Aku mintak maaf. Jangan macam ni tho.. "
Kata Qashaf yang masih gigih mencuba untuk memujuk Felisha agar air matanya berhenti dari mengalir.
" Nah , tisu .. lap air mata tuu... "
Kata Qashaf sambil menghulurkan sehelai tisu kepada Felisha dengan tangan yang menggeletar.
Namun Felisha tetap berdiam dan tidak mengendahkannya.
" Ya Allah Felisha ! "
Jerit Qashaf sekuat hati apabila melihat hidung Felisha kini berdarah.
Tanpa berfikir panjang Qashaf dengan pantas menekupkan tisu ditangannya ke hidung Felisha bagi mengelap darah yang mengalir.
Qashaf semakin panik. Lalu ditolaknya dengan kasar kepala Felisha agar mendongak supaya darah yang mengalir dari hidungnya dapat diperlahankan pengalirannya.
Wajah Qashaf kini benar-benar dekat dengan wajah Felisha.
Sedang Felisha cuba untuk menolak tangan Qashaf , jeritan Qashaf menghentikan Felisha.
" Cikgu ! Cikgu ! Hidung Felisha berdarah ! "
Jerit Qashaf bernada cemas.
" Ya Allah macam mana boleh berdarah ni "
Soal Cikgu Azita bernada cemas setelah melihat tisu yang ditekupkan oleh Qashaf sebentar tadi sudah basah dipenuhi darah.
" Ziqry , tolong pergi ke kaunter cafe dan ambil sebotol air mineral cepat ya. "
Arah Cikgu Aiman kepada salah seorang peserta kem itu.
" Ya Allah lamanya Ziqry ni. "
Desis hati Qashaf yang semakin tidak keruan dan berasa ingin memarahi semua orang disekelilingnya.
Ketika sedang menunggu Ziqry tiba , Felisha sekali lagi cuba untuk menolak tangan Qashaf.
Namun Qashaf tetap berkeras. Lalu Qashaf menunduk dan memandang wajah Felisha yang seakan terkedu itu dan berkata.
" Ish duduk diamlah ! "
Ujar Qashaf bernada cemas seiringan riak wajahnya yang panik.
Felisha yang sudah terkedu bertambah terkejut apabila melihat personaliti Qashaf disisi yang sangat-sangat berbeza.
Qashaf yang tadinya menyakitkan hati kini berubah menjadi Qashaf yang sangat prihatin.
Selang seminit , Qashaf menunduk semula melihat wajah Felisha. Dengan pantas tangannya mengelap darah yang berbaki dan menukarkan tisu lalu menekup hidung Felisha sekali lagi.
Felisha yang terasa semakin pening mencuba untuk kekal sedar. Namun begitu , Felisha gagal. Felisha kini tidak menyedarkan diri.
Tangan kiri Qashaf yang menampung kepala Felisha mendongak terasa berat secara tiba-tiba.
Qashaf pun melihat wajah Felisha. Melihat Felisha yang tidak menyedarkan diri menambahkan rasa bimbang diruang hati Qashaf.
" Ya Allah. Cikgu. Felisha pengsan ! "
Ujar Qashaf kepada Cikgu Azita dan Cikgu Ashraf bernada cemas. Dengan sekelip mata , situasi di dewan itu bertukar menjadi cemas dan sedikit tidak terkawal. Para peserta lain mula tertanya-tanya akan apa yang terjadi kepada Felisha.
Lalu dengan pantas Cikgu Ashraf dan Qashaf memapah Felisha dengan penuh berhati-hati keluar dari dewan itu.
Diatas sofa panjang di lobi Felisha dibaringkan. Setelah hampir 8 minit , Ziqry akhirnya tiba dalam keadaan mengah bersama dua botol air mineral.
Dengan pantas Cikgu Ashraf membasahkan tangan kanannya dengan sedikit air mineral tadi dan merenjiskan ke wajah Felisha.
Setelah beberapa kali air itu direnjiskan , Felisha kembali menyedarkan diri. Akhirnya , Cikgu Ashraf , Cikgu Azita , Ziqry dan Qashaf dapat menghela nafas lega.
Felisha yang perlahan-lahan membuka matanya masih tidak mampu untuk duduk dengan betul. Lalu Felisha dibantu oleh Cikgu Azita yang berada disisinya untuk duduk bersandar pada sofa.
" Felisha , awak okay ? "
Soal Cikgu Azita bernada lembut kepada Felisha yang baru menyedarkan diri.
" ha ? em.. saya.. okay je cikgu... "
Jawab Felisha bernada lesu akbibat baru tersedar dari pengsan.
" Jom , Cikgu papah awak ke toilet. Kita bersihkan darah tu. "
Kata Cikgu Azita kepada Felisha.
Felisha yang masih terasa pening hanya akur dan mengangguk.
Perlahan-lahan tubuh Felisha dipapah oleh Cikgu Azita dan berlalu pergi ke tandas untuk membasuh sisa darah yang mengalir dibahagian bawah hidung Felisha tadi. Sekali gus Felisha membilas air pada mukanya sebanyak 2 kali untuk kembali sedar sepenuhnya.
" Felisha , awak nak teruskan aktiviti atau awak nak rest dekat dorm ? "
Soal Cikgu Ashraf yang masih bimbang akan keadaan Felisha.
" Saya ... nak teruskan aktiviti cikgu. Saya okay.. Badan saya panas sikit je.. Saya dah biasa macam ni.. "
Jawab Felisha yang masih mahu untuk meneruskan aktiviti itu tanpa mebghiraukan kepalanya yang masih rancak berdenyut itu.
" Ouh okaylah kalau macam tu. "
Balas Cikgu Ashraf yang akur akan keputusan Felisha.
" Qashaf , tolong bawakan botol air mineral tu masuk dewan. "
Arah Cikgu Azita kepada Qashaf.
Lalu Cikgu Azita pun memapah Felisha memasuki dewan tersebut. Perlahan-lahan Felisha duduk bersama ahli kumpulan mereka yang lain. Wajah Felisha yang pucat ditenung oleh ahli kumpulan mereka yang lain dengan wajah yang agak khuatir.
" Felisha kau okay ? "
" Kau okay tak ? "
" Kau asal tho Felisha. "
Soalan demi persoalan bertubi-tubi dilontarkan oleh Alif , Syazwana dan Nabila kepada Felisha. Tiba-tiba , Risya bersuara.
" Alah , drama je lebih. dasar attention seekers. "
Ujar Risya bernada sindiran. Qashaf yang mendengarkan itu lantas berkata dengan nada marah.
" eh kau kenapa ?! "
" Qashaf.. "
Felisha memanggil nama Qashaf dengan suara bernada lesu.
Felisha yang sudah sakit kepala hanya menarik pergelangan baju Qashaf untuk duduk semula dan menenangkan diri.
Risya yang ditengking oleh Qashaf sebentar tadi lantas menjeling tajam kearah Felisha.
" tak guna punya perempuan. Sebab kau Qashaf tengking aku eh ?! "
Bisik hati Risya yang semakin memuncak amarahnya apabila ditengking oleh Qashaf hanya kerana Felisha.
Risya yang sudah lama tidak gemar akan kehadiran Felisha kini semakin membuak-buak rasa bencinya pada Felisha hanya kerana Qashaf memberikan perhatiannya kepada Felisha.
Siapa saja yang tak cemburu apabila seorang lelaki yang sangat dingin tiba-tiba sahaja berubah menjadi seorang yang prihatin terhadap gadis yang baru sahaja dikenalinya itu.
Usai saja aktiviti diwaktu malam itu , Felisha dipapah oleh rakan sebiliknya kembali ke bilik mereka untuk berehat.
Share this novel