" Budak muka Qash tu ingat aku suka dia tho ! "
" Eeee Bangang punya pasal la ni. Ajak aku usha dia sebab muka dia macam Qash. "
" Sekali aku yang kena. Tak pasal-pasal dia perasan aku suka diaaaa "
" Aaaaaaa "
Rungut Raidhatul yang meluahkan rasa tidak selesanya apabila diganggu oleh remaja lelaki atau junior yang iras wajah Qashaf itu.
" Hahaha sorry laaa mane aku tau dia boleh perasan kau suka dia ! Sebenarnya , lama-lama aku tengok , makin tak sama pulak muka dia dengan Qash ! hahahah "
Kata Felisha sambil tertawa sendiri. Manakala Anizira yang melihat gelagat dua orang sahabatnya itu hanya mampu tertawa tanpa berhenti.
" Eeee buat ape aku nak crush dekat dia tho. Aku dah ade crush kot ! "
Tambah Raidhatul yang masih tidak berpuas hati dengan " budak muka Qash " itu.
Anizira yang mendengarkan itu lantas berkata dengan lantang
" Tu la. Harith en ? "
Entah bagaimana , tiba-tiba sahaja secara serentak Felisha , Raidhatul dan Anizira memandang ke arah kiri mereka dimana terdapat beberapa orang pelajar yang sedang membeli gula-gula daripada guru koperasi iaitu Puan Hanida.
Lalu mereka bertiga terlihat wajah yang sedang tersenyum lebar sedang memandang mereka bertiga.
Dengan pantas pandangan mereka bertiga dialihkan dan mereka bertiga memandang kedalam anak mata masing-masing. Lalu , meletuslah ketawa tiga gadis remaja itu hingga kemerahan pipi mereka. Mereka bertiga tiba-tiba sahaja menjadi tidak keruan.
Anizira dengan pantas berdiri dan menuju ke arah tong sampah untuk membuang plastik makanan didalan genggamannya sambil menahan ketawanya.
Felisha pula lantas berdiri dan mengatur langkahnya menjauhi kawasan itu dan berpaling dari kawasan yang diduduki mereka bertiga tadi.
Manakala Raidhatul pula , yang paling tidak keruan telah berjalan dengan laju melarikan dirinya hingga ke tepi bilik darjah kelas PPKI ( Program Pendidikan Khas Integrasi ) dan terduduk mencangkung akibat tidak mampu menahan malu.
Setelah Felisha dan Anizira agak tenang , mereka berdua dengan pantas menuju ke arah Raidhatul.
" Weyhh sorryyy hahahaha "
Ujar Anizira kepada Raidhatul yang memohon maaf atas tindakannya yang memalukan sahabatnya itu tadi sambil tertawa kerana masih tidak mampu " move on " dengan kejadian itu.
" Bangang , kau okay tak ? hahahaha "
Soal Felisha kepada Raidhatul yang sudah merah padam wajahnya itu sambil tertawa sendiri.
" Bongok la Baengong ! Hahahaha "
Jerit Raidhatul kepada Anizira sambil tertawa.
Entah bagaimana , tiba-tiba pula hari ini crush Raidhatul iaitu Umayr Harith boleh berada disitu. Yang paling tidak boleh diterima , Umayr Harith telah mendengarkan apa yang Anizira katakan tadi dan tersenyum lebar merenung ke arah Raidhatul.
Benar , Raidhatul sudah pun berterus terang kepada Harith bahawa dia mempunyai perasaan suka terhadap Harith. Dan Harith juga tahu bahawa Raidhatul menganggap dirinya adalah " crush " tetapi , kejadiaan itu benar-benar peristiwa yang memalukan buat Raidhatul.
( RingRing )
Loceng pun berbunyi menandakan telah habisnya sesi pembelajaran PDPC buat pelajar sesi pagi.
Setelah tangan Puan Hafida disalam , Felisha meneruskan perjalanannya untuk pulang ke rumah.
Sedang Felisha berjalan menuruni anak-anak tangga itu , Firash dengan pantas berlari mengejar Felisha dan berjalan bersama-sama Felisha.
" Em.. Shaa.. Kau suka tak hadiah yang aku bagi kelmarin ? "
Soal Firash sambil tersengih panjang kepada Felisha ketika bertanya jika Felisha suka atau tidak akan hadiah yang telah diberikannya sebagai tnda terima kasih itu.
" Ouh. Suka sangat ! Thanks tau. Susah-susah je. "
Jawab Felisha sambil memandang Firash yang berada disampingnya dengan wajah yang tersenyum manis hingga menampakkan lesung pipitnya.
Firash yang mendengarkan jawapan Felisha seiringan melihat wajah Felisha yang ayu itu lantas tersenyum lebar sedang tangan kanan Firash mengusap rambutnya yang lebat.
" baguslah kalau kau suka.."
" ... nanti boleh suka tuan yang bagi pulak.. "
Ujar Firash dengan nada perlahan sambil tersenyum tersipu malu.
" Ha ? Apa dia ? "
Soal Felisha yang tidak mendengar dengan begitu jelas apa yang dikatakan oleh Firash sebentar tadi.
" Aaa ha ? Takde pape. "
Jawab Firash dengan ringkas.
" Ouh. Em okay. Bye. "
Balas Felisha yang mengucapkan selamat tinggal kepada Firash setelah melihat kereta Toyota Hilux berwarna putih sudah berada dihadapan mata.
Firash yang mendengarkan itu lantas memanggil Felisha hingga Felisha memandang wajahnya.
Bersama dahi yang berkerut Felisha memandang Firash dan berkata.
" Apa ? "
Dengan wajah yang tersengih Firash berkata.
" Bye. Take care ! Jumpa esok ! "
Ujar Firash sambil mengenyitkan matanya kepada Felisha.
Felisha yang terkejut akan apa yang didengar dan dilihatnya tadi lantas membulatkan matanya.
Seperti kebiasaan , setelah tiba dirumah Firash akan baring sebentar diatas katilnya sambil bermain telefon pintarnya.
Setelah puas bermain telefon pintarnya , Firash meletakkan telefon pintar itu disampingya.
Perlahan-lahan tangan kanan Firash menarik bantal busuknya kedalam dakapan. Dengan erat , Firash memeluk bantal busuknya itu.
" Ouh. Suka sangat ! "
Walaubagaimanapun kata-kata Felisha sebentar tadi telah berjaya membuatkan Firash tersengih sendiri setiap kali teringatkannya.
" Sekarang , kau suka hadiah yang aku bagi.."
" nanti , kau kena suka orang yang bagi hadiah tu pulak. "
" Hahahah "
Gelak Firash sendiri setelah berangan bahawa Felisha akan jatuh hati padanya tidak lama lagi.
" Oi ! Kau menung ape ? "
Soal Am kepada Qashaf setelah dia melihat Qashaf termenung jauh.
" Ha ? M-mane ade. "
Jawab Qashaf dengan pantas sambil menunduk bersama riak wajah yang agak sedih.
" Kau boleh tak jangan tipu kitorang ? "
Ujar Luq dengan nada yang agak tinggi sambil merenung Qashaf dengan pandangan yang tajam.
" Tipu ape ? "
Balas Qashaf sambil mengangkat wajahnya dengan dahi yang berkerut.
" Aku nak kau lupakan dia. "
Secara tiba-tiba , Am menyuarakan pendapatnya itu.
Am dan Luq tahu , bahawa Qashaf masih menyimpan perasaan terhadap Felisha. Dan buat mereka berdua , perasaan sedih yang Qashaf rasakan adalah tidak berasas kerana mereka berdua hanyalah bekas kekasih.
" Hah ?! Lupakan siapa ?! "
Soal Qashaf dengan nada suara yang agak tinggi. Lalu , Qashaf mengalihkan pandangannya kepada Am yang berada disisinya itu. Dahi Qashaf yang sudah berkerut semakin berkerut.
" Kau ingat aku tak tau ke kau still sayangkan ex-girlfriend kau tu ? "
Tanya Luq kepada Qashaf dengan nada suara yang rendah dan mendatar.
" Kalau ye pun aku still sayangkan dia , ape masalahnya dengan korang ? "
Soalan Luq , dibalas dengan soalan. Dengan nada yang agak tinggi Qashaf bertanya kepada Luq dan Am dengan dahi yang berkerut.
" Masalah kitorang sekarang ni adalah kau !"
Jerit Luq yang sudah hampir hilang kesabarannya.
" Kau ingat kitorang suka ke tengok kau asyik termenung macam ni ? Kita nak SPM kau sedar ke tak ? "
Soal Am dengan nada yang agak lembut kepada Qashaf.
" Aku tau. Aku sedar semua tu. Korang tau tak. Kalau bukan sebab korang , aku dengan Felisha okay je sekarang ni ! "
" Kalau bukan sebab aku yang bodoh sangat dengar cakap korang untuk ignore Felisha .. "
" Kalau bukan sebab korang hasut aku.. "
Kata-kata Qashaf terhenti seketika. Nafas yang panjang ditarik oleh Qashaf. Wajahnya ditundukkan , lalu kedua-dua bebola matanya dipejamkan. Akhirnya , genangan air mata Qashaf pecah dihadapan dua sahabatnya itu.
Share this novel