Bab 40

Drama Completed 10189

" Kau sihat ke tak ni dik ? Hahaha "

Usik Ziyad sekali lagi selepas melihat Felisha yang tercengang agak lama.

" Qa-qashaf.. "

Dengan tergagap-gagap , Felisha memanggil Qashaf.

" Ye .., Felisha Aireena.. "

Jawab Qashaf dengan nada suara yang begitu lembut dan riak wajah yang tersenyum nakal.

Sedang Felisha ralit melihat wajah Qashaf itu , tiba-tiba Qashaf mengenyitkan mata kanannya kepada Felisha.

Oleh kerana terlalu terkejut , Felisha yang melihat Qashaf mengenyitkan matanya itu lantas tersedu.

Encik Samad , Ziyad Fedli dan Puan Siti Zubaidah yang dari tadinya hanya menumpukan perhatian kepada Felisha lantas tertawa apabila Felisha tiba-tiba sahaja tersedu.

" Ya Allah budak ni. Hahaha. "

Gelak Encik Samad setelah melihat kelakuan anak perempuannya sebegitu rula buat kali pertama.

Lalu Felisha pun dengan pantas berlari keluar dari ruang itu dan menuju ke biliknya. Diatas katil bersaiz Queen Felisha terduduk merenung jauh ke arah lantai yang bercorak kayu itu.

" Ya Allah.. betul ke apa yang aku nampak tadi ? "

" Qashaf.. in my house ?! "

Bisik hati Felisha sedang bibirnya terkunci rapat.

Perlahan-lahan tangan kanan Felisha yang menggeletar itu diangkat. Lalu cincin yang berada dijari manis tangan kanannya ditenung lama. Ya , cincin itu adalah cincin pemberian Qashaf.

" Qash , try this one. Muat tak ? "

Tanya Felisha sambil menghulurkan sebentuk cincin silver kosong itu kepada Qashaf.

Qashaf yang melihat itu lantas menadahkan tangan kanannya. Lalu Felishavpun meletakkan cincin tersebut diatas permukaan tangan kanan Qashaf.

Tanpa membuang masa , cincin tersebut pun disarungkan ke jari manis tangan kanannya dan ditunjukkan kepada Felisha.

" wow , muat-muat. "

Ujar Qashaf sambil tersenyum lebar melihat Felisha.

" Uwaaa it looks nice tho. "

Kata Felisha sambil tersenyum lebar hingga menampakkan lesung pipitnya dibahagian kiri itu.

Setelah itu , Qashaf kembali merenung ke arah cincin-cincin yang berada dihadapannya. Sebentuk cincin silver yang berpermata itu lantas dicapai dan dihulurkan kepada Felisha.

" Sha , try this one. "

Lalu Felisha pun menadahkan tangannya dan Qashaf meletakkan cincin tadi di atas permukaan tapak tangan kanan Felisha.

Usai itu Felisha menyarungkan cincin tadi ke jari manisnya. Dan , cincin tersebut muat dengan sempurnanya.

" Uuu , it fits perfectly tho ! "

Lafaz Felisha dengan nada riang dan wajah yang tersenyum lebar. Tanpa berfikir panjang , kedua-dua cincin itu pun dibayar dan langsung dipakai dijari manis kanan mereka berdua.

" Selagi cincin ni ditangan Qash , you're mine. Okay ? "

Kata Felisha kepada Qashaf dengan segaris senyuman manis sedang mata mereka berdua saling merenung ke dalam mata masing-masing.

Lalu , Qashaf pun mengangguk perlahan dengan wajah yang tersenyum lebar.

" I will "

Ucap Qashaf dengan nada suara yang begitu lembut dan perlahan kepada Felisha.

" And you. As long as you wore it , you're mine. Okay ? "

Tambah Qashaf yang mengatakan itu kepada Felisha dengan nada romantik.

Felisha yang masih merenung ke dalam mata Qashaf itu lantas berkata.

" No worries.. "

" Sayang "

Jawab  Felisha dengan nada manja. Lalu kedua-dua jasad remaja itu mengherotkan pipi mereka hingga mengukirkan segaris senyuman indah.

" I love you , Felisha Aireena "

Ucap Qashaf secara tiba-tiba sedang mata mereka saling merenung ke dalam mata masing-masing itu. Lalu Qashaf pun mengenyitkan mata kanannya dan tersenyum nakal melihat Felisha.

" Qash ..! Eeee mengada ! Hahaha "

Jerit Felisha dengan manja sambil mengalihkan pandangannya dari terus merenung ke dalam mata Qashaf itu. Pipi Felisha semakin memerah.

" Cakap la cepat ! "

Marah Qashaf kepada Felisha secara tiba-tiba sambil merenung tajam ke arah Felisha.

" Eee ya.. I love you more , Qashaf Alfian "

Balas Felisha sambil tersenyum tersipu malu.

( TokTok )

Ketukan pintu itu telah berjaya menyedarkan Felisha dari terus mengimbas memorinya bersama Qashaf dulu.

" Sha... Dik , kau okay tak ni ? "

Soal Ziyad yang bimbang melihat kelakuan adiknya itu tadi.

Dengan lembut Felisha mengusap air matanya yang sudah mengalir ke pipinya.

Setelah itu Felisha pun memulas tombol pintu biliknya dengan perlahan dan membuka pintu bilik itu.

Dengan hidung yang merah dan mata yang sembap akibat menangis itu Felisha memuncung memandang Ziyad yang kini berada tepat dihadapannya.

" Sha.. "

Panggil Ziyad dengan riak wajah yang begitu lembut sambil memandang wajah Felisha.

Tanpa berkata apa-apa , lengan kiri Ziyad yang agak berotot itu ditarik perlahan oleh Felisha sehingga Ziyad memasuki biliknya. Dengan berhati-hati Felisha menutup semula pintu biliknya.

Lalu Felisha pun melabuhkan dirinya duduk diatas katil bersaiz Queen itu. Ziyad juga lantas melabuhkan dirinya diatas kerusi dimeja belajar Felisha.

Dengan dahi yang berkerut Ziyad memandang tepat kearah anak mata Felisha dan berkata.

" Sha , abang tau adik terkejut. Abang pun terkejut tengok dia hantar adik balik semalam tau. "

Ujar Ziyad yang meluahkan perasaannya ketika melihat Felisha dihantar pulang oleh Qashaf.

Felisha yang mendengarkan kenyataan itu sekali lagi membulatkan matanya.

" W-what ? "

" Qash hantar adik balik ? "

Soal Felisha dengan nada yang agak tinggi dan riak wajah yang begitu terkejut.

" Ye.. adik tak ingat ke apa yang jadi semalam ? "

Jawab Ziyad dengan tenang sekali gus melontarkan soalan kepada Felisha.

Dengan perlahan , Felisha me nggelengkan kepalanya sebagai jawapan dia tidak ingat apa yang telah berlaku dan bagaimana Qashaf dan dirinya itu bertemu. Apatah lagi , Qashaf menghantarnya pulang ke rumah.

Perkara tersebut , benar-benar sebuah kejutan yang besar buat Felisha.

Jam kini sudah pun menunjukkan pukul 8.30 pagi. Felisha yang dari tadinya berkurung dibiliknya itu lantas membuka telefonnya yang mati dan sudah di caj hingga penuh itu.

Lalu , satu demi satu notifikasi dari tiga orang sahabatnya dan Firash mulai masuk tanpa henti.

" Ya Allah. Aku tinggal diorang macam tu je ke semalam ? "

" Aaaaa apa yang jadi sebenarnya niiii Ya Allah. "

Keluh Felisha kerana rasa bersalah terhadap Anizira , Raidhatul dan Qhadif yang gigih mencarinya setelah Felisha tiba-tiba sahaja hilang.

Tanpa berfikir panjang , panggilan telefon mula dibuat oleh Felisha. Telefon pintar Anizira , Raidhatul dan Qhadif mula berdering menandakan masuknya panggilan dari Felisha.

" Hello ? Korang ...! "

Sapa Felisha dengan nada manja kepada tiga sahabatnya itu sejurus panggilannya diangkat.

" Heloo " - Qhadif -

" Helo , yeee " - Raidhatul -

" Em .., Helooo " - Anizira -

Jawab Raidhatul , Anizira dan Qhadif kepada sapaan Felisha tadi.

" Korang ..! Aku mintak maaf pasal semalam ! Serius aku tak sedar sangat tho ! Maafkan aku pleaseee ! "

Ujar Felisha yang langsung meminta maaf kepada mereka bertiga atas kesalahannya semalam.

" Em , takpe.. benda dah jadi dah pun. Kau pun selamat je kan ? "

Balas Anizira dengan nada suara perlahan.

" It's okay Sha. "

Jawab Qadhif dengan ringkas.

" Nah .., it's okay. Things happened , Sha. "

Kata Raidhatul kepada Felisha dengan nada biasa.

" By the way.. apa yang jadi semalam Sha ? macam mana kau boleh jumpa Qash ? "

Soal Anizira yang benar-benar ingin tahu bagaimana Qashaf dan Felisha boleh bertemu.

" Sebenarnya , semalam kepala aku rasa berat gila. Tapi , at the same time aku tak nak kacau dates korang. That's why aku cakap nak pergi toilet... "

" and ... "

Kata-kata Felisha tergantung seketika.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience