" Ouh , Qashaf. Sedap nama.. "
Celah Puan Siti Zubaidah yang baru melabuhkan dirinya diatas sofa disamping suaminya itu sambil tersenyum melihat Qashaf.
Qashaf yang mendengarkan itu lantas membalasnya senyuman ibu Felisha itu dengan segaris senyuman manis.
" Pak Cik tak pernah dengar pun Felisha sebut nama kamu "
Dengan wajah yang berkerut Encik Samad memandang wajah Qashaf dan menlontarkan persoalannya itu.
" Ouh.. Saya dengan Felisha kawan biasa je Pak Cik.. "
Jelas Qashaf kepada Encik Samad.
" Macam mana Felisha boleh balik dengan kau ? Bukan dia keluar dengan kawan-kawan dia ke ? "
Tanya Ziyad yang sedang bersandar pada dinding dengan pandangan tajam yang memandang tepat ke arah wajah Qashaf.
" Tadi , saya pergi mall tu nak beli barang.. Tiba-tiba saya ternampak Felisha tengah duduk bersandar sambil pejam mata.. "
" Saya pun cepat-cepatlah pergi dekat Felisha.. Dia dah separuh sedar masa tu. Say pun terus papah dia masuk dalam kereta saya. "
Jawab Qashaf yang menerangkan bagaimana dia dan Felisha bertemu.
" Ouh. Kawan-kawan dia mana ? "
Soal Ziyad yang masih tidak berpuas hati.
" Kawan-kawan dia yang lain ada.. Diorang pun panik cari Felisha satu mall tadi.. Tapi saya dah bagitau la saya hantarkan Felisha balik.. "
Balas Qashaf yang menjawab soalan Ziyad dengan tenang.
" Yad , dah la tuu. Sha dah selamat balik dah pun. Kita patut berterima kasih dekat Qashaf ni. "
Tegur Puan Siti Zubaidah kepada anak lelakinya yang asyik bertanya kepada Qashaf itu.
" Rumah Qashaf dekat mana ? "
Soal Encik Samad secara tiba-tiba.
" Rumah saya dekat Ampang Pak Cik. "
Jawab Qashaf dengan ringkas memberitahu tempat tinggalnya.
" Jauhnya. "
Kata Puan Siti Zubaidah sejurus mendengarkan jawapan Qashaf tadi.
" Kamu tidur sini lah malam ni. Lagipun dah lewat ni. Kamu pun dah tolong hantarkan Felisha.. Mesti kamu penat kan. Jauh jugak tu. "
Tambah Puan Siti Zubaidah yang mempelawa Qashaf untuk tidur dirumah mereka memandangkan jam sudah menunjukkan tepat pukul 11.30 malam.
Qashaf yang mendengarkan itu hanya tersenyum nipis dan berkata.
" Eh.. Takpe lah Mak Cik.. Susah-susah je.. Saya boleh drive balik.. Takpe.. "
Tolak Qashaf dengan sopan kepada pelawaan Puan Siti Zubaidah itu.
" Bahaya kalau kamu nak drive tengah-tengah malam ni. Kamu pun baru dapat lesen kan ? Tidur je sini dulu. "
Kata Encik Samad kepada Qashaf yang menyokong cadangan isterinya mempelawa Qashaf untuk tumpang tidur dirumah mereka memandangkan Qashaf sudah pun menghantarkan anak gadis mereka pulang dengan selamat.
" Alah , tidur jela dekat sini. Mak Ayah aku dah pelawa tu. "
Celah Ziyad yang turut mencadangkan Qashaf untuk tumpang bermalam dirumah mereka itu.
" Em.. Baiklah kalau Pak Cik dan Mak Cik dah cakap begitu... "
Jawab Qashaf yang akhirnya akur dengan cadangan mereka sekeluarga sambil tersenyum nipis. Memandangkan ibu bapanya juga out station dan tidak pulang ke rumah selama seminggu , apa salahnya kan ?
Encik Samad dan Puan Siti Zubaidah yang mendengarkan jawapan Qashaf itu lantas tersenyum.
" Nanti , Yad tunjukkan bilik tetamu dekat Qashaf ye ? Pinjamkan baju sekali dekat Qashaf ni. "
Arah Puan Siti Zubaidah kepada anak lelakinya itu sambil tersenyum.
Setelah itu Ziyad pun menunjukkan bilik tetamu dirumah mereka.
" Nah , ni baju , kain pelikat dengan kain tuala. Kau rehatlah. Nak air ke apa , pergi je dekat dapur tu. "
Ujar Ziyad dengan nada yang mendatar sambil menghulurkan pakaian dan sehelai kain tuala kepada Qashaf.
" Terima kasih... "
Ucap Qashaf sedang tangannya mencapai pakaian dan kain tuala yang dihulurkan oleh Ziyad itu.
" Panggil aku Yad je. Tak payah nak ber abang-abang sangat. Lain la kalau kau adik ipar aku. Hahahah "
Jelas Ziyad sekali gus dengan sengaja mengusik Qashaf. Ya , Felisha sudah pun menceritakan kepada Ziyad mengenai Qashaf dan kisah cinta mereka yang tergantung itu.
Qashaf yang mendengarkan kata-kata Ziyad sebentar tadi lantas tersenyum pahit dan menggosok lembut dibahagian belakang lehernya itu.
" Dah kau pergilah rehat. "
Arah Ziyad kepada Qashaf. Lalu , Ziyad pun mengorak langkahnya menuju ke biliknya untuk tidur memandangkan jam sudah pun menunjukkan tepat jam 12 pagi.
Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi. Dalam keheningan pagi , Qashaf mendirikan solat Tahajjud.
" Assalamualaikum warahmatullah "
" Assalamualaikum warahmatullah "
Ujar Qashaf memberi salam ke arah kiri dan kanan bahunya. Lalu dengan wajahnya diraup kasar.
Usai itu , doa Al-Fatihah dan Ayat Qursi dibacakan oleh Qashaf. Setelah itu Qashaf mula menadahkan tangan untuk berdoa.
" Ya Allah , kau ampunilah segala dosa-dosa ku , dosa-dosa kedua ibu bapa ku , adik beradik ku , guru-guru ku , sahabat-sahabt ku dan seluruh ahli keluarga mereka Ya Allah. "
" Permudahkanlah urusan kami mahupun didunia atau diakhirat kelak. Sempatkanlah kami untuk bertaubat , matikanlah kami dalam iman , dan jadikanlah kami antara penghuni syurga-Mu Ya Allah. "
" Kuatkanlah iman kami , sabarkanlah hati kami , tenangkanlah jiwa kami dan kuatkan rasa cinta dihati kami terhadap-Mu dan Agama-Mu Ya Allah. "
" Lindungilah kami dari perkara-perkara yang tidak baik dan jauhilah kami dari orang yang ingin menyakiti kami.. "
" Berikanlah kami kesihatan yang baik. Tunjukkanlah jalan yang benar kepada kami. Bimbinglah hati kami agar sentiasa menuju ke jalan-Mu Ya Allah. "
Setelah mendoakan untuk keluarga , sahabat-sahabat dan guru-gurunya kini tibalah masa untuknya memohon doa kepada Allah untuk dirinya pula.
" Ya Allah , terima kasih kerana telah menemukan aku dan Felisha. Ya Allah , andai sudah tertulis dia jodoh terbaikku , permudahkanlah urusan antara kami berdua... "
" Namun.. jika bukan.. "
Suara Qashaf semakin perlahan dan serak. Matanya mulai bertakung. Dengan nada yang sebak Qashaf menyambung semula doanya.
" Jika aku bukanlah jodoh terbaiknya , kau hadirkanlah lelaki yang lebih baik dari ku untuknya. Dampingilah dia dengan jodoh yang soleh. Jagakanlah dia untukku Ya Allah. Dan kau padamlah rasa cinta ini dihati ku Ya Allah. Berikanlah Felisha Aireena binti Samad kebahagiaan. Sesungguhnya aku sayangkan dia kerana-Mu Ya Allah. "
" berikanlah yang terbaik buat kami.. Sesungguhnya hanya pada-Mu aku serahkan segala urusan ku. Amin.. Amin Ya Rabbal Alamin. "
Dengan kasar Qashaf meraup wajahnya yang sudah hampir basah semua dek kerana air mata yang mengalir deras itu.
Ziyad yang tadinya sekadar ingin meminum segelas air mineral didapur itu lantas melekap pada pintu bilik tetamu yang diduduki oleh Qashaf itu sejurus terdengar suara Qashaf yang serak dan sengau itu.
Tanpa sengaja , suara Qashaf yang sebak ketika berdoa mengenai dirinya dan Felisha itu didengari oleh Ziyad.
" Ya Allah. Kau permudahkanlah urusan antara mereka berdua. "
Desis hati Ziyad yang tahu bahawa kedua-dua hati remaja yang saling mencinta ini sudah melalui terlalu banyak cabaran.
Entah bagaimana , setelah mendengarkan doa Qashaf sebentar tadi , Ziyad mulai melihat Qashaf sebagai pasangan terbaik buat adik kesayangannya itu.
Setelah itu , Ziyad pun kembali mengatur langkahnya menuju ke biliknya untuk tidur.
Share this novel