" Sebenarnya apa ? Qash.. Are you okay ? "
Tanya Felisha sedang matanya membulat menanti kata-kata yang bakal terbit dari bibir Qashaf.
" Huh. "
Keluhan Qashaf jelas kedengaran.
" Qash nak putus. "
Kata Qashaf dengan perlahan sambil menundukkan wajahnya. Perasaan serba salah mula mencengkam raganya.
" Felisha , maafkan Qashaf. This is so wrong. I can't. I'm sorry. "
" It's enough. Cukuplah sampai sini saja kisah kita tertulis Felisha. Andai jodoh kita sudah tertulis , pasti kita akan kembali bersatu. "
" Maafkan Qashaf... "
Bernada sebak Qashaf melafazkan itu kepada Felisha yang benar-benar berada dihadapan matanya kini.
Perasaan berdosa yang menyelubungi ruang hati Qashaf benar-benar memdesaknya untuk menghentikan perbuatannya itu.
Benarlah kata orang , putus cinta itu tidak menyakitkan. Tetapi putus apabila cinta masih berbaki itu benar-benar menyakitkan.
Lantas itu mengalirlah genangan air mata Qashaf dan Felisha. Felisha yang begitu faham akan perasaan Qashaf dengan pantas mengagguk sebagai tanda setuju.
" Terima kasih .. "
" Kerana hadir membawa cinta.. "
" Dan membawa Felisha pulang.. "
" Terima kasih.. buat segalanya.. "
Balas Felisha yang sedaya upaya berbicara dengan tenang. Mata Qashaf yang bergenang merenung ke dalam mata Felisha.
" Maafkan Qash.. Tapi.. Apa yang kita buat ni.. "
Bernada sebak Qashaf cuba untuk menjelaskan sebab tindakannya itu. Namun kata-katanya dibiar tergantung seketika.
" Salah.. Sha tau Qash.. Sha faham. It's okay.."
Kata Felisha dengan lembut cuba untuk menenangkan Qashaf.
" Maafkan Qash.. Qash dah fikir.. Tapi ini je jalan yang ada. "
" Qash .., tak nak kita kejar cinta tanpa redha Allah. "
" Qash tak nak menikmati cinta sebelum nikah... "
" ..sebab orang yang menikmati manisnya cinta sebelum nikah.. "
" diharamkan merasa manisnya cinta selepas menikah. "
" Qash sayang Sha. Tapi sekarang bukan masa yang tepat untuk kita. "
" Maafkan Qash.. "
Ujar Qashaf dengan panjang lebar menerangka kepada Felisha.
" Qash.. don't be sorry. "
" Sha faham... Tak apa.. "
" Kalau dah jodoh.. tak kemana kan ..? "
" Biarlah kita sakit sekarang.. daripada terus hanyut dengan kemanisan cinta terlarang tu.."
" terima kasih Qash. "
" terima kasih sebab tetap berpegang teguh dengan keputusan ni... dan sedarkan Sha yang kita tak patut buat macam ni.. "
" thank you. "
Kata Felisha sambil memaksa bibirnya untuk menguntumkan segaris senyuman nipis hingga menitiskan air mata lembut membasahi pipinya.
" Maafkan Qash.. "
Ujar Qashaf dengan perlahan dengan suara yang sebak dan sengau.
Air mata Qashaf jelas kelihatan jatuh mengalir lembut membasahi wajahnya.
( Ring Ring )
Deringan telefon Qashaf telah menghentikan lamunannya. Tanpa membuang masa , gambar yang dipegang tadi diletakkan sebentar. Lalu telefon pintar disampingnya itu dicapai.
Telefon dibuka dan dilihat paparan skrinnya. Notifiikasi dari kelendar jelas kelihatan. Hari ini , cukup seminggu sebelum tibanya hari lahir Felisha.
Qashaf yang melihat paparan telefon itu lantas mengulirkan segaris senyuman diwajahnya.
" This year , I'll make a surprise for you sayang. "
Bernada perlahan dan lembut Qashaf mengatakan itu sedang pipinya diherotkan hingga terukir segaris senyuman indah.
Setelah hampir 5 minit berlalu , Qashaf pun kembali meletakkan telefon pintarnya dan mencapai buku diari baharunya.
Sebatang pen diambil dan digenggam erat. Helaian demi helaian buku diari itu diselak perlahan hingga tibanya di muka surat yang masih kosong dan bersih.
" Assalamualaikum. Kehadapan , Felisha Aireena yang masih saya sayangi. Hari ni , genap seminggu sebelum hari lahir awak , sayang. Dah besar dah sayang saya nii. Tak lama lagi umur awak dah 23 tahun yeay ! Sayang , tahun ni Qash ada surprise untuk awak. Qash dah nekad. Qash dah fikir masak-masak. Qash harap , ini sememangnya yang terbaik untuk kita. Qash harap , Allah permudahkan urusan kita. Aaa can't waittt ! hehehe. Okaylah sekarang dah pukul 4 pagi ni. I need to sleep esok kerja. Sayang awak , Felisha Aireena. Sweet dream sayang. byee Assalamualaikum. "
Usai menuliskan itu , buku diarinya pun ditutup dan diletakkan dengan rapi. Telefon pintar lantas dicapai. Diatas katil bersaiz Queen itu Qashaf menghamparkan dirinya dan tidur.
Pada keesokan harinya , diruang tamu Qashaf dengan sopan duduk menghadap kedua orang tuanya.
" Ada apa ni Qash ? "
Tanya Puan Zaireena dengan mata yang membulat ingin tahu apakah yang anak lelakinya itu ingin perkatakan.
" Em.. Qash sebenarnya nak cakap benda penting ni.. "
Ujar Qashaf yang cuba untuk membuka bicara sambil menggosok lembut belakang tengkuknya.
" Qash apaaa ? "
Soal Puan Zaireena yang sudah membuak-buak rasa ingin tahunya.
" Ya Allah awak ni. Dengarlah dulu budak ni nak cakap apa. Sabar.. "
Tegur Encik Murad kepada Puan Zaireena dengan lembut.
" Okay , Qash tahu Qash muda lagi. "
" Kerja pun baru je mula.. "
" Tapi , Qash betul-betul dah fikir masak-masak. "
" Qash pun dari dulu lagi dah buat savings. "
" Masa dekat Mesir dulu pun Qash ada buat kerja sambilan "
" Qash nekad.. "
Kata-kata Qashaf dibiarkan tergantung seketika. Wajah Qashaf ditundukkan. Nafas yang panjang ditarik dan dihembus perlahan. Lalu wajahnya kembali diangkat.
Riak wajah kedua mata ibu bapanya yang sudah membulat menanti kata-kata yang bakal terbit dari bibirnya itu dipandang tepat oleh Qashaf.
" Qash.. "
Entah mengapa terasa begitu berat sekali untuk Qashaf menyambung ayatnya itu.
" Qash apa ?! "
Jerit Puan Zaireena yang sudah tak mampu bertahan dalam menunggu kata-kata yang bakal terbit dari bibir anak lelakinya yang seorang itu.
" Qash nak kahwin ! "
Jeritan Puan Zaireena dibalas jeritan akibat kerana Qashaf terkejut dan terlalu banyak berfikir.
" Eh.. ehehehe. "
Sambil menundukkan wajahnya Qashaf menggosok lembut belakang tengkuknya dan tersengih panjang.
" Qash nak kahwin ..?! "
Dengan mata yang membulat Puan Zaireena memandang Qashaf dan mengatakan itu dengan nada yang agak tinggi.
" Ha.. ah.. "
" Bol-boleh ..? "
Ujar Qashaf sambil tersengih mengangkat wajahnya memandang wajah ibunya yang terkejut itu.
" Mestilah bolehhh ! Mama sukaaaa ! "
Jawab Puan Zaireena dengan nada teruja sambil tersenyum hingga menampakkan barisan giginya yang cantik tersusun.
Encik Murad yang mendengarkan jawapan isterinya itu lantas menoleh ke arah isterinya dengan wajah yang berkerut.
" awak biar betul ? "
Soal Encik Murad yang seakan-akan tidak percaya akan jawapan yang dilontarkan oleh isterinya sebentar tadi.
" betullah. Anak kita nak kahwin bang. Biarlah dia.. lagipun , Qash dah ada kerja. "
" Apa salahnya kan ? "
Balas Puan Zaireena yang menyuarkan pendapatnya berkaitan hal tersebut kepada Encik Murad.
" Hmm. "
Keluh Encik Murad sambil memalingkan wajahnya memandang Qashaf yang sedang duduk dihadapannya.
" Qash betul-betul dah sedia ke ? "
" Kahwin ni bukan benda main-main tau. "
Nasihat Encik Murad kepada Qashaf.
" Ya , Pa. Qash tahu. Qash betul-betul dah sedia. Inshaa Allah. Qash boleh bimbing dia , Pa. "
" Qash sayang dia. Qash nak akhirkan penantian kami selama ni. "
" Qash ikhlas nak memperisterikan dia. "
" Kali ni je.. Qash minta Mama dengan Papa percaya dekat Qash. "
" Qash dah sedia untuk pikul tanggungjawab sebagai seorang suami. "
Jawab Qashaf dengan nada serius. Keihklasan Qashaf jelas terasa dalam setiap bait-bait katanya.
" Baiklah kalau macam tu. Dah Mama pun setuju. Papa setuju. Tapi ingat , berumah tangga ni bukan perkara mudah. "
" Jadi ketua keluarga ni kena kuat. Mental dan fizikal. Be prepared my son. "
Nasihat Encik Murad sekali lagi diberikan kepada Qashaf dengan nada lembut.
" Alhamdulillah. Terima kasih Ma , Pa. "
Kata Qashaf sambil tersenyum lebar. Lalu Qashaf pun berdiri dan mengatur langkahnya menghampiri ibu bapanya itu.
Dihadapan Puan Zaireena dan Encik Murad , Qashaf berlutut. Tangan kedua-dua tangan ibu bapanya dicapai dan dicium penuh kasih oleh Qashaf dan dipeluknya erat tubuh kedua-dua ibu bapanya itu.
" Qash sayang Mama dengan Papa. "
Bisik Qashaf dengan nada sebak dan perlahan dicuping telinga ibu bapanya itu. Puan Zaireena dan Encik Murad yang mendengarkan itu lantas mengusap lembut bahu anaknya itu dan berkata.
" Mama Papa pun sayang Qash.. "
" Dah dah. Jangan nangis. "
Kata Puan Zaireena yang cuba untuk memujuk anak lelakinya agar berhenti menangis.
Entah mengapa , rasa syukur yang terzahir dihati Qashaf telah mencengkam raganya. Perasaan bahagia , yang tak tergambar indahnya.
" Terima kasih Ya Allah. "
" Sayang , lagi berapa langkah je lagi. "
Bisik hati Qashaf sambil tersenyum.
Share this novel