PAGI itu dingin masih bertapak. Kelihatan embun-embun pagi menyelimuti kota Kuala Lumpur. Kedinginannya yang masih tersisa menyegarkan tubuh para penghuni kota sedang sibuk menuju ke destinasi masing-masing sebelum bangkitnya sang mentari melimpahkan cahayanya menerangi kota
Wani sudah tersengguk-sengguk kerana mengantuk. Matanya yang kuyu itu jelas sekali menunjukkan dia tidak dapat menahan rasa kantuk namun tangannya masih kuat memegang besi di atas. Bas purple line yang di naiki begitu padat dengan penumpang membuatkannya terpaksa berdiri terhimpit-himpit dengan penumpang yang lain
"Penatnya," Keluh Danial. kelelahan selepas berjalan satu kilometer dari kediamannya semata-mata ingin membeli nasi lemak kegemaraannya
Sudah menjadi rutin harian Danial berjalan kaki setiap pagi bagi menjamu perutnya dengan nasi lemak sambal sotong di sebuah gerai yang terletak di tepi jalan sebelum memulakan perkerjaannya
Laluan di situ pula agak berbukit di kelilingi dengan kawasan perumahan, berhampiran dengan pusat bandar. Danial memerhati di depan. Gerai nasi lemak itu hanya tinggal beberapa meter saja lagi dan kala itu kelihatan beberapa pelanggan sudah pun beratur panjang menunggu giliran
Langkah di susun lebar namun hanya sekejap. Tiba-tiba sahaja Danial menghentikan langkah. Poket seluar tracksuit di raba-raba dengan wajah cemas
"F**k!," Danial memicit-micit dahi agak kasar "Aku rasa aku dah masukkan duit dalam poket aku tadi. Aduh.. sial betulla. Tak akan aku nak patah balik,"
Danial memaling. Laluan menghala ke kediamannya di renung agak lama. Satu keluhan di lepaskan panjang dan akhirnya mengalah. kakinya di ayun pelan dengan raut wajah begitu kecewa
"Argh!! bodohnya... kenapa aku boleh tertidur!!,"
Wani berlari sekuat hati sambil memegang tali beg tersangkut di bahu. Ketika di dalam bas tadi dia tertidur menyebabkan dia terlepas perhentian masjid jamek dan sekarang dia terpaksa mengunakan jalan belakang yang agak jauh untuk ke tempat kerja
Berkerut-kerut dahi Danial memerhati seorang wanita sedang berlari ke arahnya
"Tunggu jap!,"
"Eh!," mencerlang kelopak mata Wani apabila beg sandang tepinya di pegang tiba-tiba "Awak dah kenapa nie?," Tanya wani terengah-engah nafasnya memandang Danial
Danial mengankat tangan seakan sedang menyerah "Jangan salah faham. Saya tiada niat jahat dengan awak,"
"Habis tu kenapa awak tahan saya?,"
"Tolong pinjamkan saya duit," Pinta Danial dengan muka selamba
"Hah!," Wani memerhati lelaki di depannya penuh hairan dari atas sehingga ke bawah kemudian mengankat mukanya semula "Kenapa awak nak pinjam dengan saya. Saya bukan kenal awak,"
"Ya awak tak kenal saya. tapi saya terdesak sangat sebab saya malas nak patah balik ambil duit saya. Awak janganla risau nanti saya bayar balik dua kali ganda. kita jumpa kat sini esok pagi,"
"Ini bukan laluan saya. saya selalu berhenti kat depan masjid jamek,"
"Esok awak lalu jela sini. lain hari suka hati awakla,"
Wani mengaru-garu tudung kepalanya hairan sungguh dengan sikap Danial memang lansung tak tahu malu "Eh?," Wani melihat jam di tangannya. Baru dia teringat dia sudah terlewat untuk masuk kerja
"Awak nak pinjam berapa?,"
"15 ringgit esok saya janji bayar balik awak 50,"
"Awak bayar tau. kalau tak saya cari awak sampai ke lubang cacing,"
"Ya.. ya. itu pun kalau saya boleh masuk dalam lubang tu," jawab Danial sambil menyenget bibir
Wani segera mengeluarkan beg duit dari beg sandang tepinya lalu mengeluarkan sekeping wang 10 ringgit dan sekeping 5 ringgit
"Awak kerja kat mana?,"
"Tuu bangunan kat depan tu,"
"Syarikat apa?,"
"Peguam," jawab Wani sambil menghulur duit kepada Danial
"Awak kerja apa kat situ?,"
Wani tampak teragak-agak mahu menjawab "Pembantu peguam,"
"Hah?," Kali ini giliran Danial pula memerhati Wani dari atas sehingga ke bawah "Bukan cleaner,"
"Mulut awak tu jaga baik-baik sikit ya. awak ingat saya pakai macam nie awak boleh suka-suka hati je hina saya, dahla tak tahu malu pinjam duit orang,"
"Esok saya bayarla,"
"Ah shut up," Tanpa melengahkan masa lagi Wani segera mengayunkan langkahnya semula menuju ke tempat kerja
"Pakaian selekeh macam tu Pembantu peguam. Biar betul," Ucap Danial masih lagi memandang ke arah Wani
"Kurang ajar punya jantan. Suka hati je hina orang. Dahla pinjam duit aku. Hiss geramnyaa nak je aku tumbuk muka dia tadi" ngomel Wani sambil mengetap giginya
WISMA Tun Borhan adalah salah sebuah bangunan yang berdiri megah di area masjid jamek. Mempunyai 50 tingkat. Tingkat 12, 11 dan 10 adalah milik sebuah syarikat guaman yang terkenal bukan sahaja di Malaysia malah turut terkenal di beberapa buah negara di asia tenggara
Syarikat Law & justice berhad memiliki ramai peguam yang berkaliber dalam bidang yang berbeza menyediakan khidmat peguam bela, peguam undang-undang, bar undang-undang, kanonis, peguam kanun, pengamal undang-undang sivil, peguam, kaunselor undang-undang, peguam tata cara, eksekutif undang-undang boleh di katakan syarikat itu menyediakan semua perkhidmatan untuk mana-mana pelanggan di dalam dan juga di luar negara yang berminat mengunakan khidmat mereka
Tetapi tidak bagi Wani sufiya. Dia bukan seorang peguam atau pun sebagai pembantu peguam. Jawatannya bukan sebagai kerani bahkan penyambut tetamu
Wani mengatur nafas pelan-pelan selepas masuk ke dalam lif. Peluh yang membasahi wajahnya segera di bersihkan mengunakan tisu. Jam di tangan menunjukkan waktu ketika itu 9.00 pagi. Dia sudah terlewat selama 15 minit
Pintu Lif terbuka apabila berhenti di tingkap 12. Wani keluar tergesa-gesa dengan perasaan bimbang. Seorang wanita mengenakan blazer berwarna hitam kelihatan sedang berdiri di balik pintu kaca
Wani segera menempel access card di tepi pintu sebelum pintu kaca itu terbuka
"Wani. You tahu tak sekarang nie dah pukul berapa?," Soal wanita itu dengan wajah mencuka
"Maafkan saya cik Adila," jawab Wani sufiya tertunduk-tunduk kepalanya
"Hiss! you pergi kemas bilik tan seri sekarang. Lepas tu jangan lupa tukar semua plastik dalam tong sampah,"
"Ya baik Cik Adila,"
Wanita itu berdengus marah sempat mengelengkan kepalanya sebelum meninggalkan wani di situ
Wani mengerling sekilas ke arah dua perkerja kaunter receptionist apabila mendengar gelak tawa seolah-olah sedang mengejek dirinya namun dia tidak mengambil pusing. Langkahnya terus di ayun masuk ke pantry. Di sebelah ruangan pantry ada sebuah bilik store.
Pintu store di buka. Wani mengeluarkan baju seragam dari dalam beg sandang tepinya. Baju seragam itu di sarung dengan tergesa-gesa. Setelah mengambil semua alat pembersih dia terus keluar dari bilik store
Suasana ruangan pejabat kelihatan begitu sibuk. Bunyi deringan telefon silih berganti seakan tiada putusnya. Para staf ada yang sedang duduk melakukan kerja masing-masing dan ada juga yang sibuk ke sana sini sambil membawa timbunan fail
Wani melangkah tergesa-gesa melewati beberapa pintu dan ketika dia melewati bilik meeting yang tertutup dengan dinding kaca. Dia sempat memandang seorang lelaki berpakaian segak sedang duduk bermesyuarat di dalam bilik itu
"Handsomenya adik aku," bisik Wani didalam hati dengan bibir tersenyum bangga
Sudah setahun lebih Wani sufiya berkerja sebagai cleaner di tingkat 12 manakala adiknya pula seorang peguam berpangkat executive kelas dua namun tiada siapa di syarikat itu mengetahui hubungan mereka berdua
Setelah kematian orang tuanya ketika dia berusia 17 tahun akibat kemalangan. Dia memikul tanggungjawab mencari nafkah untuk memastikan adiknya berjaya dalam pendidikan
Pintu bilik di buka. Wani terkesima. Seorang lelaki tampan bersuit hitam berdiri di muka pintu
"Wani. nanti kalau you dah siap kemas bilik nie. please tolong kemaskan bilik i. Tadi klien i tertumpah air,"
Wani tidak terus menjawab. Entah mengapa setiap kali dia memandang wajah Syed izham jantungnya akan berdetap-detup dengan pantas
"Wani. You dengar tak?,"
"Ya. ya saya dengar Encik izham. nanti saya kemas,"
Syed Idham tersenyum "Jangan lupa tau,"
Pintu bilik di tutup semula. Wani sufiya melepas nafasnya yang tertahan. Rasanya begitu lega
"Handsomenya Encik izham tu. bertuahla kalau aku jadi bini dia. Tak kisahla nombor berapa ..," Wani tersengih-sengih sendiri melayan angan-angannya
Wani melihat sekeliling bilik. Setelah berpuas hati dia keluar membawa barang-barangnya kemudian pergi ke bilik syed izham. Bilik itu luas dan bersih. Fail dan peralatan menulis tersusun rapi di atas meja.
Wani melangkah ke arah 3 set sofa. Di tengahnya terdapat meja. Ada tumpahan air di lantai marmar. Wani duduk berlutut namun belum pun sempat dia mahu membersihkan lantai itu, Pintu bilik di buka
"Syed!," Kedengaran suara wanita. Wani menegakan badannya
"Encik syed tiada Cik Dania,"
"You buat apa kat dalam nie?," tanya wanita itu anak sulung kepada Tan seri yahya juga salah seorang peguam executive kelas satu
"Saya nak bersihkan lantai,"
"Siapa suruh?,"
"Encik Syed,"
Wanita itu melangkah menghampiri sofa sambil memeluk tubuh. Bibirnya menyenget "Bila masa pulak air tu boleh ada atas lantai. You ke yang tumpahkan?,"
"Tak-tak bukan saya," Wani mengeleng-gelengkan kepala cuba menyangkal tuduhan itu
"Klien i tadi yang tumpahkan," Jawab Syed Izham sedikit tinggi nada suaranya sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam bilik "Hey Adila. Kan i dah pesan pada you. jangan masuk bilik i time i tiada,"
"Kenapa i tak boleh tapi cleaner nie boleh,"
"Sebab i yang suruh,"
"Kenapa you marah-marah nie izham?,"
"Dania. Kita nie sama-sama peguam okay. we have rules, we need to follow. I ada Setiausaha kat luar tu. lain kali kalau you nak jumpa dengan i, please tanya dengan Setiausaha i dulu. jangan main masuk je,"
"Itu je alasan you marah i,"
Wani cepat-cepat membersihkan tompok-tompok air di lantai. Hatinya mulai gelisah apabila mendengar percakapan syed izham dan Dania. Seboleh-bolehnya dia tidak mahu menjadi punca kedua peguam itu bertengkar
"Saya dah bersihkan lantai nie Encik izham. Saya keluar dulu ya,"
"Terima kasih ya wani,"
"Sama-sama," hiss Tak habis-habis bertengkar
Wani bergegas keluar. Pintu bilik di tutup.
"Diorang gaduh ke Wani?," Tanya Setiausaha syed izham selepas Wani keluar dari bilik itu
Wani sekadar mengangguk mengiyakan pertanyaan itu
"Wani! hey pleasela tukar cepat plastik sampah tu,"
"Ya-ya cik Adila saya tukar sekarang,"
"ALHAMDULLILAH!," Ucap Danial selepas menghabiskan dua bungkus nasi lemak sambal sotong kegemarannya
Dia duduk menyandar sambil mengosok-gosok perutnya dengan perasaan puas dan kenyang
"Rasa mengantukla pulak. Cuti jela hari nie. akukan bos," Danial tersengih-sengih lalu bangun dari duduknya. pinggan dan gelas di atas meja di angkat kemudian di taruh di dalam singki tanpa mambasuhnya
Danial berjalan menuju ke ruang tamu. Di atas meja terdapat sekotak rokok dan pemetik api. Dia mengeluarkan satu batang dari kotak rokok itu lalu mencucuh hujung batang rokok
Kakinya melewati Pintu sliding door yang sudah terbuka. Dia berdiri di balkoni. Matanya tertancap pada keindahan langit nan luas di terangi cahaya mentari. asap rokok di hembus dari mulutnya sambil otaknya memikirkan kembali wajah wanita yang sudi memijamkan duit kepadanya pagi tadi
Bunyi deringan telefon Kedengaran di ruang tamu. Danial memalingkan badan. Telefon pintar berdering di atas meja. Dengan langkah yang pelan dia masuk semula ke dalam rumah
Panggilan itu segera di jawab tanpa melihat terlebih dahulu nama yang tertera di skrin
"Hello,"
"Hello. Good morning Bos,"
"Good morning,"
"Bos masuk office tak hari nie,"
"Hari nie aku cuti sedunia. Kenapa?,"
"kitaorang tengah meeting sekarang nie. Tapi kami nak tanya tentang platform games terbaru usahasama kita dengan syarikat china tu. Jadi ke bos?,"
"Itu tak sure lagi jadi ke tak. Ura-ura je nak berkerjasama dengan kita. Tapi apa-apa perbincangan pun takde. So tak payah nak ambil pusing sangat benda tu. Kita fokus dengan games kita,"
"Lagi satu Bos. tadi Mazni cari bos. Dua kali dia naik atas. katanya urgent. Dia ada explain kat saya tapi satu pun saya tak faham. nanti bos call dia,"
"Okay nanti aku call," Kenapa pulak aku yang kena call. Sepatutnya dia yang call aku. aku nie kan boss.. getus hati Danial selepas menamatkan panggilan itu
Danial mengeleng. Putung rokok yang masih membara di masuk ke dalam astray. Skrin Telefon di tatal mencari nombor pengurus akuan syarikatnya
"Hello Encik Dani!," Kedengaran kuat suara wanita menjawab panggilan selepas Danial mendail nombor pengurus Akuan'nya
"Ya hello. pelan-pelan sikit suara awak tu mazni. nak pecah gegendang telinga saya nie,"
"Encik Dani masuk kerja tak?,"
"Hari nie cuti sedunia. Khas untuk bos je,"
"Alaa.. susahla nak terangkan dalam telefon,"
"Ada apa-apa masalah ke?,"
"Encik Dani. sampai bila syarikat kita asyik upah peguam luar je. Diorang semua tu kerja setengah jalan. Macam-macam surat amaran kita dapat. Sepatutnya diorang yang settle'kan. apa guna kita bayar mahal-mahal,"
"Surat apa?,"
"Lebih baik Encik Dani tengok sendiri,"
"Yala lepas zohor nanti saya masuk office," Hiss Macam-macam hal. Lansung tak boleh tengok aku senang
Selepas menaruh Telefon di atas meja. Danial terus melabuhkan seluruh tubuhnya di atas sofa. Lengannya menutup kedua mata
"Aku lupa pulak tanya nama perempuan tu. boleh tahan jugak muka dia,"
"SAMPAI bila kak nak kerja kat sini?,"
"Kenapa adik cakap camtu?,"
"Adik tak tahan kak, hari-hari tengok kakak kena layan macam hamba,"
"Itukan dah kerja kakak, dik,"
"Kalau macam tu kak kerjala tempat lain,"
Wani terdiam dengan kehendak adiknya sambil berpura-pura mengemas pejabat adiknya itu.
"Salah ke kakak nak kerja sekali dengan adik?,"
"Tak kak. tapi Syafik nie adik kakak. Adik sayang kakak. sebab tu hati adik nie selalu sakit tengok kakak sendiri di pelakukan macam tu. adik kat sini takde kuasa kak nak halang semua tu,"
"tapi kakak dah terbiasa dik. Dah begini perkerjaannya kakak. kak tak kisah pun, janji kakak boleh tengok adik setiap hari kat sini,"
Syafik terangguk-angguk mengerti dengan kehendak kakaknya pula "Tapi kakak boleh tak jangan kerja lagi kat pusat karaoke tu,"
"Boleh. Lagi pun kakak kerja kat situ cuma part time je. Kalau adik tak suka, minggu nie last kakak kerja kat sana,"
"Janji,"
Wani mengangguk bersungguh-sungguh "Kak janji,"
DUA hari telah berlalu "Memang kurang hajar punya jantan. konon nak bayar aku berganda-ganda. Dah dua hari aku tak nampak batang hidung kau. Buang masa aku je tunggu macam orang bodoh kat sini. Kau jaga. Aku ingat muka kau jantan. kalau aku jumpa kau nanti siiiap kau!,"
Wani menghentak-hentak kakinya ketika melangkah. Hatinya benar-benar membahang setelah menunggu Danial di tempat yang sama selama dua hari sehingga dia terpaksa mengikut jalan belakang untuk ke tempat kerjanya semata-mata ingin mengambil duit yang telah di janjikan namun danial tidak pernah menunjukan batang hidungnya
Share this novel