Chapter 23

Romance Series 16317

Matahari menunjukkan wajahnya. Terik mentari menandakan hari yang begitu indah. Ditemani kicauan burung yang berterbangan bebas di langit kebiruan yang terbentang luas. Di bawah flat, Wani sufiya termenung sambil melihat terbitnya fajar mentari.

Pagi-pagi lagi Danial terpaksa bertolak ke Airport pada hari Ahad. Azlan menjemputnya pada pukul 7.45 pagi. Selepas suaminya pergi. Wani sufiya masih berdiri dengan hati yang gusar.

Selama seminggu mereka menghabiskan masa-masa penuh bahagia bahkan pada hari jumaat dan sabtu Danial membawanya bercuti di Avani Sepang Goldcoast Resort

Wani sufiya tidak pernah merasa begitu gembira ketika berada di sana. Menghabiskan saat-saat bersama suami tercinta adalah satu nikmat yang sukar di lupakan. Air matanya bercucuran entah mengapa selepas solat subuh tadi hatinya merasa begitu resah dan tertekan

Tangan di tadah. Wani sufiya berdoa semoga perjalanan suaminya lancar dan pulang ke sisinya semula dengan selamat

JAM yang tergantung di dinding Menunjukan waktu 10.30 pagi. Hari ini puan seri Dahlia ingin membawanya melawat rumah kebajikan anak-anak yatim yang menempatkan dua orang anak kembar yang telah menjadi mangsa dera kerana esok pagi akan ada pertemuan dengan kementerian kebajikan masyarakat

Wani sufiya yang sudah bersiap bergegas mengunci grill pintu mengunakan mangga. Handphone'nya bergetar. Dia tahu jika puan seri Dahlia sudah berada di bawah. tanpa melengahkan masa Wani sufiya menyusun langkahnya menuju ke arah Lif.

Sementara di dalam kereta. Puan seri dahlia tersenyum sebaik sahaja melihat kelibat menantunya. Pintu di sebelah penumpang di buka

"Assalamualaikum puan seri,"

"Waalaikummusalam wani, Suami kamu dah pergi ke?,"

"Dah puan seri. Dalam pukul 7 tadi kawan dia ambil,"

"Kenapa dengan muka tu? tak happy ke pergi bercuti?,"

"Happy sangat puan seri. Tapi tu'laa sekejap sangat,"

Puan seri Dahlia ketawa kecil "Wani. wani. Nanti bila suami wani dah balik, pergila cuti puas-puas saya benarkan,"

"Betul ke puan seri?,"

"Betul..,"

Wani sufiya tersenyum mengutum. Minggu lepas dia telah sah menjadi kakitangan tetap Yayasan Dahlia namun apa yang membuatkan Wani sufiya terkejut. Gaji yang di tawarkan kepadanya sebanyak tiga ribu lima ratus ringgit sebulan dan akan di tambah sebanyak lima ratus selepas tiga bulan berkerja

Sehingga sekarang Wani sufiya masih tidak dapat pecaya akan perubahan yang belaku dalam hidupnya. Selama 10 tahun dia berkerja sebagai cleaner sejak usianya 17 tahun. Dia merasakan waktu itu, tidak akan ada lelaki yang sudi menjadikannya sebagai isteri namun sekarang dia sudah memiliki suami yang kacak dan baik. Dan kali ini pula, dia mendapat perkerjaan yang tidak pernah di bayangkan dalam hidupnya

"Wani dah sarapan?,"

"Sudah puan seri,"

"Kalau begitu kita pergi terus sungai besi ya,"

"Baik puan seri,"

Di dalam kereta. Wani sufiya begitu teruja menceritakan pencutian singkat dengan suaminya. Puan seri dahlia pula lebih banyak bertanya tentang kesihatan nenantunya itu

Setelah hampir 45 minit. Kereta yang di pandu Puan seri Dahlia akhirnya tiba ke destinasi yang di tuju. Belum pun sempat mereka berdua keluar dari kereta, ada kekecohan belaku di rumah kebajikan tersebut

Puan seri Dahlia bergegas keluar untuk melihat

"Kenapa nie?," Tanya puan seri Dahlia cemas

"Mak Anis dengan Anna tiba-tiba datang nak ambil anak-anak dia,"

"Macam mana dia tahu anak dia ada kat sini?,"

"Itu saya tak tahu puan seri,"

Sementara di dalam rumah, beberapa penjaga cuba menghalang seorang wanita yang cuba mengambil anak-anaknya di dalam rumah

"Jangan puan. ini salah, puan boleh kena tangkap,"

"Saya tak perduli!! awak tahu tak berapa lama saya tunggu si jahanam tu masuk penjara. Saya terseksa tahu tak. Selama nie saya tidak di benarkan jumpa dengan anak-anak saya,"

"Itu puan boleh cerita semuanya esok,"

"Saya tak perduli!! saya nak anak-anak saya!!," wanita itu terus meronta

"Puan. Sabar puan," Pinta Puan seri Dahlia, terpaksa juga masuk campur untuk menenangkan wanita itu

"Awak nie siapa!,"

"Saya Dahlia puan,"

"Oh awak ya yang rampas anak-anak saya,"

"Saya bukan merampas puan. Tapi saya yang selamatkan anak-anak puan dari bekas keluarga mertua puan, dari mak tiri mereka. Puan mampu ke?,"

Mendengar sahaja jawapan puan seri Dahlia. wanita itu tidak lagi meronta

"Ya memang betul bekas suami puan sudah di penjarakan. tapi anak-anak puan masih tak selamat. Saya sendiri yang siasat dan saya dapat tahu bukan setakat bekas suami puan saja yang mendera mereka tapi mak tiri mereka, bekas mertua puan turut telibat,"

"Saya dah cuba puan selamatkan anak-anak saya.. tapi saya tak mampu. bekas keluarga mertua saya tu orang berada. Saya pula miskin. Setiap kali saya datang mereka halau saya. Bekas suami saya pukul saya,"

"Saya faham puan. Apa kata kita masuk dulu. Cuba puan ceritakan pada saya,"

Wani sufiya hanya mampu memerhati dan mendengar. Entah mengapa jantungnya berdebar-debar saat melihat situasi itu

Di dalam rumah. Puan seri dahlia bersama wani tekun mendengar kisah wanita itu. Rupa-rupanya wanita itu dulu berkerja sebagai kerani di syarikat bekas suaminya, oleh kerana mereka berdua saling jatuh cinta, mereka mengambil keputusan berkahwin di thailand tanpa pengetahuan keluarga masing-masing

Namun perkawinan mereka hanya bertahan selama 3 tahun setelah suaminya berkahwin dengan wanita pilihan keluarga. Dan setelah itu dia menjadi mangsa dera oleh suaminya sendiri

Oleh kerana tidak mampu lagi menahan penderaan dari suaminya dia membuat laporan polis. tetapi kesan perbuatannya itu terlalu besar, dia terpaksa meninggalkan anak-anaknya di bawah jagaan isteri kedua suaminya itu

"Saya dah cuba puan seri.. saya dah cuba selamatkan anak-anak saya," ujar wanita itu dengan tangisan esak

Puan seri Dahlia menghela nafas panjang. Wani sufiya pula hanya diam mendengar kerana kala itu hatinya sedang di selubungi perasaan gelisah

"Begini puan. Esok pagi kita ada pertemuan dengan kementerian kebajikan masyarakat. Apa kata puan ceritakan semuanya pada mereka. Sejujunya saya tiada niat nak rampas anak-anak puan. Saya cuma nak selamatkan mereka,"

"Saya minta maaf puan seri,"

Setelah keadaan menjadi tenang. Puan seri Dahlia membenarkan wanita itu menghabiskan masa dengan anak-anaknya. Namun kala itu puan seri Dahlia perasan jika menantunya seperti dalam keadaan gelisah

"Wani,"

"Ya saya puan seri,"

"Kenapa nie? diam je,"

"Takde apa-apa puan seri,"

"Beginila perkerjaan kita wani. Kadang-kadang bukan semua anak-anak yatim di bawah jagaan kita anak yatim piatu. tapi ada yang masih mempunyai ayah atau pun mak. mereka di dera. selalu belaku akibat penceraian,"

"Kenapa mereka sanggup dera anak-anak mereka puan seri. Padahal mereka masih kecil. Tak tahu apa-apa,"

"Entahla Wani. Setiap manusia mempunyai sifat mereka sendiri. sebab itula kita kena pilih pasangan hidup kita betul-betul, kalau tidak anak-anaklah yang akan menjadi mangsa jika belaku penceraian, mereka cenderung melepaskan kemarahan kepada anak-anak akibat kesalahan mereka sendiri lebih-lebih lagi jika membabitkan orang ketiga,"

Wani sufiya menghela nafas panjang cuba menenangkan hatinya yang resah

"Wani janganla bimbang ya. Sekarang nie wani sudah berkerja dengan saya. pada masa akan datang mari kita sama-sama selamatkan anak-anak di luar sana yang menjadi mangsa dera,"

"Baik puan seri," Jawab Wani sufiya sambil mengangguk bersungguh-sungguh

JAM tiga tengahari selepas selesai makan tengahari bersama-sama anak-anak yatim piatu. Puan seri Dahlia menghantar Wani sufiya pulang.

Di rumah wani sufiya bebaring di atas katil merehatkan tubuhnya sambil perutnya di usap-usap

Fikirannya kala itu masih membayangkan kejadian yang belaku di rumah kebajikan pagi tadi. Bagaimana jika pekara itu belaku kepada dirinya bahkan sehingga sekarang dia masih tidak mengenali siapa orang tua Danial, apakah orang tua suaminya akan menerima dirinya

Wani sufiya mengeluh berat. Lengan di angkat lalu menutup kedua mata.

"Ya Allah ya tuhanku lindungi rumah tangga hambamu ini,"

Keesokan paginya Wani sufiya bersiap untuk memulakan perkerjaannya. Puan seri Dahlia akan menjemputnya jam 8 pagi. Pada pukul 10 pagi nanti mereka berdua harus pergi ke pejabat guaman Law & justice bertemu dengan wakil kementerian kebajikan masyarakat

Selesai sahaja bersiap, Wani sufiya terus turun ke bawah. Jam di tangannya menunjukan waktu 7.45 pagi. Wani sufiya berdiri sambil memerhati di dada langit. Hatinya tenang melihat bertapa luas langit nan membiru di sinari cahaya mentari yang masih belum kelihatan Miskipun di luar kedengaran hiruk pikuk dengan bunyi kenderaan silih berganti

Tidak sampai 15 minit. Kenderaan di pandu puan seri Dahlia memarkir di sebelah Wani sufiya. Sebaik sahaja wanita itu masuk, kereta itu bergerak semula keluar dari kawasan flat

Setiba saja di pejabat. Puan seri Dahlia terus mengarahkan ketua setiap bahagian supaya masuk ke dalam bilik mesyuarat

Wani sufiya mengeluarkan buku catatan di taruh di atas meja sambil menunggu ketua-ketua setiap bahagian masuk ke dalam bilik tersebut

"Semuanya dah masuk?,"

"Ya puan seri,"

"Okay najwa. Macam mana dengan rumah kebajikan di bawah jagaan team awak. ada apa-apa masalah?,"

Mesyuarat terus di mulakan. Puan seri Dahlia menanyakan kepada setiap ketua bahagian, keadaan rumah kebajikan dan juga madrasah di bawah jagaan masing-masing. mesyuarat terus berlansung sekita hampir setengah jam dan topik terakhir sekali adalah berkaitan dengan pertemuan dengan kementerian kebajikan masyarakat nanti

"Lekas wani kita ada setengah jam lagi nak sampai ke sana,"

"Baik puan seri,"

Mereka berdua bergegas keluar dari bilik mesyuarat untuk ke masjid jamek

"Harap tak jem nanti. hiss bila mesyuarat je, saya lupa dengan pekara lain,"

"Saya pun lupa puan seri kusyuk sangat tadi,"

"Kusyuk pasal malam tadi ke?,"

"Hiss puan seri nie.. ke situla pulak," mereka berdua ketawa bersama-sama.

PUAN seri Dahlia dan wani sampai lewat 15 minit. Nasib baik ketika itu wakil dari kementerian kebajikan masyarakat masih belum tiba, yang ada di dalam bilik mesyuarat hanya Syed izham seorang

"Maaf izham jalan jem,"

"Tak mengapa puan seri. Diorang pun tak sampai lagi. alasan yang sama,"

"Oh ya. Tentang hal semalam yang saya bagitahu izham, macam mana?,"

"Sebenarnya tiada masalah puan seri, cuma keputusan tu bukan di tangan kita. Wakil dari kementerian akan memeriksa kemampuan kewangan penjaga adakah layak dia atau pun tak. Bukan itu saja, tempat tinggal pun menjadi faktor penting untuk keselamatan anak-anak tu nanti,"

Puan seri Dahlia terangguk-angguk mengerti sementara wani sufiya pula sekadar mendengar. Pada masa yang sama pintu bilik mesyuarat di buka dari luar

"Maafkan kami terlewat," Ucap seorang lelaki berpakaian kemas bersama seorang lagi rakannya

"Oh tidak mengapa. silakan duduk,"

Wakil dari kementerian kebajikan masyarakat itu duduk berhadapan Syed izham, puan seri Dahlia dan wani. Mereka mengambil masa untuk mempekenalkan diri masing-masing terlebih dahulu. Tidak berapa lama kemudian. Pintu bilik mesyuarat di buka lagi. Seorang wanita 30 an masuk ke dalam bilik itu

Setelah selesai mempekenalkan diri masing-masing. Mereka memulakan topik penting berkaitan anak-anak yang telah menjadi mangsa dera di bawah jagaan yayasan Dahlia untuk sementara

Wani sufiya sejak tadi langsung tidak bercakap. Dia hanya mendengar rintihan dari ibu kepada anak-anak mangsa dera. Kala itu juga dia merasakan tekaknya merasa mual

"Saya pergi tandas sekejap puan seri," Bisik Wani sufiya pelan

"Pergilah,"

Wani sufiya bangun dari kerusi sambil membawa handbag'nya keluar dari bilik mesyuarat namun ketika itu kelibatnya sedang di perhatikan Aleya

Dalam keadaan tergesa-gesa Wani sufiya bergegas masuk ke dalam tandas kecil. Mangkuk tandas di angkat. Wani sufiya memuntahkan segala makanan yang belum di hadam perutnya

Di luar pula, Aleya kelihatan masuk ke dalam tandas dalam keadaan terjongket kaki. Ketika itu tiada sesiapa di dalam tandas kecuali dia dan wani sufiya

"Mengadung ke?," Bisik Aleya pelan kemudian berpura-pura meletakan handphone di telingannya "Hello Dani. You tidur lagi ke?,"

Wani sufiya tersentak. perlahan-lahan dia menegakan tubuhnya

"I kan dah cakap, i tak sempat nak belikan you sarapan," Aleya tersengih-sengih memandang pintu tandas "Please Dani, jangan samakan i dengan wife you okay. You kira lucky tahu sebab i benarkan you kawin dengan dia,"

"Hey Dani sebulan tu lama tahu, Cleaner tu kira bertuah dapat bersama dengan anak Tan seri. Tapi you jangan lupa ceraikan dia,"

"Pak!!," Wani sufiya keluar dengan nafas termegah-megah. Raut Wajahnya merah seperti sedang menahan marah

"Wani! macam mana you boleh ada dalam tu?," Aleya berpura-pura terkejut

"Siapa Dani tu?,"

"Dani? siapa tu?,"

"Jangan tipu saya Aleya! saya dah dengar semuanya,"

Aleya terus berpura-pura dengan memicit-micit dahi "I minta maaf Wani. Sebenarnya Dani tu boyfriend i. Dah lama kami bercinta. sekarang nie pun dia ada kat rumah i,"

"Maksud awak Danial ke?,"

"Yes Danial wani. Anak lelaki Tan seri yahya. For you information, dia berkawin dengan you sekadar untuk bermain je,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience