Chapter 18

Romance Series 16317

"Puan seri nak tengok rumah saya?,"

"Boleh ke?,"

"Tentula. Tapi rumah saya kecik je puan seri,"

"Tak apa wani, saya tak kisah,"

Mereka berdua keluar dari kereta. Puan seri Dahlia mendongak melihat bangunan flat tersebut

"Tingkat berapa Wani?,"

"Tingkat 7,"

Puan seri Dahlia terus mengekori Wani sufiya sehingga ke lif yang tampak usang. Berderau juga darah puan seri Dahlia ketika menaiki lif tersebut. Setibanya di tingkat tujuh, pintu lif terbuka.

"Inilah rumah sewa saya puan seri," Wani sufiya bergegas membuka kunci grill kemudian membuka pintu rumahnya

"Lepas wani habis kerja part time, suami ambil ke?,"

"Wani balik sendiri je,"

"Walaupun wani balik waktu malam?,"

"Lrt dekat je puan seri,"

"Kenapa suami wani tak jemput?, Puan seri Dahlia bertanya lagi

"Saya tak suka menyusahkan suami saya," jawab Wani sufiya sambil membuka pintu rumah "Masuklah puan seri,"

Puan seri Dahlia melangkah masuk "Kecik sangat nie, Sanggup pulak Dani tinggal kat sini?," Bisik hatinya "Berapa sewa rumah nie?,"

"1000 ringgit sebulan puan seri,"

"Seribu?," puan seri Dahlia memerhati ruang rumah itu tampak telalu kecil

"Puan seri nak minum,"

"Tak wani. Wani kerja kat mana?,"

"Depan sana puan seri. ada satu restoran nasi kandar, situla saya kerja,"

Puan seri Dahlia mengangguk mengerti "Okayla, saya balik dulu ya,"

"Biar saya hantar puan seri,"

Wani sufiya turun kembali untuk menghantar puan seri Dahlia ke bawah "Terima kasih banyak-banyak ya puan seri. Susah-susah je hantar saya balik. Semoga puan seri sihat selalu,"

"Terima kasih wani. Saya balik dulu ya,"

DALAM perjalanan pulang. Fikiran puan seri Dahlia semakin tertekan. entah mengapa hatinya begitu keberatan mahu berterus terang, apakah dia malu mempunyai seorang menantu berkerja sebagai pembantu dapur

"Baik budaknya. cantik pun cantik tapi kenapa aku tak nak mengaku tadi?," Ucap Puan seri Dahlia agak kesal

Setibanya di rumah. Puan seri Dahlia memandang suaminya sedang berbual dengan Tan seri harif ayah kepada Aleya. Perbualan mereka berdua tampak serius menghairankan Puan seri Dahlia

Sebaik sahaja puan seri Dahlia keluar dari kereta, Tan seri harif berlalu pergi tanpa menyapanya dulu

"Awak pergi mana. asyik hilang je?," Soal Tan seri yahya

"Saya minta maaf keluar tanpa izin abang tadi. saya hantar menantu kita,"

"Ooo.. awak dah tahulah?,"

"Ya. Sampai hati Dani buat macam nie pada kita. Macamla kita tak boleh terima dengan siapa dia nak kawin,"

"Habis tu, awak bagitahu tak pada menantu kita siapa awak?,"

"Tak,"

"Kenapa?,"

"Entahlah,"

"Elokla awak tak bagitahu. Dani tu nak uji sangatkan bini dia, biarkan dia uji,"

"Tapi saya kesihankan menantu kita tu bang, baik budaknya,"

"Alaa.. awak sabar je dulu,"

"Hah? Serius je saya tengok abang berbual dengan harif tadi, ada masalah ke?,"

Tan seri yahya menghela nafas tenang "Dia nak satukan Aleya dengan Dani,"

"Apa? Bila masa pulak Aleya tu ada hati dengan Dani?,"

"Itula yang saya pelik. Dulu saya pernah tanya Aleya kalau dia berminat jadi menantu kita. tapi di reject. Katanya dia tiada hati dengan Dani,"

"Alah mengada-ngada si Aleya tu. Hiss saya memang tak berkenan dia jadi menantu kita,"

"Bukan keputusan kita wak. Itu keputusan Dani. saya dah bagitahu pada Harif. Kita tiada kuasa nak paksa anak kita kawin dengan sesiapa. Harap-harapla dia faham,"

"Bagusla abang cakap macam tu. Dania mana bang?,"

"Mana lagi, ikut syafikla,"

"Hiss.. gatal betul si Dania tu. macam tak boleh nak sabar,"

"MACAM mana Papa?,"

"Papa dah bagitahu Yahya. Dia cakap pada Papa, dia tiada kuasa nak paksa anak-anak dia berkawin atas kehendak mereka. So sekarang terpulang pada Dani dia berminat atau pun tak,"

Aleya mengigit-gigit kuku jari dengan raut wajah tampak gusar. Ketika di majlis tadi, dia ada menerima satu kiriman gambar dari David dan Aleya tidak menyangka selama ini Ceo syarikat yang dia incar itu adalah anak kepada Tan seri yahya

"Papa hairan, kenapa Aleya tak kenal dengan Dani,"

"Last Aleya jumpa dia waktu tingkatan lima. Hah. Setiap kali Aleya datang rumah pakcik. Dani tu mana tak pernah ada,"

"Tapi kenapa sekarang Aleya nak kawin dengan dia. Seingat papa Aleya tak suka dengan Dani tu'kan. Tapi jangan cakap pada papa, Aleya suka sekarang sebab Dani tu Ceo,"

Aleya diam tidak menjawab pertanyaan ayahnya. Sejujurnya memang itula kebenarannya. Dari dulu Aleya hanya menyukai lelaki yang berjaya dan sekarang dia sudah menjadikan Danial sebagai sasaran miskipun dia tahu Danial sudah berkahwin

"Aku akan pastikan kau jadi milik aku Dani," Bisik Aleya di dalam hatinya

Wani sufiya duduk di birai katil memerhati skrin Handphone. Sudah seharian dia tidak menerima pesanan atau panggilan dari suaminya namun begitu Wani sufiya sentiasa berfikiran positive. Mungkin siang tadi suaminya terlalu banyak berkerja

"Abang mesti letih sangat. Yalaa kuantan dengan kelantan bukannya dekat," Ucap Wani sufiya "Hati-hati ya bang. jangan lupa makan,"

Handphone di taruh di bawah bantal. Tangannya menutup mulut yang menguap, tubuhnya benar-benar kepenatan setelah seharian berkerja. Rasa selesa mula terasa sebaik sahaja kepala berada di atas bantal yang empuk.

"Alhamdulillah untuk hari ini," Ucap wani sufiya. Rasa mengantuk tidak lagi tertahan namun "Eh?," Handphone di bawah bantal tiba-tiba sahaja berdering membuatkan perasaan letih dan mengantuknya hilang

"Assalamualaikum," Salam di ucapkan Danial

"Waalaikummussalam abang,"

"Abang minta maaf ganggu sayang tidur,"

"Eh takdelaa.. wani baru je nak tidur,"

"Sayang apa kabar?,"

"Alhamdulillah, baik je bang. Abang apa kabar,"

"Alhamdulillah baik. In sya Allah, esok abang balik,"

"Pukul berapa abang sampai?,"

"In sya Allah tengahari, Sayang nak apa-apa tak?,"

"Nak abang balik dengan selamat,"

Danial ketawa di hujung talian "Okayla sayang tidur ya. Nanti bila abang dah sampai esok abang call sayang,"

"Baikla bang. abang pun rehat ya,"

Azan subuh berkumandang. Mata yang tertutup pelan-pelan di buka. Dalam keadaan masih gelap Wani sufiya memandang bayangan kipas siling yang berputar. Bibirnya tersenyum. Hari ini adalah hari yang di tunggu-tunggu.

Selimut yang menutupi tubuh di tolak ke tepi lalu bangun dari baringannya. Wani sufiya bergegas menghidupkan suis lampu

"Hari nie abang balik," Ucapnya dengan gembira

Pagi itu masih muda lagi. Mentari masih belum menampakan diri, namun sinarnya sudah kelihatan menyinari langit. Wani sufiya berjalan dengan hati yang riang ketika angin pagi bertiup dengan nyaman miskipun penat lelah semalam masih terasa

Seperti biasa, Wani sufiya sibuk melakukan perkerjaannya. Pagi-pagi begini kebanyakan pelanggan datang menikmati roti canai. Di dapur pula tukang masak sibuk memasak lauk pauk untuk tengahari bukannya satu, dua jenis lauk akan tapi berbelas. Itu cukup meletihkan Wani sufiya

Masuk sahaja tengahari pelanggan mula memenuhi restoran itu untuk menikmati makan tengahari memandangkan restoran itu sahaja yang beroperasi berdekatan dengan kawasan flat dan apartment di situ

Wani sufiya kerap mengelap peluh yang berjatuhan dari dahinya. Waktu itu perkerjaannya terlalu banyak. Pinggan mangkuk, gelas, sudu, garfu tidak henti-henti di taruh di tepi singki.

Keadaan Wani sufiya itu membuat seseorang merasa sangat sebak. Diam-diam puan seri Dahlia memerhati menantunya itu di dalam dapur. Berair kelopak matanya melihat bertapa susahnya menantunya berkerja

MENARA TUN BORHAN

Pintu lif terbuka. Aleya melangkah keluar. Raut wajahnya tampak berseri-seri. Pintu kaca berkembar terbuka. Aleya melangkah masuk ke dalam syarikat Infernal Engine games

"Boleh saya bantu cik?,"

"Saya nak jumpa dengan Danial?,"

"Cik ada buat appointment ke?,"

"Tak perlu. Dia kenal saya,"

"Maafkan saya cik. sekarang nie para executive sedang bermesyuarat,"

"It's okay saya boleh tunggu kat dalam,"

"Tunggu cik. Cik tak boleh masuk,"

Aleya tetap melangkah masuk miskipun di larang. Bibirnya tersenyum bangga saat melihat keadaan ruangan syarikat itu seolah-olah syarikat itu adalah miliknya

"Tuk. Tuk. Tuk," Pintu bilik meeting di buka "Maafkan saya encik Dani. Ada seorang perempuan nak jumpa dengan encik,"

"Perempuan? siapa?,"

"Namanya Cik Aleya,"

Danial menyengih senget "Suruh dia keluar,"

Penyambut tetamu itu segera menurut kemudian pergi mendapatkan Aleya

"Maafkan saya cik. Encik Dani suruh cik keluar sekarang,"

"What?. No okay. Suruh dia jumpa i sekarang,"

"Tolongla cik Aleya. tolongla keluar,"

Oleh kerana bilik meeting itu berdinding kaca. Danial, Azlan, Mail, Borhan dan Sha memerhati di luar

"Aku hairan macam mana dia tahu aku Ceo syarikat nie," Soal Danial

"Bukan ke perempuan tu peguam syarikat ayah kau?," Tanya Mail pula

"Yalaa. Perempuan materialistik. Benci betul aku,"

"Dia macam tak nak keluar je Dani?," Sha pula mencelah

Danial mengeleng geram "Nak kena juga dengan aku nie," Ucapnya kemudian bangun dari kerusi

"Hey Aleya! kau buat apa kat sini!," Soal Danial sebaik keluar dari bilik meeting

"Nak jumpa you'la,"

"For what?,"

"Hey Dani. kita kan dah lama kenal,"

"Yes betul. Kita memang dah lama kenal. Tapi kita tak rapat, cuma family kau saja yang rapat dengan family aku,"

"I datang sini nak bagitahu you Dani. Kita berdua akan di satukan,"

Mendengar sahaja kata-kata Aleya membuatkan Danial tergelak "Di satukan ha.ha.ha.,"

"Apa yang lucunya,"

"Hey Aleya. kau buta ke apa. Kau nampak tak ruangan pejabat nie?,"

"I tak buta Dani,"

"Kau ingat syarikat nie milik ayah aku. Hey Dania, dalam keluarga aku tiada nak paksa memaksa berkawin tahu tak. kau ingat aku nak berkahwin dengan kau,"

"You dah lupa ke Dani kata-kata you dulu,"

"Ooo of course aku tak lupa Aleya. tapi kau jangan lupa pulak apa yang kau cakap pada aku.. sekarang aku nak kau keluar,"

"Okay fine, tapi you kena ingat Dani, i akan pastikan kita berdua akan tetap di satukan,"

"teruskanla berangan,"

Aleya berdegus kuat namun tetap mengawal langkahnya ketika melangkah menuju ke pintu keluar

"Dani. terus terang aku cakap. Perempuan tu memang cantik," Ujar Mail, sudah pun berada di sebelah Danial

"Cantik pun tak guna. Cantik lagi bini aku,"

WANI sufiya melihat jam di tangan kemudian menghela nafas lega. Waktu kerjanya sudah pun berakhir. Penatnya bukan kepalang. Apro yang tersarung pada tubuh di tanggalkan kemudian mengambil beg sandangnya

Dengan langkah yang lemah, dia keluar dari dapur

"Wani,"

"Eh puan seri," Wani sufiya sedikit terkejut sebaik sahaja melihat kelibat puan seri Dahlia sedang duduk di salah sebuah meja di situ "Puan seri buat apa kat sini?,"

"Saja saya nak tengok tempat kerja Wani,"

"Biasa je puan seri,"

"Wani dah makan ke?,"

"Belum. tak sempat,"

"Kerja wani dah habiskan?,"

"Haah,"

"Jom makan dengan saya. Saya belanja,"

Wani sufiya mengangguk setuju kemudian mengikut puan seri Dahlia pergi ke tempat mengambil hidangan lauk pauk

Saat mereka berdua asyik menikmati hidangan masing-masing. Anak mata puan seri Dahlia mencuri pandang cara Wani sufiya makan. Betul-betul seperti gadis kampung tidak segan silu mengunakan tangan miskipun makan bersama dengannya

"Wani?,"

"Ya puan seri,"

"Kalau Wani nak tahu. saya sebenarnya ada sebuah yayasan,"

"Yayasan?,"

Puan seri Dahlia mengangguk "Kat wangsa maju. Yayasan saya tu menguruskan bantuan rumah anak-anak yatim, Rumah kebajikan orang tua dan berberapa madrasah. Itu pun duit dari sumbangan orang,"

"Bagusnya puan seri,"

"Apa kata wani kerja dengan saya,"

"Tempat tu tiada cleaner ke puan seri?,"

Puan seri Dahlia tersenyum "Wani berkerja dengan saya, bukan sebagai cleaner tapi sebagai pembantu saya,"

"Pembantu? Saya tak tahu buat kerja tu puan seri,"

"Wani jangan risau. nanti saya ajarla,"

Belum pun sempat wani sufiya mahu menyambung bicara. Handphone'nya tiba-tiba berdering "Sekejap ya puan seri, suami saya call,"

"Tak apa jawab je,"

Wani sufiya bergegas menjawab panggilan dari suaminya

"Assalamualaikum abang,"

"Wani kat mana sekarang?,"

"Te. tengah kerja bang,"

"Jujur dengan abang wani. Abang dah tahu wani dah kena berhenti. Bagitahu abang sekarang wani kerja kat mana?,"

Raut wajah Wani sufiya berubah cuak nak tak nak dia terpaksa jua berterus terang "Wani kerja dengan restoran nasi kandar. dekat dengan flat kita tu bang,"

"Tunggu situ, abang datang sekarang,"

Panggilan di tamatkan. Wajah Wani sufiya sudah terlihat pucat seperti mayat.

"Kenapa wani?,"

"Suami saya puan seri, dia dah tahu saya kena berhenti, saya takut dia marah," air mata wani sufiya berjatuhan kerana takut di marahi suaminya

Puan seri Dahlia menyengih " Biarlah dia tahu apa masalahnya. wani tetap kerjakan,"

Wani sufiya terangguk-angguk. Tidak beberapa lama kemudian kelihatan sebuah motorsikal honda pcx berwarna putih memarkir di hadapan restoran

Dengan keadaan tergesa-gesa Danial melangkah masuk ke dalam restoran untuk mendapatkan isterinya

"Abang," Wani sufiya bangun sambil melambai

"Wani! kenapa?," Danial terdiam. kelopak matanya terbeliak luas saat memandang susuk tubuh wanita sedang duduk di hadapan isterinya

"Apa kabar Dani?,"

"Ka. ka. ka. ka. ka,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience