Chapter 6

Romance Series 16317

RAUT wajah Tan Seri yahya kelihatan tenang selepas mendengar penjelasan Aleya apa yang belaku ketika pertemuan Syed Izham dengan Ceo syarikat Infernal Engine games memang dari awal dia sudah menjangkakan akan belaku penolakan dari Ceo syarikat itu miskipun dia amat mempecayai kemampuan Syed Izham akan tetapi syarikat itu adalah milik anak lelakinya dan tiada mana-mana peguam dalam syarikat guamannya yang mengetahui fakta tersebut

Tan Seri yahya menekan butang telefon gagang di atas meja

"Ya Tan seri,"

"Shima. Tolong panggilkan Syafik dengan Dania suruh mereka jumpa saya sekarang,"

"Baiklah Tan Seri,"

Beberapa minit kemudian Dania masuk terlebih dahulu ke dalam pejabat ayahnya di susuli Syafik yang kelihatan tergesa-gesa membuka pintu

"Duduk syafik,"

Syafik melangkah pelan ke arah sofa. Tan Seri yahya bersama Dania sudah pun duduk menunggunya

Tan Seri yahya menghela nafas panjang "Pertemuan Syed dengan Ceo syarikat Infernal Engine games dah gagal,"

Dania menyengih "Bukan ke kita dah tahu pertemuan itu akan gagal,"

"Dania?,"

"Ya Dania tahu," Dania menjeling pada Syafik

"So syafik. awak akan ambil alih tugas syed izham. tapi awak kena ingat syarikat Infernal Engine games adalah sebuah syarikat yang besar dan bukan mudah untuk menguruskan syarikat sebesar itu,"

"Syarikat luar negara ke Tan Seri?,"

Tan Seri yahya tersenyum "Awak tak pernah dengar ke nama syarikat tu,?,"

Syafik mengeleng

"Itu syarikat anak tempatan di bangunkan oleh lima orang pemuda melayu. Di atas kita nie tingkat 24 dengan tingkat 25 cawangan mereka. Hq mereka di cyberjaya," Jelas Tan Seri yahya

"Tapi saya tiada pengalaman Tan Seri jadi peguam perudangan untuk mana-mana syarikat sebelum nie,"

"Belajarla. Tak akan itu pun nak bagitahu,"

"Hey Dania. what's wrong with you. cuba berbicara tu elok sikit,"

Dania berdengus sambil memuncung bibir. Perasaan marah dan cemburu pada Syafik masih lagi terasa di dalam hati

Tan Seri yahya mengeleng kecewa. sementara Syafik pula terpinga-pinga memandang Tan seri yahya

"Dania. mulai hari nie daddy mahu Dania tolong Syafik. Ajar dia selok belok bagaimana menjadi peguam syarikat. Minggu depan ikut sekali syafik pergi berjumpa dengan Ceo tu,"

"Dania tak nak,"

"What wrong with you Dania?,"

Dania memandang syafik dengan bibir menyenget "Biarla dia pilih sendiri siapa dia nak bawa. Oh lupa Mungkin ila boleh bantu dia,"

Syafik tersentak sehingga tertelan air liurnya

"Siapa pulak Ila tuuu?,"

Dania menoleh memandang ayahnya "Staff bawahan Aleya. Syafik memang rapat dengan perempuan tu,"

"Apa kena mengena pulak syafik dengan perempuan tu. Ini urusan antara peguam dengan peguam bukannya peguam dengan staff biasa. Kalau Dania tak nak bantu, sudah!. Daddy akan suruh Aleya,"

"Okay fine. Biar Dania je yang tolong,"

Tan Seri yahya mengeleng-geleng kepalanya " Syafik. awak patut bersyukur kerana di pilih oleh Ceo syarikat itu untuk menjadi peguam mereka. kalau ikutkan secara logik bukannya mudah untuk seorang peguam perudangan mendapat perluang seperti ini. Lihat saja Syed Izham, dia mula dari bawah tanpa ada kelas tapi dia berusaha siang dan malam untuk membuktikan dia mampu menjadi peguam kelas satu dan lihatlah hasilnya sekarang semua usaha dia selama tu tak sia-sia,"

"You beruntung. Masuk kerja je dah jadi kelas dua. Duduk saja dalam pejabat tiba-tiba je naik pangkat,"

Syafik tertunduk malu mendengar kata-kata Dania bagaikan menyindir dirinya. Tan seri yahya mengeleng

"Buat sementara waktu Dania akan membantu awak. Nanti saya akan carikan pembantu peguam dengan staff untuk berkerja di bawah awak. Oh ya mungkin Ila boleh jadi staf bawahan awak," Tan Seri yahya sekadar begurau

"Daddy!," Bertaut kening Dania memandang Ayahnya

"Apa salahnya,"

"Perempuan tu staff Aleyalah,"

Tan seri yahya terangguk-angguk dengan raut wajah di buat-buat serius "It's okay nanti Daddy tanya dia,"

"Apa nie Daddy?,"

SETELAH bertemu pada hari rabu. Wani sufiya tidak dapat bertemu lagi dengan Danial pada keesokan harinya kerena buah hatinya itu terpaksa membuat kerja part time di cyberjaya

Gejolak gelisah di jiwanya sudah tidak terkata. Miskipun baru beberapa hari bercinta namun jika sehari tidak bersua muka hati pasti akan terasa rindu

Jam 1.45 tengahari ruangan pejabat agak sepi memandangkan kesemua staff lelaki pergi menunaikan solat jumaat. Wani sufiya berjalan menuju ke bilik Dania berniat untuk memohon cuti beberapa hari

Sesampai sahaja di meja setiausaha Dania. Wani sufiya memandang pintu bilik yang tertutup rapat

"Kenapa Wani?," Tanya setiausaha Dania

"Nak jumpa dengan Cik Dania, Wani nak mohon cuti,"

"Ketuk jela pintu tu,"

"Boleh ke? nanti marah pulak Cik Dania tu kalau wani main ketuk je,"

Setiausaha Dania tersengih "Sejak dua menjak nie kak perasan Cik Dania tu baik sangat dengan Wani,"

"Eh mana ada kak. Macam biasala kalau wani tak buat salah buat apa dia nak marah,"

"Hah kalau gitu pergila Ketuk pintu tu bukannya wani buat salah pun,"

Wani sufiya menghela nafas tenang kemudian berdiri di hadapan pintu pejabat terangak-agak mahu mengetuk daun pintu itu

"Tuk. Tuk. Tuk.," Tiga kali ketukan namun masih tiada respon dari dalam

"Tuk. Tuk,"

"Masuk," Barula ada suara dari dalam memberi kebenaran

Wani sufiya memulas tombol pintu. Daun pintu di kuak sedikit kemudian mengulurkan Kepalanya di balik daun pintu itu

"Maafkan saya Cik Dania kalau menganggu. Boleh saya jumpa Cik Dania sekejap,"

"Boleh masukla,"

Wani sufiya masuk ke dalam bilik itu kemudian pelahan-lahan pintu di tutup sebelum kakinya melangkah menghampiri meja Dania

"Duduk wani,"

"Terima kasih Cik Dania,"

Dania menyusun fail-fail di atas meja terlebih dahulu sambil di perhatikan Wani sufiya

"Ada apa-apa masalah?,"

"Begini Cik Dania. Saya datang nie sebab nak mohon cuti hari isnin depan. Lepas tu hari jumaat dengan hari isnin. Boleh tak Cik Dania,"

Dania memandang Wani sufiya dengan raut wajah hairan "Banyaknya cuti you mohon. you nak pergi mana?,"

"Saya nak balik kampung hari nie. Hari isnin saya ada kursus kawin,"

"WHAT!,"

Terjongket kedua bahu Wani sufiya terkejut dengan reaksi Dania

"Kahwin? Dengan siapa?,"

"De. de. dengan Borhan,"

"Borhan?," Berkerut dahi Dania memandang Wani sufiya setelah itu bibirnya menyenget. F**k dengan adik aku rupanya. Pelik tak akan dah nak kawin. "Kenapa tiba-tiba nak ambil kursus kawin?,"

Wani sufiya tersipu-sipu malu "Sebab kami nak kawin sabtu depan,"

"WHAT!,"

sekali lagi kedua bahu wani sufiya terjongket terkejut

"Bila!,"

"Insya-Allah ha. hari sabtu depan Cik Dania,"

"Omg!," Dania menyandarkan belakangnya pada kerusi

"Kenapa cik Dani," Wani sufiya terpinga-pinga, hairan sungguh apabila melihat reaksi berlebihan dari Dania

Dania tidak terus menjawab pertanyaan itu. Dahinya yang luas di gosok-gosok. What is wrong with you Dani. tiba-tiba je nak kawin. Hiss berani betul kau buat keputusan tanpa pengetahuan mak. Kalau mak tahu mampus kau nanti

"Cik Dania?,"

"Ya. ya," Dania melepaskan keluhan berat sambil menegakan tubuhnya semula "Baiklah awak boleh bercuti,"

"Terima kasih Cik Dania,"

Wani sufiya keluar dari pejabat Dania dengan hati yang senang. Di saat kakinya di ayun ke arah pantry. Retinanya melihat kelibat adiknya sedang masuk dari pintu utama

Syafik sengaja berjalan pelahan di saat melewati kakaknya "Jumpa Adik kejap kak," Pinta Syafik dengan suara yang pelan sambil meneruskan langkah

Wani sufiya tidak menjawab. langkahnya terus di susun menuju ke pantry lalu ke bilik store untuk mengambil peralatan pembersih barulah dia pergi ke pejabat adiknya

Belum pun sempat Wani sufiya memulas tombol pintu. Daun Pintu pejabat adiknya sudah di buka dari dalam

"Kenapa nie Dik?," Tanya Wani sufiya bila melihat wajah mencuka adiknya

"Betul ke kakak nak kawin?,"

Wani sufiya sedikit terkejut padahal dia sudah berpesan pada pakciknya supaya merahsiakan dari adiknya terlebih dahulu

"Mana adik tahu?,"

"Tentulah dari pakcik Khalid. Adik hairan tiba-tiba Pakcik call tanya adik pasal tu. Padahal Adik sendiri pun tak tahu. Kakak betul ke nak kawin,"?,"

"Aah,"

"Betul ke kak?," Syafik sedikit terkejut sehingga bertaut keningnya memandang wani sufiya

"Betul Dik,"

"Tolong jangan cakap kat adik kak nak kawin dengan perkerja am tu,"

"Aah dengan dialah,"

"Kak...?," Syafik melangkah ke kerusinya kemudian di labuhkan Punggungnya di atas kerusi dengan wajah kesal

"Tak boleh ke Dik?,"

"Akak kenal dengan dia dah berapa lama?,"

Wani sufiya diam seketika tidak terus menjawab pertanyaan itu "Kakak dah kenal dengan dia dah lama dik cuma baru-baru nie je kami ambil keputusan untuk bercinta," Wani sufiya terpaksa menipu bimbang jika adiknya membantah keputusannya

"Tapi dia cuma perkerja am je kak. Itu pun kerja part time. Ini KL kak,"

"Adik?,"

Syafik mengeleng-geleng kepala bukan kerana tidak bersetuju dengan keputusan kakaknya namun bagi pendapatnya kehidupan di kota bukannya mudah di tambah pula dengan perkerjaan bakal abang iparnya yang tidak menentu apakah cukup untuk menangung keperluan rumah tangga

"Apa hak kakak untuk memilih dik. Kak hanya seorang cleaner. Tiada siapa yang mahukan kakak tapi Allah S.W.T masih menjodohkan kakak dengan seorang lelaki walaupun lelaki itu ada kekurangannya. Tapi Kakak bersyukur sangat,"

Syafik menghela nafas tenang dan mulai menerima hakikat mungkin itulah jodoh kakaknya dan sebagai seorang adik, sudah sampai gilirannya pula membantu dan menyokong apa jua keputusan kakaknya

"Habis tu bila kakak nak kawin?,"

"Insya-Allah. hari nie kak balik kampung dengan Borhan,"

"Nanti. Kak balik kampung hari nie ke?,"

"Aah,"

"Kenapa kakak tak bagitahu adik. Adik boleh balik sekali?,"

"Kakak tak ganggu adik. Lagi pun adikkan sibuk,"

Syafik mengeleng lagi, rasa serba salah tak dapat membantunya kakaknya

"Isnin kakak cuti, kakak ambil kursus kawin dengan Borhan lepas tu terus buat test Hiv yang lainnya nanti pakcik kamal akan uruskan. Insya-Allah bila semuanya selesai sabtu depan kakak kawin,"

Syafik merenung wajah kakaknya penuh kasih. Bibirnya tersenyum nipis kemudian memeluk tubuh kakaknya itu "Adik selalu doakan yang terbaik untuk kakak. Nanti biar adik saja yang nikahkan dia untuk kakak,"

"Tak susahkan adik ke?,"

"Adik nie adik kakak. selama nie kakak tak pernah menyusahkan adik," Ucap Syafik sambil meleraikan pelukannya

SEMENTARA di tingkat 25 pula. Danial membelek-belek isi di dalam beg pakaiannya memastikan semuanya cukup. Tiga hari dua malam dia akan tinggal di kampung wani sufiya di perlis

"Tak habis-habis lagi ke check beg tu?," Tanya Borhan terhendap-hendap melihat isi di dalam beg Danial

"Aku risau kalau pakaian tak cukup,"

"Tak cukup beli jela kat sana,"

"Aku tinggal kat kampung Borhan,"

Borhan tersengih-sengih "Kalau gitu pinjam jela pakaian pakcik bakal bini kau tu. apanya susah,"

Danial mengeleng dengan bibir menyenget memandang Borhan kemudian duduk menegak dengan keluhan

"Aku rasa takutla borhan,"

"Biasala tu Dani. Aku dulu pun takut juga, segan pun ada. Nak cakap bukan main sebarangan je. Maklumlah bila nak jadi bakal keluarga kenala tunjuk diri kita nie sempurna. Tapi dalam kes kau nie. Hiss susah den nok cakap,"

"Kenapa pulak?,"

"Yalaaa.. setakat perkerja am, takut orang kat sana tak respect kau," Borhan tergelak

Danial mengeluh lagi namun pada masa yang sama kedengaran nada dering telefon pintarnya di atas meja. Danial melihat nama yang tertera pada Skrin

"Siapa?,"

"Kakak aku,"

Borhan memuncung bibir lalu kembali ke mejanya memberi ruang kepada Danial menjawab panggilan itu

"Hello,"

"Hey Dani. kau dah gila ke?,"

"Bagila salam dulu kak,"

"Kau serius ke nak kawin?,"

"Yala. Tak akan nak main-main," Jawab Danial bersahaja

"Habis tu tak nak bagitahu mak dengan Daddy,"

"Nanti jela lepas dua tiga bulan kawin,"

"Kau dah hilang akal ke Dani! kalau mak tahu mampus kau nanti. Jangan nak main-main kalau kau kena kakak pun kena tahu tak,"

"Kak pura-pura jela buat tak tahu. Pasal mak nanti biar Dani je yang tanggung,"

"Amboi senangnya kau cakap. Hey Dani! kau ingat kakak tak kenal dengan perangai kau. Sekarang senanglah kau cakap esok bila kau kena semua orang kau babitkan,"

"Dani kan adik kakak. Kalau Dani susah kak kenalah tolong Dani. Alaaa kak kan dah terbiasa kena marah dengan mak,"

"Aku tampar jugak mulut kau Dani! kau ingat mak marah pakai mulut!!,"

Serta merta Danial mengalihkan telefon pintar dari telinganya "Janganlah jerit. Sakit telinga tau tak. Kak kat mana sekarang?,"

"Office!,"

"Jom gie minum. Ada hal Dani nak cakap dengan kakak,"

"Sekarang?,"

"Ya sekarang. Kak pergi dulu, tunggu Dani kat Kafe Gerhana nanti Dani datang,"

JARI-JEMARI Aleya lincah menaip butang keyboard laptop. Retinanya teralih-alih membaca maklumat Infernal Engine games yang ada di Google. Dahinya akan berkerut setiap kali tidak berpuas hati dengan maklumat yang di perolehi kemudian menaip lagi sehingga dia menjumpai maklumat yang di kehendaki

Aleya berdengus sambil menumbuk meja namun tidak berapa kuat lalu duduk bersandar dengan raut wajah yang kecewa

Aku yakin lelaki tu bukan Ceo tapi orang lain. Aleya berkata dalam hatinya kemudian bangkit dari kerusi berniat mahu menemui Syed Izham

Setelah keluar dari pejabatnya pandangan Aleya teralih memandang kelibat Dania sedang tergesa-gesa berjalan ke arah pintu keluar dan ketika pandangannya mahu di alih dia melihat pula Wani sufiya keluar dari bilik Syafik dengan wajah ceria lalu bertembung dengan Dania

Dahi Aleya berkerut hairan. "Bila masa pula Dania mesra dengan cleaner tu" Ucap Aleya di dalam hati bila melihat Dania sempat memeluk Wani sufiya walaupun sekejap

Aleya mengeleng kepalanya kemudian menyambung niat untuk menemui syed izham

"Lela. Syed izham ada dalam bilik," Tanya Aleya pada setiausaha Syed izham

"Ada. Tapi Encik syed pesan jangan bagi sapa-sapa ganggu,"

Aleya tersenyum mengerti tidak menyangka jika syed izham masih belum dapat menerima kegagalan untuk menjadi wakil peguam syarikat Infernal Engine games

"Tak apa biar saya cuba tengok,"

"Cik Aleya nak saya hubungi Encik Syed,"

"Tak perlu. Biar saya ketuk je pintu tu,"

"Baiklah,"

Pintu pejabat di ketuk beberapa kali namun tiada respon dari dalam. Aleya tidak terus mengalah, sekali lagi pintu bilik di ketuk kali ini sedikit kuat

"Siapa kat luar tu!," Kedengaran suara Syed Izham dari dalam begitu marah namun tidak mengetarkan Aleya malah pintu bilik itu tetap di buka miskipun tidak di beri kebenaran

"Boleh i masuk?,"

Syed Izham yang sedang duduk bersandar pada kerusi empuknya menoleh. Wajahnya tampak seolah-olah tiada semangat mahu membenarkan Aleya masuk

"Janganla marah izham. Tak rugi apa pun kalau you tak dapat jadi wakil peguam syarikat tu,"

Syed Izham hanya mendiamkan diri. Aleya melangkah masuk ke dalam pejabat lalu duduk dengan wajah tenang

"I tak kisah pun Aleya tapi harga diri i nie macam kena robek-robek tanpa balas kesihan. Mungkin i terlalu pecayakan diri,"

"Bukan 100% peratus salah you izham tapi salah i jugak. Waktu Tan Seri cakap Ceo tu pilih syafik, jujur i cakap i memang tak puas hati,"

Syed Izham tersenyum nipis "Memang betul cakap you. Azlan tu bukan Ceo syarikat tu tapi orang lain. Dia cuma salah seorang pemegang saham kawan baik kepada Ceo tu,"

Kening Aleya bertaut memandang Syed Izham "Mana you tahu?,"

"Tan seri yang bagitahu i,"

"Bila?,"

"Semalam,"

"So Tan Seri ada bagitahu tak siapa sebenarnya Ceo syarikat tu,"

Syed Izham mengeleng sambil memusing kerusinya mengadap Aleya "Tan seri pun tak kenal,"

"Mustahil Tan Seri tak kenal padahal puan seri ada saham dalam syarikat tu. Tak akanlah Puan seri tak pernah hadir mesyuarat pemegang saham. Atau?,"

Syed Izham dan Aleya saling berpandangan seperti memikirkan pekara sama

"Mungkin ada campur tangan dari Puan seri ketika pemilihan peguam untuk syarikat tu," Kata Aleya sekadar mengagak

"Maksud you?,"

Aleya mengankat kening "I cuma agak je tak tahula betul atau tak. Mungkin sebab Dania suka pada syafik,"

Syed Izham ketawa sedikit kuat setelah mendengar jawapan dari Aleya

"So.. you nak cakap kalau itu cara Dania balas dendam kat I?,"

"Maybe,"

Syed Izham terus ketawa terbahak-bahak seakan lucu apa yang di fikirkan Aleya itu

"Aleya. Aleya," Syed Izham menarik nafas menenangkan dirinya "You tak kenal ke siapa puan seri tu?,"

"I memang pernah jumpa dengan puan seri beberapa kali tapi tak pernah berbual,"

"Family you kan rapat dengan Family Dania,"

"Izham. For your information just Mommy dengan Daddy i je yang rapat dengan mereka bukannya i. You pernah nampak ke I dengan Dania sebulu? tak kan,"

"For your information Aleya. Dania tu tak akan berani nak suruh puan seri buat sesuatu untuk kepentingan dia. Jangan harap puan seri tu nak layan,"

"Why?,"

"Puan seri tu bekas seorang ustazah,"

"So.. Dania bukan pakai tudung pun,"

Syed Izham menyengih "You pernah nampak Dania pakai pakaian seksi,"

Aleya mengeleng

"Dekat luar je Dania tu berani tak pakai tudung tapi bila dia balik dia pakai tudung. Kalau you tak pecaya cuba you call puan seri bagitahu dia Dania tak pakai tudung kat office so nanti you boleh tengok macam mana Puan seri kerjakan si Dania tu,"

"Seriously?,"

"Yes. Kalau you tak pecaya cubala,"

"Tapi I nak tanya you izham. You pernah jumpa tak dengan anak lelaki Tan Seri?,"

Syed Izham mengeleng "Tak pernah. you?,"

"I pernah jumpa sekali tapi dah lama. So i tak ingat wajah dia,"

"Kenapa tiba-tiba you tanya pasal dia. You berminat ke?,"

Aleya mengeluh panjang "No izham. i just tanya. Salah ke?,"

Berkerut kening Syed Izham memandang Aleya. Dia dapat merasakan seolah-olah ada sesuatu yang di sembunyikan Aleya darinya dan cara wanita itu merayu ketika dia ingin menemui Ceo syarikat Infernal Engine games sehingga kini menjadi tanda tanya

DI DALAM kafe Gerhana tidak terlalu ramai pelanggan namun suara Dania memarahi adiknya kadang-kadang kedengaran kuat sehingga menarik perhatian beberapa pelanggan sedang melepak di dalam kafe mujur waktu itu adalah waktu berkerja tidak kelihatan mana-mana staff dari Syarikat Dania dan juga Danial berada di dalam kafe tersebut

Wajah Danial tampak serius ketika menjelaskan tentang perkahwinannya kepada Dania miskipun Dania selalu sahaja mencelah setiap kali dia cuba bercakap

"Dani.. Kalau kau nak sangat kawin, kawin je Dani tak payahla kau uji-menguji Si wani tu. Dahla kau kawin tanpa pengetahuan mak dengan Daddy. Kakak cuma risau je Dani bila mak dapat tahu nanti mungkin mak suruh kau bercerai. Kau jangan main-main. Waktu tu bukan je kakak tapi Daddy, kawan-kawan kau tiada siapa yang berani bantu,"

"Habis tu kalau Dani bagitahu mak, mak setuju ke?,"

"Masalah kau tak cuba, dari dulu mak dah cakap dengan kita kan, dia tak akan masuk campur urusan jodoh kita yang penting kita cari pasangan yang tahu agama,"

"Dani cuma risau mak cakap je macam tu kak. Nanti bila mak dapat tahu bakal isteri Dani cuma cleaner tiba-tiba pulak mak tu ubah fikiran,"

"Habis tu kalau kau dah tahu bakal isteri kau tu cleaner buat apa kau nak uji dia lagi. Takde laki nak kat dia, kau je yang nak,"

"Dani bukan nak uji hati dia kak tapi Dani nak tengok kesetiaan dia sanggup tak dia hidup dengan lelaki tanpa ada pendapatan tetap,"

"Si Wani tu sanggup keluarkan semua duit simpanan dia apa lagi kau nak uji dia Dani. Kau nak buat drama korea ke?,"

Danial tersengih-sengih memandang Dania seolah-olah kata-kata kakaknya itu tadi ada kebenarannya

"Sikit-sikit berdrama apa salahnya kan kak?,"

Dania mengeluh sambil mengeleng "Kakak nak ikut,"

"Hah! nak ikut. Ikut pergi mana?,"

"Dani kawin,"

"Eh tak payahla kak. Nanti apa kata Wani dengan syafik kalau diorang nampak kakak ada sekali,"

"Salah ke orang atasan datang tengok staffnya kawin?,"

Danial ketawa kecil geli hati "Kak ingat ada ke dalam dunia nie Staff executive sanggup datang jauh-jauh semata-mata nak hadir ke majlis perkahwinan staff cleaner? tak usahla kak,"

Dania duduk memeluk tubuh memandang adiknya masih lagi ketawa menyindir

"Setahu kakak, Syafik tiada kereta. Tadi pagi Daddy suruh kakak ajar dia,"

"So? Kakak nak ikut Syafik pergi perlis?," Pantas Danial mencelah seakan tahu apa yang di fikirkan kakaknya

Dania mengangguk dengan mata terbuka luas

"Hmm... sekejap Izham lepas tu syafik,"

"Dani. Dari dulu kakak memang tak pernah suka dengan izham tu. masalahnya cara dia layan kakak ambil berat pada kakak, cara dia bercakap. Waktu tu mati-mati kak ingat dia suka kan kakak. Rupa-rupanya di just gunakan kakak untuk buat Si Aleya tu jealous. Sial punya jantan,"

Danial tergelak "Okay tapi apa alasan kakak tiba-tiba suka kan syafik,"

Dania diam seribu bahasa dengan pertanyaan adiknya. Alasan kenapa dia menyukai Syafik di saat dia bertemu dengan lelaki itu di mahkamah. Syafik masih lagi menjadi peguam persendirian dan berjaya mengalahkannya dalam urusan tuntutan wang pampasan membabitkan bekas kliennya setahun lepas

Syafik tidak menunjukkan sifat bangga diri malah berani mengajaknya untuk minum saling berkongsi pendapat dan juga pengalaman masing-masing sebagaia peguam namun setelah lelaki itu mengetahui dia sebenarnya adalah anak kepada pemilik Syarikat guaman Law & Justice. Syafik melayannya seolah-olah tidak pernah mengenalinya. Itu yang membuatkan hatinya sungguh terkilan

WANI SUFIYA melihat jam di tangan selepas mengemas peralatan pembersih di dalam store. Waktu yang tertera pada jam tangannya sudah menunjukkan 6.30 petang. Raut wajahnya tampak jelas tidak sabar menemui buah hatinya di bawah

Beg pakaian berwarna biru di gantung pada bahunya. pintu store di tutup kemudian mengatur langkah laju menuju ke pintu utama

"Wani!,"

Wani sufiya menoleh memandang ke arah pintu utama ketika itu hanya dia seorang sahaja yang menunggu di hadapan lif memandangkan kebanyakan staff sudah pun pulang sejak pukul 5.30 petang tadi

"Ya Cik Dania?,"

Dania kelihatan melangkah tergesa-gesa menghampiri Wani sufiya

"Ambil nie," Dania meletakan sampul surat berwarna putih pada tangan Wani sufiya

"Apa nie Cik?..,"

"Shhh... Ambil je. Tapi jangan bagitahu sesiapa. Ini rahsia antara kita berdua je,"

Wani sufiya terpinga-pinga hairan sambil memandang Dania sudah pun masuk ke dalam pejabat semula kemudian Sampul surat di tangannya di renung agak lama dan dia tahu di dalam sampul surat itu berisi duit

Apa nie. Kanapa Cik Dania bagi aku duit. Kelopak mata Wani sufiya mengecil seolah memikirkan sesuatu yang mencurigakan. Kot-kot cik Dania dengan adik aku dah bercinta. Alhamdulilah apa salahnya kalau betul, bakal adik ipar aku dah bagi ambil jela. Ini di namakan rezeki hari jumaat

Wani sufiya tersengih-sengih sendiri pada masa yang sama pintu lif terbuka

Selepas sahaja melewati penghadang laluan. Wani sufiya berlari anak menuju ke pintu lobi. wajahnya berseri-seri dengan bibir tersenyum mekar

Pintu Lobi di tolak. Wani sufiya melangkah keluar namun langkahnya tiba-tiba terhenti. Matanya membuntang luas memandang susuk tubuh di bawah tangga melambai kepadanya

"Wani!,"

Wani sufiya langsung tidak beriaksi. seluruh tubuhnya bagaikan kaku sungguh berat untuk bergerak manakan tidak jika lelaki yang sedang menunggu bukan lagi lelaki yang pernah dia lihat sebelum ini. Penampilan Danial jauh berubah selalunya lelaki itu berbaju lebih besar berbanding tubuhnya dan selalu mengenakan seluar tracksuit hanya berapa kali sahaja berpakaian formal itu pun pakaian yang di beli Wani sufiya

Namun penampilan Danial sekarang lebih segak berambut pendek di potong rapi. Berbaju T-shirt mengikut bentuk badannya yang tegap berseluar jean jenis skinny membuatkan jantung Wani sufiya tidak berhenti berdengup kencang

Wani sufiya memerhati pakaian yang tersarung pada tubuhnya kemudian memandang beg pakaian yang di bawa telihat lusuh berbanding beg yang di bawa Danial

"Wani.. kenapa berdiri lagi kat situ?,"

Wani sufiya mengukir senyuman jelas terpaksa. Pelan-pelan kakinya di ayun menuruni tangga

"Bi. bila awak potong rambut?,"

Danial ketawa kecil sambil menyisir rambutnya mengunakan jari jemarinya "lepas solat jumaat tadi tiba-tiba rasa nak potong rambut. So macam mana, saya nampak segak tak?,"

Wani sufiya mengangguk "Segak sangat. Muka awak pun nampak lebih tampan. Saya pulak rasa malu nak berjalan dengan awak,"

Danial mencuit hujung hidung wani sufiya "Wani dah lupa ke apa yang saya cakap pada wani sebelum nie. Tak kisah bagaimana penampilan saya kacak ke tampan ke. Hati saya hanya untuk awak. So jangan malu bila bersama dengan saya ya,"

Wani sufiya mengangguk mengerti "Tapi awak tampan sangat,"

"Wani... jomla saya tak sabar nak balik kampung awak nie,"

Share this novel

Zam Yusoff
2024-07-05 14:15:16 

update tapi lambat sikit busy

revathirev
2024-07-04 06:33:41 

tada update lagi


NovelPlus Premium

The best ads free experience