Chapter 5

Romance Series 16317

Wajah Wani sufiya berseri-seri ketika menolak pintu kaca. Langkahnya terus di susun memasuki ke dalam ruangan pejabat dan seperti biasa dia masuk kedalam pantry terlebih dahulu untuk ke bilik store.

"Wani!,"

Wani sufiya menoleh ke belakang. Ila dengan bibir tersenyum mekar berjalan laju menghampirinya

"Ini ada sandwich. Ila beli dua untuk Wani dengan Borhan. Ambilla,"

Mencerlang mata Wani sufiya melihat dua bekas berisi sandwich di hulur padanya

"Eh susahkan ila je," Wani sufiya serba salah mahu mengambilnya

"Takde susah pun. ambilla. Tapi mana Borhan?,"

"Oh dia masuk tengahari,"

Ila terangguk-angguk. Bibirnya di gigit-gigit seolah-olah ingin mengatakan sesuatu "Kalau macam tu satu lagi nie wani bagi jela kat Syafik," Kata ila perlahan seperti berbisik

Dah agak dah. si ila nie syok dekat adik aku "Yalah nanti saya bagi,"

Melebar bibir Ila mendengarnya. "Nanti jangan lupa kata ila yang bagi,"

Wani sufiya mengangguk "baiklah,"

Ila berlalu pergi dengan raut wajah riang tanpa sedar ada beberapa pasang mata sedang memerhati gelagatnya tadi

"Amboi baru je semalam kena marah hari nie dah macam adik beradik,"

"Aahkan. Tak akan ila tu jatuh hati dengan perkerja baru tu,"

"Ehh mustahillahh,"

"Tapi perempuan jenis macam ila tu memang suka lelaki ganas,"

"Hiss takdela,"

Perbualan bagaikan bisikan itu turut di dengari Wani sufiya namun wajahnya tenang mendengarnya

Beranila kalau ila tu suka boyfriend aku.

PINTU Kaca terbuka secara Automatik. Danial melangkah masuk kedalam pejabat. Bibirnya tersenyum-senyum saat membalas ucapan Staff-staff di ruangan pejabat. senang sungguh hatinya dapat melepaskan rindu setelah bertemu wani sufiya

Dari jauh Mail, Borhan, Azlan dan Sha sahabat-sahabat baik Danial sudah pun menunggu kedatangannya

"Assalamualaikum wahai sahabat-sahabatku sekelian,"

"Waalaikummusalam," Jawab empat sahabat itu hampir serentak

"Amboi.. PAGI-pagi dah tersengih-sengih. Dah kenapa?," Tanya Sha satu-satunya sahabat perempuan Danial

"Aku di lamun Cinta," Dani ketawa-tawa sambil mencekak pinggang namun tiada nada yang keluar dari tawanya itu

"Untunglaa. Si pemilih nie dah pandai bercinta," Azlan mencelah

"Aku nak kawin,"

"Hah!," Serta-merta Azlan, Sha, Borhan dan Mail tergamam mendengar pengakuan Danial

"Serius Dani?,"

"Yes I'm serious Borhan. Tak akan benda baik aku nak tipu. apalah kau nie,"

"Tapi kau baru je kenal dengan perempuan tu Dani. Tak akan dah nak kawin," Kata Mail pula seakan tidak pecaya

"Mail sahabatku.. Kan lebih senang berkawin dulu lepas tu baru bercinta. Selamat dari maksiat, selamat dari dosa,"

"Are you serious Dani?,"

"Ya sha aku serius. Serius sampai nak giila.. dah jom masuk bilik meeting nanti aku cerita. Sebab korang semua kena tolong aku,"

SETELAH hampir setengah jam mereka berlima berada di dalam bilik meeting berdinding kaca itu. Kelihatan seperti belaku pertengkaran antara mereka sehingga menarik perhatian para staff yang sedang berkerja terhendap-hendap memerhati ke arah bilik meeting itu

"Hey Dani! apa salahnya kau kawin macam biasa. perlu ke sampai nak menguji-nguji kesetiaan bakal isteri kau tu,"

"Kan aku dah cakap tadi Mail, dalam sebulan dua je. Kalau betul dia setia dengan keadaan aku barulah aku berterus terang,"

"Ini KL Dani. Tak akan lepas kau kawin kau nak sewa bilik. Mesti kau nak sewa rumahkan, Busuk-busuk pun harga sewa Flat kat KL nie paling murah 1000 sebulan padahal kau baru je cakap tadi gaji bakal bini kau 1000 lebih mana cukup Dani,"

"Dia boleh kerja part time,"

"Kau sanggup ke Dani biarkan bakal bini kau tu buat part time waktu malam lepas tu balik lewat malam,"

"Aduh korang nie buat kepala aku makin beserabutla. Kan aku dah cakap sebulan dua je. Kalau keadaan terdesak sangat aku janji aku stop semua tu,"

Mail, Sha, Borhan dan Azlan mengeleng. Tampak jelas raut wajah masing-masing seolah-olah tidak berpuas hati dengan keputusan Danial mahu menguji kesetiaan Wani sufiya. Sanggup berpura-pura susah semata-mata ingin melihat sejauh mana Wani sufiya mampu bertahan

"Aku kesihankan Bakal bini kau tu Dani. Dahla dia sanggup keluarkan duit semata-mata nak buat majlis bersanding. Tapi majlis tu tanpa kehadiran keluarga bakal mertua dia,"

"Ya aku tahu. Nanti bila semua tu dah selesai. aku janji aku akan buat majlis bersanding kat sini,"

"Kalau mak kau tahu masak kau Dani,"

Danial bangun dari kerusi sambil mengaru-garu rambutnya yang tidak gatal "Janganla babitkan mak aku,"

"Kau kena ingat Dani. Mak kau tu dah anggap kitorang nie dah macam anak angkat. Kalau dia tahu kau buat semua nie tanpa pengetahuan dia, bukan kau je yang kena kitorang sekali Dani," Balas Mail bersungguh-sungguh

"Aku takutla Dani. Mak kau tu kalau marah menakutkan tahu tak, aku nie bukan macam Dania," Kata Sha pula

"Weii! korang nie semua kawan baik aku tahu tak. Susah senang korang kenala support aku,"

"Pekara macam tu tak akanlah kitorang nak support Dani,"

"Aku nie bukanlah bodoh sangat nak biarkan bakal bini aku tu terseksa lama-lama. Agak-agak kalau aku dah nampak dia terseksa sangat aku stop,"

"Ikut suka hati kaula Dani. Tapi satu je kau kena ingat. Kalau mak kau dapat tahu, jangan kau petik nama kitorang. Aku cakap terus-terang Dani, kalau mak kau tanya, aku akan cakap aku tak tahu lansung kau kawin,"

"Aku pun Dani,"

"Aku pun,"

"Sorry Dani, aku setuju dengan Mail,"

"Yala. yala. Aku janji kalau mak aku dapat tahu aku tak akan petik nama korang. Puas?,"

Mail, Borhan, Azlan dan Sha hanya mendiam diri

"Jumaat sampai ahad nie aku ikut dia balik ke perlis jumpa dengan keluarga belah arwah ayah dia kat sana. Minggu depan aku buat kursus kawin. nanti waktu aku nak kawin korang ikut aku ya. Boleh tak?,"

"Boleh Dani,"

TERPINGA-PINGA setiap wajah yang sedang duduk memerhati gelagat Ila tiba-tiba sahaja memeriksa setiap meja jika ada sampah yang mahu di buang

Tanpa di suruh ila dengan lagak bersahajanya mengikat setiap plastik sampah lalu di tempatkan semua plastik sampah itu di satu tempat memudahkan Wani sufiya mangambilnya nanti

"Kau nie dah buang terbiat ke Ila tiba-tiba je jadi cleaner?," Tanya Ain dengan kening bertaut

"Apa salahnya sekali sekala i tolong wani," Jawab ila sambil menjeling ke arah tingkap pejabat Syafik

"Sebelum nie pun kau tak pernah tolong. Kau sibuk cari pasal dengan dia,"

"Selama nie aku salah faham dengan wani. Tapi aku dah minta maaf semalam,"

"Sebab dia merayu pada Cik Dania supaya tak pecat kau,"

Ila memuncungkan bibir sambil mengeleng "Bukan pasal tu?,"

"Habis tu sebab tu?,"

"Itu rahsia antara aku dengan dia. you tak perlu tahu,"

"Puii. Banyakla cengkadak kau. Malas aku nak layan,"

Pada masa yang sama kelihatan kelibat Wani sufiya berjalan sambil membawa peralatan pembersih sambil menjinjit plastik sampah besar

Ila yang melihat kelibat Wani sufiya pantas sahaja bangun dari kerusinya

"Bagi sini plastik sampah tu Wani. Biar i tolong,"

Mendengar sahaja kata-kata ila itu kepala para staff yang tersembunyi di balik meja serta merta menegak dan ada juga sampai menoleh sehingga kerusi yang melekat pada punggung turut berpusing

"Eh takpa cik ila saya boleh buat sendiri,"

"It's okay Wani biar i tolong,"

Nak tak nak Wani sufiya terpaksa jua mengalah selepas Ila tetap berkeras mahu membantu. Ila terus mengambil plastik sampah yang di jinjit Wani sufiya lalu membawa plastik sampah itu ke tempat plastik-plastik sampah yang telah di kumpul

Pada waktu itu kelihatan Dania keluar dari bilik pejabatnya berniat untuk menemui Syafik berkenaan dengan pertemuan Syed izham nanti dengan Ceo syarikat Infernal Engine games namun langkahnya terhenti bila melihat Ila sedang membantu Wani sufiya

Keningnya berkerut dengan gigi di getap entah mengapa tiba-tiba hatinya merasa geram apabila melihat kemesraan Ila dengan wani sufiya

Si ila nie nak kena dengan aku. getus Dania dalam hatinya namun di saat kakinya mahu melangkah semula. Tiba-tiba Syafik keluar dari bilik pejabat

"Ila. Thanks bagi i sandwich," Ucap Syafik sambil berjalan ke arah pantry

Ila yang mendengar ucapan itu dari Syafik menjadi tergamam lantas tubuh yang membongkok Serta-merta berdiri tegak bagaikan sebuah patung hanya mampu merenung Syafik berjalan ke arah pantry namun berbeza pula dengan reaksi Dania. Wajah wanita itu yang putih bersih berubah kemerahan menahan marah

Ooo okay syafik. kau main cinta kat belakang aku. it's okay.

Ucapan Syafik itu mencetuskan perasaan cemburu yang membuak-buak di dalam hati Dania. Dengan perasaan geram dia memalingkan badannya semula melangkah dengan menghentak-hentak tapak kasutnya di lantai

"Tuk. Tuk. Tuk," Aleya mengetuk pintu pejabat Syed izham lalu pintu itu di buka tanpa menunggu kebenaran

"Good morning," ucap Aleya hanya separuh tubuhnya sahaja yang kelihatan di balik daun pintu

"Good morning Aleya. Masuklah,"

Aleya melangkah masuk dengan bibir tersenyum "So macam mana izham. You dah ready ke?,"

"Hey.. ini izhamlah. Dari semalam i dah ready tahu," Balas Syed izham penuh yakin

"Malam tadi you balik pukul berapa?,"

"Dalam pukul 12. tapi berbaloi lah semuanya i dah siapkan just jumpa dengan Ceo tu bentangkan saja. full stop,"

"That's great," Aleya melihat jam di tangannya "You busy ke sekarang?,"

"No. why?,"

"Jom temankan i breakfast dulu. Tadi i tak sempat breakfast,"

"Okay. let's go,"

JAM di monitor Danial menunjukkan waktu 9.45 pagi. Mail, Borhan, Azlan dan Sha berada di dalam bilik meeting sudah menunggu kehadiran wakil peguam dari syarikat guaman Law & justice

Danial bangun dari kerusinya lalu melangkah ke bilik meeting

"So macam mana Dani?,"

Danial mengosok-gosok dagunya sambil berdiri di muka pintu "Jangan bagi dia masuk. padahal aku dah cakap dengan Daddy aku. Aku tak nak peguam lain. Hmm entahlah aku pun tak faham,"

"Bukan ke semua peguam sama je Dani. Kenapa nak memilih?,"

"Oh ya aku lupa beritahu korang. Peguam yang aku nak tu. bakal adik ipar aku,"

"Adik bakal bini kau tu peguam?,"

Danial terangguk-angguk

"Wow hebat. Handsome tak?,"

"Bolehlaa tahan. Tapi kau dah terlambat sha. Sebab kakak aku suka kat dia,"

"Seriously!,"

"Yaa sha,"

"Berapa umur dia?,"

"Ummm tak silap aku 25 rasanya,"

"Weii umur Dania 30 puluh, tua lima tahun siot," Borhan ketawa kecil

"Hello Encik borhan," Sha menepuk-nepuk meja "Zaman sekarang nie mana ada orang perduli pasal umur. kalau dah saling cinta-mencintai kawin jela. Tak kisah kalau tua 20 tahun sekali pun,"

"Ya makcik,"

Danial ketawa kecil melihat kerenah Borhan dan sha "Lan. kau jangan lupa. Kejap lagi sampailah peguam tu,"

"Aduh Dani.. kenapa aku. Mail dengan Borhankan ada,"

"Sapa suruh kau pakai smart. Kan dah kena," Borhan mencelah memandangkan hanya Azlan sahaja yang berpakaian formal sebab itulah Danial menyuruh Azlan berpura-pura menjadi Ceo

PINTU lif tingkat 25 terbuka. Syed izham berpakaian suit berwarna biru tampak segak melangkah keluar dari Lif sambil menjinjit beg berwarna hitam dan di sebelahnya pula kelihatan Aleya turut datang bersamanya

Di balik Pintu kaca kelihatan dua orang staff wanita berdiri setelah melihat kedatangan Syed izham dan Aleya. Pintu kaca yang tertutup rapat terbuka kedua belah sisi Syed izham dan Aleya melangkah masuk

"Selamat pagi. Boleh saya bantu?,"

"Selamat pagi. Kami berdua dari syarikat guaman Law & justice,"

"Encik ada buat appointment tak?,"

"Ya ada,"

"Sebentarnya?," Staff receptionist itu segera memeriksa pada monitor jika ada appointment yang telah di buat

"Boleh saya tahu siapa nama Encik?,"

"Nama saya Syed izham dan sebelah saya nie Cik Aleya kami berdua adalah peguam,"

Raut wajah staff receptionist itu terlihat serba salah saat memandang pada Skrin monitor "Maafkan saya encik. Kalau ikutkan nama yang tertera kat sini sepatutnya Encik Syafik,"

Syed izham tersenyum dengan tenang "Itu memang betul. Sepatutnya Encik syafik yang datang. Tapi ada belaku sedikit masalah. nanti saya boleh jelaskan pada Ceo,"

"Encik tunggu sekejap ya. Biar saya panggilkan Encik Azlan,"

"Boleh saya tahu siapa tu?," Aleya sejak tadi sekadar memerhati tiba-tiba bertanya

"Dia Ceo syarikat ini,"

Kening Aleya bertaut memandang Syed izham. Raut wajahnya seolah-olah menunjukkan dia tidak pecaya jika nama Ceo syarikat Infernal Engine games adalah Azlan

"Betul ke namanya Azlan?," Aleya berbisik pada Syed izham namun syed izham membalas dengan mengankat kedua belah bahu

Beberapa detik kemudian Staff receptionist itu tadi datang bersama dengan Azlan

"Ya boleh saya bantu?,"

"Encik Azlan ke?,"

"Ya saya,"

"Encik Azlan. Saya Syed izham dan sebelah saya nie Cik Aleya. Kami berdua peguam dari syarikat guaman Law & justice,"

Azlan berpura-pura berfikir sambil mengusap dagunya "Setahu saya nama peguam yang kami pilih hari tu namanya Syafik. Kenapa tiba-tiba tukar,"

"Sebagai wakil dari Syarikat guaman Law & justice saya ingin memohon maaf kepada Encik Azlan. Sebenarnya Encik Syafik adalah peguam baru dalam syarikat kami dan dia masih tiada pengalaman untuk menjadi wakil peguam kepada syarikat besar. Sebab itu Tan Seri memilih saya untuk berjumpa dengan encik Azlan hari nie. Oh ya sebentar," Syed izham menyeluk poket suit lalu mengeluarkan sekeping name card "Ini kad saya Encik Azlan,"

Azlan mengambil kad yang di hulurkan itu namun retinanya sempat menjeling pada Aleya sebelum melihat name card itu

Satu keluhan berat sengaja di lepaskan "Begini Encik syed izham. Pemilihan peguam untuk mewakili syarikat kami sebenarnya di buat setelah bermesyuarat dengan para pemegang saham. Sebelum nie memang kami ada selidik terlebih dahulu peguam-peguam perundangan dalam syarikat Law & justice termasuk Encik Syed izham dan juga dengan Cik Aleya tapi kami telah sebulat suara memilih encik Syafik sebagai peguam kami. Cuma yang membuatkan saya confuse, kenapa Tan Seri tak hubungi saya jika ada pertukaran peguam seolah-olah mempelakukan saya seperti saya nie client yang tak penting. Padahal bukannya kami yang meminta bayaran pada Syarikat guaman Law & justice tapi kami yang membayar,"

"Sekali lagi saya mohon maaf pada Encik Azlan," Wajah Syed izham mulai berubah tiada lagi keyakinan pada raut wajahnya "Boleh saya tahu kenapa para pemegang saham memilih encik Syafik?,"

"Encik Syed izham. Itu adalah pilihan kami. Saya rasa awak tak perlu tahu mengapa kami memilih Encik syafik," sekali lagi Azlan berpura-pura mengeluh. Tangannya mengaru-garu dahi "Saya betul-betul kecewa. Padahal saya nie sibuk orangnya dah terpaksa bermesyuarat lagi dengan pemegang saham tapi kalau macam niela cara syarikat guaman Law & justice layan kami. Mungkin saya terpaksa berfikir dua kali untuk memgunakan khidmat guaman syarikat kamu. saya minta maaf, saya tak boleh buat keputusan sekarang dan tolong pesan pada Tan Seri. Saya kecewa sangat,"

Habis sahaja berbicara. Azlan terus melangkah masuk ke dalam ruangan pejabat. Matanya menjeling ke kiri rupa-rupanya di balik dinding kelihatan Mail, Borhan dan Sha sedang bersembunyi diam-diam mendengar perbualannya dengan Syed izham

DI DALAM lif Syed izham mengeluh berat dengan kepala mengeleng. Raut wajahnya tampak kecewa. Aleya yang berdiri di sebelahnya sekadar termangu seakan memikirkan sesuatu

"Kenapa you diam je tadi. Lansung tak bantu i?,"

Aleya diam seolah-olah tidak mendengar pertanyaan syed izham

"Aleya?,"

"Ya,"

Kening Syed izham berkerut melihat raut wajah Aleya seakan kebingungan

"I tanya. Mengapa you tak bantu i tadi?,"

Aleya mengeluh perlahan sambil memeluk tubuhnya "I rasa lelaki tu bukan Ceo,"

"I don't care about that Aleya. You Sepatutnya bantu i tadi,"

"Izham. You tak dengar ke apa yang lelaki tu cakap. Itu bukan keputusan dia. Ia di putuskan melalui mesyuarat pemegang saham. So apa guna kalau i bantu you tadi. keputusan dia tetap sama," Jawab Aleya dengan suara di tekan

"Buk!,"

Terjongket bahu Aleya apabila Syed izham menumbuk dinding lif.

Syed izham berdegus. Kakinya melangkah ke depan saat lif hampir tiba ke tingkat 12

"Nanti you bagitahu pada Tan seri. I malu nak tunjuk muka i pada dia,"

JAM 12. 35 tengahari. Wani sufiya berlari-lari anak selepas melewati penghadang laluan. Tidak sabar bertemu Danial yang setia menunggunya di luar pintu lobi

Melihat sahaja Wani sufiya menghampiri pintu lobi. Danial cepat-cepat membuang rokok yang masih membara. Borhan, Mail, Azlan dan Sha kelihatan sedang berdiri berhampiran Danial seakan tidak sabar mahu melihat wajah wanita yang mampu membuka pintu hati sahabat mereka

"Dah lama awak tunggu?,"

"Dalam lima minit,"

Wani sufiya tersenyum-senyum memandang Danial "Rindu kat awak,"

Danial ketawa kecil "Saya pun rindu kat awak,"

Di balik tubuh Danial. Dahi Wani sufiya berkerut hairan apabila terperasan tiga orang lelaki dan seorang perempuan seakan memerhatikannya

"Okayla Dani kitorang pergi makan dulu ya," Kata Borhan

"Okay,"

"Not bad'la Dani. Cantik," Kata Sha pula sambil menunjuk isyarat bagus

"Siapa tu Wak?,"

"Kawan-kawan saya. Nanti saya kenalkan pada wani ya,"

Wani sufiya mengangguk

"Wani nak makan tak?,"

"Saya tak lapar. Apa kata kita bungkus air lepas tu beli kuih. kita makan kat bawah pokok tepi bangunan nie. Ada pekara penting saya nak bagitahu awak,"

"Penting sangat ke?,"

Wani sufiya mengangguk sambil mengerut hidungnya terlihat comel

Wani sufiya memilih membeli air tembikai manakala Danial memilih air kelapa. Kuih Donat dan karipap menjadi pilihan mereka. Selepas berbelanja di food truck. Wani sufiya dan Danial kembali semula ke menara Tun Borhan.

Di tepi bangunan itu terdapat sebuah pokok besar daun yang rendang. Di bawah pokok itu terdapat batu bata tersusun cantik dan di tengahnya pula di tanam pohon bunga

Wani sufiya mengajak Danial duduk di atas batu bata itu

"Cepatla bagitahu saya apa yang penting sangat tu?,"

"Ya. Bagila saya duduk dulu,"

Danial menyapu-yapu pemukaan batu bata mengunakan tangannya selepas Wani sufiya duduk. Tangan yang kotor itu cepat-cepat di bersihkan Wani sufiya mengunakan tisu

"Pagi tadi saya ada call pakcik saya kat kampung. Saya dah bagitahu pakcik saya yang saya nak kawin tapi nak buat kat kampung,"

"Apa pakcik wani cakap?,"

"Pakcik saya setuju sangat,"

"Pakcik wani ada tanya tak perkerjaan saya?,"

"Tentula ada. Tapi saya cakap terus terang awak berkerja macam saya,"

"Wani tak malu?,"

"Mengapa saya nak malu. Saya pun berkerja sebagai cleaner. lagi pun saya bersyukur sangat awak masih menerima saya walaupun awak tahu saya berkerja sebagai cleaner,"

Danial terangguk-angguk pelan wajah Wani sufiya di tatap penuh kasih "Agak-agak berapala kos kalau nak buat majlis kawin kat kampung wani,"

"Semuanya tu nanti pakcik saya akan uruskan. sebab kampung saya kalau ada majlis kawin orang kampung akan bergotong royong memasak,"

"Tak perlu keluar modal?,"

"Mula-mula pakcik saya tak nak. Tapi saya berkeras juga. Nanti saya bagi pakcik saya 2000 ribu ringgit. Kalau pasal hantaran 5000 ribu pun dah cukup. Duit tu nanti kita boleh guna cari rumah,"

"Tapi ada balance lagi 3000 ribu kan?,"

"Aah. Saya ingat nak guna duit tu beli motor untuk awak, senanglah nanti awak nak gie mana-mana,"

Danial mula merasa serba salah saat itu dia dapat merasakan satu perasaan tiba-tiba menjalar dalam hatinya sebaik sahaja mendengar keinginan wani sufiya.

Tak sampai hati pulak aku nak tipu dia mungkin lebih baik aku berterus terang je siapa aku sebenarnya

Wani sufiya tersenyum mekar memandang wajah Danial "Awak janganla risau. Saya bukan jenis wanita yang inginkan kemewahan. saya cuma nak rumah tangga kita bahagia. kalau duit kita tak cukup insya-Allah saya boleh cari,"

"Bila kita nak balik kampung awak?,"

"Oh ya saya lupa. Nanti hari jumaat awak siap-siap bawa beg awak. Habis je kerja kita terus pergi stesen TBS saya dah booking tiket. Pukul 8.00 malam bas tu gerak,"

"Tak sabar saya nak kawin dengan awak,"

Wani sufiya ketawa kecil "Saya pun sabar,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience