Chapter 19

Romance Series 16317

"Dudukla kenapa berdiri?," pelawa Puan seri Dahlia berpura-pura tidak mengenali anaknya

Raut wajah Danial sudah seperti mayat hidup, putih melepak. mengigil-gigil saat mengangguk. Keadaannya itu di sedari Isterinya

"Abang sihat tak?,"

"Hah?,"

"Abang sihat tak?,"

"Alhamdulillah sihat,"

"Tapi kenapa muka abang pucat,"

"Kan. kan.," Danial mengalih pandangan memandang ibunya "Abangkan baru balik,"

"Ooo, Abang letih ke?,"

"Tak. Abang okay je,"

"Abang.. kenalkan ini puan seri Dahlia. malam tadi wani kerja sekejap kat rumah puan seri,"

"Oh ya ke, Ap. ap. apa kabar puan seri,"

"Hiss baik sangat. terima kasih bertanya, Dani sihat?,"

"Si. sihat,"

"Bila saya tengok wajah Dani, teringat saya pada anak lelaki saya,"

Danial tersengih-sengih serba salah

"Puan seri ada berapa orang anak?," Tanya Wani sufiya tanpa mengetahui apa yang belaku

"Ada dua, sepasang. Dari kecik saya besarkkan mereka. saya curahkan segala kasih sayang saya pada mereka, saya bagi didikan agama, saya ajar tentang dunia. saya selalu nasihatkan pada anak-anak saya supaya jangan abaikan mak dengan ayah kalau dah berjaya nanti. contohnya tentang perkahwinan. Saya dah bagi amaran pada anak-anak saya. Jangan sesekali berkahwin tanpa pengetahuan orang tua,"

"Anak puan seri ada kawin tanpa pengetahuan puan seri ke?,"

"Eh ada. anak lelaki saya. kurang ajar punya anak. siapla dia kalau saya jumpa nanti,"

"Mu. mungkin di.dia ada sebab buat macam tu puan seri," Danial mencelah

"Amboi... mana Dani tahu?,"

"Sa. saya agak-agak je,"

"Dani ingat saya perduli. Tu, syarikat yang dia bina tu. semuanya bantuan dari saya. Bila dah berjaya, lupa terus mak dengan ayah,"

"Aduh mak aku nie.. ke situla pulak," Bisik hati Danial semakin serba salah pula mendengar keluhan ibunya

"Mana anak puan seri sekarang?,"

"Ada dekat-dekat sini je wani. Rasa nak bagi penampor je,"

"Sabar puan seri," Pinta Dani lembut

"Eh! Dah tak boleh nak sabo geram sangat, lagi-lagi bila tengok muka Dani, lagila mak.. eh? saya geram,"

Wani sufiya tersenyum melihat wajah puan seri Dahlia sedang marah "Mesti anak puan seri dah lama tak balik rumahkan?,"

"Ah ah wani.. lama dia tak balik,"

"Sibuk la tu," Danial mencelah lagi

"Ah ah sibuk.. sibuk cari masalah,"

Danial mengaru-garu rambut. peluh membasahi wajahnya

"Abang..,"

"Ya wani,"

"Puan seri nak bagi wani kerja,"

"Kerja. Kerja apa?,"

"Pembantu puan seri,"

"Eh. el. elokla tu," Danial semakin tidak keruan

"Boleh ke bang?,"

"Bo. boleh se. se. sangat,"

Wani sufiya tersenyum lebar sebaik mendapat kebenaran suaminya.

"Esok mak.. hiss? esok saya ambil Wani, dalam pukul 9 ya,"

"Esok ke mak?,"

"Yalaa,"

"Kejap ya puan seri, wani kena bagitahu tauke kedai nie,"

"Yalaa,"

Wani sufiya bergegas bangun kemudian pergi ke kaunter meninggalkan suaminya dengan puan seri Dahlia di situ

"Kurang ajar betul kamu Dani. berani kamu kawin tanpa pengetahuan mak dengan ayah,"

"Dani minta maaf mak.. ada sebab Dani buat macam tu,"

"Sebab Dani nak uji wani'kan,"

"Ma. mana mak tahu?,"

"Kamu nie Dani.. geram betul mak tengok.. rasa nak tampor je muka kamu tu. kamu tahu tak bertapa kesihannya isteri kamu tu..," Ujar puan seri Dahlia dengan suara di tekan pelan

"Se.. se,"

"Sebulan kepala hotak kau. Hiss," Puan seri Dahlia mengankat tangan. Mematikan terus jawapan yang ingin di sampai anaknya

"Saya dah bagitahu puan seri. Terus dia bagi saya gaji untuk dua hari," Kata Wani sufiya sebaik kembali semula ke meja

"Wani ikut saya sekarang. Saya nak tunjuk wani tempat tu,"

"Esok pun boleh," Danial mencelah lagi

"Apa?,"

"Pe. Pergilah,"

"Berani betul," Pelan sahaja puan seri Dahlia berkata "Jom wani. nanti saya hantar wani balik,"

"Abang. Wani nak minta izin ikut puan seri,"

"Abang izinkan,"

"Terima kasih abang,"

"Sama-sama sayang,"

"Sayang konon..," Ucap Puan seri Dahlia pelan. Di saat Wani sufiya mengalih pandangan ke tempat lain. Dia sengaja mengankat tangan mahu menampar anaknya.

"Hiss mak nie,"

"Jaga kau,"

Danial sekadar mampu memerhati Wani sufiya mengikut ibunya ke kereta. Kala itu jantungnya masih berdebar laju. Siapa sangka hanya beberapa minggu dia sudah kantoi dengan ibunya itu sudah cukup membuatkan Danial merasa begitu takut

"Macam mana nie.. macam mana mak aku boleh tahu? tak akan ayah bagitahu. Adoi.. masalah betul'la," Danial mengaru-garu rambut sambil cuba memikirkan sejuta alasan jika bertemu dengan ibunya lagi

Setengah jam selepas wani sufiya mengikut puan seri Dahlia. Danial masih lagi berada di restoran itu. Tidak berapa lama kemudian beberapa buah kenderaan memarkir di hadapan restoran

Mail, Borhan, Azlan, Sha termasuk Dania kelihatan keluar dari kereta dengan wajah cemas

"Aku dah cakap jangan buat Dani.Tapi kau degil,"

"Kan dah kantoi,"

"Malam tadi kitorang sendiri pun tak tahu macam mana wani ada kat situ?,"

"Kira nasib baik makcik tak mengamuk,"

"Kau jangan cakap kakak bersubahat. kakak nak kawin,"

Danial dengan wajah bersahajanya sekadar mendengar rungutan dari teman-teman baik dan juga kakaknya

"Alaa.. tak akan nak biar aku sorang, alang-alang biarla kita kena semua," Ucap Danial dengan selamba membuatkan teman-teman baiknya tergamam

"Kepala hotak kau," Herdik Dania "Kakak tak terbabit dalam hal nie.. korangla berlima jela yang tanggung,"

"Aku dah agak dah. Dani nie jenis cakap tak serupa bikin. Last-last kita jugak yang kena," Ujar Sha pula

"Comon'laa korang'kan kawan-kawan aku,"

"Dani-dani," Mail mengeleng kesal "Dahla Dani baik kau berterus terang jela pada Wani,"

"Belum.. Lagi seminggu je,"

"Hey Dani!,"

"Kakak nie pun.. tak payahla menjerit. buat malu jela,"

"Dah kantoi dengan mak pun. Kau nak uji lagi. Kau kena ingat kakak nie nak kawin dengan adik,"

"Kawin jela apa masalah,"

"Hiss.. geramnya aku,"

"Nanti," Borhan mencelah "Maksud kau Dani. Makcik belum bagitahu wani ke kalau makcik mak mertua dia?,"

Danial mengangguk-agguk

"Kenapa?,"

"Entah. mak aku cuma ajak wani kerja dengan dia. Mungkin mak aku tunggu aku sendiri yang bagitahu,"

Semua terdiam dengan raut wajah bingung

WANI SUFIYA memerhati di luar jendela sebaik kereta di kenderai Puan seri Dahlia berhenti di hadapan sebuah bangunan di wangsa maju

"Kita dah sampai wani. Jom ikut saya,"

"Baikla puan seri,"

Mereka berdua keluar dari kereta kemudian sama-sama masuk ke dalam sebuah bangunan. Wani sufiya memerhati sekeliling ruang lobi yang cukup luas

"Yayasan saya tingkat empat, tapi untuk sementara je. nanti akan pindah ke sungai besi, saya ada bangunkan bangunan kat sana," Mereka berdua berdiri di hadapan lif "Yayasan saya dah 5 tahun beroperasi. alhamdulillah, setakat nie banyak juga yayasan saya terima sumbangan,"

"Puan seri nak saya kerja apa?,"

"Wani ikut je saya. Nanti saya ajar,"

Pintu lif terbuka. Mereka berdua melangkah masuk. Setiba saja di tingkat empat pintu lif terbuka semula. Wani sufiya melangkah keluar setelah puan seri Dahlia

Pintu berkaca terbuka secara automatik. Dua orang penyambut di balik kaunter segera menyapa majikannya

"Kenal kan, ini pembantu saya wani sufiya,"

"Apa kabar cik wani?," Ucap penyambut tetamu itu serentak

"Kabar baik," jawab Wani sufiya tertunduk-tunduk kepala rasa kurang selesa pula bila di sapa sebegitu rupa selalunya tiada siapa yang pernah menyapanya selama dia berkerja sebagai cleaner

"Mereka nie sekejap lagi balik. sebab hari nie hari pemberian sumbangan. kena kerja sampai pukul lima,"

"Setiap sabtu ke puan seri,"

Puan seri Dahlia tersenyum "Tak wani. hari nie je. mari ikut saya,"

Puan Seri Dahlia terus membawa Wani sufiya masuk ke dalam ruang pejabat. Di dalam itu kelihatan beberapa orang staf masih lagi berkerja.

"Dalam pejabat nie ada 12 orang kakitangan. Setiap bahagian di bahagikan kepada empat orang. satu bahagian menjaga kebajikan rumah anak yatim, kebajikan rumah orang tua dan madrasah. Mereka juga bertanggungjawab membuat pelbagai acara untuk mengutip sumbangan tidak kira secara live atau di dalam media sosial,"

Wani sufiya terangguk-angguk mengerti

"Wani nampak bilik tu?,"

"Nampak,"

"Itu bahagian Sumber manusia dan bahagian Akaun, ada 4 orang kakitangan. Nanti isnin saya kenalkan wani pada semua," Sambung puan seri Dahlia lagi

"Cleaner takde ke puan seri?,"

"Wani?,"

Wani sufiya tersengih-sengih "Saja je saya tanya puan seri," Puan seri Dahlia mengeleng

"Ada cleaner bangunan,"

"Ooo..,"

"Mari ikut saya," Kali ini puan seri Dahlia membawa Wani sufiya ke pejabatnya. Sebaik sahaja masuk. Puan seri Dahlia menyuruh Wani sufiya duduk

Wani sufiya memerhati ruang pejabat, gayanya tidak ubah seperti seorang gadis baru keluar dari kampung sedang memohon kerja

"Wani,"

"Ya saya puan seri,"

"Muka wani tu tak pakai make up ke?,"

"Saya kerja cleaner je puan seri. tak akan saya nak pakai make up,"

"Memang tak pernah pakai ke?,"

"Pernah. waktu kawin,"

"Tak pakai make up pun muka menantu aku nie dah cantik," Puji puan seri Dahlia di dalam hatinya "Kalau wani dah jadi pembantu saya. penampilan wani kenala elok. setiap hari kena pakai pakaian yang sesuai. muka tu kenala make up sikit,"

"Saya takde semua tu puan seri,"

Puan seri Dahlia melihat jam di tangannya. "Jom wani kita pergi shopping,"

Wisma tun Borhan

DANIAL seakan tidak keruan duduk di mejanya. Setelah pertemuan dengan kakak dengan teman-temannya dia terus kembali ke pejabat. Duduk rumah pun bukan ada sesiapa

Mail dan Borhan ketika itu sama-sama mengeleng kepala saat memerhati temannya itu sekejap bangun, sekejap duduk sehingga mereka sendiri turut merasa resah dengan sikap Danial

"Kau dah kenapa Dani?," tanya Mail

"Aku takutla,"

"Tahu pulak takut,"

"Nanti korang ikut aku ya jumpa mak aku,"

"Banyak cantik muka kau,"

"Entah Dani. kenapa pulak kitaorang nak ikut. Ini kira okayla kitaorang teman kau kat sini," Kata Borhan pula

"Korang'kan best friend aku, susah senang biarla bersama,"

Mail serta merta berdiri "Oo.. susah senang bersama... waktu kitorang bagi nasihat, kau tak nak dengar, bila dah kantoi tahu pulak kau takut,"

"Alaa.. comon'la Mail, Borhan. kali nie je tolong aku, kalau takde wani tadi dah lama aku kena tampor,"

"Hiss dah pukul 5 nie. Aku kena balik Dani. aku dah janji dengan bini aku nak beli barang dapur,"

"Relex'la dulu Borhan,"

"Sorry Dani. aku cau lu,"

"Weii! Borhan,"

"Aku pun nak balik Dani,"

"Ala Mail, temanla aku kejap,"

"Balik'la Dani. aku confident makcik tak akan bagitahu Wani pekara sebenar,"

"Bukan itu yang aku takut,"

"Kau redha jela kena tampor dua, tiga kali. bukan kau tak pernah kena,"

Danial menyegih senget

"Okay Dani, aku balik dulu. jangan lupa kunci pintu,"

Sebaik sahaja Mail dan Borhan pulang. Danial duduk termenung di kerusinya. Ikutkan hati sekarang juga dia mahu pulang ke rumah bertemu ibunya dan menjelaskan perbuatannya namun dia tetap tidak mempunyai sedikit pun keberanian melakukan itu

"Mak aku kalau marah seharian tak selesai. Hiss geramnya aku.. Kenapala kantoi sekarang?," Ucap Danial kesal kemudian mengeluh berat sambil memeriksa Handphone'nya "Mana wani nie? dah balik ke,"

Danial cuba menghubungi isterinya. Panggilan petama tidak di jawab sehingga panggilan ke empat. Danial berdegus geram dan kali ke lima

"Hello abang,"

"Wani kat mana?,"

"Dalam perjalanan balik. Tadi wani ikut puan seri beli pakaian,"

"Oh ya ke,"

"Abang kat mana?,"

"Kat luar, kejap lagi abang balik. Sayang tunggu ya,"

"Abang hati-hati,"

"In sya Allah.. sayang,"

Tamat sahaja panggilan. Danial bergegas bangun lalu keluar keluar dari pejabatnya namun dia tidak lupa mengunci pintu

Dalam keadaan tergesa-gesa Danial membonceng motorsikal'nya dengan laju. Dia tidak sabar bertemu dengan isteri tercinta. Selama empat hari di China fikirannya asyik memikirkan isteri. tidak bertemu sehari membuatkan tiduknya tak pernah lena

Setelah setengah jam lebih. Motorsikal di bonceng Danial memasuki kawasan flat. anak matanya terpandang seorang gadis berjubah biru

"Awek mana pulak tu berdiri sorang-sorang kat sana?," Bisik Danial sehinggala dia memarkirkan motorsikal'nya di sebelah gadis itu

"Abang!,"

"Hah. wani?,"

Wani sufiya tersenyum anggun. Wajahnya sedikit berubah kerana mengenakan make up dan berpakaian jubah muslimah. benar-benar merubah penampilannya seperti biasa.

Sementara Danial pula tergamam melihat penampilan wani sufiya, benar-benar di luar dugaannya. Hanya sekali sahaja dia melihat isterinya cantik seperti itu ketika hari perkahwinannya

"Cantik tak?,"

"Cantik sangat sayang,"

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience